Thursday, June 18, 2009

Janji pembangunan tetapi yang membangun rumah YB Umno

Oleh Salma Husin

KOTA BHARU, 18 Jun: Umno kini kontang isu hendak diketengahkan di Dun Manek Urai memandangkan penduduk tempatan di situ mulai muak dengan agenda pembangunan yang sering diulang tayang.

Rakyat di Dun terbabit tahu sepanjang empat tahun diterajui BN pada penggal lalu pembangunan yang dicanang tidak menjadi kenyataan.

Sebaliknya baru penggal menang, bekas Adun Manek Urai, Zulkifli Omar sudah mampu membina banglow besar yang lengkap dengan dewan dan pejabat di tapak seluas kira-kira dua ekar di cabang tiga Sungai Sok (gambar).

Begitu juga bekas Adun Dabong, Datuk Ramzi Abdul Rahman membina mahligai di pucak bukit di Jelawang, biar pun sepenggal menjadi wakil rakyat.
Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, itu belum lagi diambil kira dengan banyak projek terbengkalai yang telah dirasmikan menteri sebelum ini.

“Pembinaan Jambatan Sultan Yahya Petra Kedua sehingga kini mungkin hanya berjalan 10 peratus, sedangkan bekas Perdana Menteri telah melakukan upacara pecah tanah lebih dua tahun lalu.

“Begitu juga dengan projek jalan raya Kuala Krai – Kota Bharu yang diuar-uarkan menjelang pilihan raya umum lalu gagal menjadi kenyataan sehingga kini,” katanya di sini.

Beliau berkata, sekarang pemimpin Umno datang untuk berbudi pula dengan penduduk di Manek Urai dengan menabur lagi janji-janji pembangunan.

Kata beliau sekiranya Umno bersungguh-sungguh mahu melaksanakan projek pembangunan di Manek Urai, agenda itu sudah lama dilakukan memandangkan kedudukan Dun tersebut di bawah pentadbiran Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar).

Namun katanya, apa yang dilakukan Kesedar sekadar melepas batuk di tangga.

Oleh itu beliau yang juga anggota parlimen Rantau Panjang menasihatkan penduduk Manek Urai menganggap segala janji pemimpin Umno sebagai ‘gula gula politik’ menjelang pilihan raya.

“Pengundi di Manek Urai tentunya tidak lupa pesanan Tok Guru iaitu ‘beri gula kacau, beri kain pakai, bila mengundi pangkah bulan,” ujarnya.

Beliau turut mengingatkan pengundi supaya berhati-hati dengan taktik kotor Umno yang sanggup melakukan apa sahaja bagi mencapai kemenangan.

22 comments:

sirat al-mustaqim said...

ya, itulah dia janji pada rakyat yg berjaya dtunaikan oleh umno...tahniah dan syabas kepada pemimpin umno kerana kenyang sendiri,rakyat pula melopong nmpak gigi...

pr ckp:duit bkn segala-galanya
umno ckp:segala-galanya memerlukan duit
sekian

Iwan md yusuf said...

apa nak di herankan.kat kawasan aku pengerusi umno bahagian guna mecidis baru padahal kerja kerani biasa je.ketua pemuda umno plak dari kereta iswara bila dapat jawatan ketua pemuda dah tukar toyota mpv baru.......lu pikir la sendiri...

Iwan md yusuf said...

umno ni yang aku paling meluat bila buat projek dia kata pas tak ada duit nak buat projek macam yang umno buat.apa dorang ingat duit tu bapak dorang bagi ke.nampak sangat kedangkalan pemikiran pengampu umno@bn bila sesuatu projek di buat.kalau nak cari sokongan bukan tu bunyinya.bertambah meluat orang dengar.

Anonymous said...

Umno hanya pandai menabur janji bila setiap kali menjelang pilihanraya..Projek2 hanya untuk diri sendiri dan kroni.Rakyat dikampung kampung dah kenal perangai pemimpin umno ni.Mereka ni ada yang baru berjawatan ketua cawangan saja dah kaya raya dgn rumah banglo besar2 dan kereta mewah.Projek yg dikatakan untuk rakyat banyak masuk kepoket sendiri..sebab tulah umno ni di benci oleh rakyat kelantan..Pengundi di Manek Urai takkan terpedaya dgn janji janji manis umno ni..

sirat al-mustaqim said...

itulah yg dmaksudkan najib:
rakyat d dahulukan...
penipu punya slogan

Quantum Metal Consultant said...

Bekas ADUN Manek Urai pun sekadar mengikut nasihat Nik Aziz, bagi gula kacau, bagi kain pakai, bagi duit buat umah,bila nak undi kenalah timbang timbang..

fitflex said...

apapun tahniah kpd ust nasharudin.aku tau dia nie ikhlas.tapi x paham knpa tgna sound dia smp mcm tu.agak2 apa perasaan dia bila tgna kata dia camtu?camna dia nak berhadapan dgn fmly,rkyat2 dan penyokong dia?bukan dia buat ats kpntingan peribadi pun.x pham dgn tgna.dgn lkyew bleh plak slam dgn isyarat best lg.lupa ka apa yg lkyew dah buat kt islam sngpura?
xpaham knpa pemikiran politik tgna dah x setajam dulu.bimbang aku kisah abid yg alim ibadat 200thn smpkan murid2 dia byk yg karomah tapi tewas ke neraka itu berulang kembali.

sirat al-mustaqim said...

aku plak bimbang kat mufti yg kaki mengampu...mufti yg mencintai dunia...

Anonymous said...

Fitflex..kalaupun ust nasha ikhlas,adakah umno tu benar2 ikhlas?.Pimpinan Pas yang lain dah tahu niat jahat umno yg sebenarnya.Dalam umno sendiri pun ada yg tdk bersetuju dgn idea kerajaan perpaduan ni.Tapi mereka tunggu tergelak je apabila pimpinan Pas dah mula bercakaran sesama sendiri.Tak boleh nak disalahkan TG nik aziz yang menegurnya.Kenapa bertindak sendirian dgn membelakangkan suara ahli dan pimpinan yg lain.Sebagai mursyidul am,beliau tak mahu Pas berpecah dgn mainan umno.Pemimpin tertinggi Pas akan mengadakan pertemuan nanti..Lee Kuan Yew berkunjung ke kelantan pun ko jadikan isu.Sebagai orang islam kita wajib melayani tetamu yg datang kerumah kita walaupun dia musuh sekalipun..Padahal dia dah bertemu juga dgn Mb dan menteri BN.Tak dikecohkan oleh PR..BN yang izinkan dia melawat negara ni lepas tu nak diletakkan taik pula atas kepala pimpinan PR..

fitflex said...

wei sirat,
time mufti tu dedah kes murtad.buat fatwa haram konsert2 hg kata dia bagus.tp bila dah dia x sebelah pr,terus kata mufti nie gila dunia.kena batang idung semua x betul kalu pr nie.
kpd tontoya,knapa prlu risau umno ikhlas ke x?ada ke ana terfikir yg dap dan pkr tu ikhlas?xde plak dgr dari umno yg x setuju.sbb umno pun sebangsa & seugama dgn pas.yg ada dari mca&gerakan sbb mmg lepa xnak pas & umno bersatu.pemimpin2 pas pun puji zaman pemerintahan tun abd razak dulu.byk hasil2 & kesan baik kpd melayu.cth felda,ptronas,deb,biasiswa dan mcm2 faedah lg.mewujudkan kpg2 baru di bndar2.semua berfaedah kpd melayu.tapi semua mesti igt segala apa yg tun abd razak laksana dulu pasti tidak berjaya sekiranya pas&umno tidak bersatu dulu.ini yg seluruh rkyat mahu.bukan saling jatuh-menjatuh yg akhirnya semua dpt kpd bgsa lain.yg hanya duk rumah tgk tv,gelak2 tgk sesama melayu bergaduh smp tidor tgh jln.mana ada ust nasha bertindak sendirian.sudah jelas semua dari pimpinan tertinggi.cara tgna tegur tu mmg salah.cuba byg tontoya di tempat ust nasha.bacaan politik tgna sudah kabur skrg.tidah setajam wktu beliau bersama ust fadzil dulu.ini terbukti dgn tulisan anak tg sndiri tntang kerja2 bodoh dlm pas.aku yakin teguran tgna ni dipengaruhi org2 kanan beliau yg dilabelkan sesat oleh nik abduh.
pasal lkyew ni pun tgk tmpat le.tgk gmb nampak mesra sungguh.kalau aku melayu sngpura.aku sokong islam.tgna idola aku.last2 tgk idola aku begitu mesra dgn org yg duk hapuskan islam kat bgsa aku.apa aku rasa???

teringat penganalisis politik ukm berkata jika keadaan berterusan begini pasti akan smp 1 waktu org tidak akan percaya lg apa yg tgna ucapkan...

memang bgs fatwa yg dia keluarkan...sebab konsert jom heboh dan kes murtad tu da jelas la haram dan berdosa...masalahnya skrg,fatwa rampas negeri org lain x dikeluarkan,tetapi dsembunyikan..sedangkan itupun jelas haram dan berdosa...sebab?atas kepentingan diri...ni yg masalahnya...kalau contohnya pr rampas negeri yg dperintah umno-bn,mufti diam,aku rasa umno-bn pon kecoh...kalau pr rampas negeri yg dperintah umno-bn,mufti kata salah,aku pun setuju,sebab mmg da jelas salah!tapi alhamdulillah,pr x pernah buat camtu...parti pengecut je yg wat camtu

Anonymous said...

Fitflek,Nak merapu pun perbetulkanlah fakta tu dulu mamat..Umno yg Pas bergabung dulu selepas merdeka dizaman Tun Abd Razak dah tak ada.Dah diharamkan pada 1988 akibat krisis kepimpinan.Umno baru yg ada sekarang tak sama dgn umno dulu yg tdk boleh kita nafikan jasanya kpd orang melayu.Umno skrg penuh rasuah.Dimana ikhlasnya umno ni?.Kenapa masa menang byk pada prull dulu tak fikirkan pun pasal penyatuan melayu.Skrg bila dah tersepit dan nampak PR dah mula mendapat sokongan semua kaum,mulalah nak mengkucar kacirkan PR.Majoriti didalam Pas tidak mahukan UG..Ada kekeliruan diantara TgNa dan ust nasha dan ianya akan jernih kembali.Dalam Pas konsep tegur menegur tanpa mengira pangkat atau jawatan tdk menjadi masalah..tdk akan ada perpecahan.Tonggak islam berpandukan alquran dan hadis akan menyelesaikan masalah dan merapatkan kembali saf..Jangan beranganle umno nk mengharapkan Pas terjerat dgn perangkap umno.Atas nama penyatuan melayu konon..Selama ni siapa yg mengabaikan kaum sendiri.Kuasa merintah ditangan orang melayu tapi orang melayulah yg paling ketinggalan..

mail lambong said...

Fitflek,
kita kena fikir secara mendalam apa yg tok guru kata..memang betul kata tok guru,nak wujudkan perpaduan tak boleh lah hanya pas dan umno, itu bukannya perpaduan tapi gabungan. perpaduan bermakna semua parti yang ada di negara malaysia ini bersatu baru lah dinamakan perpaduan.islam mengajar kita berlaku adil tetapi islam mestilah di dahulukan dalam semua perkara.saya kecewa dengan pandangan Fitflek,tegur-menegur adalah baik sesama islam,ust nasa mungkin terlalu ghairah inginkan bangsa dan agama maju,tetapi silap menghitung cabaran sebenar sekiranya berlaku perpaduan antara pas dan umno.kesan jangka panjang akan merugikan pas dan menguntungkan umno.sekiranya berlaku begitu,sia-sia usaha pas selama ini.umno akan membuatkan pas dipinggirkan di hati rakyat, pas sudah bergerak dengan baik dan diterima oleh semua kaum,hal ini adalah menjadi kebanggaan kita kerana hanya islam yang dapat mendamaikan semua umat manusia.

masjid tinggi said...

Janji pembangunan tetapi yang membangun rumah YB Umno
Oleh Salma Husin

KOTA BHARU, 18 Jun: Umno kini kontang isu hendak diketengahkan di Dun Manek Urai memandangkan penduduk tempatan di situ mulai muak dengan agenda pembangunan yang sering diulang tayang.

Rakyat di Dun terbabit tahu sepanjang empat tahun diterajui BN pada penggal lalu pembangunan yang dicanang tidak menjadi kenyataan.

Sebaliknya baru penggal menang, bekas Adun Manek Urai, Zulkifli Omar sudah mampu membina banglow besar yang lengkap dengan dewan dan pejabat di tapak seluas kira-kira dua ekar di cabang tiga Sungai Sok (gambar).

Begitu juga bekas Adun Dabong, Datuk Ramzi Abdul Rahman membina mahligai di pucak bukit di Jelawang, biar pun sepenggal menjadi wakil rakyat.
Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, itu belum lagi diambil kira dengan banyak projek terbengkalai yang telah dirasmikan menteri sebelum ini.

“Pembinaan Jambatan Sultan Yahya Petra Kedua sehingga kini mungkin hanya berjalan 10 peratus, sedangkan bekas Perdana Menteri telah melakukan upacara pecah tanah lebih dua tahun lalu.

“Begitu juga dengan projek jalan raya Kuala Krai – Kota Bharu yang diuar-uarkan menjelang pilihan raya umum lalu gagal menjadi kenyataan sehingga kini,” katanya di sini.

Beliau berkata, sekarang pemimpin Umno datang untuk berbudi pula dengan penduduk di Manek Urai dengan menabur lagi janji-janji pembangunan.

Kata beliau sekiranya Umno bersungguh-sungguh mahu melaksanakan projek pembangunan di Manek Urai, agenda itu sudah lama dilakukan memandangkan kedudukan Dun tersebut di bawah pentadbiran Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar).

Namun katanya, apa yang dilakukan Kesedar sekadar melepas batuk di tangga.

Oleh itu beliau yang juga anggota parlimen Rantau Panjang menasihatkan penduduk Manek Urai menganggap segala janji pemimpin Umno sebagai ‘gula gula politik’ menjelang pilihan raya.

“Pengundi di Manek Urai tentunya tidak lupa pesanan Tok Guru iaitu ‘beri gula kacau, beri kain pakai, bila mengundi pangkah bulan,” ujarnya.

Beliau turut mengingatkan pengundi supaya berhati-hati dengan taktik kotor Umno yang sanggup melakukan apa sahaja bagi mencapai kemenangan.

Naruto Sensei said...

Fitflek,

ha ha ha cakap fakta pun tah apa2 ntah..

Macam man dah dapat tak maklumat pasal tanah di Perak yang UMNO nak bagi ke cina yang saya bagitahu tu...Aparaaa sibuk hal PAS yang .. masalah UMNO kat Perak buat diam je ke..?

Hipokritlah ...MelayuUMNO..

Unknown said...

Kenapa aku tak sokong perpaduan dengan umno?

1. Umno dahulu kini dan selamanya mengkhianati bangsanya yang menyokong pas.

2. Tidak ikhlas mengajak perpaduan, jika dimercu kekuasaan banyak perkara yang tidak elok dilakukan kepada pas, apabila dah banyak kerusi bn kalah dalam pru12 tempohari barulah nak berbaik dengan pas.

3. Pas kena ingat bahawa undi yang mereka terima sehingga dapat memerintah kedah adalah banyak pertolongan daripada bangsa cina dan india, disini kita kena menghormati mereka, bermatian-matian berkempen supaya mereka mengundi pas aleh-aleh sibuk dengan perpaduan melayu pulak, di malaysia ni jika nak menang banyak kena bergantung kepada undi mereka, cuba bayangkan jika kita sebagai mereka?

4. Perangkap daripada umno yang sedikit sebanyak telah menampakkan hasil, TGNA cepat-cepat membuat kenyataan keras terhadap nasha walaupun tidak popular (malah ada yang mentohmah beliau) adalah untuk memusnahkan perangkap tersebut demi menyelamatkan pas, jika tidak memusnahkannya awal-awal perkara ini akan memnjadi lebih membarah, padahnya pas akan terima didalam pru13 nanti !

nik said...

Apa yang sedia ada kita perlu bsyukur.Apa jua pembangunan yang dijalankan adalah untuk rakyat pada masa hadapan. Kalau engkau orang berada di tempat mereka, aku pasti engkau orang pun songlapkan wang.......

Apa yang penting adalah pembangunan untuk rakyat. Apa yang PAS kelantan buat untuk rakyat kelantan??????
Kawasan yang kotor, bandar yang tidak tersusun,tiada kemudahan public dan macam2 lagi. Terlalu daif sehinggakan rakyatnya keluar berhijrah dgn menikmati keselesaan di negeri orang lain pulak. Fikir2 dan renungkan wahai muslimin dan muslimat yang saya kasihi.

Unknown said...

Nik,

"Apa yang sedia ada kita perlu bsyukur.Apa jua pembangunan yang dijalankan adalah untuk rakyat pada masa hadapan. Kalau engkau orang berada di tempat mereka, aku pasti engkau orang pun songlapkan wang......."

=> Bersyukur tetap bersyukur, tetapi pembangunan yang dijalankan atas untuk rakyat menjadi pembangunan untuk kroni, projek yang berharga RM1 rakyat terpaksa membayar dengan harga RM10.

"Apa yang penting adalah pembangunan untuk rakyat. Apa yang PAS kelantan buat untuk rakyat kelantan??????
Kawasan yang kotor, bandar yang tidak tersusun,tiada kemudahan public dan macam2 lagi."

=> Inilah salah satu bukti penindasan umno keatas rakyat kelantan yang menafikan bantuan kerana memilih pas, untuk dijadikan 'point' oleh umno mengejek pas tak pandai mentadbir dan sebagainya, tetapi apabila tergugat dalam pru12 terhegeh-hegeh memasang perangkap dibelakang tabir atas nama perpaduan melayu!

"Terlalu daif sehinggakan rakyatnya keluar berhijrah dgn menikmati keselesaan di negeri orang lain pulak. Fikir2 dan renungkan wahai muslimin dan muslimat yang saya kasihi."

=> Sah tuan yang memberi komen ini tak pernah datang ke Kelantan cuma mendapat berita dari media pengampu umno, jenguk-jenguklah sendiri negeri kelantan yang anda cakap naif itu, jika dibandingkan melayu di kelantan jauh lebih senang dan selesa dari melayu dinegeri lain disemenanjung ini ... hmmm.

aiman said...

BUAT PEMIMPIN AMNO SUDAHKAH BUAT LATIHAN MENOREH.PENDUDUK MANEK URAI ADA BUAT SUKAN RAKYAT.ACARA MENOREH GETAH DIKHASKAN UNTUK PEMIMPIN AMNO.HADIAH LUMAYAN. PERTAMA:1 MALAYSIA ANDA PUNYA KEDUA :KAPAL SELAM KETIGA :JET PEJUANG SUKHOI KEEMPAT:JET PEJUANG MIG KELIMA :MELANCONG KE MONGGOLIA HADIAH SAGUHATI:MAKAN AISKRIM MONGGOLIA PERCUMA SEUMUR HIDUP.HADIAH DITAJA OLEH NAJIB RAZAK

mail lambong said...

saudara nik,
songlap wang bukan budaya kita.
itu budaya orang yang jahil.
adakah saudara akan melakukan perkara yang sama sekiranya saudara ada kuasa..masya-allah
sepatutnya saudara menentang rasuah.
rasuah akan mengadaikan maruah, rasuah akan menjadikan manusia seperti lembu yang diheret dengan tali.
saudara, seharusnya bencikan rasuah bukannya mengatakan rasuah itu perkara biasa.ubah minda saudara..jangan kerana rasuah maruah tergadai.hanya kerana wang yang tak seberapa kita lupa dan menjadi hamba yang tolol

osama laden said...

salam nik,
kelate nampak memang tak maju macam kl,tp pemilik bangunan2,usahawan kat kelate majoritinya orang melayu kita.kl memang maju tp melayu jd penumpang,merempat buat ghapo...bangunan hebat yg mu bangga tu bukan bapaak ko punya atau sedara mara ko melainkan kroni dan bukan bumiptr...so biar perlahan melangkah tp hak melayunya terjaga dari laju melangkah tp mereempat di bumi sendiri.
satu lg oghe kelate lebih takut pada Allah dr takut pd miskin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...