Wednesday, February 4, 2009

4 bekas Adun Pakatan bersama Najib di Putrajaya

4.45 petang

Empat bekas Adun Pakatan di Perak menyertai sidang media Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekejap tadi.

Mereka adalah Timbalan Speaker yang juga Adun DAP Jelapang, Hee Hip Hong, Jamaludin Abu Bakar (Behrang) , Osman Jailu (Changkat Jering) serta Adun Bota, Datuk Nasharudin Hashim yang sebelum ini menyertai PKR.

BN dijangka bersedia untuk mengambil alih kerajaan negeri Perak melalui sidang Dun Perak yang akan mereka panggil.

Di Ipoh, Sultan Perak memperkenankan Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaludin menghadap namun tidak mahu menerima yang lain termasuk Exco kerajaan Perak.

28 comments:

kamal farhan said...

lawan tetap lawan..ayuh seluruh ahli parti..

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

10 dalil kenapa Nizar gila kuasa jadi MB...

Lain kali peringatan buat PAS dan PKR, jangan curi adun dan YB BN..macam kata Datuk PA- PAS Terengganu...

abe MIE 'TERJAH' said...

sekarang siapa curi dan dicuri...

zali said...

aik...dato nash ikut sama?
bagus la kalau dah sedar...

mana punching bag ni?

zali said...

lawan apa kejadahnya lagi kamal...

nizar berguling-guling depan sultan tu...

Lebai Mangkuk said...

DAP telah bejanji akan meletak kan lebih ramai calun nya dari gulungan ustaz dan ulamak.

Lebai sudah siap sedia menjadi calun jika di perlukan. Sekali ini DAP akan dapat berkuasa secara penuh kerana calun melayu/Islam dari gulungan ustaz dan ulamak sudah berada dlm jemaah DAP.

Lebai agak PAS dan PKR tiada halangan bagi DAP melaksanakan 'niat' baik nya ini.

Hidup PAS!!!!!!
Hidup PKR!!!!!!!!!!
Hidup DAP!!!!!!!!!!!!!!
Hidup PR????????????????????

dianawijdan said...

kita tengok pilihanraya dun nanti la macamana. dulu BN kurang 1 kerusi je dari PAS di kelantan sebelom PRU12. lepas PRU bn terok kena tibai.

angin perubahan rakyat seperti di kelantan, permatang pauh dan kuala terengganu akan bertiup di perak pulak sebab rakyat dah bosan dengan parti yang ternyata rasuah dan menerima orang2 yang rasuah didalamnya. betol la peringatan dr m pada paklah.

puak2 bn ni tak malu ke dok dalam parti yg ternyata penuh rasuah? dan menyokong yang memberi dan menerima rasuah? tu tak kira lagi yang beli bini org, cabul org di hotel, zina dan seks bebas, bunoh org, yg "correct...correct...correct..."
dan macam2 lagi lah.

AYOH RAKYAT PERAK KITA TOLAK PARTI-PARTI YANG MENJADIKAN RASUAH AMALAN HIDUP MEREKA!!!

kamal farhan said...

trafik jem..harakahdaily n malaysia kini sesak...

jgn terlalu angkuh..kptsan dtangan sultan..kun faya kun kata allah..

takbir...

Lebai Mangkuk said...

Rakyat negeri Perak Darul Ridzuan, bersiap sedia lah menerima MB DAP dari gulungan ustaz dan ulamak - jika PR menang dan berkuasa semula.

zali said...

dianawijdan...

itu pun kalau sultan perkenan pembubaran...

jika tidak?

4 orang dah standby nak masuk bn...

apapun bubar atau tidak...pr tetap loser dalam sejarah pemerintahan di malaysia.

Juraimi Zainal said...

tak sabar rasa aku nak tunggu pilihanraya ni...

aku confirm si jamaluddin, osman, nasa & sorang lagi tu tak jadi calun lagi...

zali said...

hidup lebai mangkok!

Lebai Mangkuk said...

TQ Master zali

zali said...

kamal...

tau pulak kata jangan angkuh...sebelum ni bukan main lagi pro pr kata umno macam-macam ya...

TEKONG DARAT said...

macamana laa 4 orang tu nak masuk bn...dah sain surat laa...
tak bertarikh pun, ada power...dengan rela...kalau tak, dah lama masuk bn...bak kata perunding, lompat laa...naper tak lompat...lompat, jadi penganggur laa...

kamal farhan said...

xjadi bubar..

zali said...

itu surat sudah tak laku la...batal.

Lebai Mangkuk said...

PR jangan le ngelabah sangat, kan ke lebai mangkuk ade.

Lebai dah tentu menang 1 kerusi bagi DAP. Jangan susah, ada banyak lagi lebai2 yg akan di calun kan dlm DAP - semua gerenti menang.

Banjar Sungai Tungku said...

Malaysiakini

Due to developments in Perak, we are experiencing high traffic to Malaysiakini.com.

Please try mirror sites:
Streamyx users: ENGLISH | BM | 中文版
BN bentuk k'jaan baru Perak
Feb 4, 09 3:51pm




5:06pm BN mempunyai cukup jumlah Adun untuk membentuk kerajaan baru Perak selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) melompat kepadanya secara terbuka dan rasmi hari ini.

Tiga bekas wakil rakyat Pakatan termasuk Adun Jelapang dan juga bekas Timbalan Speaker DUN Perak, Hee Yit Foong akan kekal wakil rakyat bebas tetapi bersama kerajaan BN, kata timbalan perdana menteri.

Datuk Seri Najib Razak berkata beliau akan menghadap Sultan Perak secepat mungkin.

Adun Bota, Datuk Nasaruddin Hashim - yang mengumumkan melompat kepada PKR selama 10 hari - kembali semula kepada Umno.


4:25pm Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Changkat Jering, Mohd Osman Mohd Jailu akan menyertai Umno.

Kedua-duanya kini berada di pejabat timbalan perdana menteri.

Datuk Seri Najib Razak memanggil semua Adun dan ahli parlimen BN sebelum mengadakan sidang akhbar khasnya jam 4 petang ini.

Adun Bota, Datuk Nasaruddin Hashim - yang mengumumkan melompat kepada PKR selama 10 hari - juga kelihatan di pejabat timbalan presiden Umno itu.

Adun Jelapang dan juga bekas Timbalan Speaker DUN Perak, Hee Yit Foong kelihatan di Putrajaya.


3.52pm Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dijangka akan dibubarkan dalam masa terdekat jika Sultan memberikan perkenan kepada kerajaan Pakatan Rakyat itu untuk memanggil pilihanraya negeri secara mengejut.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin kelihatan masuk Istana Kinta di Ipoh jam 3.50 petang untuk menghadap Sultan Perak.


kemaskini 3:25pm Menteri Besar Perak, Datuk Mohd Nizar Jamaluddin dalam sidang medianya tadi memaklumkan Adun Bota, Datuk Nasaruddin Hashim "diculik". test

Lagi berita ...

kamal farhan said...

rakyat kena boikot kalau bn memerintah..protest.

Banjar Sungai Tungku said...

Tak perlu bahas2 lagi :-

PAKATAN RAKYAT SUDAH BERKUBUR

Banjar Sungai Tungku said...

kesian kamal farhan - dah sasau

Banjar Sungai Tungku said...

Mana semua geng PR, dah lari sembunyi dlm tandas ke?

OrangKB said...

Yang Dato' Nasa ni, langsung tak tetap pendirian. Baru seminggu dok dalam PKR, lompat balik ke BN. Takleh caya ADUN gini.....

OrangKB said...
This comment has been removed by the author.
OrangKB said...

Biarkan semua ADUN tu lompat ke BN. Nanti penyakit mereka berjangkit ke BN.

"7. Presiden UMNO berkata UMNO sedia untuk menerima siapa sahaja untuk menjadi ahli. Ini memanglah dasar parti. Tetapi kedua-dua ahli yang ingin keluar dari PKR ini mempunyai masalah. Mereka dituduh terlibat dengan rasuah seks. - Mahathir"


http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/02/lompat-melompat.html

darwin said...

betul ckp dato anwar ibrahim...da tau niat jht najib..dulu bangkang org lompat2..skrg bn da terdesak bley lak nk trime adun rasuah tu kat perak..so?cmne?bn berkuasa,media,polis,spr, sumer bawah kuasa dia...tentera undi pembangkang kena lucut jwtn nk xnk terpakse..salah siapa?mana keadilan yang dilaungkan?BN da terdesak untuk merampas selangor dan perak yang byk bg duit utk depa..najib banyak kes..knp x pnh didakwa?pelik kan..dia da diajar oleh mahathir cara kotor..pemimpin akhir zaman biasalah..dalam al-quran pun suda dinyatakan..asyik menjaga nama,parti,kedudukan,kewangan..banyak rasuah..kaki pompuan,bermuka2..sebab ape dia berkuasa sape dapat lawan?Allah sahaja yang akan tnjuk balasan..duit rakyat dikatakan sumbangan kerajaan,pengaagihan ekonomi x sekata,berat sebelah bg negeri pembangkang..cmne kelantan nk maju klu macam-macam sekatan..laungkan negara islam hadhari,tetapi isteri2 pemimpin buka aurat,terlalak2,mengumpat,bom sane bom sini..dok umah mewah,baru jd adun da jutawan cmne tue?nik aziz,pemimpin pas bersederhana sama sepeti rakyat..baru tau susah senang rakyat dengan kenaikan harga2..tidak berfikiran jauh..mahathir berfikiran jauh tetapi juga kuat berlakon..siapa pesaing pasti berkubun..nah skrg ank didiknya najib akan mengikutui..sama2 lah kita saksikan agenda politik yang x sudah akibat kegagalan di palimen kemaman..wasalam

sang kelembai junior said...

Kalau ditakdirkan pembubaran tak diperkenan, terimalah yang BN akan perintah Perak. Buat Pakatan, insya-Allah kita akan menang next round. Tengok saja Kelantan 2004 dulu. Beza kerusi dengan BN cuma satu kerusi. Tapi PRU-12 menang 39 kerusi Pas-PKR.

Tak perlu cakap soal moral dan etika dengan BN. Sebab mereka sejak dari azali lagi tak pernah bermoral dan beretika.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...