Monday, February 23, 2009

Sikap PAS Selangor dalam isu SPRM dan MB Selangor

Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh PAS Selangor selepas Mesyuarat Khas Dewan Harian PAS Selangor yang dipengerusikan oleh YB Datuk Dr Hasan Mohd Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor yang berakhir tengah malam semalam.

KENYATAAN MEDIA PAS SELANGOR BERHUBUNG ISU SALAHGUNA KUASA YAB MENTERI BESAR SELANGOR TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM

PAS Selangor ingin merakamkan rasa simpati terhadap apa yang dilalui oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersama dengan keluarga khususnya yang berkaitan dengan pertuduhan salahguna kuasa seperti yang dilaporkan kelmarin.

PAS Selangor sentiasa berdiri dibelakang Tan Sri untuk mewujudkan pentadbiran negeri yang telus, berintegriti dan bertanggungjawab.

Adalah amat malang pertuduhan itu terkena kepada Tan Sri sendiri yang tidak jemu-jemu mengingatkan ahli EXCOnya supaya pada setiap ketika mengamalkan prinsip-prinsip ketelusan dan keamanahan itu.

Rakyat telah memilih parti-parti komponen Pakatan Rakyat untuk mentadbir negeri Selangor dan menjadikannya negeri idaman, bersih, maju, beramanah dan berkebajikan. Dalam masa kurang setahun, Menteri Besar Selangor bersama dengan pasukan EXCOnya telah berjaya melahirkan persekitaran bersih itu.

Memandangkan faktor integriti menjadi kriteria utama pilihan rakyat dalam memilih kerajaan, maka adalah menjadi satu pilihan yang munasabah untuk pihak-pihak tertentu berusaha mencederakan imej pimpinan atasan.

Asakkan-asakkan ini dijangka bertambah genting dalam bulan-bulan mendatang. PAS Selangor mengutuk dengan sekeras-kerasnya segala usaha menumbangkan kerajaan negeri dengan berselindung disebalik isu-isu yang berkaitan dengan keamanahan padahal langkah-langkah tersebut mempunyai agenda tersembunyi.

PAS Selangor sebaliknya mengalu-alukan usaha badan-badan penguatkuasaan undang-undang seperi SPRM menyiasat segala aduan yang ada kaitannya dengan persoalan integriti dan keamanahan atas pinsip "without fear and favor" dan tidak mendakwa secara berpilih-pilih.

Dalam kes yag melibatkan Menteri Besar Selangor ini, PAS Selangor berpegang kepada prinsip-prinsip berikut :

a) Bersama dengan komponen parti Pakatan Rakyat mempertahankan hasrat dan kehendak Menteri Besar Selangor untuk meletakkan negeri di atas kerangka bersih, amanah, telus dan berintegriti;

b) Bersama dengan komponen parti Pakatan Rakyat menuntut supaya tidak berlaku pendakwaan secara berpilih-pilih;

c) Supaya Menteri Besar Selangor tidak menjadi mangsa kerakusan mana-mana pihak untuk mengganggu gugat kestabilan negeri Pakatan Rakyat;

d) Supaya Pakatan Rakyat bertambah kukuh dan Selangor terus menjadi negeri di barisan hadapan dalam mempertahankan prinsip-prinsip ketelusan dan keadilan

Atas prinsip sedemikian, PAS Selangor :

a) Meminta ruang masa daripada Tan Sri Khalid untuk mengadakan pertemuan dari hati ke hati dengan pimpinan PAS negeri bagi mengetahui kedudukan perkara yang sebenarnya ;

b) Merujukkan pandangan yang akan diambil kepada pimpipinan tertinggi parti ;

c) Meminta ahli dan penyokong PAS khasnya dan rakyat negeri Selangor amnya mengambil sikap bertenang dan berlapang dada dalam menghadapi permalasalahan ini ;

d) Meminta SPRM dan Peguam Negara bertindak dengan penuh kewibawaan dan darjah profesianalisma yang tinggi;

e) Seandainya kes ini membawa kepada pertuduhan di mahkamah, atas dasar untuk menjulang kewibawaan pentadbiran negeri dan kestabilan politik dikalangan anggota komponen, adalah wajar bagi Tan Sri Khalid mengambil langkah-langkah yang difikirkan munasabah demi menjaga imej kerajaan negeri disamping tidak menganggu proses perjalanan undang-undang.

Akhirnya PAS Selangor mendoakan agar Tan Sri Khalid dan ahli keluarga beliau tabah menghadapi cabaran dan mehnah ini. Diharapkan cabaran ini menjadikan kita semua bertambah teguh dan istiqamah bagi memacu Selangor menjadi negeri idaman, maju bersih dan berkebajikan.

14 comments:

shahrul said...

teruskan perjuangan!!

nazmi said...

inilah dia cabaran dalam politik tambahan pula diakhir zaman ini banyaknya fitnah berleluasa dimuka bumi ini, diharapkan dengan ujian Allah ini akan menguatkan lagi keimanan dan pendirian akan bertambah teguh demi membela agama, bangsa dan negara.

bg kes yang melanda di Selangor ini diharapkan agar setiap pemimpin kerajaan negeri tidak mudah patah semangat dan teruskan perjuangan membela rakyat dan menegakkan keadilan dan sekiranya kalian mengaku kalah musuh akan gembira dan modus operandi yang sama akan digunakan musuh untuk menjatuhkan PR, wanauzubillah

Lis said...

Jikalau pertuduhan diteruskan dan keperluan semasa perlu kepada TS Khalid membela diri maka, jawatan MB akan menjadi perkara pokok untuk pertimbangan wajar setiap adun PR Selangor.

langkah pre-emp. saya ialah, mencadangkan timbalan MB dilantik dan diberi tugas menyandang jawatan MB selama mana kes berjalan. Cadangan saya untuk timb. mb ialah YB Dato' Hassan.

nazmi said...

yg 2 sy setuju datuk Hassan sebagai TMB, tp yang sy dengar crita la kn masalahnya klu dato Hassan jd TMB mungkin akan timbul isu tidak puas hati kaum cina disebabkan PAS hnya menang 8 kerusi berbanding DAP sbb itu lah dulu ada orang yg mendesak supaya jawatan TMB dimansuhkan takut orang cina x puas hati, tp sekarang ni x tau la mcm mana citenya

dewata awan berapi said...

oiii Hasan Ali,

tok sah nak menyibuklah...Khalid pandang Pas Selangor tu sebelah mata saja...ada tak da sama saja...

oooh...nak jawatan rupanya...sedarlah sikit...layakkah nak tuntut jawatan tmb tu...

bakaq a.k.a. ~penarik beca said...
This comment has been removed by the author.
bakaq a.k.a. ~penarik beca said...

Bau busuk dari Selangor

apam taiping said...

dewata awan berapi said...

oiii Hasan Ali,

tok sah nak menyibuklah...Khalid pandang Pas Selangor tu sebelah mata saja...ada tak da sama saja...

oooh...nak jawatan rupanya...sedarlah sikit...layakkah nak tuntut jawatan tmb tu...
...................................

DEWA2...
ko post kat hassan ali ker?
dia xta lg...jap2 nak kol bgtau kat dia jap...mgkin teguran org tongong cam ko ni dia dgr...

nazmi said...

Hassan Ali belu cakap apa2 lg yg ko sibuk kata yg bukan kt dia 2 kenape memang x sayang mulut betul la ko ni, klu ko nk tau masa mula2 PR ambik selangor dulu sultan selangor kalau boleh dia mahukan Dr Hassan Ali jd MB tp disebabkan kerusi PKR lg tinggi dari pas so Sultan perkenan la Tan Sri Khalid jd MB

ko klu xtau cerita baik diam, ko ingat Dr Hassan gila kuasa sangat ke ha?

dewata awan berapi said...

sultan selangor cakap kat aku pulak lain...dia kata tak suka tengok orang2 pas ni...tak hormat raja2...kata raja sama macam orang lain...sama taraf...

p0kKo said...

laaaa... sultan cakap kat aku lain pulak..
dia kata org umno ni "natang"..
aku pun pening...

nazmi said...

mana x nya, sbb orang UMNO dulu yang kata natang kat Sultan Terengganu memang kena la klu sultan cakap natang pn kat orang UMNO ni.

karat ijau said...

Natang pun tak sehebat 'depa'.natang pun ikut undang2 yg Allah buat.depa plak, undang2 yg depa buat,undang2 Allah????...'depa' bogrong langgar habih.tlg bgtau nk bagi nik name apa kat 'depa' ni???????

Creedence Clearwater Revival said...

dewata awan berapi said...

oiii Hasan Ali,

tok sah nak menyibuklah...Khalid pandang Pas Selangor tu sebelah mata saja...ada tak da sama saja...

oooh...nak jawatan rupanya...sedarlah sikit...layakkah nak tuntut jawatan tmb tu...


==>

maaf, apa kena mengena saudara dgn PR?

tak usah menyibuklah....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...