Saturday, February 7, 2009

Kerajaan BN adalah kerajaan kudeta dan tidak stabil, kata BBC Perak

IPOH, 7 Feb: Pakatan Rakyat Perak yakin, kerajaan Perak yang baru dibentuk adalah kerajaan kudeta dan ia sangat lemah.

Demikian tulis Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perak, Drs Khalil Idham Lim dalam blognya.

Bagi beliau, kerajaan kudeta itu hanya bergantung kepada tiga Adun bebas yang melompat parti dan mengkhianati amanah para pengundi mereka dalam pilihan raya 8 Mac 2008 lalu.
Ini kerana bilangan Adun BN dan Pakatan adalah sama banyak iaitu 28 : 28.

"Kerajaan kudeta Perak sebetulnya tida ada apa kekuatan kecuali berselindung di sebalik Istana dan putar belit media yang pada saya lebih mengundang kepada suasana yang lebih meruncing dan kusut.

"Tidak ada langkah dan cara yang terbaik melainkan kembali kepada permohonan asal yang dikemukakan kepada DYMM Sultan Perak oleh YAB Menteri Besar Perak, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin supaya dibubarkan DUN dan menyerahkan kepada rakyat untuk memilih siapakah yang akan jadi kerajaan.

"Jika permohonan itu diperkenan suasana tegang seperti yang berlaku di Kuala Kangsar kelmarin pasti tidak akan berlaku," tulis beliau dalam blognya.

Sementara itu, beliau sendiri bersama Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar dan anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali akan memberikan penerangan khas mengenai hal ini kepada orang ramai dalam majlis ceramah di Taman Melewar malam ini.

Majlis itu akan bermula jam 9.00 malam di Dewan Datuk Fadzil Nor, Markas Tarbiyah PAS.

7 comments:

Mesra Sokmo said...

CERAMAH PERDANA KEBANGKITAN RAKYAT

AHAD 8.FEB.2009 JAM 9.30 MALAM

Sg. Nibung Tengah, Bayan Baru
(belakang Sani Char Kuew Tiau)

InsyaAllah malam itu cheGuBard akan ceritakan secara jujur apa yang berlaku. Datang ramai - ramai dan sebarkan.

http://chegubard.blogspot.com/

unanjaga said...

Apa yang jelas dan amat pasti tertubuh nya kerajaan negeri Perak yang baru bukan nya atas kehendak suara rakyat,ia nya tertegak atas kehendak dan cara yang salah,ia itu dengan perlakuan rasuah,maka ia bolih kita katakan sebagai bukan nya negeri yang berdaulat,tetapi sebagai negeri yang berpaksi pada Rasuah.

mat_terab said...

Dekat kepala batas Pun ada Ceramah Abg mad Sabu dan YB Fairus juga 8 Feb 2008.

maxxim said...

salam. jangan tersalah musuh. dalam kemelut politik perak. sultan bukan musuh sebenar. anda mampu berfikir. siapa dalang dan penganjur sebenar kemelut politik perak ini. anda mampu berfikir dengan waras.

apam taiping said...

unanjaga,,jgnler deme ckp idok b'daulat yeop...negeri idok saloh...yg setanirrajimnyer si lahanat 3ekor tu ngan tua botok dahi berkilat tue...dier ler yg plan sumer ni...bg perlindungan kat org yg rasuah...org perok udoh buktikan pru12 yg kiter mmg xnak dah bn,,dorg bn mng kat ckit2 tmpt pun sbb undi2 pos....org perak syg sgt kat keadilan,,tapi dah najis tu cemarkan smuenyer...

Panglima Perang Cyber said...

PANDANGAN PENSYARAH UNDANG-UNDANG BERKAITAN KRISIS DI PERAK

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Saya akan kemukakan fakta berlandaskan undang-undang yang terdapat dalam Perlembagaan negeri Perak dan Perlembagaan Persekutuan. Sesungguhnya tindakan meyaman sultan merupakan tindakan biadap dan tergopoh gapah. Menyedihkan apabila tajuk posting terbaru Anwar Ibrahim berbunyi : Constitutional crisis caused by the Sultan, yang jelas merujuk kepada DYMM Sultan Azlan Shah, Sultan Perak Darul Ridzuan.

Mengapa Nizar Harus Letak Jawatan

Perlembagaan Persekutuan dalam artikel 43(2)(a) jelas menyatakan bahawa Yang Dipertuan Agong berhak melantik ketua eksekutif yang telah mendapat sokongan majoriti Dewan Rakyat. Benar dakwaan Nizar mengatakan bahawa Sultan bertindak atas nasihat beliau sebagai ketua kerajaan. Ini termaktub di dalam artikel 40(1) dan 40(1A) yang terdapat didalam perlembagaan. Namun Nizar harus membaca Artikel 40(2)(a), (b), dan (c) bersama. Ini kerana ia jelas menyatakan hak esklusif Sultan yang boleh bertindak sendirian tanpa mengikuti nasihat beliau di dalam perkara membabitkan perlantikan ketua kerajaan (selagi beliau mematuhi provisio dalam 43(2)(a)), kedua baginda mempunyai kuasa untuk TIDAK MEMBUBARKAN DEWAN PERWAKILAN (Parliament atau DUN Negeri), dan terakhir memanggil semua Raja-raja untuk mesyuarat Majlis Raja-raja.

Berikut merupakan provisio yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi berdasarkan Akta Interpretasi, ia diaplikasi kepada semua perlembagaan negeri kerana perlembagaan negeri mesti sama dengan perlembagaan persekutuan. Berbalik kepada perlembagaan di Perak, Artikel 16 Fasal 7 Perlembagaan Negeri Perak menyebut seseorang anggota majlis selain MB (Menteri Besar) memegang jawatan atas perkenan Sultan. Dengan lain perkataan, MB tidak boleh dipecat. Klausa ini telah disalah tafsir oleh pemimpin dan penyokong Pakatan pembangkang. Benar seorang Menteri Besar tidak boleh dipecat oleh Sultan jika Menteri Besar itu masih mempunyai sokongan majoriti Dewan perwakilan. Tetapi jika keadaan sebaliknya, Sultan mempunyai hak untuk memecat MB.

Hung Parliament

“Hung parliament” bermaksud tiada majoriti jelas dalam sesebuah Dewan Rakyat atau DUN. Sebagai contoh, parti A mempunyai 89 kerusi dan parti B 88 kerusi, atau kedua-dua sama 89 kerusi, dalam situasi ini lebih elok diadakan pilihanraya semula kerana beza kerusi cukup tipis. Walaubagaimanapun tidak wujud situasi “hung parliament” di Perak ketika ini kerana BN memiliki majoriti 3 kerusi. Dan seperkara lagi yang harus diambil kira ialah jumlah kerusi yang terdapat di Perak ialah 59 kerusi. Perbezaan jelas dan tiada masalah kerana perbezaan ialah 3 kerusi daripada 59 kerusi merupakan suatu jumlah yang jelas.

3 ADUN Sudah jumpa Sultan

Anwar Ibrahim dan bekas speaker DUN Perak Sivakumar mahu mengadakan sidang khas DUN bagi menjalankan “vote of no confidence” terhadap Nizar. Untuk pengetahuan kedua-dua manusia di atas, perlembagaan tidak pernah menyebut bagaimanakah caranya untuk jelaskan “vote of no confidence” itu. Dalam kes Stephen Kalong Ninkan v Tun Abg Hj Openg & Tawi Sli (1966), sebuah surat ditandatangani oleh majoriti ADUN negeri Sarawak tidak diterima oleh mahkamah kerana ia dikatakan terdapat unsur penipuan dan tidak jelas. Tambahan pula tidak semua ADUN hadir ke persidangan khas terbabit. Ini menunjukkan bahawa surat ditandatangani boleh menjadi sah jika ia tidak terdapat unsur penipuan. Oleh itu, tidak disebut bagaimana cara “vote of no confidence” itu sewajarnya diadakan. Cukupkah dengan berjumpa dengan DYMM Sultan? Atau mengangkat tangan sebagai undian seperti kita lakukan untuk pilih ketua darjah dahulu? Atau dengan surat berserta tandatangan yang sah?

Oleh kerana ia tidak disebut, maka apa jua cara pun boleh diguna selagi ia boleh membawa perhatian DYMM ke atas isu terbabit. Saya difahamkan ketiga-tiga ADUN Bebas tersebut telah pun berjumpa mengadap ke-bawah Duli Tuanku untuk menyatakan pendirian mereka. Jangan dipersoalkan 28 ADUN BN yang lain kerana sudah tentu mereka menyatakan sokongan terhadap BN. Begitu juga 28 lagi ADUN Pakatan. Tumpuan kita seharusnya kepada 3 ADUN ini sahaja.

Perjanjian Yang Tidak Sah.

Saya juga difahamkan bahawa terdapat perjanjian tidak bertarikh ditandatangani oleh wakil-wakil Pakatan setelah menang dalam pilihanraya lalu. Perjanjian tersebut menyatakan mereka akan letak jawatan jika lompat parti. Persoalannya adalah ia tidak logik dan tidak sah dari segi undang-undang.
Artikel 10(1) (c) menyatakan hak warganegara untuk menyertai mana-mana persatuan, selagi ia berdaftar dan sah. Namun artikel 10(2)(c) menyatakan “parliament may by law impose on the right conferred by paragraph (c) of clause (1), such restriction as it deems necessary or expedient in the interest of the security of the Federation or any part thereof, public order or morality.”
Persoalannya disini adakah BN merupakan pertubuhan yang tidak bermoral dan mengancam keselamatan negara? Tidak bermoral kerana lompat parti? Dulu Nizar kata ia tidak salah dari segi undang-undang bukan?

Kesemua hujah diatas dibuat selepas saya merujuk kembali perlembagaan persekutuan dan undang-undang tubuh kerajaan Negeri Perak. Tindakan Karpal Singh yang mahu menyaman Sultan amatlah dialu-alukan demi membuktikan hujah saya diatas. Karpal tahu undang-undang ini, cuma oleh kerana beliau bertindak berkapasitikan posisi beliau sebagai pemimpin pembangkang, sudah tentu beliau tidak mahu mengalah. Datuk Ambiga Sreenevasan, President Bar Council dalam keterangannya kepada NSTP juga mengatakan Sultan mempunyai kuasa untuk memecat Nizar. Pakar perlembagaan dan pensyarah Fakulti Undang-undang UiTM, Prof Dr.Shad Saleem Faruqi dalam kenyataannya kepada Bernama juga bersetuju bahawa Sultan mempunyai kuasa esklusif terbabit.

Lebih menarik lagi, orang yang membuat keputusan ini ialah DYMM Sultan Azlan Shah sendiri yang juga merupakan mantan Ketua Hakim Negara. Sudah tentulah beliau telah mengkaji terlebih dahulu akan kesahihannya. Siapa Karpal Singh?

Detik Terkena Batang Hidung Sendiri.

Suatu ketika dahulu Anwar kerap kali menyatakan bahawa beliau mahu merampas kuasa dengan beberapa ahli parlimen BN yang akan melompat ke Pakatan. Kini situasi telah berubah. Anwar telan ludah sendiri. Kepada penyokong Pakatan yang tidak berpuas hati, terimalah hakikat bahawa ini merupakan proses demokrasi yang kamu semua pernah perjuangkan dahulu sebelum 16 September 2008.

Saya juga berharap kenyataan saya kali ini dapat menenangkan perasaan penyokong Pakatan yang marah dan kecewa. Terima lah hakikat bahawa kita masih bersultankan Melayu, bukan bertuankan Anwar Ibrahim. Kita masih berbudayakan Melayu dan Malaysia, bukan kurang ajar dan derhaka, dan ini semua berlaku diatas “kebenaran” undang-undang itu sendiri, dan bukan dengan sesuka hati DYMM Sultan Azlan Shah. Daulat Tuanku!

Siddiq Azani,Fakulti Undang-undang UiTM Malaysia.

Ikhwan said...

Maaf seribu maaf andai kata patik terkasar bahasa,bukan hendak derhaka tetapi patik tetap taat padaNya(Allah).Maaf juga kerana patik tidak dapat menggunakan bahasa istana sepenuhnya kerana patik ada sebabnya.(Perkataan ampun hanya layak dipinta kepada Allah berdasarkan Sabda Nabi Muhammad S.A.W ,"Hanya kepada Dia sajalah layak diminta keampunan,Sesunggahnya Allah itu Maha Pengampun dan Maha Mengasihani")

"Taatlah kamu kepada pemimpin kamu selagi pemimpin kamu taat kepada Allah"

Bagi saya bukanlah derkaha andai kata tidak taat kepada sultan kerana sultan juga adalah manusia biasa dan tidak maksum.Walaupun sultan perak adalah mantan ketua hakim negara pun tidak mustahil beliau tidak membuat kesilapan atau melanggar undang2.Andai kata taat kepada sultan sehingga menolak undang2 dan agama maka ia berkirakan bertuhankan sultan.Adakah kita bertuhankan sultan atau bertuhan kan Allah?
Bukanlah hendak derhaka tetapi kenyataan bahawa sultan juga adalah manusia dan kita hanya boleh taat ia sebagai seorg sultan dan bukannya taat kepada sultan seperti tuhan sehingga mengagungkan sultan dan berkata sultan tiada membuat kesilapan,jika itu berlaku maka mana iman kita dan kepada siapa kita beriman?

Menurut undang2 bahawa Kerajaan Negeri Perak masih dibawah pentadbiran MB YAB Dato Seri Nizar.
Mungkin sultan ada hak esklusif sehingga memecatkan Dato Seri Nizar tetapi ingatlah bahawa jika hak esklusif itu digunakan maka ia menandakan bahawa sultan tidak amanah dan pecah amanah kepada rakyat.Rakyat memberi amanah malah rakyat jugalah membayar segala pentadbiran,jadi mana hak rakyat?Kenapa sultan menolak hak rakyat dan menolak amanah yang diberikan?Mungkin ia berlaku akibat rampasan kuasa secara tidak sah maka ia ditakrifkan kesalahan pembuat keputusan kerana mebuat keputusan tanpa mengira hak rakyat.Bukan hendak menghina BN atau menyokong secara terus mana2 parti tetapi pulangkanlah hak rakyat.Rakyat mahu sultan adil kerana percayakan sultan.Telah lama rakyat dijajah oleh pemimpin bangsa sendiri maka sultan pulangkanlah hak rakyat untuk kami memilih pemimpin kami sendiri.Telah lama juga kami ditipu oleh media massa bangsa kami sendiri maka pulangkanlah hak kami.

"Wahai saudara ku,siapakah akan memasuki neraka terlebih dahulu dan mendapat azabnya?Baginda S.A.W menjawab:pemimpin yang tidak taat kepada Allah,tidak menunaikan tanggungjawabnya dan menzalimi penduduknya"

Terdapat juga sabda dan hadis yang mengatakan andai kata pemimpin atau undang2 negara tertentu menolak Islam atau menzalimi penduduk maka undang tersebut atau pemimpin tersebut wajib disanggah.Sedangkan undang2 yang digunakan pakai sekarang banyak berpunca dari idealogi penjajah dan fahamnya sekutunya.

Pilihlah kamu taat kepada undang yang sekular atau undang Islam dan tidak menzalimi penduduknya.

Maka itu sajalah ringkasan yang dapat dihuraikan.

Kepada sultan kami masih taat kepada sultan selagi sultan taat kepada Allah dan tidak menzalimi penduduknya.

Fakulti Syariah dan Usuluddin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...