PAS desak perkuatkan institusi parlimen
Ahli Parlimen Bachok, Ustaz Nasharudin Mat Isa mendesak pihak kerajaan melakukan sesuatu penambahbaikan terhadap institusi parlimen yang sewajarnya menjadi tumpuan rakyat untuk mengetahui isu semasa negara.
Beliau yang juga Timbalan Presiden PAS menambah, apa yang berlaku sekarang ini parlimen tidak menjadi tempat rujuk oleh masyarakat dan rakyat yang baginya, keadaan ini amat mendukacitakan.
“Kita tidak mahu hanya keindahan fizikal sahaja dititik-beratkan sehingga dihias parlimen seperti hotel sedangkan keperluan untuk rakyat berminat untuk mengambil tahu diabaikan.
“Sedangkan parlimen adalah tempat yang sewajarnya berperanan besar seperti di negara-negara lain yang kemudahan kepada rakyat diutamakan,” katanya dalam ucapan menyokong usul menjunjung kasih.
Mahfuz ‘kilas’ ucapan Ahli Parlimen Kota Belud
Akibat tidak berhati-hati, celahan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan berjaya dikilas Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar sehingga tidak mampu berbuat apa-apa.
Abdul Rahman ketika itu mencelah ucapan Ahli Parlimen Kuala Krau, Ismail Said berkata, dulu ketika PBS dijatuhkan di Sabah, Anwar Ibrahim yang ketika itu masih di dalam BN berperanan membeli wakil rakyat di sana.
Ismail menjawab, beliau bersetuju dengan apa yang disebutkan oleh Abdul Rahman bahawa Anwarlah yang mengajar mereka dalam isu membeli wakil-wakil rakyat untuk melompat parti.
Ketika inilah, Haji Mahfuz bangun dan meminta persetujuan mereka, “Adakah wakil rakyat dari Sabah bersetuju bahawa ketika itu BNlah yang melakukan kerja-kerja membeli wakil rakyat PBS?
“Mana ahli parlimen Sabah, adakah semua bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Abdul Rahman yang Umno BN membeli wakil-wakil rakyat itu yang kini di dalam BN yang boleh disifatkan sebagai barang dagangan?,” soal Mahfuz menjadikan dewan riuh-rendah.
Ketua Pemuda PAS bangkitkan isu Bahasa Melayu
Ahli Parlimen Kubang Kerian yang juga Ketua Pemuda PAS Pusat, Haji Salahudin Ayub membangkitkan lagi isu Bahasa Melayu yang semakin menipis peranannya dalam negara ini.
Katanya, menurut dua ensaiklopedia Times yang ditulis pada 1993 dan New York Almanak (1997) menyatakan Bahasa Melayu mempunyai peluang besar menjadi antara 12 bahasa yang digunakan sebagai bahasa ilmu di dunia.
“Namun kerana BN terlalu tergopoh-gapah ingin juga mengajar pelajaran Sains dan Mathematik dalam Bahasa Inggeris menjadikan Bahasa Melayu surut ke belakang, bukan bergerak ke hadapan,” tegasnya sambil diganggu oleh penyokong BN.
Ketika diganggu Ahli Parlimen Kota Belud yang juga Setiausaha Pemuda Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang meminta semua pihak bersabar kerana kerajaan perlukan masa untuk membuat keputusan terbaharu.
Salahudin dengan pantas membidas, inilah falsafah mat rempit yang digunakan oleh BN yang tidak berfikir panjang ketika hendak lakukan, kemudian bila sudah terjatuh dan tercedera, barulah meminta agar berhati-hati.
Najib tidak bersifat negarawan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak bersifat negarawan berdasarkan tindakannya merampas kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, tegas Ahli Parlimen Kepong dari DAP, Dr Tan Seng Giaw.
Beliau menimbulkan perkara ini lantaran kebimbangan rakyat terbanyak tidak dapat menerima Najib sebagai perdana menteri pada masa akan datang.
“Sewajarnya beliau mesti bersikap sebagai seorang negarawan yang mampu mewakili senua golongan rakyat dalam negara ini, itulah maknanya menteri yang perdana, perdana kerana mewakili semua kalangan rakyat,” jelasnya.
Gobala cadang Ahli Parlimen BN ditarbiah oleh Tok Guru Nik Aziz
Ahli Parlimen Padang Serai (PKR) Gobalakrishnan mencadangkan Ahli Parlimen Kuala Krau, Ismail Said, Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan dan Ahli Parlimen Arau, Ismail Kassim agar ditarbiah oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
“Saya sanggup ambil cuti dan rela memandu membawa tiga orang ini ke kediaman Tok Guru untuk ditarbiah oleh beliau yang sudah 10 tahun saya mengenalinya dan mahir dalam hal mendidik,” tegas Gobala.
Cadangan ini berlaku ketika ketiga-tiga ahli parlimen BN itu mengganggu Gobala yang sedang berucap dalam sesi membahas ucul menjunjung kasih titah diraja.-- IBH
40 comments:
kalau tak silap saya,di dalam parlimen bebas berbuat apa-apa termasuk bertumbuk. Benarkah? Saya tak faham sangat undang-undang parlimen. Kalau ada sesapa sudi terangkan...
ketua pemuda tak berani berdebat isu PPSMI, hujah mereka tak begitu kukuh untuk mempertahankan PPSMI. Debat ini berisiko untuk pemilihan Mac ni. Harap debat 2 MB Perak menjadi..kalu tak kempunan nak dengar kehebatan tokoh ni berhujah. Dalam DUN belum tentu lagi
bace la buku pengajian am tingkatan 6...
jgn jadi katak bwh tempurung wahai ihya..
insaf la...
maksud Ihya saudara kita tu..
Ihya memperli seseorang ahli parlimen...
kamu akan paham...
selama ni sapa yang bertumbuk..terajang..isyarat lucah..
kamu akan tahu sape ahli Parlimen yang melakukannya..
insaf?
insaf kenapa lak shahrul?
hm..ihya menuju ke arah keinsafan walaupun dlm diri dier ader lagi dacing berat sebelah..
komen penuh 'hikmah' dgn kate len play save..
sblm ni gune nickname ape eh ihya?..
kamu bila lagi?
insyaallah.
allah sentiasa memberi peluang kpd umatnya bertaubat.
tq..
http://pkrpasdap.blogspot.com
PAS pandai cakap tapi melayu bawah pemerintahan PAS ketinggalan...
yang maju anak-anak orang PAS dan anak2 melayu minta ehsan BN...
PAS tahu memajukan ekonomi?
makhfuz pun sama juga.
DIa menang dapat gaji tapi pandangan dan sumbangan dia untuk kemajuan agama, bangsa dan negara tak ada...HABUK
alhamdulillah kalo mcm tu.
cadangan gobala tu patut diperluas kepada org2 spt abe mie & the geng.
bukankah pentarbiyyahan tu melahirkan keinsafan. tak gitu shahrul ?
mintak maaf mencelah sikit :
KUALA LUMPUR 26 Feb. - Kadar tol di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik Kl Barat (Sprint), Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuh Raya Sungai Besi (Bestraya) dan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE) akan dinaikkan bermula 1 Mac, kata Menteri Kerja Raya Datuk Ir Mohamad Zin Mohamad. - Bernama
padan muka rakyat malaysia!
kena kencing dengan bn...
2 mansuh tapi 5 naik
ngapa tulisan halus sangat??
tol lol
malam turun,
siang naik!!!
he he hu hu
maksudnya jalan malam dapat diskaun,
jalan siang kena pau 5%.
memang la Allah sentiasa bg peluang kepada hambanya untuk bertaubat, tp klu lepas taubat buat jugak kesalahan yg sama berulang kali dengan sengaja 2 maknanya menghina Allah, sesungguhnya Allah maha mengetahui akan perbuatan hambanya.
Kepada abe mie pulok hok payoh nk terimo kebenare sepatutnya abe mie ni kena ditarbiyyah ngan Tok Guru biar lembut sikit hati 2 mana tau hidayah sapa ko hati ore hok nk kepadanya ko guano?
hmm..
buat satu pentarbiyahan di kalangan pemimpin2.jgn rase 'besar' sgt!!.
or wat satu rancangan pembacaan al-quran dikalangan pemimpin setiap awal pagi or time pas maghrib..
sedap mata memandang,telinga mendgr,hati menghayati..
ihya said...
kalau tak silap saya,di dalam parlimen bebas berbuat apa-apa termasuk bertumbuk. Benarkah? Saya tak faham sangat undang-undang parlimen. Kalau ada sesapa sudi terangkan...
........................................
untuk pengetahuan ihya ...dalam parlimen bukan setakat bertumbuk...berbogel, meliwat pun boleh...
berskandal sex pun boleh jugak dewata!..
kpd smua..
aku shahrul..
name asal aku yg skang ni..
so,komen leklok k..
matang dan berhemah..
tak kesahlah...
shahrul ke...shyufi ke...
kau tetap mangkuk ayun...
Haaa...terdiam puak BN...kan dah kena sebijik.... Elok sgt laa YB Mahfuz sekali-sekala mengilas...
Ahli Parlimen Padang Serai (PKR) Gobalakrishnan mencadangkan Ahli Parlimen Kuala Krau, Ismail Said, Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan dan Ahli Parlimen Arau, Ismail Kassim agar ditarbiah oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
“Saya sanggup ambil cuti dan rela memandu membawa tiga orang ini ke kediaman Tok Guru untuk ditarbiah oleh beliau yang sudah 10 tahun saya mengenalinya dan mahir dalam hal mendidik,” tegas Gobala.
==>
aku setuju sgt dgn pandangan ni & nak tambah, bukan sj sipemimpinnya kena ditarbiah, pengikut/penyokongnya kena ditarbiah sekali.
Ye lah, lagi Saidina Omar (RA) yang cukup keras dan kejam pun boleh AlLah SWT lembutkan hatinya dan menjadi antara sahabat RasululLah SAW yang terhebat, tak mustahil Abe Mie, BN@UMNO dan lain-lain diberi hidayat oleh AlLah untuk menyokong PAS pulok.
Tengoklah...TOL pun naik pulok doh di Lmbah Kelang..syian kwn-kwn kat sane, kami di Kelate AlhamdulilLah, tak dok TOL weh.
Jadi, ada duit lebih sikit bolehlah bagi untuk pondok2, majlis-majlis agama dan juga untuk Parti Islam SeMalaysia. Kito tok tunggu duit dari BN mace gu-gu kito Parti Cacing, ops Dacing
Aduhai shyufi..
Saya tingkatan 6 pun tak lepas. Apatah lagi pengajian am.
Saya secara formal habis tingkatan 5 saja. Pembelajaran tak formal yang lebih lama sampailah sekarang ni terus belajar. Pengkhususan lebih kepada Siyasah Syar'ie,Muamalat dan memondok. Minta maaflah sebab saya memang tak faham akan undang2 parlimen.
Dewata said..
untuk pengetahuan ihya ...dalam parlimen bukan setakat bertumbuk...berbogel, meliwat pun boleh...
Ihya said..
kalau macamtu,memang teruk la peraturan di dalam parlimen. Ubahlah peraturan itu agar ahli parlimen tak bertumbuk macam yang berlaku di kelantan dimana YB Nozula dari BN menendang seorang YB dari PAS. kalau marah,luahkan dengan perkataan,bukan dengan cara gangster..
dewata......
kalau nak terpesong tu,terpesong la sorang2..
jgn nk pengaruh orang len gtau maklumat palsu..
khir toyo skang ape cter?
dgr2 smpai mesir?jauh berjalan eh..
wat pe?....
dewata memang bengong dan bodoh sombong. dah lama dah dia macam tu...tak sedaq2 diri ditipu pemimpin kesayangan dia umno bn tu. jadi mcm lembu ditarik hidong. hujah kosong.
20 soalan2 aku dulu pon dia tak jawab lagi. tapi aku rasa dia dah dapat jawapan tapi oleh kerana kebengongannya tu dia rela diri dia dimainkan pemimpin dia. tu je.
tak sedaq2 diri lagi...
TAHNIAH...YB MAHFUZ!!!...SY BG AWAK 10 BINTANG...HE..HEEEH..SKRG DAH TERSERLAH SIKAP BURUK PEMIMPIN2 BEE END YG MNDEDAHKAN PEKUNG DI DADA..HA..HA BRU HG TAU SAPA MAHFUZ NOOO....
TOL nak naik,elok sgt lah tu,lg bnyk naiknye lg tinggi tempat umnobn jatuh.Kite doakan umnobn semakin meninggikan tempat jatuhnye.
"Yeop!!! tumpokan bn"
lepas mansuh BI dalam PPSMI..
kita sokong pula bahasa mandarin dalam pentadbiran kerajaan. bagus tu.
lepas ni setiap urusan kerajaan atau swasta mesti ade tulisan mandarin.
sapa nak minta kerja walaupun jadi salesgirl kat kedai tayar mesti tahu cakap mandarin.
SAYA SOKONG.
dewata kau ni ada masalah mental pegu jumpa tpm lah
sekarang ni kalau ada masalah peribadi jumpa terus tpm aje .. hidup pr
org2 UMNO ni golongan munafik cuba tgk sejarah nabi dan khalifah yg 4, depa2 ni la yg duk mengaku Islam tp x mau bayar zakat, x mau solat dan x mau jalankan suruhan Allah termasuk menjalankan undang2 Islam... kalau yg masih menyokong ni biasanya xde ilmu agama ataupun ada kepentingan dunia semata2... kalau depa kata nak perjuangkan islam jauh sekali dan perjuangkan melayupun, bahasa melayu depa pinggirkan, tol pun depa nak kaut byk2(konsesi tu siapa kalau tak puak2 depa ni)!!!!... bengong betul lah puak2 UMNO ni
biskut...
memang la kena macam tu...kan depa dah kata malaysia bukan melayu punya...
melayu tak penting...islam yang penting.
mengangkat bahasa mandarin memang wajar sebab itulah kesamarataan dan persefehaman kaum dalam perspektif mereka...
kalau awak sokong...saya pun sokong!
hidup bahasa mandarin!
hidup cina!
hidup islam!
pegi mampus melayu!
tribute to spanjunk...
KUALA LUMPUR 27 Feb. - Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) hari ini diberitahu bahawa pengunaan kata-kata Allah dalam penerbitan berkaitan agama Kristian bukan lagi satu larangan.
Ini berikutan perintah yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri yang membenarkan perkara tersebut mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Perintah itu dikeluarkan pada 21 Januari lalu dan telah digazetkan pada 16 Februari tahun ini.
Perkara itu dimaklumkan semasa sebutan kes semakan kehakiman berhubung larangan menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan Herald The Catolic Weekly.
______________________________________________
bagus la kalau macam tu...setidak-tidaknya mereka dan kita faham...yang ada cuma tuhan...
UMNO pencacai agama, bangsa dan negara. Perosak kepada masa depan anak-anak muda. Yang hairannya, golongan UMNO totok tidak nampak semua ini. Benarlah kata para ulam, kalau manusia sudah dihijab oleh Allah hatinya, dia tidak nampak kebaikan walaupun sebesar gunung.
bereh pakatan
zali said...
biskut...
memang la kena macam tu...kan depa dah kata malaysia bukan melayu punya...
melayu tak penting...islam yang penting.
mengangkat bahasa mandarin memang wajar sebab itulah kesamarataan dan persefehaman kaum dalam perspektif mereka...
kalau awak sokong...saya pun sokong!
hidup bahasa mandarin!
hidup cina!
hidup islam!
pegi mampus melayu!
------------------------------
ALHAMDULILLAH...
zali said...
mintak maaf mencelah sikit :
KUALA LUMPUR 26 Feb. - Kadar tol di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik Kl Barat (Sprint), Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuh Raya Sungai Besi (Bestraya) dan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE) akan dinaikkan bermula 1 Mac, kata Menteri Kerja Raya Datuk Ir Mohamad Zin Mohamad. - Bernama
padan muka rakyat malaysia!
kena kencing dengan bn...
2 mansuh tapi 5 naik
...................................
aik zali...
per citer nih???
bkn pdn muka rkyat mlaysia,,pdn muka bn la...dok pgkah smp mati...la ni kena pgkah balik,,mrh plak...rilek r bro...pasni pgkah pas k...
zali said...
tribute to spanjunk...
KUALA LUMPUR 27 Feb. - Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) hari ini diberitahu bahawa pengunaan kata-kata Allah dalam penerbitan berkaitan agama Kristian bukan lagi satu larangan.
Ini berikutan perintah yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri yang membenarkan perkara tersebut mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Perintah itu dikeluarkan pada 21 Januari lalu dan telah digazetkan pada 16 Februari tahun ini.
Perkara itu dimaklumkan semasa sebutan kes semakan kehakiman berhubung larangan menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan Herald The Catolic Weekly.
______________________________________________
bagus la kalau macam tu...setidak-tidaknya mereka dan kita faham...yang ada cuma tuhan...
...................................
allo bro,
lu g amik air semayang,ngucap byk2 k....pastu wat solat taubat....
konsep ketuhanan ni ko jgn main2....
Ahli Parlimen Padang Serai (PKR) Gobalakrishnan mencadangkan Ahli Parlimen Kuala Krau, Ismail Said, Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan dan Ahli Parlimen Arau, Ismail Kassim agar ditarbiah oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
“Saya sanggup ambil cuti dan rela memandu membawa tiga orang ini ke kediaman Tok Guru untuk ditarbiah oleh beliau yang sudah 10 tahun saya mengenalinya dan mahir dalam hal mendidik,” tegas Gobala.
- elok2 ajk sekali najib mongolia
Assalamualaikum...
KESIAN KAT UMNOBN......sabar la kwn2,nanti berubah la dorg...Org mukmin kn bila di sebut ayat2 Allah,akan rasa takut.Tu klu sebaliknya,paham2 ajelah....bila ditegur pn siap marah2,carut2....mcm xde peningkatan iman je...sian dorg si UMNOBN ni..risau gak klu iman yg sikit tu hilang terus...
wallahu a3lam.....
Post a Comment