Tuesday, February 17, 2009

MB pohon menghadap Sultan Selangor

SHAH ALAM, 17 Feb: Menteri Besar Selangor memohon menghadap Sultan Selangor hari ini untuk membincangkan permohonan perletakan jawatan Adun Bukit Lanjan yang juga Exco kerajaannya, Elizabeth Wong.

Tan Sri Khalid Ibrahim dalam kenyataannya berkata, beliau akan memaklumkan perkara ini kepada Sultan dan memohon pandangan baginda mengenainya.

Beliau memaklumkan telah menerima surat penawaran untuk meletakkan jawatan sebagai Exco dan juga Adun dari Eli pagi ini.

"Elizabeth Wong adalah seorang ahli Exco contoh," kata Khalid dalam kenyataannya.

Dalam kenyataan itu, Khalid turut melahirkan rasa kesalnya dengan pihak tertentu yang sanggup menggunakan taktik seburuk itu untuk memburuk-burukkan nama baik dan intergriti sesaorang.

"Saya yakin rakyat Malaysia khasnya Selangor akan menolak taktik yang memalukan ini dan menyertai saya untuk mengecam tindakan pihak yang desparado ini," katanya.

3 comments:

Juraimi Zainal said...

Political decision yang bijak.......

perunding said...

eloklah kalau tidak kata mendahului pulak..he he.
kenalah kata saya tawar diri untuk letak jawatan...

zazila said...

betul..betul..betul, mcm tula, tahu apa yang perlu didulukan, kalau dah 'desperate' sesgt tu..tak pandang kanan kiri dah, isu apa pun dorg sapu..p.ramlee kata apa?bahlol..baghal..heh heh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...