Wednesday, June 24, 2009

Bukan Islam jadi ahli penuh

KUALA LUMPUR, 24 Jun: Orang bukan Islam akan diterima sebagai ahli penuh dalam PAS apabila selesai parti Islam itu meminda perlembagaannya nanti.
Menurut sumber, sebagai ahli penuh, mereka berhak memilih dan dipilih untuk semua jawatan dalam organisasi parti itu.Sebelum ini, orang bukan Islam dicadangkan menjadi ahli bersekutu sahaja bukan ahli penuh.

Namun, kebanyakan pemimpin PAS dikatakan bersetuju agar mereka diberikan status ahli penuh.

Untuk itu, jawatankuasa teknikal yang ditubuhkan oleh PAS untuk meminda perlembagaannya bagi membolehkan mereka menyertai parti Islam itu sedang membuat persiapan ke arah itu.

Laporan penuh dalam Siasah Jumaat ini.

23 comments:

sakariya said...

Syabas,

PAS UNTUK SEMUA, tahniah!

alengnah said...

kagum gua tngok bkn islam pkai bju lambang bulan..xprnah tngok yg pkai keris lak.tak laku la tu.ha ha
HIDUP ISLAM!Takbirrr..

dewatawanberapi said...

lepas ni pas kena tukar nama parti...tak layak letak nama islam kat parti tu...

aku cadangkan pas guna nama H1N1..sangat sesuai dengan status pas sekarang

Anonymous said...

oleh 1Utama 1Ismud-Semarak
bypass308.blogspot.com

SIASAH Jumaat ini melaporkan bahawa "Orang bukan Islam akan diterima sebagai ahli penuh dalam PAS apabila selesai parti Islam itu meminda perlembagaannya nanti.

Menurut sumber, sebagai ahli penuh, mereka berhak memilih dan dipilih untuk semua jawatan dalam organisasi parti itu.Sebelum ini, orang bukan Islam dicadangkan menjadi ahli bersekutu sahaja bukan ahli penuh.

Namun, kebanyakan pemimpin PAS dikatakan bersetuju agar mereka diberikan status ahli penuh.

Untuk itu, jawatankuasa teknikal yang ditubuhkan oleh PAS untuk meminda perlembagaannya bagi membolehkan mereka menyertai parti Islam itu sedang membuat persiapan ke arah itu."

Dalam saya sambut baik perkembangan ini, saya was-was apakah benar kebanyakan pemimpin Pas setuju? kalau ditanya siapa antara pemimpin pas yang dikatakan bersetuju itu, maka tidak mustahil nanti akan timbul dan berulang kekalutan seperti mana isu Kerajaan Perpaduan.

Benda ni patut dikaji secara menyeluruh, bukan hanya bersandarkan perpaduan umat tanpa mengira bangsa dan agama tetapi Pas kena lihat juga akibat dari ketetapan tersebut, termasuk akan muncul lagi satu "persaingan" dalaman yang mungkin terbahagi kepada Cina Muslim dan Cina Bukan islam, atau India Muslim dan India Bukan Islam.

Bukan takut persaingan, tetapi keahlian penuh bukan islam mungkin akhirnya menjadikan Pas bertukar nama Parti islam SeMalaysia kepada Parti Menyokong Islam atau setidaknya Pas menerima bedilan pertama dari Umno kerana ketagihkan kemenangan hingga menjual maruah ahli Islamnya.

Ini satu tindakan yang membahayakan masa depan Pas sendiri, bayangkan kalau sesebuah cawangan dipimpin bukan Islam, atau sebahagian besar bukan islam menang dan muncul sebagai satu barisan baru PaS, mana Hadi dan Nik Aziz nak duduk masa tu?

Atau dah ada yang cuba bayangkan DAP dan PKR dimansuh untuk serap sebagai ahli Pas? Sebahagian besar ahli DAP bukan Islam, PKR pun ramai bukan Islam, campur pulak dengan Kelab Penyokong Pas, bertambah-tambahlah ahli Pas yang bukan Islam.

Bayangkan kalau Lim Kit Siang jadi Presiden Pas kelak, apakah fungsi ulama masih releven? Entahlah, saya rasa nak luluskan status ahli bersekutu pun dah jadi masalah, inikan pula nak dijadikan ahli penuh. Biarlah bincangkan dulu macam mana nak kawal ahli bersekutu, kawal sikap dan maruah.

Percaya tak, sebahagian besar bukan Islam masuk Pas nanti adalah kerana perjuangan politik bukan kerana islam, ini akan wujud pelbagai masalah bagi jangka panjang. Semua ni bukan senang, duduk dan bincanglah sepuasnya, toksahlah jadi kelam-kabut bila timbul masalah kelak, tak sempat dah nak berundur.

Pas jangan terlalu beria nak kan ahli bukan islam,sebaliknya menyebabkan ahli asal berhijah ke Umno kerana tidak dapat terima hakikat bahawa Pas ada parti islam yang dianggotai bukan islam. bunyi pun macam tak logik.....
Posted by byPASs

mail lambong said...

muncul lagi satu "persaingan" dalaman yang mungkin terbahagi kepada Cina Muslim dan Cina Bukan islam, atau India Muslim dan India Bukan Islam.

pada pandangan saya persaingan dalaman yang bypass kata tu kemungkinan tetapi kita tidak boleh membahagikan islam mengikut kaum.islam hanya satu.tak kira la orang tu cina,india,melayu atau bangsa lain yang penting keislaman calon yang ingin bertanding.kalau bukan melayu pun kalau mempunyai ilmu islam yang hebat apa salahnya.orang islam yang sebenar-benar islam takkan mengabaikan saudara seagamanya. kerana orang islam diasuh begitu.
jadi saya rasa tidak akan timbul masalah persaingan dalaman mengikut kaum sebab tak releven dengan perjuangan islam.

soal perlembagaan, belum diputuskan lagi.jadi kita tidak dapat membuat sebarang anmdaian bagaimana perubahan senario tersebut akan berlaku.

kadiology said...

PAS for all! aku sokong!

pandang dengar said...

aku sokong kalu org islam je yg jd ahli PAS..tk kisah la bangsa ape pon...

tp tk sokong bukan Islam jd ahli penoh PAS...

Bukan Islam tk leh diberi hak untuk memilih barisan pemimpin dlm Pas...

Wujudnye Pas untuk perjuang Agama Islam...kl bukan Islam jd ahli pnoh PAS..kucar kacir nnt PAS...

pandang dengar said...

kpd Pemimpin PAS skrng...

sblum wat kputusan tnye dlu akar umbi.....
jgn nnt pemimpin je stuju tp akar umbi tk stuju....
nnt sume pyokong PAS lari msok PKR @ Umno....

hancur PAS nnt

SiasahDaily said...

Tuan2 semua

Ini empat para berita sahaja. Kalau nak faham bagaimana mekanisma yang dicadangkan kena beli Siasah Jumaat ini.

Editor

Hj.Mat said...

Saya sokong yang bukan islam boleh jadi ahli bersekutu dan boleh diujudkan satu jawatan Naib Presiden sekarang Naib Presiden 3 orang, elok dijadikan 4 orang, dan pRU ke 13 akan datang apa salah nya kita beri beberapa kawasan DUN dan Parlemen untuk mereka bertanding diatas tiked PR.

jaam said...

HA HA HA HA HA HA....
CARCAMARBA.....!!!!!

Unknown said...

Sokong kepada PAS untuk semua=sokong kepada Government in waiting free of corruption now and forever...

Proton Saga said...

saya sokong orang bukan islam menjadi ahli pas bahkan jadi ketua pas pun saya sokong 100 peratus.

Pas untuk semua.

Naruto Sensei said...

Giliran Umno pula he!he!
1Malaysia.
Unity Islam.

mula2 buat diam.
lepas tu puji Pas.
1jam selepas PR tolak,Najib kata tak kesah.
24jam kemudian,Pas jahat bla,bla.

48 jam, Umno Najib jadi warak.
Jom Unity Islam.

PM: 'A religious duty to have unity talks'


Najib completely off the mark

Abdullah Ngah said...

Terimalah orang bukan islam sebagai ahli agar mereka boleh jadi musuh dalam selimut dan gunting dalam lipatan.

Moose Racing said...

First, they become PAS members. Then they embrace Islam, insyaallah. Then we all can say that PAS has successfully lived up to its ethos, "PAS For All". Hey, kudos to PAS! What say you, Dewata?

Moose Racing said...

If God had wanted it, he would've made this world an all-Malay world. He's The Almighty.But he didn't make this world to be that. God is All-Knowing. He knows what we know not. (Hey, if there were no Chinese, who would unearth all the tin ores that once made our country rich? And where would you go to get your car wheels alligned? And don't forget that slice of tofu!)

Ibn Razi Al-Kelantani said...

ana sokong keahlian penuh PAS..tp untuk jd pimpinan syaratkan ISLAM sahaja..bangsa apa xpenting..klu Islam jd pegangan

Unknown said...

PAS Untuk Semua ,
Kaum Cina/India dah nampak Nur (Cahaya terang)
Jadi Tunggu apa yang masih was-was dalam kehidupan.
Suka tenggok PAS dapat sokongan Cina/India-Mereka tenggok Contoh Pemimpin Islam bukan Pemimpin Bangsa.....?

Moose Racing said...

Non-Muslims... There but for the Grace of God. There but for the Grace of God. There but for the Grace of God.

Proton Saga said...

Dulu kata orang kafir tak bolih buat kawan apatah lagi jadi pemimpin, la ni bolih jadi kawan mungkin bolih jadi pemimpin.

Dulu saya bertugas di Temerloh Pahang , tahun 2003 masa tu ada pilihan raya umum. Puak pas mengatakan tak bolih undi orang kafir jadi pemimpin,masatu bn diwakil olih MCA FO AH KIWE.

Kemudian pada 4 tahun berikutnya ada pilihan raya umum lagi, pada masa itu pas dah bergabong dengan DAP . Kawasan Mentakab wakil paliman wakil BN dari MCA semantara wakilpakatan wakil dari DAP pas tak letak calun.

Apa terjadi saya lihat orang PAS SEMUANYA MENYOKONG DAP. Saya hairan dulu kata tak bolih pangkah orang kafir tetapi sekarang bolih pulak.

Baru saya sedar bahawa kita telah dipermainkan olih orang yang berkepenting untuk jawantan, bukan berjuang kerana AGAMA seperti yang diceramahkan.

KIta telah tertipu termasuk kamu yang menyokongnya.

ProHaris said...

Pandang Dengar kata: aku sokong kalu org islam je yg jd ahli PAS..tk kisah la bangsa ape pon...

tp tk sokong bukan Islam jd ahli penoh PAS...

Bukan Islam tk leh diberi hak untuk memilih barisan pemimpin dlm Pas...

Wujudnye Pas untuk perjuang Agama Islam...kl bukan Islam jd ahli pnoh PAS..kucar kacir nnt PAS...
___________________________________

aku setuju dengan komen dia nih..
bolehkah kalu ahli bukan islam jadi ahli penuh? serius skit, perkara ni bukan main-main.kekalkan sebagai ahli bersekutu lebih baik dari jadi ahli penuh.insya Allah kalu bukan islam peluk islam barulah jadi ahli penuh.

Pemuda PAS Kijal said...

Assalamu'alaikum

Kami rasa isu ini kita serahkan kepada pimpinan PAS.

Mereka lebih arif.

Keputusan yang akan dibuat sudah semestinya berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah serta Ijmak dan Qias.

Kepada semua penyokong PAS disarankan supaya memberi kepercayaan penuh kepada pimpinan PAS serta wala' dengan keputusan yang bakal diputuskan.

Wassalam..' PAS FOR ALL'

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...