Tuesday, June 30, 2009

Pemuda PAS dan Umno anjur wacana ilmiah ganti debat

KUALA LUMPUR, 1 Julai: Pemuda PAS dan Pemuda Umno bersetuju untuk melakukan wacana ilmiah antara mereka berikutan cabaran Pemuda PAS untuk berdebat dengan Pemuda Umno.

Ekoran itu, mereka bersetuju untuk menubuhkan sekretariat bagi merumus perkara teknikal sebelum wacana ini boleh diadakan.

Keputusan ini dicapai ekoran cabaran Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan untuk berdebat dengan Pemuda Umno.

Namun, ekoran kepanasan isu cabaran debat oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pendekatan debat itu ditukar kepada wacana.

"Wacana ini akan dibuat secara terbuka," kata salah seorang Exco Pemuda PAS, Abdullah Karim.

Beliau mengulas laporan laman web yang melaporkan, Pemuda PAS dan Pemuda Umno mahu menubuhkan sekretatriat tetap antara mereka bagi membincangkan isu nasional.

Menurut laporan itu, mereka mencapai kata sepakat untuk duduk semeja bagi membuat 'wacana intelek' bagi menyelesaikan masalah antara PAS dan Umno.

Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan Tantawi telah memaklumkan perkara itu dalam sidang medianya bersama Timbalan Ketua Pemuda Umno, Razali Ibrahim di lobi Parlimen hari ini.

Langkah pertama yang akan mereka buat adalah menubuhkan sekretariat bersama kedua-dua sayap PAS dan Umno itu.

Mereka berdua berkata, mereka telah mengenalpasti apa yang hendak mereka kerjasama terutama dalan menghadapi isu nasional.

Menurut laporan itu, langkah sayap PAS ini amat berbeza dengan langkah yang diambil oleh abang-abang mereka yang telah bersama Pakatan Rakyat menolak sebarang bentuk kerjasama dengan Umno termasuk kerajaan perpaduan.

"Ini tidak ada kaitan dengan isu kerajaan perpaduan. Ia berkait dengan cabaran debat Pemuda PAS kepada Pemuda Umno. Razali pula bersetuju untuk menyambutnya.

"Sekretariat yang hendak ditubuhkan pula untuk bincang soal teknikal wacana ini. Bila nak ada, di mana, peraturannya macamana dan sebagainya," kata Abdullah kepada Siasah.

Uji Ikan dikenali ramai di Manek Urai

Oleh M FAQIH
Foto TUAN HASNAN MD NOR

NAMA Uji Ikan, tidak asing lagi di Kuala Krai. Jarang orang tidak mengenalinya. Apabila menjejak kaki ke pasar kita mudah temui seorang lelaki bertubuh tegak. Tidak sukar untuk mengenalinya. Biar pun ramai penjual ikan di situ, ada seorang yang berpakaian sedikit kelainan.

Ada serban di atas kepala. Dililit kemas. Ekor serban menjuntai ke bawah di bahagian belakang. Sekali tengok macam orang pondok.Dahinya ada tanda hitam, kata orang kampung tanda kuat ibadat.

Hari ini beliau sudah jarang kelihatan di pasar, biar pun masih lagi berniaga ikan. Beliau sudah meningkat maju dalam perniagaan. Abe Uji di antara pemborong ikan di pasar berkenaan.
Ramai penjual ikan di pasar itu dan penjaja dengan kenderaan mendapat bekalan ikan daripadanya.

Biar pun kini jarang kelihatan di pasar, namun masih mudah ditemui di Masjid Jauhar di hadapan stesen minyak Caltex.

Masjid itu menjadi tempat persinggahan bagi musafir yang melalui jalan Kuala Krai – Gua Musang. Kedudukan tidak jauh dari simpang tiga menghala ke bandar Kuala Krai.

Kedudukan agak strategik dan mempunyai parkir yang luas. Setiap waktu solat ramai orang yang singgah di situ. Sering kali kita melihat ada sebuah kereta Mercedes model lama diparkir di tepi masjid. Nombor pendataran bertulis PAS.

Itulah kereta milik Abe Uji. Nama sebenarnya Mohd Fauzi Abdullah, 50. Abe Uji Ikan kini semakin dikenali ramai. Seluruh negara memerhati gerak lakunya.

Namanya tiba-tiba menjadi sebutan. Kecil besar, tua, muda menyebut nama Abe Uji. Mengapa tiba-tiba Abe Uji menjadi begitu popular, seumpama Mawi. Sedangkan Abe Uji bukan artis yang gila glamour. Atau pemimpin politik yang baru muncul.

Namanya tiba-tiba muncul selepas diumumkan sebagai calon PAS bagi mempertahankan Dun Manek Urai pada pilihan raya kecil 14 Julai ini.

Laporan lanjut Siasah Jumaat ini.

Wednesday, June 24, 2009

Mohamad Sabu dilantik TPJ Pulau Pinang

TASEK GELUGOR, 24 Jun: Bekas Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu telah dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya II PAS Pulau Pinang bersama-sama dengan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Mujahid Yusuf Rawa yang dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya I.

Turut dilantik ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Kepala Batas, Rosidi Hussain sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS III Pulau Pinang. Manakala bagi jawatan setiausaha Fazhil Kerni dilantik semula.Bendahari disandang oleh Taqiudin Hamzah.Untuk jawatan Ketua Penerangan, Zulkiply Ishak daripada kawasan Kepala Batas turut dilantik.

Ahli Jawatankuasa yang turut dilantik ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, Hamdan Abdul Rahman, Halim Kader, Rosli Hasan, Jamaludin Said dan Bukhari Ghazali.

Demikian dinyatakan oleh Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Salleh Man.

Mahkamah tolak saman terhadap Siasah dengan kos

MELAKA, 24 Jun: Hakim Mahkamah Tinggi Melaka, Datuk Wira Mohtarudin Baki menolak dengan kos saman yang dikemukakan oleh seorang bekas banduan, Amri bin Abdullah terhadap Ketua Pengarang Siasah.

Keputusan itu dibuat oleh hakim berkenaan melalui perbicaraan dalam kamarnya selepas peguambela dan Amri sendiri tidak hadir dalam perbicaraan itu.

Dalam perbicaraan itu, Ketua Pengarang Siasah, Mohd Sayuti Omar memohon mahkamah agar menolak saman Amri itu kerana tidak ada sebarang kes yang dinyatakan dalam samannya itu.

Laporan penuh dalam Siasah Jumaat ini.

Bukan Islam jadi ahli penuh

KUALA LUMPUR, 24 Jun: Orang bukan Islam akan diterima sebagai ahli penuh dalam PAS apabila selesai parti Islam itu meminda perlembagaannya nanti.
Menurut sumber, sebagai ahli penuh, mereka berhak memilih dan dipilih untuk semua jawatan dalam organisasi parti itu.Sebelum ini, orang bukan Islam dicadangkan menjadi ahli bersekutu sahaja bukan ahli penuh.

Namun, kebanyakan pemimpin PAS dikatakan bersetuju agar mereka diberikan status ahli penuh.

Untuk itu, jawatankuasa teknikal yang ditubuhkan oleh PAS untuk meminda perlembagaannya bagi membolehkan mereka menyertai parti Islam itu sedang membuat persiapan ke arah itu.

Laporan penuh dalam Siasah Jumaat ini.

Monday, June 22, 2009

Pakatan Rakyat tolak kerajaan perpaduan

Pimpinan tertinggi Pakatan rakyat bermesyuarat di Parlimen

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat mengambil keputusan menolak idea kerajaan perpaduan selepas Majlis Presiden Pakatan Rakyat mengadakan mesyuarat sejam di Parlimen hari ini.

Membacakan kenyataan selepas mesyuarat itu, Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata:"Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno-Barisan Nasional yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak Umno untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat."

Kenyataan itu ditandatangani oleh Anwar; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang telah dibacakan dalam sidang media di lobi Parlimen.

Anwar menambah, pada masa yang sama Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan pimpinan BN bagi membincangkan isu-isu melibatkan kepentingan negara dan rakyat seperti usaha pemulihan ekonomi.

Mesyuarat itu turut dihadiri oleh timbalan-timbalan presiden, naib presiden dan setiausaha agung parti komponen Pakatan.

Friday, June 19, 2009

Polis berdemo depan Pejabat Agung PAS



Perkarangan Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut penuh dengan anggota polis ekoran berita angin satu demonstrasi akan diadakan untuk membantah kerajaan perpaduan.

Demostrasi itu dikatakan akan diadakan sebaik sahaja selesai solat Jumaat hari ini, namun sehingga kini tidak ada sebarang kelibat demonstrasi itu.

Polis yang berpakaian seragam dan preman memenuhi kedai-kedai dan perkarangan kedai di depan pejabat PAS itu.

Turut serta adalah beberapa wartawan dan jurugambar.

Thursday, June 18, 2009

PAS anjur retreat khas bincang kerajaan perpaduan

KUALA LUMPUR, 18 Jun: PAS akan menganjurkan retreat khas 18 dan 19 Julai depan bagi menyelesaikan perbezaan pendapat di kalangan pemimpinnya khasnya berkaitan dengan isu kerajaan perpaduan.

Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata, anggota retreat ini adalah AJK PAS Pusat dan AJK Majlis Syura Ulama.

Di Kota Bharu baru-baru ini, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan agar PAS mengadakan satu seminar khas berkaitan dengan isu kerajaan perpaduan ini.

Beliau mencadangkan agar Setiausaha Agung PAS yang baru, Datuk Mustafa Ali menganjurkan seminar ini.

Mustafa ketika dihubungi Siasah berkata, pihaknya telah mempunyai perancangan untuk mengadakan seminar ini.

"Mandat telah diberikan kepada Ketua Penerangan PAS yang baru, Ustaz Idris untuk menguruskannya," kata Mustafa.

Idris ketika dihubungi berkata, retreat ini adalah permulaan.

"Selepas sudah disepakati oleh pimpinan PAS, kita akan turun ke negeri-negeri dalam bentuk munaqasyah ucapan dasar.

"Kita akan bincang dalam program ini apa-apa perbezaan pendapat dalam PAS. Ini kerana yang bercakap menyokong gagasan inipun kadang-kadang tidak faham, apatah lagi yang menentangnya," kata Idris kepada Siasah.

Idris berkata, beliau pada awalnya mencadangkan agar ia dibuat secepat mungkin memandangkan isu ini tengah panas sekarang namun pimpinan PAS yang lain mencadangkan ia dibuat selepas pilihan raya kecil Manek Urai.

"Penamaan calon Manek Urai 7 Julai, pilihan raya 14 Julai. Jadi kita akan buat hujung minggu selepas itu iaitu 18 dan 19 Julai," katanya lagi.

"Idris cap ayam"

KUALA TERENGGANU, 18 Jun: Malang datang bertimpa-timpa kepada bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh. Yang terbaru, beliau disifatkan "Idris cap ayam" selepas beberapa projeknya terus-terusan memberikan masalah kepada Umno Terengganu sendiri.

Ia bermula dengan robohnya bumbung Sekolah Menengah Wakaf Tapai April 2008 lalu dan kemudiannya bumbung Stadium Sultan Mizan baru-baru ini.

Kolam renang yang menjadi pusat sukan akuatik di Batu Burok juga didakwa bocor oleh peniaga sekelilingnya apabila air tidak berhenti-henti membasahi kawasan perniagaan mereka yang terletak dikawasan kolam renang itu.

Ketiga-tiga projek ini dikaitkan dengan projek Wang Ehsan yang diuruskan kerajaan negeri dibawah Idris sebelum ini.
Kini Idris berdepan dengan tuduhan bahawa beliaulah sebenarnya di belakang bekas Setiausaha Politiknya, Datuk Ahmad Ramzi Ahmad Zuber yang kini sedang menghadapi tuduhan kes jenayah di mahkamah ekoran SMS ugutan kepada tiga Adun Umno.

Ramzi dituduh membuat ugutan bunuh kepada ketiga-tiga mereka di samping membuat fitnah kepada Ketua Setiausaha Sulit Menteri Besar Terengganu sekarang, Datuk Ahmad Said.

Dakwaan ini dikemukakan kepada Ramzi ekoran tiga Adun BN termasuk Datuk Rosol Wahid, menerima satu SMS ugutan terhadap nyawa mereka dari telefon bimbit yang nombornya dimiliki oleh Ketua Setiausaha Sulit MB Terengganu.

Selepas menerima SMS itu, Ramzi telah menemani mereka membuat laporan polis. Ekoran SMS ini juga, ketiga-tiganya membuat sidang akhbar dan mengajak Adun BN Terengganu memboikot sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu yang sepatutnya berjalan hari itu.
Ekoran itu, 14 Adun BN memboikot sidang Dun Terengganu yang gambarnya telah disiarkan di muka depan hampir semua akhbar.

Ia telah memalukan kerajaan negeri Terengganu pimpinan Ahmad Said dan beliau telah dipanggil menemui Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin di Kuala Lumpur.

Namun, selepas disiasat polis, didapati Ramzi didakwa orang yang sebenarnya menghantar SMS tersebut menggunakan komputer dan meletakkan Ketua Setiausaha Sulit MB sebagai sender (penghantar).
Ekoran itu, terbukti bukan pegawai Ahmad Said yang menghantar mesej ugutan tetapi dari kem Idris Jusoh sendiri apabila tertangkapnya Ramzi.

Tindakan Ramzi ini disifatkan sebagai usaha kem Idris untuk memalukan Ahmad Said dan seterusnya memaksa beliau meletakkan jawatan sebagai MB Terengganu.

Kini, bukan Ahmad Said yang malu tetapi Idris sudah digelar 'cap ayam' kerana ungkapan itulah yang selalu digunakan Idris semasa menjadi Menteri Besar dahulu terhadap apa-apa sahaja yang berkualiti rendah.

Janji pembangunan tetapi yang membangun rumah YB Umno

Oleh Salma Husin

KOTA BHARU, 18 Jun: Umno kini kontang isu hendak diketengahkan di Dun Manek Urai memandangkan penduduk tempatan di situ mulai muak dengan agenda pembangunan yang sering diulang tayang.

Rakyat di Dun terbabit tahu sepanjang empat tahun diterajui BN pada penggal lalu pembangunan yang dicanang tidak menjadi kenyataan.

Sebaliknya baru penggal menang, bekas Adun Manek Urai, Zulkifli Omar sudah mampu membina banglow besar yang lengkap dengan dewan dan pejabat di tapak seluas kira-kira dua ekar di cabang tiga Sungai Sok (gambar).

Begitu juga bekas Adun Dabong, Datuk Ramzi Abdul Rahman membina mahligai di pucak bukit di Jelawang, biar pun sepenggal menjadi wakil rakyat.
Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, itu belum lagi diambil kira dengan banyak projek terbengkalai yang telah dirasmikan menteri sebelum ini.

“Pembinaan Jambatan Sultan Yahya Petra Kedua sehingga kini mungkin hanya berjalan 10 peratus, sedangkan bekas Perdana Menteri telah melakukan upacara pecah tanah lebih dua tahun lalu.

“Begitu juga dengan projek jalan raya Kuala Krai – Kota Bharu yang diuar-uarkan menjelang pilihan raya umum lalu gagal menjadi kenyataan sehingga kini,” katanya di sini.

Beliau berkata, sekarang pemimpin Umno datang untuk berbudi pula dengan penduduk di Manek Urai dengan menabur lagi janji-janji pembangunan.

Kata beliau sekiranya Umno bersungguh-sungguh mahu melaksanakan projek pembangunan di Manek Urai, agenda itu sudah lama dilakukan memandangkan kedudukan Dun tersebut di bawah pentadbiran Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar).

Namun katanya, apa yang dilakukan Kesedar sekadar melepas batuk di tangga.

Oleh itu beliau yang juga anggota parlimen Rantau Panjang menasihatkan penduduk Manek Urai menganggap segala janji pemimpin Umno sebagai ‘gula gula politik’ menjelang pilihan raya.

“Pengundi di Manek Urai tentunya tidak lupa pesanan Tok Guru iaitu ‘beri gula kacau, beri kain pakai, bila mengundi pangkah bulan,” ujarnya.

Beliau turut mengingatkan pengundi supaya berhati-hati dengan taktik kotor Umno yang sanggup melakukan apa sahaja bagi mencapai kemenangan.

Tuesday, June 16, 2009

PAS tawar jadi alternatif kepada Umno

BUKIT MERTAJAM, 18 Jun: PAS menawarkan diri untuk menjadi alternatif kepada Umno kerana jelas terbukti Barisan Nasional (BN) yang diterajui Umno gagal memberikan keadilan kepada semua rakyat di negara ini.

Bahkan, Umno gagal untuk memberikan keadilan kepada Islam yang menjadi agama rasmi di negara ini dengan pelbagai isu yang boleh dikira bertentangan dengan Islam.

Demikian kata Timbalan Ketua Pemuda PAS, Azman Shapawi Abdul Rani dalam forum yang turut disertai oleh Pengerusi Biro Agama Pemuda Umno Malaysia, Afandi Yusof dan bekas Mufti negeri Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.

Forum perdana bertajuk 'Politik Agenda Perubahan' telah diadakan di Institut Al Qayyim, Mengkuang, Bukit Mertajam baru-baru ini dan telah dipengerusikan oleh Ustaz Rasyid Idris.

Forum itu menampil imej berbeza dari imej biasa masing-masing. Asri dengan baju Melayu bersamping lengkap, Azman dengan baju biasanya namun wakil Umno, Afandi, datang dengan jubahnya.

"Dasar yang tidak condong kepada Islam seperti ISA yang menzalimi rakyat, ketidakadilan yang berlaku dalam pemberian peruntukan kepada ahli Parlimen BN dan pembangkang mesti dihentikan," kata Azman.

"Kegagalan pemerintahan BN dan Umno untuk memberi keadilan kepada seluruh rakyat termasuk yang diperintah oleh negeri-negeri yang diterajui oleh Pakatan Rakyat, maka PAS menawarkan diri untuk menjadi alternatif sebagai pemerintah dalam negara bersama-sama rakan dalam Pakatan Rakyat menggantikan BN dan Umno yang sudah tidak berdaya lagi," tegas Azman.

Menurut Azman lagi, menegakkan sebuah kerajaan yang menurut syariat Allah adalah satu tuntutan dan menjadi aspirasi kepada PAS.

"Kita hairan kenapa dalam tempoh 50 tahun pemerintahan BN dan Umno di negara ini jumlah anak tidak sah taraf sudah mencecah lebih daripada 250 ribu orang sehingga kini," katanya lagi.
caption

Kerajaan perpaduan proganda media BN

KEPALA BATAS, 16 Jun: Isu kerajaan perpaduan telah menjadi satu perkara sensasi apabila media arus perdana pro-Umno mensensasikan isu tersebut secara melampaui batas.

Tindak tanduk mereka ini membuktikan bahawa Umno berada dalam keadaan tenat, lelah dan menagih simpati serta sokongan rakyat.

Demikian dinyatakan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Kepala Batas, Rosidi Hussain. Beliau yang juga seorang peguam berkata isu kerajaan perpaduan telah disensasikan kerana ia tidak mustahil bagi Barisan Nasional(BN) dan Umno untuk menggunakan ini bagi kepentingan survival politik mereka yang semakin hilang keyakinan rakyat terhadap mereka.

"Isu ini adalah satu isu yang kompleks. Ia perlu diseminarkan kepada kepimpinan dan ahli PAS secara menyeluruh bagi memberi penerangan khusus terutamanya kefahaman tentang kaedah sebenar kerajaan perpaduan yang telah disensasikan oleh BN dan Umno ini.

"Isu kerajaan perpaduan ini sebenarnya bukannya kerjasama Umno dan PAS. Presiden dan kepimpinan PAS ada menyatakan komitmen untuk memperkasakan Pakatan Rakyat dan tidak akan ada kerjasama dengan Umno.

"Oleh kerana itu kita jangan terbawa-bawa dengan budaya buruk Umno yang cuba mengambil kesempatan daripada isu ini dan sebaliknya cuba melaga-lagakan kepimpinan PAS serta merenggangkan hubungan yang sedia ada dalam Pakatan Rakyat."

Rosidi yang juga Penolong Setiausaha Persatuan Ulama Malaysia Pulau Pinang berkata, oleh kerana BN dan Umno sudah hilang keyakinan daripada rakyat maka usaha mereka untuk meraih kembali keyakinan tersebut akan dipropagandakan dengan mensensasikan isu sebegini bagi mempamerkan imej bersih bahawa BN dan Umno itu mahukan perpaduan walaupun sebaliknya ini adalah agenda politik yang telah mereka rencanakan.

"Apabila berlakunya pertelagahan antara kepimpinan PAS dan Pakatan Rakyat(PR) maka aspirasi utama mereka daripada BN dan Umno untuk melihat berlakunya perpecahan dan kerenggangan dikalangan PAS dan PR menjadi realiti maka tembakan mereka akan mengenai sasaran. Akhirnya mangsa yang rebah dan terbujur adalah PAS dan PR," katanya.

Monday, June 15, 2009

Kerajaan Perpaduan: PAS akan buat sidang media esok

KUALA LUMPUR, 16 Jun - PAS akan mengadakan sidang media khas bagi menjawab kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkait dengan kerajaan perpaduan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, beliau akan membuat sidang media khasnya mengenainya jam 11 pagi esok.

Dalam kenyataannya hari ini, Najib berkata, Umno bukan tidak memberi respon terhadap cadangan PAS itu bahkan sudah berkata, "Kami terbuka dan bersedia mendengar cadangan mereka. Kami tidak pernah menolak cadangan untuk kebaikan negara."

Pandikar tidak ikut amalan Tun Zahir - Mahfuz

KUALA LUMPUR, 15 Jun: Datuk Mahfuz Omar menyifatkan tindakan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengusir beliau dan beberapa ahli parlimen lain keluar dewan kerana hanya memakai lilitan kepala sebagai bercanggah dengan amalan demokrasi dalam parlimen.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, tidak pernah sebelum ini mana-mana speaker parlimen memerintahkan anggota parlimen yang memakai sebarang tanda atau lencana keluar dari sidang parlimen.

Kejadian usir beberapa ahli parlimen termasuk anggota baru dewan itu dari Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berlaku di awal sesi pagi tadi pada hari pertama
sidang ke dua parlimen ke 12 yang bermula hari ini.

“Seingat saya pada 1999 ketika sesi parlimen ke 10, saya dan ahli parlimen lain memakai encana membantah ISA dan masuk ke dalam sidang dewan, tidak pernah dianggap sebagai satu kesalahan dan speaker ketika itu, Tun Zahir Ismail tidak memerintahkan kami keluar dewan.

“Sewajarnya Pandikar Amin menjadikan kebenaran oleh Tun Zahir itu sebagai precedent case dan tidaklah melakukan sesuatu yang melanggar prinsip demokrasi yang sewajibnya dilaksanakan oleh beliau sebagai speaker berwibawa.

“Saya kesal bukan kerana diri saya terpaksa keluar dewan tetapi sangat kecewa sebab hak dan kewajipan ahli parlimen untuk membawa isu rakyat Negeri Perak yang telah terbantut sejak berapa lama, telah dinafikan oleh speaker,”tegasnya pada Siasah selepas kejadian itu.

Apatah lagi, menurut Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS, pelekat yang mendesak "Bubarkan DUN Perak" yang dipakai itu langsung tidak menyentuh isu parlimen; menambahkan ketidak-ajaran Pandikar Amin menggunakan kuasanya mengusir ahli parlimen.

“Justeru, saya berharap kejadian tidak wajar ini menjadi salah satu lagi bentuk pendidikan politik untuk rakyat negara ini agar lebih matang di dalam melihat keboborokan kerajaan BN memerintah negara ini dan memperbodohkan rakyat sendiri,” tegasnya.

Nizar dan enam anggota Parlimen diarah keluar Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR, 15 Jun: Baru mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin telah diarahkan keluar dari dewan itu apabila dipersalahkan oleh Speaker kerana meneriakkan "Hidup rakyat, Bubar Dun" sebaik sahaja selesai mengangkat sumpah.

Ekoran teriakkan itu, beberapa anggota dewan membuat terikan yang sama dan mula memakai lilitan kepala bertulis "Bubar Dun".

Ini menyebabkan, Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan mereka membuangnya. Selepas mereka enggan, Speakermengarahkan mereka keluar.

Nizar juga diarahkan keluar kerana dianggap sebagai punca kekecohan dalam dewan pagi tadi.

Mereka yang diarahkan keluar adalah Datuk Ngeh Khoo Ham (DAP-Beruas), Nga Kor Ming (DAP-Taiping), Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena), Dr Hatta Ramali (PAS-Kuala Krai), Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) dan N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai).

Sunday, June 14, 2009

Pelbagai kaum dapat layanan sama di bawah PAS

KOTA BHARU, 14 Jun: Rakyat pelbagai bangsa di negara ini akan mendapat layanan sama rata dari pemimpin PAS sekiranya parti itu menguasai negara pada masa akan datang.
Pada masa yang sama, hubungan antara kerajaan dengan Republik Singapura juga akan berjalan baik sebagaimana biasa walaupun negara pada waktu itu ditadbir oleh pemimpin yang mentadbir secara Islam.

Demikian jaminan Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kepada Menteri Mentor Singapura, Lee Kwan Yew, yang bertanya Nik Aziz sekiranya PAS menguasai pucuk pimpinan negara pada masa akan datang sempena lawatan rasminya hari ini ke negeri itu.

Nik Aziz memberitahu, contoh harmoni yang dilaksanakan terhadap masyarakat minoriti di negeri ini seperti Cina dan India serta lain-lain bangsa sudah cukup menjadi bukti.

Katanya lagi, kehadirannya ke rumah ibadat masyarakat Buddha sebelum ini termasuk menerima rombongan pemimpin pelbagai agama termasuk Kristian di negeri itu juga turut menjadi bukti dasar hubungan baik dan mesra menurut Islam telah diamalkan oleh parti Islam itu di negeri berkenaan hampir 20 tahun lalu.

Bahkan, menurutnya antara negara pertama yang dilawatinya sewaktu mendapat mandat sebagai Menteri Besar adalah Negara China yang berbanding negera lain memandangkan negara tersebut menerima Islam sejak awal berbanding Tanah Melayu.

Turut hadir pada pertemuan yang berlangsung hampir sejam di pejabat Menteri Besar di Kota Darulnaim itu Menteri Kewangan Singapura, Tharman Shanmugaratnam, Menteri Pelajarannya, Ng Eng Hen di samping beberapa orang pegawai dari Kedutaan Singapura.

Turut hadir mengiringi Nik Aziz selain Setiausaha Politik, Haji Annual Bakhri Haroun dan Setiausaha Sulit Khas, Rosdi Abdullah ialah, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob, anggota-anggota exco, Datuk Husam Musa, Datuk Mohd Amar dan Datuk Anuar Tan Abdullah.

Thursday, June 11, 2009

Mustafa Ali Setiausaha Agung PAS yang baru

KUALA LUMPUR, 11 Jun: Datuk Mustafa Ali telah dilantik sebagai Setiausaha Agung PAS yang baru, manakala Ustaz Idris Ahmad sebagai Ketua Penerangan.

Dr Hatta Ramli pula dikekalkan sebagai Bendahari manakala Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS yang baru.

Buat sementara sehingga perlantikan baru dibuat, Datuk Mustafa akan kekal sebagai Pengerusi Jamaah Pengarah Harakah manakala Datuk Kamarudin Jaffar kekal sebagai Pengarah Urusan Harakah.

Datuk Husam Musa dan Haji Mohamad Sabu yang kalah dalam pertandingan timbalan presiden dilantik sebagai AJK PAS Pusat.

Sunday, June 7, 2009

Wakil Hamas gesa umat Islam bersama Palestin

SHAH ALAM: Pengerusi Persatuan Ulamak Palestin, Sheikh Marwan Abu Raz mengingatkan umat Islam di negara ini agar bersama dengan Palestin bagi membebaskan negara itu dari pendudukan Israel Yahudi selama ini.

Yahudi, ujarnya, telah berusaha bermati-matian untuk merampas Masjidil-Aqsa secara total yang mana pada hari ini, mereka sedang membina sebuah binaan seperti terowong dengan tiang besar dikenali sebagai Hayqal bagi menjayakan hasrat jahat itu.

Namun, tegas Sheikh Marwan, dengan kekuatan semangat perjuangan rakyat Palestin yang tidak akan pernah mengalah kepada kejahatan Yahudi itu, terus menerus berjuang dan menyerang balas semua tindakan musuh.

“Bangunlah wahai umat Islam Malaysia, bersamalah berjuang dengan kami rakyat Palestin, yang boleh disumbangkan dalam berbagai bentuk termasuk dana kewangan untuk kami menyiapkan kelengkapan terus berhadapan dengan mereka,” tegasnya dalam ucapan bersemangat kepada ribuan hadirin.

Sheikh Marwan yang juga seorang anggota parlimen mewakili Hamas berucap demikian di dalam majlis ceramah perdana di malam terakhir Muktamar PAS ke-55 yang diadakan di Stadium Melawati Shah Alam, dekat sini.

Turut berucap di dalam majlis rutin muktamar tahunan itu adalah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Dato’ Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Halimah Ali.

Terdahulu, Sheikh Marwan bagi pihak rakyat Palestin merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia dan rakyat negara ini di atas segala bantuan dan sumbangan kepada rakyat negaranya yang dicerobohi oleh Israel Zionis.

Untuk rekod, anaknya Asy-Syahid ‘Asim telah terkorban di dalam perjuangan menentang Israel dan beliau yang berjuang bersama-sama dengan Paduka AlMarhum Sheikh Ahmad Yassin sejak awal, nyaris terbunuh bila mana kediamannya telah dibom.

Selepas Sheikh Marwan selesai berucap, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat pula mengingatkan hadirin bahawa bumi Gaza adalah tanah kelahiran Imam Syafie RahmatulLah ‘aliah yang sangat rapat dengan umat Islam di sebelah sini yang mengamalkan fekah mazhabnya.

“Walaupun kita bermuktamar di sini jauh dari Gaza namun kerana PAS perjuangkan Islam, kita mengingati semua pejuang Islam sejak zaman Nabi hinggalah ke hari ini yang bertungkus lumus berjuang,” tegas Menteri Besar Kelantan itu.

Sementara itu, ketika menyampaikan ucapan selepas solat Jumaat di sebuah masjid di Seksyen 18, dekat ini, Sheikh Marwan menegaskan keadaan umat Islam Palestin masih baik dan tetap teguh dengan perjuangan untuk membebaskan negara mereka dari cengkaman Israel.

“Ketahuilah saudara-saudari bahawa bumi Palestin bukan hanya milik umat Islam Palestin malah milik umat Islam seluruh dunia, isu Palestin bukan hanya persoalan kami sahaja malah merangkumi umat Islam sejagat.

“Dengan sebab Negara Palestin adalah tempat kelahiran ramai nabi-nabi yang dikenali sebagai bumi Ambiyak, isu ini mesti mendapat kerjasama meluas dari seluruh umat Islam di mana sahaja mereka berada,” tegasnya lagi yang ucapannya diterjemahkan oleh Ustaz Redzwan Abu Bakar dari Kedah .

Tambahnya, hanya dengan kembali berpegang teguh kepada ajaran dan melaksanakan tuntutan Al-Quran yang jelas paling mampu berhadapan dengan musuh; itulah yang dilakukan di Palestin sehingga hari ini sehinggakan Israel dan Zionis sedunia tidak mampu menewaskan Hamas dan semangat rakyat Palestin amnya. IBH

Umno macam kucing, kata MB Kedah

SHAH ALAM, 7 Jun: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyifatkan Umno umpama kucing, "baik di depan tetapi awas di belakang kita dia akan curi ikan kita."

Azizan berkata demikian ketika membuat ucapan penangguhan di Muktamar PAS ke 55 dekat sini hari ini.

"Menjadi perangai kucing juga dia akan berak di mana-mana sahaja hatta atas sejadah sekalipun," kata Azizan yang disambut gelak ketawa perwakilan
dan pemerhati muktamar.

Namun, Azizan berkata, "kita tetap masih boleh runding dengan Umno ni."

Azizan berkata, sehingga hari ini, Umno masih berusaha untuk mencuri Adun PAS dan berusaha untuk menjatuhkan kerajaan negeri Kedah.

"Mereka tidak berhenti dari membuat kerja ini," kata Azizan.

Jangan hantar signal salah melalui kerjasama dengan Umno

SHAH ALAM, 7 Jun: Kelab Penyokong PAS (KPP) dan Dewan Muslimat PAS meminta sungguh-sunguh agar pimpinan parti itu jangan berbaik-baik dengan Umno kerana ia menghantar signal yang salah kepada ahli dan penyokong parti Islam itu.

Permintaan itu dibuat ketika wakil-wakil mereka membuat ucapan penangguhan dalam Muktamar Tahunan PAS ke 55 hari ini.

Wakil Dewan Muslimat, Siti Zailah Yusof (timbalan ketua Dewan Muslimat) berkata, PAS jangan sekali-kali menghantar signal salah kepada ahli dan penyokong melalui kerjasama dengan Umno.

"Kita mesti mengukuhkan Pakatan Rakyat," kata Zailah yang juga anggota Parlimen Rantau Panjang.

Timbalan Pengerusi KPP, Vincent Lee dalam ucapannya juga membuat permohonan yang sama iaitu meminta PAS jangan bekerjasama dengan Umno termasuk melalui isu kerajaan perpaduan.

Bagi beliau, rundingan sulit antara pemimpin PAS dengan Umno merunsingkan KPP.

"Ahli KPP bimbang, PAS akan tinggalkan mereka dan bersama dengan Umno sebagai kawan setia. Harap PAS bergerak atas landasan betul," katanya.

Muktamar PAS lulus usul kecam pemansuhan MECD

SHAH ALAM, 7 Jun: Muktamar PAS yang bersidang hari ini meluluskan usul mengecam pemansuhan Kementerian Pembangunan Usahawan (MECD).

Usul yang dikemukakan oleh wakil Pemuda PAS, Ahmad Sabki Yusof itu disokong hampir keseluruhan perwakilan apabila hanya beberapa perwakilan sahaja mengundi untuk menolaknya.

Ketika membentangkan usul itu, Sabki menyelar tindakan memansuhkan kementerian ini yang sudah tentu akan mengurangkan komitmen kerajaan untuk membela bumiputra.

Peranan MECD kini yang dijalankan oleh Datuk Nazeri Aziz yang juga adalah menteri yang menjaga undang-undang juga diselar.

Saturday, June 6, 2009

JAWATANKUASA KERJA PAS PUSAT SESI 2009 – 2011

Presiden
Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Timbalan Presiden
Ustaz Nasharuddin Mat Isa 480
Dato’ Husam Musa 281
Tuan Haji Mohamad Sabu 261

Naib Presiden
Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man 871
Haji Salahuddin Ayub 824
Dato’ Mahfuz Omar 636
Dato’ Nik Amar Nik Abdullah 330
Dr Mujahid Yusof Rawa 277

AJK PAS Pusat
1- Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin 854
2- Ustaz Idris Ahmad 799
3- Dato’ Kamaruddin Jaaffar 769
4- Dato’ Seri Azizan Abdul Razak 653
5- Dato’ Hassan Mohd Ali 642
6- Dr Hatta Mohd Ramli 638
7- Ustaz Ghani Samsudin 637
8- Dato’ Abu Bakar Chik 622
9- Saudara Hanipa Maidin 619
10- Dato’ Ir Amirudin Hamzah 606
11- Dr Lo’ lo’ Haji Ghazali 589
12- Ustaz Ghani Abdul Rahman 584
13- Dr Dzulkefly Ahmad 576
14- Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi 536
15- Ustaz Hashim Jasin 522
16- Saudara Mazlan Aliman 513
17- Ustaz Taib Azamuddin Mohd Taib508
18- Dr Mujahid Yusof Rawa 488

Wan Rahim mahu lujnah peneroka diberi RM1 juta setahun

SHAH ALAM: Perwakilan Kelantan mencadangkan PAS memperuntukkan dana RM1 juta setahun kepada jentera parti itu yang mengendalikan hal ehwal peneroka Felda di bawah pimpinan Mazlan Aliman.

Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berucap membahaskan ucapan dasar presiden berkata, daripada 68 kawasan parlimen yang PAS tandingi dalam pilihan raya lalu sebahagian besarnya ada kawasan yang mempunyai tanah rancangan Felda.

"Dikawasan-kawasan ini hanya PAS sahaja yang mampu berhadapan dengan Umno dan jentera parti yang membuat kerja khususnya berkaitan hal ehwal kebajikan masyarakat Felda ini perlu diberi peruntukan yang banyak," kata beliau.

Dalam pilihan raya lalu PAS hanya memenangi 23 kerusi parlimen sahaja daripada keseluruhan kerusi yang ditandingi.

"Saya harap peruntukkan wang yang besar untuk projek-projek lain seperti komplek PAS di Putrajaya ditangguh dahulu untuk memberi keutamaan kepada kerja-kerja mendekati rakyat," tambah beliau.

Pemuda gesa perkasa jawatankuasa disiplin

SHAH ALAM: Pemuda PAS mendesak supaya jawatankuasa disiplin parti diperkasakan untuk membendung salah laku ahli dan pimpinan.

Timbalannya, Azman shafawi berkata, beberapa bulan sebelum berlangsungnya muktamar beliau melihat begitu banyak perbuatan dikalangan pimpinan dan ahli PAS yang bertentangan dengan etika serta akhlak yang tidak sepatutnya diamalkan oleh pendokong PAS.

'Saya tengok banyak tulisan-tulisan dari kalangan pimpinan yang disiarkan bercanggah dengan keputusan parti, pandangan yang dibuat secara terbuka bertentangan dengan apa yang diputuskan oleh Majlis Syura. Tetapi kenapa tidak diambil tindakan kepada mereka,' tegasnya ketika membahaskan ucapan dasar presiden mewakili Dewan Pemuda PAS.

Azman menambah, tindakan sesetengah pemimpin itu (melanggar etika) telah diambil kesempatan oleh musuh untuk digunakan menyerang PAS kembali sehingga mengelirukan ahli diakar umbi.

'Situasi ini menyukarkan, jentera dan pimpinan lain terpaksa turun untuk menjelaskan kepada akar umbi yang terkeliru' katanya.

Selain itu, Azman turut mencadangkan kaedah perlantikan Pesuruhjaya PAS di negeri-negeri dilakukan dengan mengambil kira akar umbi di negeri tersebut.

Katanya, pesuruhjaya yang hendak dipilih mestilah sekurang-kurangnya mendapat sokongan dua pertiga ahli di negeri tersebut.

'Mungkin konvensyen negeri boleh dijadikan kayu pengukur untuk menilai calon pesuruhjaya tersebut'ujar beliau.

Friday, June 5, 2009

Pimpinan baru Dewan Ulama

SHAH ALAM, 5 Jun: Pengerusi Jawatankuasa Pemilih Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Pusat dalam Muktamar Dewan itu ke-48, Dr Daeng Sanusi Daeng Mariuk telah mengumumkan senarai jawatankuasa sesi 2009 – 2011 tepat jam 5.05 petang 4 Jun lalu.

Ketua : Datuk Ustaz Haji Harun Taib
Timbalan : Datuk Ahmad Yaakob
Naib : Datuk Dr Mahfodz Mohamad
(ketiga-tiga jawatan di atas tanpa bertanding)

12 AJK yang menang
Datuk Hussein Awang 193
Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin 189
Ustaz Nik Mohd Zawawi Haji Salleh 186
Ustaz Salleh Sani Harun Al-Hafiz 156
Ustaz Abu Bakar Abdullah 153
Datuk Mohd Daud Iraqi 152
Ustaz Abdullah Abdul Razak 152
Ustaz Hassan Mohamood 143
Ustaz Ismail Noh 138
Ustaz Mohd Zain Abdul Rahman 138
Ustaz Mohamad Mustafa 131
Ustaz Abdullah Hussin 129

Pengerusi Tetap
Ustaz Hamdan Mohamad

Pemeriksa Kira-kira
Haji Ibrahim Omar Mohamad Noor

Kerajaan perpaduan: Saya serah kepada parti-parti politik - Abdul Hadi

SHAH ALAM: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih yakin dengan pendekatan kerajaan perpaduan untuk membawa perubahan lebih baik dalam negara ini - tetapi menyerahkan kepada parti-parti politik untuk mempertimbangkannya.

"Sekiranya cadangan ini dipersetujui ia bukan sekadar perlu dipertimbangkan, bagaimana untuk melaksanakan (kerajaan perpaduan) perlu dibincang secara lebih serius," kata beliau dalam sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama sempena muktamar PAS ke-55 di Stadium Melawati hari ini.

Kata Presiden PAS itu, beliau bagaimanapun akui idea itu suatu yang baru bagi rakyat dan tidak boleh terburu-buru untuk terus melaksanakannya.

Menjelaskan tentang idea itu, beliau mengulangi kerajaan perpaduan bertujuan mewujudkan suasana politik yang lebih baik disamping menyelesaikan banyak masalah melibatkan politik, ekonomi dan sebagainya.

Ditanya mengenai reaksi pemimpin parti lain dalam Pakatan Rakyat tentang idea itu, Abdul Hadi berkata beliau telah memaklumkannya sebelum beliau bercakap kepada media.

Abdul Hadi telah melontarkan idea kerajaan perpaduan selepas pilihan raya umum lalu dan menyebutnya secara jelas ketika krisis politik di Perak bermula.

Kata beliau idea itu mengajak semua parti-parti membentuk satu sistem politik baru bagi menggantikan sistem yang sedia ada yang hanya memihak kepada Barisan Nasional sahaja.

Katanya, sistem kerajaan perpaduan itu membentuk sistem pemerintahan tanpa pembangkang dimana semua parti politik yang memenangi pilihan raya dilibatkan dalam pemerintahan melalui cara pembahagian yang sesuai.

Bagaimanapun diperingkat awal idea tersebut mendapat reaksi negatif dari kalangan penyokong Pakatan Rakyat serta menimbulkan kontroversi dikalangan ahli PAS sendiri.

Abdul Hadi ketika ditanya bagaimana reaksi tentang idea itu ketika ini, beliau berkata semakin ramai yang berminat memperkatakannya termasuk di kalangan pemimpin Barisan Nasional.

PAS perlu gerakkan perubahan hakiki


SHAH ALAM: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS harus mengorak langkah memimpin rakyat dan negara ke arah perubahan hakiki.

PAS katanya, perlu memimpin perubahan dengan membawa gagasan politik Islam yang menyatukan kaum dengan keadilan sejagat, merubah masyarakat hari yang menyanjung tinggi materialistik, mencegah kemungkaran dan menyokong perubahan kearah kesejahteraan.


Justeru beliau menekankan setiap perubahan yang hendak dilakukan oleh PAS perlu ditangani sebaik mungkin agar perubahan yang berlaku akan hanya membawa kepada kebaikan bukannya sebaliknya.

"Perubahan yang kita rencanakan ini bukan akibat tekanan rakyat, tekanan golongan bangsawan, tekanan masyarakat dunia atau desakan dari sesiapa tetapi perubahan yang hakiki untuk kesejahteraan hidup manusia di atas muka bumi ini," kata beliau.

Beliau mencadangkan perubahan hakiki itu perlu dilaksanakan dalam negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat bersama PAS dengan tidak mengulangi kesilapan-kesilapan asas pemeritahan yang dilakukan oleh Barisan Nasional.

Katanya, bertitik tolak daripada perubahan hakiki inilah maka rakyat akan melihat keupayaan dan keadilan yang diperjuangkan oleh PAS serta Pakatan Rakyat.

"Matlamat kita mestilah jelas iaitu merencana ke arah kebaikan kerana ia adalah tututan fitrah manusia dan bukannya kerana desakan sesiapa," tambah presdien PAS itu lagi.

Dalam penjelasannya Abdul Hadi berkata, untuk memastikan perubahan yang berlaku dalam masyarakat hanya bergerak ke arah jalan yang baik ia mesti dipimpin oleh mereka yang beriman dan budiman, dengan menjadikan al-Quran dan Sunnah sebagai rujukan.

Menurut beliau, apa yang rakyat saksikan dalam negara hari ini seperti peras ugut politik serta perkauman adalah kerana kegagalan sistem politik yang dipraktikkan dan sistem ekomomi yang digunakan oleh dunia.

"Sepanjang perjalanan sejarah negara kita bertemu dengan pelbagai slogan demi slogan yang semuanya retorik, bersifat kosmetik dan akhirnya tidak membawa apa-apa yang boleh menyumbang kepada perpaduan masyarakat dan pembangunan roh serta jasad negara," kata beliau.

Abdul Hadi berkata demikan ketika menyampaikan ucaptama Muktamar Agung PAS ke-55 di Stadium Melawati hari.

Beliau menghabiskan lebih satu jam membaca teks ucapannya setebal 36 muka surat dihadapan hampir lima ribu orang perwakilan dan pemerhati dari seluruh negara.

Turut hadir dalam masjlis itu ialah Pimpinan utama PKR dan DAP, pimpinan NGO, diplomat asing dan wakil-wakil gerakan Islam antarabangsa.

Antara yang beliau sentuh dalam ucapannya ialah pemerkasaan parti, isu-isu dalaman negara dan antarabangsa dan isu ekonomi yang turut melibatkan nasib ratusan ribu pekerja di negara ini.

Thursday, June 4, 2009

Siti Zailah timbalan ketua Dewan Muslimat PAS yang baru

SHAH ALAM, 4 Jun: Dewwan Muslimat PAS Pusat menukar timbalan ketuanya, kepada orang baru apabila Siti Zailah Yusof bekas naib ketua menang menewaskan Wan Hasrina Yusof, timbalan ketua sebelum ini.

Siti Zailah mendapat 142 undi iaitu majoriti 52 undi berbanding penyandangnya yang mendapat 90 undi.

Ketua Dewan Muslimat kekal kepada Nuridah Mohd Salleh yang mendapat 136 undi berbanding pencabarnya Dr Asiah Ali yang mendapat 100 undi.

Berikut adalah keputusan penuh untuk Dewan Muslimat yang diumumkan oleh Ketua Jawatankuasa Pemilih untuk Dewan Muslimat Mohame3d Diah Baharun.

Pengerusi Tetap
Noraini Husain - 81 undi
Nor Hashimah Deraman - 154 undi

Timbalan Pengerusi Tetap
Faizah Ismail - 72 undi
Wan Hamidani Wan Ahmad - 162 undi

Ketua DMPP
Nuridah Mohd Salleh - 136 undi
Dr Asiah Ali - 100

Timbalan Ketua DMPP
Siti Zailah Mohd Yusof - 142 undi
Wan Hasrina Wan Hassan - 90 undi

Exco DMPP
1) Wan Ubaidah Omar - 196
2) Dr Halimah Ali - 173
3) Mastura Mohamad - 173
4) Aiman Athirah Al Jundi - 162
5) Dr Najihatul Salihah Ahmad - 158
6) Dr Siti Mariah mahmud - 156
7) Dr Rosni Adam - 155
8) Azizah Khatib Mat - 147
9) Salbiah Abd Wahab - 147
10) Nurul Huda Yusof - 135
11) Wardatul Jannah Sofia - 125
12) Fatimah @ Zainab Ibrahim - 122

Barisan Exco Dewan Pemuda PAS yang baru

Berikut adalah barisan penuh Exco Pemuda PAS yang baru.

Ketua Pemuda: Nasarudin Hassan

Timbalan Ketua Pemuda: Azman Shapawi Abdul Rani

Naib Ketua Pemuda: Ahmad Sabki Yusof

Exco yang dimenangi hari ini

Ustaz Riduan Mohamad Noor-197 undi
Ustaz Nik Mohamd Abduh Nik Abdul aziz - 194 undi
Ustaz Mohd Firdaus Jaafar - 176 undi
Ustaz Mohd Nazri Chik Zain - 165 undi
Suhaizan Kaiyat - 165 undi
Ustaz Nasir Zakaria - 152
Ustaz Kamal Ashari - 145
Kamaruzzaman Mohamad - 139 undi
Khairul Faizi Ahmad Kamil - 139 undi
Mohamad Adram Musa - 135 undi
Abdullah Abdul Karim - 127 undi
Dr Raja Ahmad Iskandar 126 - undi

Gambar sekitar Muktamar Dewan Muslimat PAS






Antara gambar menarik di Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam pada 4 Jun 2009.

Isu kempen dalam muktamar Muslimat PAS panas


SHAH ALAM, 4 Jun: Isu kempen dalam muktamar PAS kali ini membuatkan sidang Muktamar Dewan Muslimat PAS panas apabila seorang perwakilan menunjukkan satu kertas kempen yang menerang profil seorang calon.

"Ini satu budaya yang tidak baik dan saya minta Jawatankuasa Pemilihan mengambil perhatian," kata Noraini Husin perwakilan dari Selangor.

Ketua Tempat Mengundi untuk muktamar Dewan Muslimat, Mohamad Diah Baharun bagaimanapun enggan memberikan sebarang ulasan dengan kenyataan itu kerana beliau tidak mempunyai mandat untuk berbuat demikian.

Ekoran itu, AJK Dewan Muslimat, Dr Mariah Mahmud bangun dan memberikan penerangan bahawa beliau telah mendapat penerangan dari Pengerusi Jawatankuasa Pemilih, Datuk Mustafa Ali bahawa kempen tidak dihalang dalam PAS.

"Datuk Mustafa kata, hanya akhbar Harakah tidak dibenarkan berkempen, itupun akhbar Siasah berkempen dalam keluarannya yang lepas," kata Mariah yang menyebabkan suasana muktamar panas.

Ekoran itu, Ketua Muslimat, Nuridah Salleh meminta semua ahli muktamar bertenang dan meminta Pengerusi Tetap mengarahkan proses pengundian dimulakan.

242 perwakilan Dewan Muslimat PAS mula membuang undi masing-masing jam 2.50 petang. Mereka akan memilih ketua, timbalan ketua dan AJK yang baru. Naib Ketua Muslimat PAS telah dimenangi oleh Mumtaz Mat Nawi tanpa bertanding.

Calon ketua muslimat adalah Nuridah Salleh (ketua sekarang) dan dicabar oleh Dr Asiah Ali.

Untuk jawatan timbalan ketua, dua calon bertanding adalah Puan Wan Hasrina (timbalan sekarang) dan Siti Zailah Yusof, angota Parlimen Rantau Panjang, Kelantan.

Wednesday, June 3, 2009

Adham dan Nozula minta maaf dari Husam

KOTA BAHRU, 3 Jun: Adun Paloh, Datuk Nozula Mat Diah hari bersemuka dan bersalaman dengan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa selepas kes saman menyaman mereka berdua berjaya di selesaikan di luar mahkamah.

Turut serta dalam pertemuan hari ini adalah Adham Kechik, Adun Bukit Bunga yang turut membacakan kenyataan memohon maaf kepada Husam di depan media ekoran kenyataan media dan laporan mereka kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) kini SPRM yang mereka buat 27 Novewmber 2007 lalu.

Kedua-dua mereka bertemu Husam di Kota Darul Naim hari ini dan bersalam penuh dengan kegembiraan.

Semalam Nozula telah menyiarkan satu notis permohonan maaf kepada Husam dalam akhbar Berita Harian, iaitu salah satu akhbar yang menyiarkan tuduhan terhadap Husam dahulu.

Dalam notis itu, Nizula memohon maaf secara terbuka tanpa syarat kepada Husam ekoran kenyataan mereka dalam sidang media dan laporan kepada BPR.

Adham mengaku, laporan yang dia buat dahulu berdasarkan sumber yang tidak ada kesahihannya.

Ekoran kenyataan mereka dahulu, Husam telah memfailkan saman kepada kedua-duanya dan juga media yang menyiarkan kenyataan itu.
Dalam majlis hari ini, Husam berkata, tindakan beliau mengemukakan saman kepada mereka yang membuat tuduhan kepadanya bukan inginkan wang atau memenangi mana-mana kes, sebaliknya sebagai pengajaran kepada mereka agar tidak berbuat demikian pada masa akan datang.

Dr Asiah: Bertanding untuk turut menyumbang bakti

Oleh AZIZ MUDA

KUALA LUMPUR, 3 Jun: Calon Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Asiah Ali menolak sama sekali tanggapan negatif sesetengah pihak tentang kesediaannya bertanding untuk jawatan itu pada Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat, Khamis ini, untuk merebut jawatan.


Sebaliknya, beliau berbuat demikian untuk bersama-sama menyumbang bakti dengan menawarkan enam perkara bagi manfaat Muslimat PAS secara menyeluruh di semua peringkat.

Malah, beliau juga turut menghormati dan menghargai segala jasa yang ditaburkan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) sekarang, Ustazah Nuridah Mohd Salleh dan rakan-rakannya yang lain dalam dewan itu selama ini.

Asiah adalah bekas pensyarah pengajian Islam UITM Shah Alam. Sebelum ini, beliau pernah memegang jawatan kanan dalam DMPP tetapi telah tidak aktif sejak beberapa tahun lepas kerana menumpukan perhatiannya kepada kerjaya beliau. Kini beliau mahu memberikan sepenuh masa kepada PAS.


Ketika dihubungi , beliau menjelaskan, enam perkara yang ditawarkan oleh beliau kepada Muslimat PAS sekiranya beliau dipilih menerajui DMPP pada muktamar itu terdiri daripada:

1. Memperkukuh Dewan Muslimat PAS (DMP) di semua peringkat melalui proses pemerkasaan organisasi, penggerak dan pengukuhan tenaga sokongan serta aktiviti bantuan dan pemantauan ke bawah yang berkesan.


2. Mengutamakan Program Capacity dan Team Building bagi melahirkan Muslimat yang serba mahir, berjiwa kental dan membentuk jama’at El Muslimat yang dibangun dengan ukhuwwah dan faham Islam yang benar.


3. Memartabatkan serta mengarusperdanakan kewujudan DMP secara berkesan di dalam mainstream politik nasional dan antarabangsa.


4. Mewujudkan kerjasama rasmi dan memantapkan gerakan Wanita Pakatan Rakyat.


5. Menjadikan DMP sebagai penggerak kepada kebangkitan rakyat khususnya wanita dalam PRU-13.


6. Menggerakkan penghayatan Islam untuk para remaja menerusi modul gerakerja yang terancang.



(Gambar: Asiah menyerahkan borang penerimaan pencalonan beliau kepada kakitangan Pejabat Agung PAS)

Menurut beliau, di samping itu, beliau juga mempunyai tujuan besar untuk bersama-sama rakan-rakannya dalam DMPP ke arah memperkasakan lagi program-program tarbiyah untuk Muslimat PAS di semua peringkat termasuk di peringkat cawangan, kawasan, negeri dan pusat.

“Tidak dapat dinafikan, malah kita mesti mengakui dengan jujur, program-program tarbiyah kini kelihatan amat lesu. Sedangkan ia amat penting bagi seluruh Muslimat PAS di semua peringkat. Jadi ia amat penting diperkasakan kembali menerusi program-program yang akan dirancang,” katanya.

Beliau turut menolak tanggapan negatif yang sengaja dimainkan oleh pihak-pihak tertentu tentang perpecahan yang berlaku dalam DMP sekarang yang kononnya Dikatakan berpecahkan kepada golongan ulama dan professional.


“Dalam PAS tak ada perpecahan seperti yang dikatakan itu. Itu semua tak timbul. Muslimat PAS sendiri pun tahu itu semua hanya mainan akhbar-akhbar tempatan sahaja. Sebaliknya dalam PAS semua pihak faham, golongan ulama dan professional saling perlu memerlukan dan bekerjasama antara satu sama lain,” tegasnya.


Beliau turut mengingatkan Muslimat PAS khususnya dan seluruh penyokong PAS amnya bahawa dekad ini merupakan dekad yang amat penting bagi PAS.


“Tahun 2009 ini adalah tahun kesinambungan kepada era pembangunan dalam PAS yang bermula tahun 1990-an, manakala tahun 1980 adalah tahun pembinaan bagi PAS dengan kepimpinan ulama.


“Oleh itu kita perlu mengisi era pembangunan kita ini dengan pendekatan-pendekatan dan program-program yang tepat dan berkesan demi kepentingan perjuangan PAS itu sendiri bagi kepentingan agama, seluruh penyokong PAS dan seluruh rakyat negara ini,” tegasnya.

Tuesday, June 2, 2009

Norzula mohon maaf secara terbuka kepada Husam

KOTA BHARU, 2 Jun: Adun Paloh, Datuk Norzula Mat Diah telah memohon maaf secara terbuka kepada Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa ekoran dakwaan yang dibuatnya terhadap Husam tahun 2007 lalu.

Permohonan maaf itu dibuat dalam satu notis yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian hari ini, iaitu akhbar yang menyiarkan dakwaan yang berunsur fitnah terhadap Husam tahun 2007 dahlu.

Menurut notis itu, Nozula, Adun Paloh itu menarik balik laporannya kepada BPR yang mengaitkan Husam.

Notis itu berbunyi:

Notis Permohonan Maaf
"Saya, YB Datuk Nozula Mat Diah dengan ini dan dengan sepenuh hati memohon maaf tanpa sebarang syarat kepada YB Datuk Husam Musa kerana telah membuat laporan tidak benar dan tidak berasas terhjadap beliau kepada BPR pada tahuin 2007.

"Saya dengan ini menarik balik segala pertuduhan tersebut dan sesungguhnya menyatakan rasa kesal yang mendalam kerana pertuduhan tersebut telah menyebabkan tekanan kepada beliau serta memburukkan keperibadian beliau."

Norzula membuat dakwaan itu dalam satu sidang media dan juga melalui satu laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Kenyataan beliau itu telah disiarkan dalam TV3, Berita Harian dan juga New Straits Times.


Monday, June 1, 2009

Stadium Sultan Mizan runtuh




KUALA TERENGGANU, 2 Jun: Stadium Sultan Mizan di Gong Badak Kuala Terengganu runtuh jam 7.30 pagi tadi walaupun baru beberapa tahun dibina dan dirasmikan 10 Mei tahun lalu sempena Sukan Malaysia 2008.

Bangunan yang boleh memuatkan 50,000 penonton itu hampir separuh runtuh (40 peratus) dan tidak boleh digunakan lagi.

Turut tertimbus di bawah runtuhan adalah sebuah kereta Kancil dan empat buah motosikal. Runtuhan dikatakan berlaku pada bahagian stadium yang menghadap dengan Pusat Sekolah Memandu (PSM).

Menurut sumber, beberapa laporan kerosakan telah dilaporkan kepada pihak berkuasa tentang stadium itu sebelum ini namun ia telah tidak diambil serius oleh pihak berkuasa.

JADUAL PENUH MUKTAMAR PAS

3 Jun 2009

9.00 malam - Perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS
di Taman Melewar, Kuala Lumpur oleh Nasharudin Mat
Isa, Timbalan Presiden PAS.

4 Jun 2009

8.00 pagi - Muktamar Dewan Pemuda di Taman
Melewar.

8.00 pagi - Muktamar Dewan Ulama di Dewan di
Auditorium Muzium Alam Shah, Shah Alam Selangor
Darul Ehsan

8.00 pagi - Muktamar Dewan Muslimat di Dewan
Bankuet, Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor
Darul Ehsan

5 Jun 2009

8.00 pagi - Perasmian Muktamar Pas ke 55 di
Stadium Melawati Shah Alam oleh Datuk Seri Abdul
Hadi Awang, Presiden Pas.

6 Jun 2009

8.00 pagi - Muktamar penuh bermula hingga petang.

7 Jun 2009

8.00 pagi - Muktamar penuh bersambung dan bakal
habis hingga lewat petang. Keputusan pemilihan
akan diumumkan hari ini.

Dr Mansor menang dengan majoriti 5,660

PULAU PINANG, 1 Jun: Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR)Dr. Mansor Othman menewaskan tiga calon bebas dalam pilihan raya kecil (PRK) N.12 Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti dengan majoriti yang lebih besar jika dibandingkan dengan majoriti yang diperolehi pada pilihan raya umum ke 12 yang lalu.

Dr.Mansor berjaya memperolehi 6,052 undi iaitu majoriti sebanyak 5, 660 berbanding saingan terdekatnya, calon bebas Aminah Abdullah hanya berjaya memperolehi sebanyak 392 undi.

Calon berketurunan Siam, Nai Khan Ari a/l Nai Keow juga hanya berjaya meraih sebanyak 494 undi, manakala Kamarul Ramizu Idris hanya mendapat 56. Ketiga-tiga calon bebas hilang wang deposit mereka.

Kemenangan Dr.Mansor daripada PKR ini telah berjaya memperolehi majoriti yang lebih daripada apa yang telah diperolehi oleh penyandang terdahulu, Mohammad Fairus Khairuddin.

Dalam pilihan raya umum ke-12 yang lalu Fairus berjaya memperolehi majoriti sebanyak 2,219 undi apabila mengalahkan calon daripada Barisan Nasional,Datuk Abdul Jalil Abdul Majid.

Walaupun jumlah yang keluar mengundi hanya 46.15 peratus jika dibandingkan dengan mereka yang keluar mengundi pada Mac 2008 ia adalah berkait rapat dengan beberapa faktor yang terdapat dalam Dun Penanti sendiri.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya,Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof telah menyifatkan jumlah yang keluar mengundi pada kali ini adalah yang paling rendah dalam sejarah pilihan raya di Semenanjung.

Menurut beliau lagi jumlah yang paling rendah ialah di Sarawak pada tahun 2006 apabila hanya 15.3 peratus yang keluar mengundi.

Dalam PRK Dun Penanti sebanyak 15,384 pengundi layak untuk mengundi. 24 daripadanya adalah undi pos. Sebanyak sembilan pusat mengundi yang mana lapan daripadanya adalah sekolah dan satu lagi adalah dewan di Kampung Tun Sardon.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...