Wednesday, June 3, 2009

Adham dan Nozula minta maaf dari Husam

KOTA BAHRU, 3 Jun: Adun Paloh, Datuk Nozula Mat Diah hari bersemuka dan bersalaman dengan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa selepas kes saman menyaman mereka berdua berjaya di selesaikan di luar mahkamah.

Turut serta dalam pertemuan hari ini adalah Adham Kechik, Adun Bukit Bunga yang turut membacakan kenyataan memohon maaf kepada Husam di depan media ekoran kenyataan media dan laporan mereka kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) kini SPRM yang mereka buat 27 Novewmber 2007 lalu.

Kedua-dua mereka bertemu Husam di Kota Darul Naim hari ini dan bersalam penuh dengan kegembiraan.

Semalam Nozula telah menyiarkan satu notis permohonan maaf kepada Husam dalam akhbar Berita Harian, iaitu salah satu akhbar yang menyiarkan tuduhan terhadap Husam dahulu.

Dalam notis itu, Nizula memohon maaf secara terbuka tanpa syarat kepada Husam ekoran kenyataan mereka dalam sidang media dan laporan kepada BPR.

Adham mengaku, laporan yang dia buat dahulu berdasarkan sumber yang tidak ada kesahihannya.

Ekoran kenyataan mereka dahulu, Husam telah memfailkan saman kepada kedua-duanya dan juga media yang menyiarkan kenyataan itu.
Dalam majlis hari ini, Husam berkata, tindakan beliau mengemukakan saman kepada mereka yang membuat tuduhan kepadanya bukan inginkan wang atau memenangi mana-mana kes, sebaliknya sebagai pengajaran kepada mereka agar tidak berbuat demikian pada masa akan datang.

17 comments:

anakkancil said...

Elok lah tu..moga menjadi teladan pada yg lain-lain....

anakkancil said...

Creedence Clearwater Revival said...
Blogger Hamzali said...

Walaupun dah masuk dua tahun baru nak minta maaf, walau pun lambat lebih baik dari tak langsung. Sekurang kurangnya Allah dah beri petunjuk sebelum masuk kubur. Oleh yang demikian, rakyat jelata siasah kenalah terima suka tak suka pun. Pasal ada motif tu kita tak tau lah tapi jangan kita berdosa dengan Norzula pulak dah le

-----------------------------------

pernah pikir tak berapa berat penderitaan yg ditanggung oleh keluarga husam selama 2 tahun???

June 2, 2009 8:35 PM

.................................
Biasa la bro... ini lah asam garam bila berpolitik... mesti menempoh perkara begini...teruskan perjuangan hingga tertegaknya kerajaan rakyat di bumi Msia...

Unknown said...

Sapa tak ngeri kalau kena samanberjuta Rm..sedangkan dah tau dah siang2 lagi memang akan kalah dalam kes sekalipun dilantik Peguam Negara pi jadi hakim sekali pun...So langkah bijak adalah memohon maaf. Seeloknya isilah borang sekali tanda sedar akan kebanjingan tempoh lalu tu...

ambong said...

Sikap meminta maaf dan pengampun adalah sifat yang terpuji diantaranya...
Sikap yang sebegini akan mengambarkan keperibadian sesaorang itu.

Bagus kedua2 peminpin ni!
Boleh menjadi batu asas kot!?

jaam said...

APALAH MUSLIHAT DIORANG NIH?
ADA APA2 KE?

PENING KEPALA AKU!
APARRAAAAAAAAA!

Anonymous said...

Orang bermaaf maafan pun pening jaam ni..apparaa..elok le tu...bagi aku,tak nampak apa apa muslihat,kalau berkenaan kempen prk manek urai ianya akan memberi kelebihan kepada Datuk Husam dan Kerajaan Negeri amnya,kerana ianya satu fitnah dan rakyat kelantan melihat ketelusan kepimpinan TG Nik Aziz yang bersih dari rasuah...
Datuk Husam seorang yang pemaaf walaupun dipandang serong bertahun lama kerana tuduhan tersebut..inilah sifat2 kepimpinan Pas yang tidak berdendam dan selari dengan ajaran Rasulullah saw..

checkmate said...

harap mahathir pun mohon maaf la...
byk sgt kutuk paklah...anwar... semua dah jadi mangsa mahahthir

sakariya said...

Salam semua,

Baguslah tu, buang yg keroh ambil yg jernih. Datuk Husam tak hulor borang PAS ke?

Wak Labu Farm said...

Wak bukan anti-PAS atau PKR dan juga bukan ahli UMNO.

Wak sokong PAS perintah di Kelantan dan Kedah.

Tetapi Wak memang anti-PAS bila PAS bersengkokol dengan DAP di Perak dan Selangor.

Hari ini PAS keluar DAP, hari ini juga Wak sokong PAS.

masjid tinggi said...

Wak Labu.........

Itu dah perkauman lah wak labu. Kalau macam tu UMNO,MCA, GERAKAN, PPP dan MIC bagai mana??????

Wak nak suroh UMNO buat apa dengan MCA, Gerakan, MIC dan banyak lagi macam PPP yang dah nak hancur tu.

Itu pun bersekongkol nama nya.

Hamzali said...

Kita minta saudara kita dalam PAS tu samada kat kedai kopi ke kat ceramah ke kat mana-mana pun jangan lah gunakan modal ni untuk Manik Urai. Keimanan yang tinggi serta semangat perjuangan kearah Islam serta di susuli dengan pemimpin yang amanah serta cekap sudah cukup untuk membuat rakyat Manik Urai keluar mengundi beramai-ramai dan undi PAS dengan majoriti yang bertambah-tambah. Manik Urai akan membangun tak lama lagi pasal apa? tahu tahu sendiri lah.

Lebai Mangkuk said...

Salah satu penceramah PAS yang Lebai sangat gemari ialah Mat Sabu. Mat Sabu ni pada pendangan Lebai ianya lebih hebat dari Sukarno bekas president Indonesia dulu. Salah satu dari ceramah nya yang Lebai masih ingat ialah berkenaan kebijaksanaan cina berpolitik.

Kata beliau, setiap kali diadakan PRU, orang melayu berpecah - ada yang sokong UMNO, ada yang sokong PAS, ada yang sokong PKR dan ada juga yang sokong DAP.

Orang cina pula, pada setiap kali PRU di adakan, cina bersatu. Bersatu dalam MCA atau Gerakan atau DAP. Dan ini lah masanya mereka menuntut apa saja yang mereka hendak. Setiap PRU mereka mendapat habuan besar dan orang melayu pula dapat rugi besar.

Ex-UMNO said...

Timbalan Perdana Menteri telah memberi amaran bahawa UMNO cuma ada masa dua tahun sahaja untuk di pulihkan. Mungkin kah masa dua tahun ini cukup untuk memulihkan UMNO yang sakit tenat ini?

Kacang Pendek said...

Salam..
Bg saya Politik cina lebih kepada Politik Berkepentingan..mereka memilih pihak yg dapat beri untung pd mereka..Isu2 peribadi seperti salah laku seks, kuasa kurang diambil berat...Dalam hal ini, PR menjanjikan kesaksamaan dan adil antara kaum, maka sudah tentu mereka sokong PR walaupon PAS yg bertanding di tempat mereka..Isu yg paling besar sy nampak mereka rata2 tidak berpuas hati dgn hak istimewa bumiputera. thats why DS Ong tee kiat pon bersuara pasal Scholar JPA.sbb dia terdesak perlu ambil hati kaum Cina untuk sokong MCA semula..

Wallahualam.

Kacang Pendek said...
This comment has been removed by the author.
DongfangWuDi said...

takkan mintak maaf jer...huloq2 lah sikit...

Anonymous said...

DongfangWuDi said...

takkan mintak maaf jer...huloq2 lah sikit...

--------------------------

sevenize reply...

Hulur apa? Borang keahlian PAS kah atau hulur ongkos?

* cakap biar terang agar tak jadi isu besar dan diprovokasikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...