Sunday, June 7, 2009

Umno macam kucing, kata MB Kedah

SHAH ALAM, 7 Jun: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyifatkan Umno umpama kucing, "baik di depan tetapi awas di belakang kita dia akan curi ikan kita."

Azizan berkata demikian ketika membuat ucapan penangguhan di Muktamar PAS ke 55 dekat sini hari ini.

"Menjadi perangai kucing juga dia akan berak di mana-mana sahaja hatta atas sejadah sekalipun," kata Azizan yang disambut gelak ketawa perwakilan
dan pemerhati muktamar.

Namun, Azizan berkata, "kita tetap masih boleh runding dengan Umno ni."

Azizan berkata, sehingga hari ini, Umno masih berusaha untuk mencuri Adun PAS dan berusaha untuk menjatuhkan kerajaan negeri Kedah.

"Mereka tidak berhenti dari membuat kerja ini," kata Azizan.

29 comments:

DongfangWuDi said...

apa punya ustaz si zizan nih...sejadahpun nak jadikan bahan lawak jenaka...

ngalabu said...

Jgn tutup pintu perundingan, asalkan kita yang menetapkan temanya. Dia orang yang mahu berunding, kita hanya bersetuju untuk berunding.

Kita yang meletakkan syarat, bukan mereka. Jikalau dia orang yang meletakkan syarat tak perlu berunding.

Tangan kita mesti yang berada di atas, maka perundingan itu akan membawa erti.

Zaman Rasululah, banyak perundingan yang di jalankan, atas dasar kebijaksanaan Rasululah
kita memperolehi kejayaan cemerlang.

ngalabu said...

Dongfang

Yang diperkatakan oleh Ustaz Azizan itu bukan lawak, tapi perumpamaan dan peringatan.

Tontoya said...

Kih kih..memang umno ni macam kucing kurap yang tak tahu malu..seluruh badan dah berpenyakit dan dicemari najis ,ada hati nak suruh orang bersihkan..boleh jalan daa...masa sihat dulu cukup sombong,jalan mengangkat ekor..dia ingat putaran roda tu akan selamanya diatas..

detectiveconan said...

salam semua,

semenjak dua menjak ni kalau kita semua perasan RTM,TV3,Ntv7 dan TV9 byk memaparkan tentang pemilihan parti pas yang sedang hangat sekarang ni dan isu kerajaan perpaduan. hati-hati la semua rakan-rakan PR ku dengan tektik terbaru UMNO/BN ini untuk menarik penyokong PR agar berubah menyokong UMNO/BN secara pelahan-lahan.

maksudnya begini, PRK Manik Urai tidak lama lagi akan diadakan. tujuan utama mereka memaparkan banyak berita mengenai pemilihan parti pas adalah untuk menunjukkan kononnya UMNO/BN dan stesen tv malaysia ini menyokong pas ditambah pula isu kerajaan perpaduan yang makin dihangatkan oleh stesen tv UMNO/BN untuk menarik penyokong pas agar kembali menyokong mereka kononnya UMNO/BN dan PAS sudah berbaik dan akan membentuk kerajaan perpaduan. kita sedia maklum UMNO/BN sememangnya mengalu-alukan kehadiran PAS bersama UMNO/BN kerana mereka sudah kekurangan penyokong. jadi bila UMNO/BN telah mendapat kembali sokongan dari rakyat mereka akan tikam PAS dari belakang. hati-hati wahai pemimpin pas, jangan berjanji atau berunding apa jua perkara dengan UMNO/BN. mereka akan cuba pelbagai cara dan taktik untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat. mereka suka Pakatan Rakyat berpecah,bergaduh sesama sendiri. mereka sakit bila Pakatan Rakyat bersatu.
mereka juga cuba tergelamkan isu Perak, Ekonomi negara yang semakin teruk dari dihebahkan kepada rakyat terutama rakyat Manik Urai agar mereka dapat berbohong dan menarik pengundi Manik Urai agar memilih mereka pada PRK ini. SPR juga memainkan peranan penting dalam hal ini, kita tgk pada PRK Manik Urai ini byk peraturan baru dibuat untuk menyusahkan PAS/PR menarik rakyat Manik Urai agar mengundi PAS sedangkan UMNO/BN mereka mempunyai byk cara terutama TV. Pondok panas diharamkan, Van atau kenderaan untuk membawa para pengundi ke tempat mengundi juga sudah tidak dibenarkan beroperasi semuanya akan diurus sendiri oleh SPR. kalau di Penanti ada ujian pertama mereka dan Manik Urai adalah ujian kedua untuk melihat tektik mereka berhasil atau tidak mendapat undi mejoriti dari Rakyat. jika tektik ini berkesan maka PRU13 akan diteruskan tektik tersebut.

berhati-hati la rakan-rakanku dari PR jangan mudah tertipu dengan pelbagai tektik yang sudah mula di rancang oleh UMNO/BN untuk menang disetiap pilihanraya.

detectiveconan said...

DongfangWuDi said...

apa punya ustaz si zizan nih...sejadahpun nak jadikan bahan lawak jenaka...
--------------

malaun ni memang bodoh.. perumpamaan pun tak paham.. spesis dlm hutan macam tu la

detectiveconan said...

berhenti berunding apa jua perkara.
jenis tikam belakang ni bahaya. mereka akan hancurkan pas dalam senyap..

mieeaauuuuuwwwww......

ngalabu said...

Salam semua.

Pada tahun 628m, bersamaan 6 H, rombongan Rasululah ke Mekah untuk mengerjakan umrah.

Sesampainya di Hudaibiyah terdengar khabar yang menyatakan kafir Quraisy tidak membenarkan orang-orang Islam masu ke kota Mekah.

Rasululah pemimpin yang bijaksana menghantar Syaidina Uthman untuk berunding, terdengar khabar angin Syaidina Uthman mati di bunuh.

Para sahabat melakukan sumpah setia untuk membalas kematian syaidina Uthman.

Mendengar khabar itu, kafir Quraisy, menghantar Suhail bin Amru untuk berunding.

Rasululah pemimpin yang bijaksana dan sangat berpandangan jauh bersedia dan sanggup mengadakan rundingan. Maka perjanjian Hudaibiyah ditandatangani dengan lima syarat.

Walaupun para sahabat termasuklah Syaidina Umar, tidak bersetuju dengan syarat-syarat perjanjian tersebut, tetapi Rasululah amat bijaksana, natijahnya Islam berkembang dengan pesat dan perolehi kejayaan cemerlang.

Walaupun perjanjian telah diikat dengan Kafir Quraisy, Rasululah tidak pernah mengabaikan kabilah-kabilah bukan Islam yang pro kerajaan Islam.

Harapan saya dan yang lain-lain jangan jadikan perundingan perpaduan itu menyebabkan perpecahan dalam pakatan.

Berilah peluang kepada pemimpin kita yang bijaksana untuk melakarkan apa yang terbaik untuk kita.

Bahrin said...

tikus mana yg berani gantung loceng kat tengkuk kucing?????

AZRI said...

kalo kucing dah penakut nak wat ape, tengok tikus pun dia lari.....hahaaaaaaaaaaa

DongfangWuDi said...

berhenti berunding apa jua perkara.
jenis tikam belakang ni bahaya. mereka akan hancurkan pas dalam senyap..

mieeaauuuuuwwwww......

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

kahkahkahkahakah....
kalau yang tikam belakang tu...jangan kau tak tau...ketua kaulah si nuar tu

tapi aku rasalah...kalau pas pakat dengan umno...yang minum racun tikus dulu pasti si nuar....

wansalman said...

Kalau Pas dah tahu perangai Umno ni macam kucing yang berak bersepah-sepah kenapa perlu peka pada pelawaan mereka,kenapa tak anggap seruan mereka untuk bekerjasama dengan Pas sebagai laungan syaitan yang hanya untuk menyesatkan penyokong2 Pas & Pakatan.

Umno ini sesat lagi menyesatkan.Mereka lah yang patut jadi pengikut Pas & bukan nya Pas yang patut mendengar panggilan mereka.Jangan sekali-kali percaya kepada mereka walaupun mereka bersumpah dengan menjunjung Quran sebab mereka memandang Quran macam kertas kosong saje.

TIDAK KEPADA KERJASAMA,BIAR BEKERJASAMA DENGAN KOMUNIS SEBAB KOMUNIS TIDAK LAGI BERSUMPAH GUNA QURAN.

Afyan said...

Apa yang berlaku ialah oprang-orang luar PAS a.k.a Anwar a.k.a PKR yang takut jika PAS yang paling menyerlah.

Lantas, tindakan yang dilakukan adalah mempropaganda bahawa ada usaha PAS nak masuk UMNO.

Ia dicanang di pelbagai blog dan media.

Hanya kerana berjumpa dikatakan nak masuk UMNO.

Anwar turut pernah berjumpa Pak Lah.

Tidak pula dikatakan dia ingin masuk Umno sekalipun memang terbukti dia adalah bekas Umno.

++++
PAS tidak akan sekali-kali diperkudakan oleh parti sekular seperti Umno dan juga mana-mana parti sekular yang lain.

PAS bersedia bersahabat sekalipun dengan bekas musuh seperti Anwar.

PAS tidak akan mengkhianati perjanjian PR.

Itulah kelebihan kepimpinan ulama yang tidak ada pada UMNO, PKR, DAP, MCA, dll

jiwakita said...

jANGAN SEKALI-KALI PAS DIPERKUDAKAN
OLEH UMNO..DAN SANGGUPKAH PAS DIPERKUDAKAN OLEH DAP DAN PKR
DALAM PR...AYUH SAHUT CABARAN
BERSUARA SEPERTI MAJORITI WALAUPUN
SEBENARNYA MINORITI....

ISLAM DIATAS,PIMPINAN ULAMAK DIATAS...
SUARA ISLAM ,SUARA ULAMAK...YANG UTAMA
YANG HAK.....BUKTIKAN! TAKBIR....

"ISLAM BUKAN RETORIKA"

Parpu Kari said...

DENGAN IZIN SAYA NAK MINTAK SEMUA PEMBACA BUDIMAN SUPAYA MEMBACA ARTIKEL INI DAN EDARKAN PADA SEMUA! SEJARAH TIDAK BOLEH DI PADAM!

http://parpukari.blogspot.com/2009/06/reid-commission-original-document.html

masjid tinggi said...

detectiveconan dan Tontoya....Aku sokong anda berdua.

Sejarah telah buktikan bahawa UMNO akan tendang PAS bila dah lepas dari sepitan.

Jadi, tak payah lah nak perpaduan perpaduan dengan UMNO. Tanya Dato' Mustapha Ali beliau adalah Ketua Pemuda PAS Pusat ketika itu.

Apa pengalaman beliau bersama UMNO dulu.

PKR Negeri Sembilan said...

Renung kembali sejarah PAS bersama BN/Umno era 1970-78 dulu...

Umno akhirnya khianati PAS...tak payah nak cerita panjang lebar..PAS dah alami pengalaman tersebut...

UMno yg tersepit sekarang ni....si KJ pun dok sibuk gebang lebih2 muzakarah/mukaballah (apalah yg sewaktu dgnnya)....

Proton Saga said...

apakah si azizan ni ustaz? kalau macam ni lakunya dipangil ustaz ,memang diaorang dah buta mata dan buta hati.

Ustaz tingkah lakunya baik tidak tidak berperangai macam itu.

Silap silapppppppppp.

Bah Lontok said...

Nampak sangat, ini semua yang takutkan sangat dengan 'kerajaan perpaduan' ni dari penyokong PKR dan DAP.

Kalau PAS join kerajaan perpaduan, dah tentu sah PKR akan HANCUR dan DAP(cina) akan terus jadi LEMAH.

Itu sebab semua pencacai2 ni sangat risau dan takut.

Kepada melayu yang masih sayangkan negaranya, sokong lah PAS menyertai 'kerajaan perpaduan', - Perpaduan Melayu.

sempoipenang said...

hisshhh aku ni tak paham btol dgn TGHH & ust Nasa. Takkan diorang tak tau, UMNO ni akan guna apa saja kesempatan utk perjatuh PR. Yg suka sgt psl kerajjan perpaduan ni buat hapa? UMNO suka sgt la bila ada kaitan perbincangan dgn diorang. Sebab diorang boleh guna alasan tu utk pelaga PAS dgn DAP.Kalo jadi hapa2 kat PR disebabkan 2 makhluk ni, sampai bila2 aku akan anti TGHH & Ust Nasa.

Tontoya said...

Liciknya umno ni dalam cubaanya untuk melaga lagakan ahli didalam Pakatan Rakyat.Mereka nak cuba pecahkan 2 tonggak didalam Pas iaitu golongan ulama dan profesional agar saling bercakaran.Misi jangka pendek untuk melumpuhkan jentera pilihanraya Pas di Manek Urai.Misi jangka panjang pulak nak pecah belahkan Pas dan Anwar akan dijadikan kambing hitam kerana Pas hancur disebabkan ada orang Anwar didalam Pas.Akhirnya pemimpin2 UMNO akan bertepuk tangan apabila skrip mereka selepas PRU12 untuk menghancurkan Pakatan Rakyat tercapai apabila terjadi konflik antara PAS dan PKR..sekali tengok macam plan yahudi je.Untuk menampakkan UMNO ni sebuah parti yang baik dan one malaysian,mereka sudi menghulurkan tangan perdamaian kepada PAS dengan helah untuk perpaduan melayu.Itu pun setelah merampas Perak dan aibkan kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin Nizar,MB PAS yang dilantik oleh rakan rakan kongsi didalam Pakatan Rakyat..Didalam blog2 pakatan rakyat mereka menyusup masuk menyamar sebagai ahli Pas atau PR dengan tulisan kreatif dan mengelirukan bagi menjayakan agenda jahat mereka..Ahli ahli Pas tidak akan cepat gelabah dengan isu ini.Benda yang belum tentu dan sudah tentu tidak akan dapat dicapai ini tak perlulah difikirkan sangat.Pimpinan Pas sudah matang dan cukup arif dengan perangai umno ni..

detectiveconan said...

DongfangWuDi said...

berhenti berunding apa jua perkara.
jenis tikam belakang ni bahaya. mereka akan hancurkan pas dalam senyap..

mieeaauuuuuwwwww......

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

kahkahkahkahakah....
kalau yang tikam belakang tu...jangan kau tak tau...ketua kaulah si nuar tu

tapi aku rasalah...kalau pas pakat dengan umno...yang minum racun tikus dulu pasti si nuar....

June 7, 2009 5:46 AM
-----------------

awat ada bukti ka anwar tikam belakang?? ada bukti sila buktikan segala fakta yang hang ada. setakat cakap , menuduh orang ja sapa pun boleh..
DongfangWuDi benggong.. ntah-ntah hang yang dok tikam belakang. selalunya orang yang buat salah tu suka menuduh orang lain membuat kesalahan tersebut. DongfangWuDi ni gay la....

dlm UMNO memang banyak gay, perogol, kaki pompuan, pembunuh, pemfitnah.. semua ciri ada pada pemimpin dan ahli UMNO/BN kucing kurap... meeeaaauuwwww....

Ibnu said...

Salam buat semua,
Pintu rundingan perlu ada untuk semua parti. Berunding untuk mencari titik persamaan untuk kesejahteraan semua. Tentang kerajaan perpaduan pula, bagi saya ia adalah satu yang baik. Kerajaan perpaduan tidak sama dengan kerajaan campuran. Kerajaan Perpaduan tidak semestinya PAS perlu masuk UMNO atau UMNO masuk PAS. Apa yang penting ia mewujudkan suatu iklim politik baru di negara ini dalam merealisasikan perpaduan rakyat di negara ini.

masjid tinggi said...

Nampak sangat, ini semua yang takutkan sangat dengan 'kerajaan perpaduan' ni dari penyokong PKR dan DAP.

Kalau PAS join kerajaan perpaduan, dah tentu sah PKR akan HANCUR dan DAP(cina) akan terus jadi LEMAH.

Itu sebab semua pencacai2 ni sangat risau dan takut.

Kepada melayu yang masih sayangkan negaranya, sokong lah PAS menyertai 'kerajaan perpaduan', - Perpaduan Melayu.

June 8, 2009 8:44 AM

Dari Bah Lontok
===================================


Bah Lontok ni sebenarnya tak pernah baca sejarah bagaimana UMNO tendang PAS dari belakang selepas mereka terlepas dari tersepit.

UMNO ni ibarat macam anjing la dan yang lepaskan nya dari tersepit adalah serigala (PAS). Bila dah lepas digigitnya pulak serigala(PAS). Itu lah UMNO.

Aku ingat Bah Lontok tolong tanya orang yang menjaga sejarah Tanah Melayu sebab Bah Lontok ni buta sejarah.

Rozana said...

Perundingan adalah perkara yang positif. Tapi, dalam konteks senario politik hari ni, perundingan mestilah mengikut adab dan kaedahnya. Tidak boleh sama dengan perundingan yang dibuat Rasulullah SAW yang maksum, mereka ini hanya so-called ulama parti politik. Ikut rekod, ada kes menunjukkan kurangnya fatanah / hikmah.Contohnya pre-GE11 dulu.

mareesta said...

kucing kucinglah asal jangan h1n1

aiman said...

katakan TIDAK klu nak berunding dgn AMNO.mereka dah hampir tenggelam.

nik said...

Seorang pemimpin tak perlu mengata pada orang lain. Soatu hari apa yang dikata akan berpatah semula pada dia. Sekarang apa dah jadi Kerajaan Perpaduan. akhirnya pemimpin Pas pun bercakar macam kuching kurap.

faizal said...

saudara nik,
perundingan tersebut hanya mainan.
umno tidak perlu berunding.umno hanya perlu perubahan.berubah dari segi sikap dan siasah.bukan cakap tak serupa bikin.umno perlukan pembersihan dalaman secara keseluruhan,di semua peringkat.pemimpin yang kotor harus dibersihkan.penyokong harus ditarbiahkan.pasti sukar umno nak lakukan perkara tersebut. mari la kita berhijrah beramai-ramai masuk pas,pasti takkan wujud perselisihan pendapat dan kucar-kacir seperti sekarang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...