Menurut Siavakumar, berdasarkan Perlembagaan Perak, sidang tergempar Dewan itu pada Selasa ini (esok) adalah sah dan akan diadakan seperti yang telah ditetapkan.
Ini kerana, Speaker boleh memanggil sidang tergempar DUN tanpa memerlukan perkenan Sultan terlebih dahulu.
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Najib Razak juga berpandangan yang sama, sidang ini tidak sah
Menurut peguam Mohamed Hanipa Maidin, Speaker berhak memanggil sidang ini tanpa perlu perkenan Sultan.
Bagi beliau, Umno melakukan kesilapan apabila 'merampas kuasa' di Perak tanpa 'menculik' Speaker Dun.
Ini kerana, sebagaimana Sultan, Speaker juga mempunyai kuasa yang besar dalam menguruskan hal ehwal Dun Perak ini.
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa pula berkata, Najib tidak belajar dari bapanya, Tun Abdul Razak apabila melakukan rampasan kuasa di Perak.
"Tun Razak ketika mahu mengambil alih kuasa di Kelantan dahulu memastikan Speaker berada di pihak beliau terlebih dahulu," kata Husam kepada Siasah.
Sementara itu, Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, sidang tergempar ini adalah lanjutan dari sidang Dun yang lalu kerana sidang Dun November lalu hanya ditangguhkan dan bukannya digantung atau tamat.
Oleh itu, katanya, sidang kali ini adalah sah tanpa memerlukan perkenan Sultan Perak.
Jika, Adun dari BN bercadang untuk memboikot sidang ini, Nga berkata, sidang ini tetap sah kerana korum yang ada mencukupi.
"Jika usul percaya kepada Mohd Nizar diluluskan, ia bermakna Zambry akan hilang kepercayaan dari majoriti anggota Dewan dan dia mesti meletakkan jawatannya selepas itu," kata Nga yang juga Adun Pantai Remis.
1 comment:
Selamat bersidang tuan Speaker kerana anda dilantik oleh Sultan Perak yang sah. Sekiranya ada bakangan dari BN report Polis & ambil tindakkan Mahkamah
Post a Comment