Tuesday, June 16, 2009

PAS tawar jadi alternatif kepada Umno

BUKIT MERTAJAM, 18 Jun: PAS menawarkan diri untuk menjadi alternatif kepada Umno kerana jelas terbukti Barisan Nasional (BN) yang diterajui Umno gagal memberikan keadilan kepada semua rakyat di negara ini.

Bahkan, Umno gagal untuk memberikan keadilan kepada Islam yang menjadi agama rasmi di negara ini dengan pelbagai isu yang boleh dikira bertentangan dengan Islam.

Demikian kata Timbalan Ketua Pemuda PAS, Azman Shapawi Abdul Rani dalam forum yang turut disertai oleh Pengerusi Biro Agama Pemuda Umno Malaysia, Afandi Yusof dan bekas Mufti negeri Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.

Forum perdana bertajuk 'Politik Agenda Perubahan' telah diadakan di Institut Al Qayyim, Mengkuang, Bukit Mertajam baru-baru ini dan telah dipengerusikan oleh Ustaz Rasyid Idris.

Forum itu menampil imej berbeza dari imej biasa masing-masing. Asri dengan baju Melayu bersamping lengkap, Azman dengan baju biasanya namun wakil Umno, Afandi, datang dengan jubahnya.

"Dasar yang tidak condong kepada Islam seperti ISA yang menzalimi rakyat, ketidakadilan yang berlaku dalam pemberian peruntukan kepada ahli Parlimen BN dan pembangkang mesti dihentikan," kata Azman.

"Kegagalan pemerintahan BN dan Umno untuk memberi keadilan kepada seluruh rakyat termasuk yang diperintah oleh negeri-negeri yang diterajui oleh Pakatan Rakyat, maka PAS menawarkan diri untuk menjadi alternatif sebagai pemerintah dalam negara bersama-sama rakan dalam Pakatan Rakyat menggantikan BN dan Umno yang sudah tidak berdaya lagi," tegas Azman.

Menurut Azman lagi, menegakkan sebuah kerajaan yang menurut syariat Allah adalah satu tuntutan dan menjadi aspirasi kepada PAS.

"Kita hairan kenapa dalam tempoh 50 tahun pemerintahan BN dan Umno di negara ini jumlah anak tidak sah taraf sudah mencecah lebih daripada 250 ribu orang sehingga kini," katanya lagi.
caption

8 comments:

faizal said...

syabas kepada pas,
saya bangga melihat perkembangan pas sejak akhir-akhir ini.
uma pas perlu membuat persediaan awal sekiranya berlaku perubahan ataupun tsunami yang lebih besar di masa hadapan.perkemaskan ilmu dan kepakaran dalam mengurus tadbir negara.semoga allah memberi rahmat dan kejayaan kepada kita agar menjadi negara maju dan islamik.

Naruto sensei said...

PAS pasti akan memerintah Malaysia jika Allah mengkehendaki...

Semoga PAS terus kukuh dan mantap mengambila alih kepimpinan Negara dari UMNO yang dah nyanyuk...

nik said...

Tak payah la nak memerintah Malaysia. Kelantan pun tak terjaga. Apa benda bandar kelantan kotor.Bersekongkol dgn DAP dan PAP (LKU) akan memecahkan serta menghancurkan orang melayu. Lihat sejarah telah membuktikan siapa DAP dan PAP.?????? Fikirla... jangan mengadaikan bangsa kita demi untuk mengejar kedudukan... Berbalik2 kita yang rugi. Strategik demi strategik akan digunakan oleh DAP dan PAP untuk memenangi hati kita. Jangan terpedaya. Apa yang ada sekarang kita kekalkan dan sama2 kita jaga agar tiada siapa yang boleh memgugat bangsa kita.

adyseptember said...

PAS tawar jadi alternatif kepada Umno?
kenapa suara/pandangan dr wakil UMNO tak dipostkan dlm ringkasan ni.. hanya menyebut 1 pihak sahaja(PAS) berkenaan isu ISA & ketidak adilan pemberian peruntukan.
nampak sgt la blogger Siasah berat sebelah memanipulasi cerita serta mempunyai propaganda sendiri.Tak siasah lsg.Ulasan dr Dr.Asri pun takda.br dlm blog pun korang dah tak adil mcmana tu..?? dengar pandangan dr ketiga2 panel tuh. kesimpulan yg aku dengar. taniah kepada wakil umno & PAS bahawa perpaduan adalah penting lebih lg Semuanya saudara Islam & sebangsa.Berhujah saja tak cukup tp perlaksanaan tiada, tak guna jugak.tp pelik pd peringkat Pepimpin PAS tak mahu berbaik sesama islam(unmo). adakah pentingkan Kuasa? takut hati DAP & PKR terguris? Politik hanya politik,tak perlu pisahkan ideologi perpaduan ummah. mahukah kita di Malaysia mjadi sampai suatu tahap akibat dr ketiadaan kestabilan politik hanya perbezaan pendapat/ideologi. Suatu hari Msia akan mjadi seperti tanah Arab? palestine, fatah & hizbullah? yg bergaduh sesama agama & bangsa. Rancangan Dajjal berjaya,Musuh islam bertepuk tangan bila sesama islam bermusuh dan membunuh!! kpd Naruto Sensei muhasabah diri dr hanya pandai ckp sj.

Naruto sensei said...

adyseptember

Ha ha ha kamu memang dari dulu dengki dan cemburu dengan saya .. apa masalah kamu pun saya tak tahu lah mereng kot..

Ada saya sentuh kamu atau hentam kamu...? Nak bercerita pasal Siasah berat sebelah konon... RTM,TV3 dan sekutu dengan nya yang syik hentam PAS dan PR tanpa sedikit pun ruang tu adilke..?

Pakai otak sikit nak mengata orang sedangkan puak kamu sendiri bersikap zalim dan memfitnah..
Bolehke pihak media kerajaan membuat tuduhan tanpa memberi peluang pihak yang dituduh membela diri..? Itu lah fitnah namanya..aparaaa..

UMNO mengatakan mereka pahlawan melayu tetapi merekalah yang sememangnya menjadi pengkhianat Melayu..

PTPTN tu asalnya Biasiswa bagusnya jasa kerajaan BN kamu tukarkan hak melayu tu kepada pinjaman ye bagus2..

sebab tu lah ramai anak muda Melayu yang jadi Muflis tak dapat bayar hutang sebab mereka sendiri menggangur...


Mana janji Manifesto BN selamat,Aman,Makmur..? satu pun tarak ,habuk saja...makin haru biru dengan jenayah dan semakin tak selamatnya Malaysia adalah..

BN sejak PRU 13 langsung tak tunaikan manifestonya menipu saja cuba jelaskan apa manifesto BN yang dah di tunaikan..? Habuk...!

Yang ada kenaikan tambang Bas, kenaikan harga minyak, kenaikan kadar Jenayah, peningkatan Indeks rasuah Negara ke tempat ke 40 negara dunia...

Apa yang berubah.. ekuiti 30% bumiputra dalam perkhidmatan kerajaan di hapuskan.. hak Melayu tu...

Kementerian Usahawan yang menjadi tempat usahawan Melayu bergantung memasarkan hasil pun di hapuskan ...itu pun hak Melayu tu...

Kesian lah Melayu selama ini tak sudah2 di tipu UMNO dan pencacai seperti anda... berjuang demi Melayu tapi pelahap harta Melayu sendiri..

Jelaskan apa Manifesto BN yang sudah terlaksana..? Mana dia janji2BN dalam PRU ke 13..? habuk pun elek.. podahhh!!

Pendatang Asing berlambak ni.. apa yang kerajaan buat ..? tahulah satu kepala AP pekerja asing untung sampai RM1000 patutlah tiada tindakan apa pun pada pekerja asing...sampai Negro pun dah berani besar kepala...dasar UMNO kejar untung saja...melingkup negara bagi pada UMNOBN lah kan.. ha ha ha..tu yang gila kuasa tu..

Lupa kah Melayu ketika itu UMNO sedikit pun tidak menambah kerusi Parlimen di Negeri2 Majoriti Melayu..? sedangkan kawasan bukan Melayu pula mendapat pertambahan kerusi Parlimen. Sebab itulah kita lihat benyak kerusi Parlimen dikuasai Bukan Melayu/Islam...

Sekarang bila Parlimen dikuasai bukan Melayu UMNO melalak kononnya menjaga ketuanan Melayu sedangkan hakikatnya UMNO yang mengurangkan kuasa Parlimen Orang Melayu dengan tidak menambah kerusi Parlimen semasa persempadanan dahulu...

Lihat pula sekarang ini mereka bermati2 pula nakkan bahasa Inggeris menjadi subjek wajib lulus dalam SPM. Kenapa sibuk sangat tentang bahasa Inggeris ni..

Adakah UMNO memang suka jika bahasa Melayu pupus sedikit demi sedikit..? sudahlah pemimpin mereka sendiri pun melacurkan bahasa Melayu dengan speaking campur.. Nak kata bahasa inggeris pemimpin UMNO bagus lagi teruk adalah itu pun nak berlagak sombong.

Kita lihat sedangkan pemimpin2 bukan melayu bersungguh2 bercakap dalam bahasa Melayu yang tetapi pemimpin UMNO pula yang sibuk2 bercakap dalam bahasa Inggeris ini boleh kita lihat setiap kali dalam warta berita sendiri..

Inilah watak pengkhianat Melayu sebenarnya,setelah mereka menghancurkan tulisan Jawi dahulu. dan mereka berusaha pula nak menghapuskan bahasa Melayu sedikit demi sedikit..

Maka tidak hairanlah jika suatu hari nanti anak2 muda yang sekarang ni pun dah cenderung bercakap ala2 mat Salleh akan hilang jati diri Melayunya.. Malah Melayu sendiri pun akan lupa dengan Bahasa mereka sendiri kerana sikap UMNO yang terlalu mengagungkan Bahasa Inggeris..

Memang itulah ciri2 tali barut penjajah Inggeris dalam merosakkan Bangsa Melayu tanpa melayu sendiri sedari akhirnya budaya sendiri pupus ditelan masa akibat perbuatan UMNO yang melukakan hati Melayu sendiri...

UMNOlah sebenarnya Pengkhianat orang Melayu dari dulu sampailah sekarang...

Alahai MelayuUMNO layu jadinya...!

Naruto sensei said...

adyseptember

Dulu bila UMNO tiada isu bukan main caci maki orang dalam siasah ni.. tiba2 isu perpaduan timbul ceh wah...! orang2 UMNO jafdi baik macam kucing pulak nak menawan hati kami orang PAS konon pirahhh...!

UMNO sekarang tengah berlakon ...

adyseptember said...

Hai.. Naruto Sensei
Alasan membangkitkan isu hampir 40 tahun lampau yang didakwanya UMNO ‘ tikam PAS dari belakang’ ketika menyertai kerajaan campuran bersama Perikatan (kemudiannya BN) selama empat tahun mulai 1973. dari Zaman Dr.M hingga sekarang, 2009 apakah UMNO sekarang sama dengan dahulu? apakah salah Najib? ia sudah tiada kaitan. PAS ditubuhan oleh ahli UMNO yg kecewa & kalah dlm pertandingan UNMO.
PAS mungkin akan kata keputusan untuk bekerjasama dengan DAP dan PKR adalah sesuatu yang baik dan tidak akan memudaratkan keseluruhan umat Islam dan bangsa melayu..Kerana kita akan ‘mengIslamkan’ DAP dan sekutu sekutu bukan Islam didalam PKR.Dalam ertikata lain DAP akan bersetuju dengan agenda negara Islam dan hukum hudud yang akan diperkenalkan olih PAS.Apa benarkah itu?.

Dah lebih 50 tahun DAP tidak pernah bersetuju dengan agenda negara Islam PAS.Apakah yang membuatkan pemimpin PAS benar benar yakin yang mereka akan menerimanya kali ini.Apakah PAS merasakan Tuan Guru Haji Hadi akan dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan berjaya ke Putra Jaya?.Apakah pemimpin PAS begitu yakin yang iagenda negara Islam mereka telah diterima hanya dengan berpandukan bendera PAS telah dikibarkan olih ahli ahli DAP dalam PRU yang lepas?.

Tidakkah PAS meneliti siapakah yang berada dalam kelab penyokong PAS di seluruh negara?.Sebab kita merasa sedikit pelik bila mereka buat kenyataan membantah PAS nak berbaik baik dengan sesama Islam.Apakah hak mereka disisi Islam untuk berbuat demikian?Mereka ini patut masuk Islam dan berjuang dalam PAS.Esok esok ada pulak orang Melayu/Islam tubuh kelab penyokong DAP.

PAS = kuda tunggangan PKR & DAP

Buka hati Mata & jiwa.

adyseptember said...

Realitinya

Pas harus sedar diri yang perlantikan Nizar sebagai Menteri Besar Perak adalah kerana DAP tidak mempunyai adun Melayu dan undang undang tubuh Negeri Perak memerlukan seorang Melayu sebagai menteri besar tanpa ada timbalan menteri besar.PKR pula tidak mempunyai adun Melayu yang berwibawa dan berpendidikkan tinggi untuk dilantik sebagai menteri besar.Dan kita sedia maklum selama 11 bulan yang lalu siapa yang membuat keputusan penting di dalam pentadbiran di Perak.

Di Selangor pula yang menyaksikan adun PAS tidak dilantik sebagai menteri besar atau pun exco kanan walaupun ahli ahli akar umbi PAS begitu yakin PAS akan memegang salah satu jawatan tersebut.YB Hasan Ali telah disebut sebut akan dilantik kesalah satu jawatan tersebut kerana ia dilihat sangat berwibawa tetapi malangnya ia diberi potfolio agama Islam yang mentadbir hal ehwal agama Islam.Sedangkan portfolio penting diisi olih kalangan adun DAP dan PKR.

Itulah sebabnya kilang arak masih gagah berdiri ditepi faderal high way. Sebab yang pegang potfolio industri adalah dari DAP.

Jadi apakah PAS yakin mereka akan diberikan jawatan perdana menteri,timbalan perdana menteri,menteri kewangan,menteri hal ehwal dalam negeri,menteri pertahanan,menteri pelajaran atau menteri kehakiman?.

PAS wajar mendesak PKR dan DAP untuk membuat perjanjian bertulis dan minta DAP dan PKR BERISTIQAMAH dengan perjanjian tersebut.Perjuangan PAS tidak akan kemana mana selagi mereka diberikan jawatan menteri Agama Islam,menteri pertanian atau menteri perpaduan.Fikir fikirkanlah.

Kita takut PAS akan ditendang keluar dari ‘kerajaan pakatan perpaduan’ suatu masa nanti kerana kerenah negara Islam dan hukum hudud yang mereka perjuangkan.Baru saja Haji Hadi bersuara tentang rundingan perpaduan,Karpal Singh dah nak tendang PAS keluar.Apabila DAP tegur PAS mengenai pengharaman SIS,PAS Shah Alam dah kelam kabut.Kita amat menyedari bahawa adun adun PAS dalam kerajaan Selangor memendam rasa dan percayalah satu hari nanti bom PAS ini akan meletup di Selangor.

Huluran tangan UMNO dilihat sebagai huluran tangan syaitan hanyalah kerana dendam kasumat yang tak habis habis.Huluran tangan perpaduan DAP adalah penoh dengan syarat yang berlapis lapis dan dilapik dengan undang undang ‘Common Law’ British bukan undang undang Islam yang PAS perjuangkan.Jangan lupa DAP dipenohi dengan pemimpin pemimpin lulusan undang undang dan PAS tidak akan berupaya untuk melawan putar belit peguam peguam DAP.Pada masa itu PKR tidak akan membantu PAS kerana struktur berbilang kaum yang ada dalam parti itu..

Apa yang diaturkan olih DSAI adalah tolak ansur politik dan ianya tiada kene mengena dengan prinsip yang PAS perjuangkan.Tidak mustahil suatu hari nanti DSAI dan kroni kroninya dalam PAS akan membubarkan PAS dan bergabung dalam PKR untuk memudahkan kerjanya.Lihatlah apa yang terjadi pada PSRM.Inilah yang dinamakan pecah dan perintah.Tok guru sibuk suruh bubarkan UMNO tiba tiba PAS pulak yang terbubar dan masuk PKR.Dalam politik segalanya berkemungkinan.Tok guru sepatutnya dibekalkan dengan pakar pakar sains politik yang berwibawa,yang bolih menasihatkan beliau dalam bab bab sepak terajang politik kerana kita melihat sejak akhir akhir ini beliau sering membuat kenyataan kenyataan yang merugikan PAS.

Untuk pengetahuan tok guru,tiada kejujuran hakiki dalam politik dan sejahat jahat UMNO mereka tetap mendoakan dan menyedekah Al fatihah bila tok guru telah bersemadi kelak kerana mereka mengucap dua kalimah syahadah sepertimana yang dilakukan olih MP MP UMNO di parlimen semasa permergian Allahyarham Ustaz Fadhil Noor dahulu.Semoga Allah menempatkan beliau dikalangan roh roh orang orang yang dikasihiNya.Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...