Wednesday, February 4, 2009

MB Perak menghadap Sultan

4.10 petang

IPOH, 4 Feb: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaludin masuk ke Istana Kinta jam 4 petang untuk menghadap Tuanku Sultan Perak bagi memohon agar Dun Perak dibubarkan atau mendapat nasihat baginda apa yang patut dibuat dengan kerajaan negeri Perak.

Ini berikutan pengumuman Adun Jelapang dari DAP keluar parti dan menjadi Adun bebas menyertai dua lagi Adun PKR dari Behrang dan Changkat Jering.

Ini bermakna kini, Pakatan mempunyai 29 Adun, BN 27 manakala bebas 3.

Jam 4 petang pula, timbalan presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak pula dikatakan akan membuat sidang akhbar penting berkenaan apa yang berlaku di Perak.

Semua Adun dan anggota Parlimen BN dari Perak turut dipanggil ke sidang media itu.

Berita angin kini bertiup kencang kononnya lima Adun Perak telah menyertai BN termasuk tiga Adun bebas itu, serta seorang lagi Adun DAP manakala Adun Bota, Datuk Nasarudin kembali ke pangkuan Umno.

Jika ini berlaku, Sultan akan mempunyai dua pilihan iaitu membubarkan Dun Perak atas permintaan kerajaan Pakatan atau menyerahkan kuasa kepada BN yang dikatakan mendapat majoriti dalam Dun.

11 comments:

Banjar Sungai Tungku said...

kesian pak kaduk (PKR) dab su lebai malang (PAS).

belum pun panas pungkok dak memerintah, dah kena calo.

zali said...

haa...baru tau menggelupur...

ini baru sikit je bn punya counter attack lepas dato nash lompat ke pr...

umur tak sampai setahun nak berlagak sangat...bungkus la jawabnya!

zali said...

nasib awak la dato nash...dah ada yang senang nak yang susah...

nasib pengkhianat bangsa dan agama...

Atuk Banjar Masin said...

Tok dah agak dah, Pakatan Rakyat memang RAPUH. Apa dah jadi sekarang - kecoh-mecoh di buat nya.

Jika terbubar kerajaan Pakatan Rakyat, ini telah membukti kan bahawa PR telah GAGAL memerintah dgn baik. Kerajaan yg sebegini kah yg di kehendaki oleh rakyat?

Rakyat harus sedar jika mahu kerajaan yg baik, kuat dan mantap - TOLAK PAKATAN RAKYAT.

Banjar Sungai Tungku said...

Wahaiiiiiii sahabat ku dari PR,
keluar lah segera, mari kita sambung bahas di sini dgn cara baik, lemah lembut bak di puput bayu.

Hamba mulakan dgn menyeru rakyat, TOLAK kerajaan PR yg telah GAGAL memerintah sehingga terburai terbubar.

Dlm sejarah, ini lah kerajaan yg paling singkat usia memerintah di Malaysia!

Jawab hujah round 1 dari BN, silakan

zali said...

anon...

jangan la ajak orang yang tengah berduka masuk berhujah di sini...kita kan faham dan sedia maklum perasaan mereka...

kalau masuk pun...jadi punching bag la kat sini...kali ni...

dianawijdan said...

kita tengok pilihanraya dun nanti la macamana. dulu BN kurang 1 kerusi je dari PAS di kelantan sebelom PRU12. lepas PRU bn terok kena tibai.

angin perubahan rakyat seperti di kelantan, permatang pauh dan kuala terengganu akan bertiup di perak pulak sebab rakyat dah bosan dengan parti yang ternyata rasuah dan menerima orang2 yang rasuah didalamnya. betol la peringatan dr m pada paklah.

puak2 bn ni tak malu ke dok dalam parti yg ternyata penuh rasuah? dan menyokong yang memberi dan menerima rasuah? tu tak kira lagi yang beli bini org, cabul org di hotel, zina dan seks bebas, bunoh org, yg "correct...correct...correct..."
dan macam2 lagi lah.

AYOH RAKYAT PERAK KITA TOLAK PARTI-PARTI YANG MENJADIKAN RASUAH AMALAN HIDUP MEREKA!!!

Lebai Mangkuk said...

DAP telah bejanji akan meletak kan lebih ramai calun nya dari gulungan ustaz dan ulamak.

Lebai sudah siap sedia menjadi calun jika di perlukan. Sekali ini DAP akan dapat berkuasa secara penuh kerana calun melayu/Islam dari gulungan ustaz dan ulamak sudah berada dlm jemaah DAP.

Lebai agak PAS dan PKR tiada halangan bagi DAP melaksanakan 'niat' baik nya ini.

Hidup PAS!!!!!!
Hidup PKR!!!!!!!!!!
Hidup DAP!!!!!!!!!!!!!!
Hidup PR????????????????????

setanggi syurga said...

Allahu Akbar..
Ya Allah menangkan lah KAMI (PAKATAN RAKYAT),
musnahkanlah..hancurkanlah MEREKA (UMNO dan BARISAN NASIONAL)

TAKBIR!!!!!

darwin said...

Najib juga mengesahkan, Adun Bota, Datuk Nasarudin Hashim kembali ke pangkuan Umno.???? hahaha...da agak da org umno bermuka2...tau pkr ujung tanduk kena keje...msk blk bn utk jwtn n dapatkan wit rasuah...hahahahaa...mana la agaknye 2 bekas adun pkf pegi ek..xkn lar kerajaan negri nk kontek pon pyh klu demam..hp botol air lg ke?atau kat luar negara terima rasuah wit rakyat dari tpm?hahahahah...

alasan tadika ditutup?jkkk ditutup?ape ingat kerajaan pr xde otak ke pk ape akibatnyer?so korg tau angkara siapa?khianat sape?benda kecik pon kuar media macam nk rak..hilang kesusahan ekonomi rakyat dek pemutar belit..depa ada media.len kali bace sumer akhbar baru wat rumusan..rakyat da Bijak BN..bukan mcm zaman dulu ikut2tan jek x tau brite sbnrnyer..macamla israel pertahankan seranagn dia wlupon tau niat dia kan...UMNO da X macam dulu..jd kerajaan sebab perjuangan pejuang2 umno dulu...umno skrg cume boneka..gunakan sejarah kaburi mata rakyat..setiap ceramah sekolah,belia,mane2 lah..ckp hargai la umno,BN,kerajaan..klu pemimpin Rasuah?Klu Pr jd kerajaan adakah ekonomi mundur?ipta xde?apakah dalam PR xde org terpelajar?xde DR,Peguam?ustaz?nsb sbb dulu umno bgnkn malaysia tp skrg hanya pada nama untuk kemegahan..tapi pimpinan?apakah akan hilang bantuan untuk rakyat jika PR memerintah?lom cube lom Tau..mcm2 perjanjian selame ni tp sape yng ingkar?pk lar...Jika PR memrintah PR juga Kena ikut perlembagaan Malaysia..so..pk la..xkn Hilng melayu didunia..ingt juga jasa anwar ibrahim membela nasib melayu sewaktu jd pemimpin pelajar..knp kena pecat?sebab liwat?x logik dek akan baru kena tuduhan terus kena lucut jwtn...chua soi lek?da agak nie sumer politik..anwar pon pakar ekonomi..da ramal harga2 brg akan nek..tp BN menyangkal sepenuhnya..biase la janji palsu yg x abes..mnyk xkn naik..nah..sekrg rase la akibatnye penangan BN..Dan Rakyat Mulai Sedar BN>>>TakbiR!!!!!!!!

moloyue said...

Tindakan kotor BN membeli ADUN PR membuktikan betapa UMNO tidak mahu berubah walau pun telah mengalami kejutan drpd pilihanraya yg lepas.

Tindakan spt inilah iaitu menggunakan rasuah secara berleluasa serta tekanan ke atas SPR supaya menyebelahi mereka, menyebabkan ramai pengundi telah menolak BN/UMNO dlm pilihanraya yg lepas.

BN meneruskan usaha gigih mereka menggali kubur terbesar dan terdalam untuk mereka bagi pilihanraya akan datang. Atau mereka, dibawah pimpinan PM baru Najib akan menggunakan taktik2 yg makin jahat dan ganas!

Apa yg jelas dlm episod di Perak ini ialah ramai yg jadi jutawan sekelip mata termasuk sultan Perak yg mungkin boleh membuat piramidnya berdindingkan emas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...