Friday, February 13, 2009

PAS serah RM500,000 pertama untuk Hamas

KUALA LUMPUR, 12 Feb: PAS melalui lidah rasminya, Harakah telah berjaya mengumpulkan lebih RM1 juta untuk Tabung Gaza bagi membantu rakyat Palestin yang sedang menderita akibat serangan dan kepungan Zionis Israel.

Semalam, PAS telah menyerahkan RM500,000 pertama kutipan itu kepada jurucakap kanan Hamas, Sami Abu Zuhri dalam satu majlis makan tengahari dengannya di sebuah hotel dekat sini.

Naib Presiden PAS, Ahmad Awang telah menyampaikan sumbangan itu bagi pihak PAS selepas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak dapat menyertainya di saat akhir.

Turut serta di majlis itu adalah Pengerusi Harakah, Datuk Mustafa Ali dan Pengarah Urusan Harakah, Datuk Kamarudin Jaffar.

Di majlis itu sahaja, lebih RM400,000 berjaya dikumpulkan oleh Harakah untuk disumbangkan kepada Hamas.

"Kami menyerahkan wang ini kepada Hamas kerana merekalah sebenarnya yang memperjuangkan nasib rakyat Palestin sekarang," kata Mustafa di majlis itu.

Sami Abu Zuhri pula melahirkan terima kasihnya atas kepercayaan PAS dan lain-lain pihak di Malaysia terhadap Hamas.

7 comments:

Lebai Mangkuk said...

Berapa pula sumbangan DAP? dan

Berapa pula sumbangan PKR, PAS aje yang buat sumbangan?
lebai mangkuk

zulsa @ Ahmad Faizul Bakti said...

Di Masjid Lapangan terbang subang, sebentar tadi, Sami Abu Zuhri telah memberi sedikit tazkirah dan khutbah.

Alhamdulilah kutipan di Masjid ini mencecah lebih RM 32 ribu.

Noone said...

lebai-mangkuk, jangan ditanya apa orang lain bagi. Mungkinkah mereka memberi secara diam? Cuba fikirkan cukupkah apa kita bagi? Bersyukurlah, jangan berburuk sangka. :)

Banjar Sungai Tungku said...

tiada siapa yg berburuk sangka, cuma insan tersebut nak tahu perihal sumbangan Pakatan Rakyat. Nampak nya cuma PAS sahaja dengan megah dan bangga bergambar dengan 'cek gergasi' nya. Nampak sangat PKR dan DAP tiada sumbangan langsung.

Ada lah lebih mulia jika di sebut kan sumbangan dari Pakatan Rakyat sahaja.

add said...

Kalau UMNO tayang cek macam tu kata angkuh,bongkak dan menunjuk-nunjuk,,, tapi bila hamPAS buat ok pulak ye?... macamana tu....

Lebai Mangkuk said...

Apa yang lebai maksud tu adalah ikhlas - cuma nak tahu sama ada DAP dan PKR ada buat tabung sumbangan juga, atau cuma atas dasar sumbangan tabung Pakatan Rakyat.
lebai mangkuk

Chegu Byhaqie said...

Dasar org umNO..suke berburuk sangka.. Same cm ketua diorang.. Sia2 je blajar tinggi2.. Aku sbgai penuntut UM pn malu..ha3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...