IPOH, 6 Feb: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaludin hari ini mengutuskan warkah kepada Baginda Sultan Perak menjelaskan kenapa beliau enggan meletakkan jawatan sebagaimana yang dititahkan baginda.
Beliau berkata, langkah ini terpaksa diambil beliau atas keputusan pemimpin Pakatan Rakyat yang sebulat suara meminta beliau berbuat demikian.
Beliau juga memberikan alasan Perlembagaan Negeri Perak memperuntuk perkara berikut iaitu:
Artikel XVl (6) Undang-undang Perlembagaan Negeri Perak menyatakan bahawa "If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council".
Ini bermakna sokongan Menteri Besar itu perlu diputuskan oleh Persidangan Dewan Undangan Negeri, katanya dalam surat itu.
Menurut Nizar, jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional adalah sama iaitu 28 orang dan adalah kurang tepat andaian Barisan Nasional mempunyai majoriti.
"YB Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak telah memutuskan bahawa Adun bagi kawasan Behrang, Changkat Jering dan Jelapang bukan lagi Adun. YB Yang Dipertua Dewan UndanganNegeri Perak dan Kerajaan Negeri Perak juga telah memfailkan satu permohonan untuk satu perisytiharan bahawa ketiga-tiga Adun berkenaan bukannya Adun untuk kawasan-kawasan tersebut, di Mahkamah Tinggi pada pagi ini. Sewajarnya kita menunggu keputusan mahkamah dalam kes tersebut," tulis beliau kepada baginda.
"Atas alasan di atas dan berdasarkan prinsip demokrasi dan Raja Berperlembagaan, Patik dengan ini merafa' sembah memohon agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi membolehkan rakyat memilih semula kerajaan yang dikehendaki mereka.
"Patik dengan ini merafa' sembah bahawa pimpinan Pakatan Rakyat sebulat suara meminta patik untuk tidak meletak jawatan sehingga krisis perlembagaan ini diputuskan oleh Mahkamah atau Dewan Undangan Negeri Perak," tulisnya dalam surat yang salinannya diperolehi Siasah.
23 comments:
tak apalah nizar, ucapkan tahniah ja pada bn kerana telah berjaya merampas kuasa di perak dengan cara yang kotor sekali. macam us rampas kuasa di iraq hari tu dengan pertolongan pengkhianat2 dan talibarut2...
rehdakanlah nizar, kerna pasti ada hikmah dibalik segala sesuatu.
apapun, dari segi perlembagaan nizar betol. cuma aku curiga dengan mahkamah kerna telah terbukti "correct...correct...correct..." tu. kita tunggu apa keputusan mahkamah.
lagi satu JANGAN LUPA kita tengok apa kesudahan 4 ekor belalang kunyit tu. terutama yang ditudoh rasuah. aku nak tengok 2 ekor tu terlepas ke tak? kalau terlepas...paham2 la kan?
pada hakikatnya rakyat masih memihak kpd PR. buktinya? 3 ekor belalang telah menang dun masing2 atas tiket PR. cuma diorg ni melompat ja bila dioffer 'something'.
aku teringin bangat nak tengok apa mahkamah kata 10feb nanti bila kes rasuah 2 ekor belalang kunyit tu disebut.
SPRM TOLOOOOONG LA "BERMINAT" UNTUK SIASAT 4 EKOR BELALANG KUNYIT TU sebagaimana korang "berminat" nak siasat adun bota masa dia masuk pkr dulu. baik tak payah ada sprm kalau 2x5 dengan bpr ja. ooo...lupa diorg ni dilantik oleh pak lelah kan? patot la ponnnnn.....
org2 GERAK yang bacul tak "BERMINAT" ke nak siasat? bab lembu bukan main hebat bersilat? ada dapat apa2 ke dari anak pak toyo?????
Jangan salahkan orang lain kerana keruntuhan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak.
1. Kagagalan mengesan tanda2 awal lompatan akan berlaku.
2. PKR memang TIDAK boleh di percayai, asal dari UMNO 100%
3. Ikatan longgar di antara ganbungan PAS, PKR dan DAP.
Parti lawan, sifatnya sama juga mcm PR sentiasa umpan mengumpan di antara satu sama lain, bila umpan disambar dan jerat pun mengena - dapat lah habuan rezeki yg besar.
Sekarang nampak nya UMNO lebih bija memainkan peranan nya dalam memasang jerat.
Ternyata PR sudah kena jerat UMNO yg bijak.
Hidup UMNO...tok_gajah
tahniah kepada bakal KERAJAAN PINTU BELAKANG a.k.a KERAJAAN PONDAN a.k.a KERAJAAN PENGKHIANAT RAKYAT negeri perak darul ridzuan...
KERAJAAN PINTU BELAKANG - merasuah adun yang tiada jatidiri dan bermasalah melompat ke bn bagi memperolehi kelebihan kerusi utk memerintah negeri.
KERAJAAN PONDAN - tidak berani bertarung dgn pakatan rakyat dalam pilihanraya.
KERAJAAN PENGKHIANAT - mengkhianati rakyat dalam dun changkat jering, behrang, dan jelapang yang telah memilih pakatan rakyat sebagai tonggak harapan mereka.
firdaus,
tak payah cakap banyak. tak de guna dah sbb rampasan kuasa dah berlaku disebabkan bn takot pilihanraya semula. tak apa...
lepas ni kita tengok apa kesudahan cerita 4 ekor belalang kunyit tu.
tok gajah,
ramai dah pernah dengar orang kata "nak kaya masok umno la...", "haiya, mau kaya laya lu masok mca la...", "ayoyo tambi, lu mau kaya join itu mic la.."
tak pernah pulak kedengaran "nak kaya kena masok pas, pkr ke, dap ke.."
bukan nak cari salah orang cuma nak tau apa yang orang buat sampai jadi salah. mungkin bn bijak pasang perangkap tapi kena ingat perangkap tak pernah lupa tuannya.
kita tunggu la keputusan mahkamah
1. speaker vs spr (yg ni meragukan sebab dah ada kes "correct..correct..correct")
2. sprm vs 2 ekor belalang (sprm dilantik oleh PM, so paham2 la..teloq dah kena cekak)
percayalah. selepas itu umno dan bn akan hancur...
Ambil la BN yg penuh dgn tipu muslihat....
Mahkamah pun belum boleh percaya lagi....
SPRM pun ikut telunjuk they all...
Mengarut je...
Bagi le....
PRU-13 they all tau le...
dianawijdan-
ada berapa juta orang perak???
kalau setakat 5000 orang itu bukan orang ramai dan majoriti..itu pengkhianat....
yang berjuta sokong sultan perlu diutamakan...
kalau dan menang biasalah politik dan adat pertandingan...
kalau tak jangan masuk politik'
DARI BLOG KERAJAANRAKYAT...
Fauzi Muda dari Ipoh Barat mendedahkan dalam akuan berkanunnya, mendakwa Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak menawarkan RM50 juta kepadanya untuk memujuk dua Adun PKR itu untuk menyertai BN, sekali gus menumbangkan kerajaan Pakatan
Fauzi seterusnya mencabar Najib yang juga timbalan presiden Umno untuk menafikan dakwaannya itu.
Sehingga kini, Najib belum lagi menyahut cabaran Fauzi untuk menafikan tuduhan tersebut walaupun bekas timbalannya di Kementerian Pertahanan, Zainal Abidin Zin telah mengesahkan pertemuan tersebut di kediaman rasminya di Putrajaya."
Itulah NajibRazak...
Mieterjah!!!
"yang berjuta sokong sultan perlu diutamakan..."????!!!
Dari statistik manakah awak dapat sumber perkataan 'berjuta' itu?? Fakta tidak relevan..
SOKONG MB NIZAR, MENTERI BESAR PERAK PALING SENANG DIDEKATI, PALING TIDAK SOMBONG DALAM SEJARAH NEGERI PERAK...
SEMOGA ALLAH SENTIASA MEMBANTU YB NIZAR!!!!
tu yang nizar tulis, mana peraturan yang menyatakan bahawa sultan mempunyai hak penuh keatas perlantikan dan pemecatan MB. kenapa tak serta sekali dengan artikel itu termasuklah siasah ni,,
kalau kerajaan 16 september? kerajaan demokrasi ke?
16 september ialah kerajaan liwat. kerajaan liwat lagi hina dari kerajaan pondan dan kerajaan pintu belakang. sebabnya tadika kat penang pun boleh masuk ikut pintu belakang kata timbalan ketua menteri tukang hangguk babi eng tu
ustat addd..
16 sept tu benda jadi ker...
sekarang bukan lompat...
bos kamu pun cakp...
dia tak lompat pun...
kuar...kuar atas arahan...
arahan berbayar...
aku dok perak ni...
tak pernah berlaku perselisihan dalam sidang dun pun...alih2 kuar, apa pasal?...pasal apa?...takda pasal?...nak kata bab tanah, yg kuar 2 melayu, 1 cina, 1 india...
apa pasal?...takdak pasal?...
ke depa dah nampak roh islam dalam bn?...harapnya begitu laa...
kau duduk mana tekong darat? sitiawan ,manjung, ipoh?aku dok dikawasan dun pasir panjang
16 sept. memang tak jadi, kalau jadi la kau ingat puak umno nak jali penunjuk jalanan ke...kirim salam la,pemimpin umno akan bekerja seperti biasa dan tunggu sahaja la apa pemerintahan baru akan laksanakan... itu je,,, dah kita puak kalah macam tu je hakikat hidup berpolitik. tapi kalau puak hamPAS,,, masyaallah...
alaa...
main kampung plak...
pasir panjang daerah mana yeop?
belum jadi buleh laa cakap yeop...
dah jadi?...darurat laa kot...
hang cakap buleh laa....
bos hang?...
dah 20 tahun dah kerajaan pas memerintah kelantan ,elok je bn tak kacau apa pun, tak meroyan macam puak pas sekarang, so sekarang siapa yang kerasionalan nya yang baik dan harus dipuji,,,
Keputusan sultan mungkin tepat dalam ertikata menyelamatkan MB Nizar daripada pening kepala dengan pelbagai hal yang sukar. SUK yang busuk hati,Jamaludin & Othman yang lapar duit minta projek & balak, cabaran ekonomi semasa yang semakin parah dan gugatan daripada media n federal goverment. Jadi lebih baik bg kat Zambery Kader utk uruskanya. DAP pun x boleh cakap apa. Nak tanah 999 tahun, sorrylah.
add ni bebal sangat ker?...
bn yg kacau perak...
bn nak kacau lagi kedah, nak kacau lagi selangor...
bodoh sangat ngko ni...
apa ngko cakap?...
sapa yg tak rasional?...
alamak...lain kali bini ngko pun bagi kat orang...jgn pertahankan...
lantak laa nak ikut sapa pun...
kpd Add...
sapa kata BN x kacau Klantan?? Ms Ustaz Nik Aziz mula2 amik alih klantan dr BN yang penuh korupsi dlu, sentiasa ada saja 'kekacauan' yang BN timbulkan...setiap masa muka Nuar Musa tu masuk tv...kononnya Nik Aziz menyeleweng la, exco rasuah la, mcm yg BN buat kat Tganu dlu, buat kat Selangor, Perak dan Penang sekarang la... sampaikan kami rakyat klantan naik muak tengok muka Nuar Musa. Sebab tu la setiap kali PRU, BN x penah dpt amik Klantan...
Tp ms PRU 2004, Pas cuma kelebihan 1 undi banding Umno.. kepimpinan Nik Aziz sentiasa dilanda kebimbangan sbb UMNo yang jahat ni sentiasa gunakan kaedah beli Adun sejak dr thn 1966 lagi!!!!Tp berkat kesabaran dan keteguhan hati ADUN Pas, Alhamdulillah, Pas dpt tawan Klantan dengan penuh ketenangan ms PRU 2008 dengan majoriti besar... sbb nya rakyat dh makin meluat dn benci pada BN... kat Klantan Cina dan India pun sokong Pas la... kalu x caya, mari la tnya depa sendiri!!!!
pr biadap,takde moral,x bertamadun, dikuda dan promot main belakang macam komander anwar anak pak brahim. kerapuhan & kelemahan PR diselindungi. tak pernah mengaku salah. Ingat korang tu malaikat, @ golongan rasul & nabi2... Maksum sangat ke korang tu.. Kata pemimpin Islam, Soal solat waktu pengikut nye tak dijaga. Kekerasan yg dilakukan dilindungi malah digalakkan. Nik Aziz tu macam la dia tuhan tentukan dosa, pahala baik hina manusia. Wahai anak2 termasuk TUAN GURU NIK AZIZ, Hadi AWANG. Tunggulah balasan dari Allah S.W.T jika tuan2 meletakkan agama islam ni di tempat yang salah. jgn sesekali mpolitikkan agama demi kepentingan politik masing2. Betulkan rumah mu dulu sebelum betulkan rumah org lain jgn jd tikus betulkan labu
HARITHAH..SEDAP NAMA TU... TA BAIK MENGUMPAT..
Post a Comment