Sebarang keputusan hanya akan dibuat setelah siasatan selesai, kata satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Sekretariat Akhbar pejabat MB Selangor.
"Seperti mana yang telah dititah Tuanku Sultan, Kerajaan Negeri akan membuat keputusan yang adil serta mengambil kira kepentingan rakyat khasnya dan Negeri Selangor amnya," kata kenyataan itu.
Dalam kenyataan itu, Kerajaan Negeri juga amat berbesar hati dengan kebijaksanaan Tuanku Sultan dalam memberi pendapat tentang pencerobohan hak peribadi individu.
Sebagaimana titah Tuanku Sultan, perbuatan menceroboh hakperibadi seseorang individu adalah menyedihkan, lebih-lebih lagi jika ianya digunakan untuk kepentingan politik, kata kenyataan itu.
3 comments:
Harapkan pagar, pagar makan padi. Itulah kalau diserah kunci pedua kpd org tak bertanggungjawab spt. Setiausaha & pengawal peribadi. Pantang ada peluang ambil gambar. Kesian, berhatilah dilain kali.
PAS SOKONG KEBEBASAN AGAMA- SOKONG SILATURRAHIM ANTARA AGAMA...
http://pkrpasdap.blogspot.com
Mdh2an tak ade pilihanraye.selamat duit rakyat dr di gunakn SPR.
Tp hairan la jgk,SPR ni makin hari makin MANGKO.
Post a Comment