Saturday, June 6, 2009

Pemuda gesa perkasa jawatankuasa disiplin

SHAH ALAM: Pemuda PAS mendesak supaya jawatankuasa disiplin parti diperkasakan untuk membendung salah laku ahli dan pimpinan.

Timbalannya, Azman shafawi berkata, beberapa bulan sebelum berlangsungnya muktamar beliau melihat begitu banyak perbuatan dikalangan pimpinan dan ahli PAS yang bertentangan dengan etika serta akhlak yang tidak sepatutnya diamalkan oleh pendokong PAS.

'Saya tengok banyak tulisan-tulisan dari kalangan pimpinan yang disiarkan bercanggah dengan keputusan parti, pandangan yang dibuat secara terbuka bertentangan dengan apa yang diputuskan oleh Majlis Syura. Tetapi kenapa tidak diambil tindakan kepada mereka,' tegasnya ketika membahaskan ucapan dasar presiden mewakili Dewan Pemuda PAS.

Azman menambah, tindakan sesetengah pemimpin itu (melanggar etika) telah diambil kesempatan oleh musuh untuk digunakan menyerang PAS kembali sehingga mengelirukan ahli diakar umbi.

'Situasi ini menyukarkan, jentera dan pimpinan lain terpaksa turun untuk menjelaskan kepada akar umbi yang terkeliru' katanya.

Selain itu, Azman turut mencadangkan kaedah perlantikan Pesuruhjaya PAS di negeri-negeri dilakukan dengan mengambil kira akar umbi di negeri tersebut.

Katanya, pesuruhjaya yang hendak dipilih mestilah sekurang-kurangnya mendapat sokongan dua pertiga ahli di negeri tersebut.

'Mungkin konvensyen negeri boleh dijadikan kayu pengukur untuk menilai calon pesuruhjaya tersebut'ujar beliau.

5 comments:

zali said...

tahniah nasa!

Azman shafawi berkata, beberapa bulan sebelum berlangsungnya muktamar 'beliau melihat' begitu banyak perbuatan dikalangan pimpinan dan ahli PAS yang bertentangan dengan etika serta akhlak yang tidak sepatutnya diamalkan oleh pendokong PAS.

tu yang budak man tu nampak...yang orang lain nampak serta yang tak nampak...

pokoknya pas memang tidak dapat selari lagi dengan nama parti islam...

pemimpin dan ahli serta pronya... ramai yang kejar harta dan pangkat.

itu lah petanda awal bagi kejatuhan sebuah parti kecil yang diperkecilkan lagi oleh ahlinya sendiri...

melingkup la pas...

ayamgebu said...

Azman shafawi berkata, beberapa bulan sebelum berlangsungnya muktamar 'beliau melihat' begitu banyak perbuatan dikalangan pimpinan dan ahli PAS yang bertentangan dengan etika serta akhlak yang tidak sepatutnya diamalkan oleh pendokong PAS.
.....ZALI SAID
SEBAGAI ORANG MELAYU ORTODOK BANGSA MCM NGKO...MEMANG BETUL CAKAP NGKO..
CUBA AMBIK PETIKAN DIATAS SEBAGAI NASIHAT YG DIBUAT OLEH AZMAN SHAFAWI..JADIKAN IA SEMPADAN..AKU INGAT XDE YANG SALAH KALAU IA DIANGGAP TEGURAN...TIDAK SEPERTI PARTI KEBANGSAAN YANG SEGALA- GALANYER DIMAKAN DAN DISIMPAN!!!!AGAK LUCU BAGI AKU BILA NGKO CAKAP PIMPINAN PAS MENGEJAR HARTA DAN PANGKAT...AKU RASA KAWAN BAIK NGKO MUSTI BERGELAR LEBAI MALANG!!!!!!

zali said...

nasihat apabenda nya ayam...

kenapa nak perkasakan jawatankuasa disiplin?

dah tentu sebab disiplin dah longgar dan kendur...lucu tak lucu la,memang kenyataannya pas kini tak selari lagi dengan islam.

bila nasa menang,pemimpin yang dipilih sendiri pun di benci oleh mereka...

apa nak jadi pas ni?
melingkup la cepat sikit...

ayamgebu said...

BUMI MANA YANG TIDAK DITIMPA HUJAN....SEDANGKAN LIDAH LAGI TERGIGIT...BENDA2 YANG MACAM NIH, ITU LUMRAH!!!!! TAPI MEREKA TETAP DENGAN DASAR...MEREKA SANGGUP DITEGUR...MEREKA BERKERJA DI DALAM SAF...APABILA TERSALAH LANGKAH MEREKA AKAN BERBALIK PADA AL-QURAN DAN HADIS...MEREKA ADA ALIM ULAMAK UNTUK MENDAPAT NASIHAT JIKA BERLAKU PENCANGAHAN.. CUBA RENUNGKAN PADA KITARAN YANG AKU SEBUTKAN....IA NYA X KAN PUTUS!!!!! TIDAK ADA ALASAN UNTUK DIKATAKAN TIDAK SELARI DENGAN TUNTUTAN.......

Tontoya said...

Woi zali..banyak le ko punya songeh..baik ko gi tegur pemuda2 dalam parti ko nun,dah nak lingkup..ketua pemuda pun rasuah.....Kalo dah makan benda haram,hati pun akan jadi gelap dengan kau sekali...kita tak ada masalah,perjuangan untuk menegakkan islam lebih takutkan balasan tuhan dari undang2 ciptaan manusia...tegur menegur sebelum ianya berlaku bukankah lebih baik drpd menegur setelah ianya berlaku..tapi kalo dalam umno tu,tegur macamana pun, rasuah tetap dok amal jugak sebab rasuah dah memang selari ngan umno ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...