Tuesday, February 17, 2009

Elizabeth Wong: Adakah tidur tanpa baju di bilik tidur sendiri satu kesalahan?

SHAH ALAM, 17 Feb: "Adakah tidur tanpa baju di bilik tidur sendiri satu kesalahan?" tanya anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dalam blognya berikutan isu gambar terdedah Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong.

Bagi beliau, jika dengan gambar itu sahaja, Exco kerajaan negeri Selangor itu tidak perlu meletakkan jawatannya kerana ia bukan kesalahan.

Yang bersalah adalah pihak yang menceroboh ruang peribadi beliau (bilik tidur), mengambil gambar dan seterusnya menyebarkannya kepada pihak yang tidak layak untuk melihat gambar itu, kata Khalid.

"Lainlah kalau berbogel di khalayak ramai," kata Khalid.

Bagi Khalid, orang ramai tidak perlu pergi lebih jauh dari isu itu dan tidak perlu membuat andaian yang bukan-bukan dalam hal ini.

"Ada yang menambah dan mengatakan ini bukti kurangnya moral kerana pasti YB Eli mempunyai hubungan seks dengan orang yang mengambil gambarnya.

"Itu sekali lagi andaian dan sekiranya YB Eli seorang Islam, nak dituduh zina sebegitu, pihak penuduh perlu membawa 4 orang saksi. Kalau tiada, diam! Andaian-andaian tak main. Boleh jatuh kazaf," tulis Khalid lagi.

Bahkan, katanya, dalam Islam jika ada pengakuan zinapun orang yang membuat pengakuan sahaja yang terlibat bukan temannya.

"Itu kaedahnya terhadap orang Islam. Tetapi, YB Eli bukan seorang Islam," katanya.

Bagi Khalid, kalau Eli dipaksa atau didesak meletak jawatan, maka mereka yang menganiayanya akan mencapai kehendak mereka.

"Dan kerajaan Selangor kehilangan seorang yang (setakat mana saya tahu) menjalankan tugasnya dengan dedikasi," katanya.

Kenyataan Khalid, salah seorang AJK Biro Politik PAS Pusat ini datang bersama dengan kenyataan Ketua Wanita MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun.

Mei Fun berkata, Wanita MCA mengecam keras tindakan mereka yang terlibat mengambil gambar tanpa kebenaran dan seterusnya menyebarkan gambar itu.

Sebelum ini, anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali juga mengecam tindakan ini.

7 comments:

unanjaga said...

Andainya kita ingin benar benar bercerita tentang maruh dan harga diri,lalu kita bolih kaitkan pada diri kita sendiri,apakita ini benar benar telah memelihara maruah diri dan ugama?,apa lagi bilamana kita ingin mengaitkan maruah diri yang ada pada ahli politik.Malah ada dikalangan ahli politik itu yang telah bergelumang dengan dosa rasuah dan salah guna kuasa,namun ia bagaikan dipadamkan dari pandangan umum,belum lagi pada maruah ugama yang benar terang terang dalam perlakuan orang fasik.

ALI MAIDIN said...

Apa punya haprak Khalid ni

biskut said...

haaa haaa haaa

sapphire said...

berbogel dlm bilik sendiri salah ke?? Melacur tak apa kot, sebab Mak Agama UMNO Masyitah kata takpe...

roh_insan said...

Bile MeiFun dr MCA mengutuk perbuatan yg mengaibkn Eli aku btl rase amat malu,kenape org yg kite kate tak islam lebih memahami persoalan mengaibkn manusie sdgkn kite yg mengaku islam bergelak ketawe bile manusie diAibkn.

Eli bebogel,telanjang,beromen ape ssh kite,die islam ke yg kite nak bising,asal penting jgn die berbogel dgn org melayu atau pengundi sudah.

Elok kite jage mak,bini,adek perempuan kite yg tak menjage aurat,itu lah berbogel namenye,itulah juge bertelanjang namenye n itulah juge MENYEDEKAHKAN batang tubuh mak,bini atau adek perempuan kite kpd mate2 setiap jantan yg melihat.

Ape kate klu seluruh penyokong PR MENGISTIHARKAN yg Rosmah itu juge TELANJANG.Bkn ke rambut itu juge aurat.

Gunela teknik lain klu nak menang.

sapphire said...

KENYATAANroh_insan SAYA SANGAT SOKONG.

Itulah hakikat org UMNO, lebih buruk dari MCA, lebih teruk dari MIC. DAP pun lebih baik dari diorang...

Cuba korang senaraikan kejahatan Karpal Singh dan senaraikan pulak kejahatan Nazak, mana lebih panjang senarainya...

ismazyanti said...

ramai kwn2 pompuan aku yg msh bujang&islam pun tdo separuh bogel cthnya memakai bju dlm je atau tdo berkemban ketika mereka tidur berseorgn. paling2 pun terselak mana2 yg x patut.apa ada hal? kecoh je... dh klo ada yg mmg niat khianat&suka mengambil kesempatan org yg nk dianiaya tgh tdur, nk buat camane lg? silap2 mencangkung dlm jamban pun ada yg 'shoot' baik punya mcm kes cd Gunung Pulai yg digembar-gemburkn Mastika bbrp thn lps. hampeh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...