Sunday, February 1, 2009

Ahmad selamat dari didakwa hasil campur tangan pemimpin kanan Umno

KUALA LUMPUR, 1 Feb: Akibat campur tangan pemimpin kanan Umno, bekas ketua Umno bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail tidak didakwa di bawah Akta Hasutan.

Demikian lapor laman web Malaysiainsider dalam laporannya hari ini. Sebelum ini, laman web itu juga yang melaporkan Ahmad Ismail akan didakwa beberapa hari lalu.

Menurut laman itu, beberapa rombongan pemimpin Umno Pulau Pinang telah menemui pemimpin kanan Umno di Putrajaya memohon agar Ahmad tidak didakwa.

Ini kerana, bagi mereka, hukuman yang diterima oleh Ahmad Ismail sudah mencukupi iaitu digantung keahlian selama tiga tahun.

Dalam laporannya sebelum ini, laman web itu berkata, polis telah menyelesaikan penyiasatannya terhadap Ahmad dan pejabat Peguam Negara dalam proses mengarahkan agar beliau didakwa.

Namun, sejak itu, beberapa rombongan dari Pulau Pinang telah ke Putrajaya memujuk agar Ahmad tidak didakwa.

Semasa kempen pilihan raya Permatang Pauh, Ahmad mendakwa dalam ucapannya, orang Cina Malaysia adalah pendatang dan setinggan di negara ini.

Ekoran itu, seorang wartawan yang melaporkan ucapannya ini ditahan di bawah ISA bersama dengan blogger Raja Petra Kamarudin dan Exco Selangor Teresa Kok.

Namun, akibat tekanan rakyat negara ini, wartawan Sin Chiew Daily itu dibebaskan sehari selepas itu.

Isu ini telah menjadi sebahagian kempen DAP dan PKR dalam pilihan kecil Kuala Terengganu ketika mereka membantu calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut di sana.

Walaupun Ahmad Ismail dianggap bebanan kepada Umno di kalangan rakyat negara ini namun dia dianggap hero kepada pemimpin dan ahli Umno.

8 comments:

aisal said...

Adjust Abe Mat, jgn x adjust....dkt nk pemilihan dh ni...ISA hnya utk org bkn BN@UMNO jer Abe Mat. Apa nk runsing.....

dewatawanberapi said...

hasutan ape pulak....

Memang betul ape..spt yg Ahmad Ismail tu kata...

berdasarkan sejarah...memang itu fakta yang tepat dan harus diterima..
kalau dah pendatang tu pendatanglah.

pendatang haram jadah tu...memang tak sedar diri..

kalau Ahmad suruh bunoh sekor sekor pendatang tu..barulah boleh dikata menghasut.

aisal said...

pendatang haram yang dibawa oleh umno untuk prinsip jus soli. depa yang bagi kerayatan lepas tu kata pendatang haram pulak.

tahu bagi kerakyatan tetapi x mo bagi tempat tinggal...ish..ish..ish ..temadunnya melayu kita...

dewatawanberapi said...

jangan jadi bodoh...

bagi kerakyatan tu kerna terpaksa utk dapatkan kemerdekaan...

kalau tak...sampai sekarang pun kita masih di bawah british...

dewatawanberapi said...

pembetulan...

bukan UNMO yang bawak pendatang haram tu...

itu semua kerja penjajah...

bagi kerakyatan pun sebab tekanan british utk mendapat kemerdekaan...

aisal said...

mcm juga tanah kat bukit botak, klau mendiang kerajaan selangor x sign aggrement dng pemaju hampeh, masalah ni x kn berlaku. sama gak ng dulu2.awat g sign jugak. bnyk lagi cara boleh buat nk merdeka. telan jer la tahi tu. akuilah....siapa bodo, kamu jugak yg bodo!

aisal said...

teringat zaman nabi, nabi jemput muhajirin dan ansar jadi warga mekah tinggal bersama kaum quraisy.

abu bakar tak complain, umar tk marah, usman x bising dn ali x dendam.

indahnya islam krna kita bersaudara bkn berbangsa-bangsa....

anakkancil said...

Kau org dok tengak ape...dah jadi adat umno...org dia..ok tak pa...tapi parti lain,....kurong ..kurong...bahaya..hasutan..perkauman...
Dey..org dah tau la tatik kotor umno

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...