Monday, February 23, 2009

Perlukah politik damai PR - BN diwujudkan?

Oleh: Zain A Ghani, Hamdan MS dan Khairil Abdul Rahim

KUALA LUMPUR, 23 Feb: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Awang tidak menolak jika diwujudkan persefahaman politik antara Kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan Kerajaan Pakatan Rakyat supaya kerajaan masing-masing tidak diganggu gugat antara satu sama lain sehingga menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang. Bagaimanapun persefahaman tersebut mestilah berasaskan kefahaman demokrasi, hormat menghormati dan keikhlasan.

“Kita tidak menolak jika ada pihak berusaha mewujudkan persefahaman politik (antara Pakatan dengan BN) supaya kerajaan yang ada tidak dikacau antara satu sama lain. Kami bersetuju tetapi persefahaman itu mestilah berasaskan lunas-lunas yang betul”.

Abdul Hadi berkata demikian ketika menjawap pertanyaan pemberita pada sidang akhbarnya selepas berucap menutup program Ekspo Penerangan PAS Temerloh 2009 di Darul Amin Sungai Gau, dekat sini 15 Februari lalu.

Perkara tersebut ditimbulkan ekoran tindakan BN yang merampas kuasa di Perak daripada Kerajaan Pakatan Rakyat baru-baru ini. Tindakan BN yang merampas kuasa itu seolah-olah membalas dendam amaran ketua umum PKR sebelum itu bahawa terdapat 40 Adun BN yang akan melompat kepada Pakatan dan seterusnya membentuk kerajaan baru di peringkat pusat.

Justeru jika wujud persefahaman agar kerajaan masing-masing tidak digugat antara satu sama lain sehingga PRU akan datang, bermakna hak rakyat yang memilih dan demokrasi dihormati.

“Bagaimanapun PAS tetap akan menangani politik negara secara demokratik, bermaruah dan menuruti lunas undang-undang negara. Kita juga tidak menderhaka sebagaimana didakwa sebaliknya Umno sedang mempermainkan institusi raja-raja,” ujarnya.

Persefahaman politik (understanding politic) antara Pakatan dan BN mula diperbincangkan ekoran perkembangan politik dilihat semakin tidak sihat dan masalah ekonomi yang semakin meruncing .

Krisis rampasan kuasa di Perak dan isu melibatkan exco kerajaan Selangor, Elizabeth Wong yang disifatkan permainan politik kotor dikhuatiri akan berterusan di mana kesannya - agenda untuk rakyat semakin kurang diberi perhatian oleh parti-parti yang memerintah sama ada peringkat faderal maupun negeri.
Dalam masa yang sama, Pakatan Rakyat juga dilihat memerlukan suasana yang lebih kondusif untuk memastikan gerak kerja mereka di negeri yang dimenangi berjalan lancar untuk membuktikan kemampuan mentadbir kepada rakyat.
BN juga dikatakan perlu kepada suasana politik yang lebih tenang ekoran berhadapan dengan pelbagai isu dalaman selepas melalui prestasi buruk dalam pilihan raya ke 12 lalu disamping untuk persediaan peralihan kuasa dalam Umno tidak lama lagi.

Naib presiden PAS, Mohammad Sabu ketika mengulas perkembangan politik di Perak turut bersetuju diadakan understanding politic antara Pakatan dan BN untuk mengawal situasi negeri yang semakin tidak stabil.

Kata Mohammad, sekiranya BN tidak mengacau negeri Pakatan seperti Kedah, Perak dan Selangor Pakatan Rakyat juga tidak menggangu negeri yang kedudukan BN kritikal seperti Negeri Sembilan dan juga kerajaan pusat.

"Persefaham politik seperti ini perlu diusahakan...parti-parti yang memerintah boleh menumpukan agenda mereka untuk rakyat di negeri yang mereka kuasai disamping berpolitik seperti biasa.

"Selebihnya tunggu pilihan raya umum ke 13... masing-masing akan bertembung waktu itu di mana rakyat akan menentukkan parti mana yang mereka suka untuk memerintah," kata beliau mengemukakan pandangan.


Bagaimanapun pandangan agak berbeza dilontarkan oleh Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar yang tidak bersetuju pendekatan berdamai politik antara Pakatan dan BN.
Berhubungan isu rakyat yang semakin sengasara ekoran kemelut politik yang berlaku ketika ini, Mahfuz berkata situasi itu perlu dipertanggungjawabkan kepada Barisan Nasional kerana mereka telah memulakan pendekatan kotor untuk menganggu gugat negeri yang di perintah oleh Pakatan Rakyat.

Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, kemelut politik yang berlaku hari ini boleh selesai sekiranya BN berhenti melakukan kerja-kerja kotor dan mengembalikan semula keadilan khususnya dalam kontek negeri Perak.


"Berikan hak untuk rakyat dengan mengadakan pilihan raya di Perak, saya percaya keadaan akan kembali seperti sedia kala," kata beliau.

Berhubung kepentingan rakyat yang wajar diberi perhatian melebihi politiking ketika ekonomi tidak menentu waktu ini, Kata Shamsul, selepas isu 16 September beliau melihat Pakatan Rakyat tidak lagi agresif terhadap kerajaan malahan negeri-negeri yang di kuasai oleh Pakatan Rakyat lebih memfokuskan kepada agenda mentadbir negeri.

Tetapi katanya, BN telah bertindak melampau menggangu gugat pentadbiran kerajaan Pakatan dengan pelbagai kerenah yang ditimbulkan.

Bagaimanapun beliau mengakui perkembangan yang berlaku hari ini sangat berbahaya kepada kestabilan politik apabila undang - undang dilanggar untuk kepentingan pihak tertentu dan hak rakyat dinafikan.

Siasah sebelum ini turut mencadangkan supaya satu pendekatan politik damai antara Pakatan Rakyat dan BN dilakukan untuk menghadapi krisis ekonomi di mana masing -masing perlu menumpukan kepada kepentingan rakyat.

Pensyarah di Jabatan Sejarah, Politik dan Strategi Univerisiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Kamaruzaman Yusoff, dalam reaksinya berhubung cadangan tersebut bersetuju supaya ‘gencatan senjata’ sementara diusahakan untuk meredakan pergolakan politik BN dengan Pakatan Rakyat.
“Sebagai orang akademik, saya rasa eloklah orang politik daripada kedua-dua belah pihak mencari jalan terbaik dengan berbincang secara lebih rasional demi kebaikan rakyat dan negara kita Malaysia.

“Pihak BN patut terima hakikat dan mengakui keputusan yang dibuat rakyat di mana beberapa negeri telah tejatuh ke tangan Pakatan.Oleh itu eloklah dikurangkan politiking berlebihan dan beralih memfokuskan kepada membangun negeri dan negara kita," ujar beliau.

Kata beliau lagi, tambahan pula suasana ekonomi yang tak menentu, BN sepatutnya tidak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara atau usaha negatif hendak menumbangkan kerajaan Pakatan tetapi sepatutnya memfokuskan dan menumpukan perhatian untuk memajukan dan ekonomi.

"Begitu juga sebarang salah faham atau pergaduhan sesama rakyat harus diketepikan dahulu demi mencari kestabilan politik dan Negara.

"Jika itu dapat dilaksanakan, saya merasakan kestabilan itu akan menarik pelabur untuk datang memeriahkan lagi sektor ekonomi kita, tegas Dr Kamaruzaman.

Bagaimanapun Pensyarah Kanan Jabatan Sejarah Univerisit Malaya (UM), Prof Dr Mohamad Redzuan Othman memberikan reaksi berbeza kepada Siasah kerana menyifatkan usaha tersebut sesuatu yang mustahil dan tidak nampak jalan untuk berlaku.

"Orang politik tidak boleh nak resional, mereka berfikir cara lain, congak politik mereka lain," kata beliau.

Ujar beliau, walaupun pemimpin politik melaungkan kepentingan rakyat ataupun bangsa tetapi tidak lebih dari retorik sahaja.

"Kita lihat berapa banyak tindakan-tindakan orang politik yang merugikan rakyat dan bangsa tidak pernah mereka pedulikan....macam mana mereka nak bersatu kerana rakyat. satu peratus pun saya tidak nampak perkara ini akan terjadi," tambah beliau.

23 comments:

Hamba Miskin said...

Saya setuju!!

Gencatan politik diadakan selepas pilhanraya kecil 3 bukit.

perunding said...

tuah memang pandai pujuk jebat supaya serahkan tamingsari.
bila dah dapat ditikamnya jebat..

ekkk...the end.

perunding said...

kita semua mengharapkan tunggulah pru13 tapi....
apasal itu perak..hah.
pulangkan dulu kepada rakyat.
lepas tu gencatan sampai pru13.

Hamba Miskin said...

perunding..

PERAK - PHI RAK
maksudnya sayang abang.

Pahlawan Hijau said...

betul 2 harap2 selepas 2 PRK dan selesainya keputusan mahkamah mengenai dan undi tidak percaya keatas kerajaan Perak harap2 gencatan senjata politik dapat dirialisasikan sehingga PRU 13 untuk kita sama2 mengatasi masalah umum iaitu masalah Ekonomi yang makin meruncing ini, tp persoalannya adakah akan berlaku gencatan politik Unilateral? benda ini kemungkinan akan berlaku dan sejarah telah menunjukkan bahawa kerajaan BN lah yang selalu melanggar gencatan ini apabila mereka merasakan kedudukan mereka tidak selesa maka ada saje lah benda jahat yg akan mereka rancang.

zali said...

"Perlukah politik damai PR - BN diwujudkan?"

hadi kata : ...kerajaan yang ada tidak dikacau...

sabu kata : ...sekiranya BN tidak mengacau negeri Pakatan...

mahfuz kata : ...perlu dipertanggungjawabkan kepada Barisan Nasional kerana mereka telah memulakan pendekatan kotor...

shamsul kata : ...BN berhenti melakukan kerja-kerja kotor...

kamarulzaman kata : ...BN sepatutnya tidak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara atau usaha negatif hendak menumbangkan kerajaan Pakatan...

conclusion nya : politik damai bagi mereka orang pas ialah bn tidak menganggu mereka,tidak melawan mereka dan hanya biar apa yang mereka suka nak buat?

dalam masa yang sama mereka boleh melakukan apa yang mereka tak mahu bn lakukan pada mereka?

ni apa ni hah?

kalau ini la politik damainya...Prof Dr Mohamad Redzuan Othman benar dalam perkiraannya.

umno/bn tak akan tunduk pada tuntutan politik damai yang sebegini.

prk 3 bukit ni...umno/bn akan all out!

bagaimana pas/pr mahu menafikannya kalau setakat berselindung di bawah perkataan 'rakyat' dan 'islam' tu?

ismazyanti said...

boleh ke mcm tu?

unanjaga said...

Rasa nya perlu perdamaian antara BN dan PR ini,pertama nya agar segala urusan negeri itu dapat berjalan dengan baik tanpa gangguan,berikan hak mereka memerintah selama satu penggal,dan biarkan rakyat membuat penilaian,dan ini lah kematangan dalam berpolitik.

Mohd Asri said...

Politik Damai...
Saya bersetuju dengan syarat kedua-dua pihak ikhlas dan tidak akan melangkaui perjanjian.

Sebagaimana Rasulullah bersetuju dengan Perjanjian Hudaibiah, walaupun berat sebelah pada pandangan kasar tetapi oleh kerana mengikut kehendak wahyu maka sebenarnya pihak yang benar akan menang dalam persetujuan ini...

Dr Nik-On X-Ray said...

Rasonyo tok payoh damai dengan UMNO selagi makhluk-makhluk perompak tamak yang diketuai Najibul Mongolia, masih berkeliaran. Duit rakyat akan hanya diboroskan untuk RM (Rosmah Mansor) dan juga membeli ahli-ahli politik yang tak bermaruah. BN dah nak hancur, biarlah - dah banyak Bencana Nasional (BN) yang dibawa oleh BN terutama UMNO. Jangan bagi LIFELINE kepada mereka di saat mereka NAZAK. Biar UMNO/BN jadi pembangkang pulak - biar Najib rase macam apa yang Khir Toyo, Mahdzir Khalid, Tajol Rosli rase - GILA TALAK. Mase tu taulah kau Najib mana Musa Hasan, mana Gani PatTail, mana Mud Said (MACC) dan hakim-hakim yang melindungi engkau dan konco-konco engkau. Kalau dibagi nafas buat Najib, dia akan gigit setiap yang pernah bantunya. Gigitan Najib melalui badan-badan kerajaan mengandungi VIRUS yang cukup bisa. Sebab itu, kalau jumpa Najib dan Ular, katok (pukul) Najib dulu

dewatawanberapi said...

kerajaan Pakatan Rakyat dah daftar belum???
kalau belum...kerajaan haram tu..

benda haram jadah ni mana boleh buat berunding...menjadi kewajipan rakyat malaysia menghapuskan benda2 haram ni daripada terus menular....

maun said...

bagus le adakan gencatan politik. Tapi ingat!!!UMNO tu jenis spesis mengencing, takkan tak serik.

Mesra Sokmo said...

Firaun dulu pun pernah berkata dia tahu apa dia buat. Disini umno dah 65 tahun mengkianati Islam, Tokoh yg perlu dipuji & berjasa spt. Mohd Khir Johari kerana memadamkan tulisan jawi disekolah. Chedet, yg melarang ustaz mengajar yg betul diMesjid & surau. Kenapa nabi tak cukur janggut tiada pisau jilet cap buaya. kepala Sunat pakai kopiah ditukar sunat pakai songkok. Pakai kopiah dicopkan org pas, habis rakyat Msia tak dapat ikut sunnah. Pok Loh, Khutbah jumaat langsung tidak ada isi yg
boleh diambil, yg selalu dibaca khatib tentang Fahaman Hadhari. Rakyat jadi bodoh tentang ugamanya sendiri. Kenapa UMNO takut
sangat dgn hukum ALLAH SWT. Tak boleh nak makan rasuah ke?, tak boleh berzina ke?, tak boleh boros ke? - shoping diaustralia bawa 3 juta RM oleh mat taib. Tak boleh merogol pelajar ke? tanya ayahandanya Tamby chik. Bunuh jalil Ibrahim diHong kong, kerana seleweng duit BBMB oleh kroni chedet - Itulah dikatakan berjasa selamatkan melayu dan jadikan dunia tempat kumpul harta spt bekas Adun Port Klang. Pas berjaya didunia memberi umatnya takutkan neraka Allah & rindu surganya ..... Isya'Allah diakhirat dapat syurga? kerana
menolak hadhari yg sesat, dunia adalah jambatan ke akhirat. pasal tu manusia di letak didunia untuk Allah diujikan.

Semoga warga BN diberi petunjuk oleh Allah utk Islam sebenar. Baca Al Quran & hayatilah terjemahannya
semoga anda semua faham dan mengerti kehendak Allah yg banyak diperjuangan oleh PAS. Mati tidak mengenai usia, yg penting
sumbangan anda tegakkan kebenaran Islam. Keredaan Allah & Pahala adalah ukuran. Akhir kata Allah tidak berhajat kpd makhluk
tetapi manusia yg berasal dari setitik air mani mengharap kpd penciptanya

biskut said...

ari-ari baca siasah boleh hilangkan stresss. sebab citenye lawak memanjang.
komentar siasah pulak komentar paling sempoiii.
cuma jangan mencarut dah le.

ismazyanti said...

Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicelah
Bagaiku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini
Takkan berubah kerna aku tetap aku
Dan lalu rindumu bukanlah aku
* Bahagia kau dan fikiranmu
Berbeza
Kau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu
Apakah aku
Hanya boneka yang sering engkau mainkan
Yang dikawal oleh jari-jarimu
Ku punya hati dan perasaan pernahkah engkau fikirkan
Cukup cukup oh cukuplah
(ulang *)
Tak faham tak faham
Tak dapat ku faham
Melayan sikapmu perawan
Berbeza-berbeza
Kau dan aku berbeza
Kita memang tak serupa
Bebaskan bebaskan
Kunci dilepaskan
Kita tidak sehaluan
Cukuplah sudahlah
Sampai di sini saja
Hubungan kita berdua
Hoa?hoa?.hoa?..
(ulang *)

ismazyanti said...

sorry, tgh boring.. so,layanzz...zas

Prof. Era Pasca said...

http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/02/lepas-karpal-kini-sivakumar-pula.html

http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/02/bendera-umno.html

damai mesti lah perlu... tp masalah nye.. bkn PRK selama(huhu kampung atok aku SELAMA) ni aman damai je ke? sape yang datang buat porak? haktui le bakal presiden UMNO menang tanpa bertanding!

sapphire said...

zali said...

prk 3 bukit ni...umno/bn akan all out!

Caya lah zali...memang kitorg nak BN out pun...
Yes, we are going to VOTE THEM OUT of the state!!

ironseven said...

yeah...let us ALL OUTkan umno and bn dari muka bumi ini...

aku bukan asam taiping malah bukan jua sapphire...main hantam kromo je mamat yg buat serkap jarang tu...kot2 dia pon ada 4,5 nama kat sini kot..

dah kalah hujah nak tukaq topic pulak. shame on you!

shyufi said...

"Perlukah politik damai PR - BN diwujudkan?"


jawapan: xperlu...

coz kiter tau perangai umno-bn dari dulu masih xberubah.tikam belakang,masalah moral,botox...

seeloknya ahli2 umno-bn yg da insaf 2 dtg n masukla pakatan,abis cter..klu umno-bn terima politik damai ni pun sebab politik dorg skang da kucar-kacir n menggunakan medium 'damai' ni sbg batu loncatan nak kukuhkan n tutup kelemahan mereka..
sokong sapphire!
hidup pakatan!!

apam taiping said...

ZALI said....
prk 3 bukit ni...umno/bn akan all out!
.....................................
ya all out...guna hbs duit juta2,,pastu yg pgg duit bwk lari lepas kalah nnt...lehla tgk org2 umno gdh ngn geng sendri psl wat keja xdpat duit mcm yg dh jnji...xsabo aku nak rakam gambo kat bukit gantang nnt...leh pos kat u tube....

apam taiping said...

dewata awan berak pit said....
benda haram jadah ni mana boleh buat berunding...menjadi kewajipan rakyat malaysia menghapuskan benda2 haram ni daripada terus menular....
.....................................

apsal xharamkan jer???dr dulu lagi kalo leh haramkan,haramkanla....ish ish...sgguh bodo dewa indu sekor nih...lainla kerajaan langit yg ayah pin kau tu....hahaha...kongkangla...

dewatawanberapi said...

ai...marah nampak
bawak mengucap...jangan ikut perangai syaitan...

yang aku nampak...yang ada ciri2 kerajaan langit tu...PAS lah

Nik Ajis Pin...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...