Tuesday, February 17, 2009

Eli tawarkan diri letak jawatan


Kemaskini 2.00 petang

Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong menawarkan diri untuk meletakkan jawatan untuk kepentingan partinya hari ini.

"Saya tidak malu dengan gambar saya tetapi saya menawarkan diri untuk melepaskan jawatan demi kepetingan parti saya," kata Exco kerajaan negeri Selangor itu sambil menangis dalam sidang media di Pejabat PKR jam 11.40 pagi tadi.

Turut hadir dalam sidang media ini adalah ketua Wanita PKR yang juga ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, exco negeri, Teresa Kok dan Xavier Jayakumar, serta naib presiden PKR, R Sivarasa.
(gambar kiri: Seorang penyokongnya menangis selepas pengumuman Eli)

Surat permohonan peletakan jawatan Eli telah dihantar ke pejabat Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pagi ini.

"Saya akan berbincang dengan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk mengaturkan urusan penyerahan tugas-tugas saya. Saya akan terus berkhidmat untuk rakyat dan berjuang untuk keadilan," katanya.

MB Selangor dikatakan telah membuat permohonan kepada Istana Selangor untuk menghadap petang ini bagi mendapatkan nasihat dari baginda Sultan Selangor.

"Jika Sultan minta dia berhenti, maka Eli katanya akan bersetuju untuk berhenti," kata sumber itu.

Jika Eli memutuskan untuk berhenti sebagai Adun, dia perlu menulis surat kepada Speaker Dun Selangor.

Untuk jawatan Exco kerajaan negeri pula, dia perlu mengutuskan surat kepada MB Selangor.

Eli sedang menghadpi masalah ekoran penyebaran gambar beliau dalam keadaan separuh bogel.
(gambar kanan: Ketua Muslimat PAS, Nuridah Salleh memeluk Eli tanda kekesalan dengan apa yang berlaku)

Gambar itu dikatakan diambil oleh bekas teman lelakinya ketika beliau sedang tidur di dalam bilik tidur di rumahnya.

Dalam pilihan raya umum lalu, Eli menang dengan majoriti 5,155 undi di Bukit Lanjan. Beliau memperolehi 12,125 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dari Gerakan, Yong Dai Ying, yang mendapat 6,970 undi.

Sementara itu, jika berlaku kekosongan, antara calon PKR yang disebut-sebut ialah bekas pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan yang juga bekas timbalan menteri, Dr Tan Kee Kwong.

Dr Tan yang pernah menjadi anggota Parlimen Segambut telah menyertai PKR Ogos tahun lalu.
Seorang lagi calon yang disebut-sebut adalah bekas ketua wanita MCA Klang dan bekas ahli Parlimen Klang, Dr Tan Yee Kew, yang juga menyertai PKR tahun lalu.

Sementara itu, Adun Kajang, Lee Kim Sin dari PKR disebut-sebut akan dilantik mengisi jawatan exco yang dikosongkan oleh Elizabeth.

Turut dipertimbangkan untuk mengisi jawatan tersebut ialah Adun Rawang, Gan Pei Nee.

10 comments:

dewatawanberapi said...

nak letak jawatan...letak je terus...
tak payah tawar diri la...

kalau nak tawar diri untuk di kongkang ramai2 ok gak...

zali said...

kalau letak jawatan...

sapa pulak nak buat aksi berahi?

takkan teresa cock pulak...

geli nengoknya...

melayu2020 said...

Bodoh kau 2 orang ni.

Baca statement tu bebetul. Mereka nak menghadap Sultan Selangor. Betullah lah tu. kalau Sultan perkenan,maka letak jawatanlah si Eli tu. kalau tak perkenan si Sultan maka jadi macam kes nizar lah pula. Sembah derhaka..

kuang..kuang...kuang...kuang..

Ada otak tak nak pakai.

Hidup melayu!! Hidup Umno!!

melayu2020 said...

BN pasti akan menang di bukit lanjan!!

HIDUP MELAYU!! DAULAT TUANKU!!

sapphire said...

Saya harap banyak PRK akan diadakan tahun ini dan saya yakin semuanya akan membawa rebah kepada BN. Lagi byk PRK lagi bagus, lagi byk BN kalah, lagi malu...

ADUN2 lain lps ini boleh lah letak jawatan...kita malukan si peletup itu dan konco-konconya...

pAs for All said...

Gilalah dgn assobiyah korg 2..
mmg betul pun dasar parti x cya dgn Islam..

Creedence Clearwater Revival said...

melayu2020 said...

BN pasti akan menang di bukit lanjan!!


==>
bro, zaman skrg ni manusia mana nakkan BN lagi?

add said...

Seronok tengok gambar muslimah PAS ramai-ramai sokong elizabeth... sedangkan sekor cina pun tiada dalam kes pnderhakaan nizar terhadap sultan perak,,, kecuali buat-buat simpati oleh ngeh yang sedang nga nga sekarang ni.

pencariilham said...

hu ha hu ha....
apa cite nie...
takkan nak simpan kes mcm nie....
PR selalu mengata orang..
sekarang apa yang terjadi...
sebb tu ada pepatah berkata..
Bila nak bercakap pasal orang lain..
cermin dahulu diri sendiri..
sekarang apa dah jadi...

pAs for All said...

Dunia dh nk kiamat..
Org Islam yg betul2 ingin mmperjuangkn Islam x dpt mentdbir dunia..
byk empayar-empayar Islam yg lama berdiri telah runtuh diambil oleh musuh2 Islam..
Di Malaysia lihatlah sendiri..
Pemimpin2 kita byk buat masjid,pusat Islam tp tgk isteri x pkai tudung,jmpa artis berlaga pipi..
Itulah Islam Hadhari..
Inikah yg dikatakn pemimpin Islam..
Laki pompuan x kisah nk bersalam-salaman..
di manakah Ilmu agama yg mereka belajar di sekolah dulu..
Fikir-fikirlah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...