Wednesday, February 4, 2009

Terserah kepada Sultan Perak, kata Mohd Nizar

6.30 petang

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaludin telah keluar dari Istana Kinta jam 5.45 petang dengan memaklumkan dia telah menyerahkan segala apa yang perlu untuk ditimbang oleh Sultan Perak.

Beliau belum lagi membuat kenyataan lanjut.

Adalah difahamkan, Sultan telah menangguhkan keputusan terhadap permohonan beliau untuk membubarkan Dun Perak.

Ini bermakna, Nizar telah tidak berjaya untuk mendapatkan persetujuan Sultan untuk membubarkan Dun Perak hari ini.

Di Putrajaya, Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan, Pakatan dan BN sekarang mempunyai jumlah kerusi yang sama iaitu 28 dengan 28 dalam Dun Perak.

"Tetapi, kami ada tiga kerusi bebas yang bersama dengan kita," kata Najib dalam sidang akhbarnya.

Tiga kerusi bebas adalah PKR Behrang (Jamaludin Abu Bakar), PKR Changkat Jering (Mohd Osman Jailu) dan DAP Jelapang (Hee Hip Hong).

Adun Bota, Datuk Nasarudin Hashim pula menyertai BN semula.

Mengikut peraturan biasa, Dun Perak perlu bersidang untuk membuat undi tidak percaya kepada kerajaan yang ada dan jika berjaya, barulah kerajaan Pakatan Rakyat di Perak akan jatuh.

Selepas itulah baru BN boleh membentuk kerajaan yang baru.

Namun Najib dalam kenyataannya berkata, pihaknya akan menghadap Sultan Perak segera untuk memohon perkenan penubuhan kerajaan Perak yang baru.

24 comments:

kamal farhan said...

peluang masih ada..ayuh seluruh rakyat adakan solat hajat utk menyelamat kan kepimpinan pas keatas perak!!

dianawijdan said...

ayoh rakyat perak adalah solat hajat mohon diselamatkan umat yang cintakan keadilan di perak!!!!

jauhi dari diperntah umno yang penuh korupsi, galakkan maksiat dan zina dan menolak hukum allah dari dulu kini dan selamanya...

p0kKo said...

seluruh perak perlu munajat.

Abg said...

saya penuh yakin bahawa beginda sultan perak akan bersetuju terhadap permohonan Menteri Besar Perak. Beginda seorang yang cukup bijaksana.

kamal farhan said...

kita ada allah maha kuasa..mintak pd allah..insyallah..

santaukeh said...

biarlah kalah dengan bermaruah, dari menang dengan rasuah

Web Sutera said...

Aku sayangkan Malaysia. Aku sayangkan Islam dan PAS. Justeru kerana sayangkan Islam, aku sangat berharap pemimpin PAS pandai bersilat di medan politik mutakhir ini.


Bak kata teman, “PAS perlu dahulukan Islam dari politik pemerintahan. Kekalkan fikrah perjuangan sebagaimana Ikwan Muslimin terus memacu Islam demi perjuangan mereka.”


Jangan gadaikan prinsip Islam demi survival politik sempit. Aku sangat percaya, jika PAS kekal dengan prinsip Islam, parti Islam ini akan berjaya. Parti ini akan dihormati kawan dan lawan. Pastinya Allah akan menurunkan bantuanNya.


Pakatan Rakyat juga akan dihormati jika tidak terbelenggu dengan budaya gila kuasa!

atas said...

pakatan rakyat masih di hati rakyat...
jd kn ini sbagai perjuangan utk pru nnt...

bn@umno said...

hahhahahahhah bye bye bye buat semua penyokong dan pemimpin PR di Perak.opps terlupa pulak nak cakap SELAMAT TINGGAL kat bekas Menteri Besar Perak iaitu Datuk Seri Nizar Jamaluddin.Tegok Tuhan telah menunjukkan segala kekuasaannya utk menurunkan bala terhadap kerajaan Perak.aku yakin Sultan Perak tidak akan bersetuju utk mengadakan piliharaya kecil semula kerana utk mengadakan PRK semula menelan belanja yg besar, jadi lebih baik guna je wang utk pilihanraya tu utk disalurkan kepada rakyat yg lebih memerlukan.lagipun pembaziran wang amat ditegah oleh Islam.

aNaK BaPaK said...

tuhan nak tunjukkan betapa manusia yg terpalit dengan rasuah hanya aman hidupnya dalam BN sebelum bertemu allah di akhirat nanti...

allahuakbar!!!

Muzafar said...

Kalau saya salah, tolong perbetulkan...
______________________

Akhir zaman, amat sedikit manusia yang baik,sedang (manakala) manusia yang jahat bertambah banyak....Maksud Hadith.
_______________________

Sesungguhnya diakhir zaman amat sedikit manusia yang baik dan inginkan kebaikan,sedangkan dalam masa yang sama manusia yang jahat semakin ramai dan ramainya manusia yang suka akan kejahatan.

Wallahu a'lam

Pak Brahim said...

Jika tiada pilihanraya semula dan hak pemilihan kerajaan tidak dikembalikan semula kepada rakyat untuk membuat pemilihan, yakinlah bahawa negeri Perak yang masih aman damai selama ini akan bertukar menjadi huru hara.

Kepada YM Sultan Perak, saya amat bersetuju dengan saranan YM Raja Muda Raja Nazrin Shah kelmarin bahawa Raja tidak boleh berpihak. Jadi untuk mengatasi kemelut politik sebegini.

Adalah wajar dikembalikan kepada keputusan rakyat jelata kerana rakyat mahukan sebuah kerajaan yang bersih dan bukanya sebuah kerajaan yang dianggotai oleh pemimpin-pemimpin yang rasuah, tidak amanah, rosak moral dan tiada pegangan dan pendirian dalam perjuangan.

santaukeh said...

tahniah untuk bn@umno...
seronok hari ni
dah mengucap ke belum.

bn@umno said...

dulu bukan main lagi Si Nuar kata kononnya 16 Sept 08 merupa satu tarikh utk menukar kerajaan.tapi malangnya 16 Sept 08 yg dilaung-laungkan oleh Si Nuar 'makan tuan sendiri'.Sejarah telah tercipta pada 4hb Februari 09 di mana kerajaan Perak di bawah PR TUMBANG MENYEMBAH BUMI.nampaknya usaha dan perjuangan puak-puak BN kat Siasah ni tidak sia-sia.Tuhan telah menurunkan BALA terhadap kerajaan Perak yg mana rata-rata pemimpin-pemimpin PR di perak ni gila kuasa dan wang.

bn@umno said...

selepas kerajaan Perak tumbang, kini tiba pula giliran Kedah pula akan menerima nasib yg sama spt di perak kerana Kedah dan Perak nikan negeri yg berjiran.berikut hierarki kerajaan PR yg bakal tumbang sebelum PRU13 :

Perak ---> Kedah ---> Selangor ---> Kuala Lumpur ----> Pulau Pinang ---> Kelantan

Semoga perjalanan hierarki spt di atas termakbur.

santaukeh said...

bn & umno lebih sinonim dengan perkataan rasuah dan kuasa , rasuah itu adalah politik umno, kuasa umno adalah rasuah. tahniah bn@umno.

Khalid alwalid said...

Allahuakbar!Allahuakbar!Allahuakbar!

Ayoh rakyat malaysia mari kita berdoa kehadrat Allah yang maha bijaksana semoga dibukakan pintu baginda untuk memulankan hak rakyat.

Sultan Azlan Shah sultan yang bijaksana insyaallah kemenangan di pihak yang benar hidup pakatan rakyat.

Muzafar said...

Kalau saya salah, tolong perbetulkan...
__________________________________
bn@umno said...
dulu bukan main lagi Si Nuar kata kononnya 16 Sept 08 merupa satu tarikh utk menukar kerajaan.tapi malangnya 16 Sept 08 yg dilaung-laungkan oleh Si Nuar 'makan tuan sendiri'.Sejarah telah tercipta pada 4hb Februari 09 di mana kerajaan Perak di bawah PR TUMBANG MENYEMBAH BUMI.nampaknya usaha dan perjuangan puak-puak BN kat Siasah ni tidak sia-sia.Tuhan telah menurunkan BALA terhadap kerajaan Perak yg mana rata-rata pemimpin-pemimpin PR di perak ni gila kuasa dan wang.

February 4, 2009 3:20 AM

_____________________________

Maksud bn@umno, macam BALA yang menimpa rakyat Palestin ke ?
Boleh ?

OrangKB said...

bn@umno said...

selepas kerajaan Perak tumbang, kini tiba pula giliran Kedah pula akan menerima nasib yg sama spt di perak kerana Kedah dan Perak nikan negeri yg berjiran.berikut ierarki kerajaan PR yg bakal tumbang sebelum PRU13 :

Perak ---> Kedah ---> Selangor ---> Kuala Lumpur ----> Pulau Pinang ---> Kelantan

Semoga perjalanan hierarki spt di atas termakbur.

-------------------------

Kami penyokong PAS tak terkejut kalau Perak jatuh ke tangan BN. Sebab sebelum PRU 12 dulu pun, Perak dok dalam genggaman BN. Dan masa PRU 12, majoriti kerusi di Perak dok dengan DAP dan BN. PAS kira beruntung dapat letak MB kat sana.

Apa pun, yang penting, Kelantan masih dan selamanya akan berada di bawah PAS. Tok sah mimpi akan jadi macam hieraki tu.

OrangKB said...

bn@umno said...

dulu bukan main lagi Si Nuar kata kononnya 16 Sept 08 merupa satu tarikh utk menukar kerajaan.tapi malangnya 16 Sept 08 yg dilaung-laungkan oleh Si Nuar 'makan tuan sendiri'.Sejarah telah tercipta pada 4hb Februari 09 di mana kerajaan Perak di bawah PR TUMBANG MENYEMBAH BUMI.nampaknya usaha dan perjuangan puak-puak BN kat Siasah ni tidak sia-sia.Tuhan telah menurunkan BALA terhadap kerajaan Perak yg mana rata-rata pemimpin-pemimpin PR di perak ni gila kuasa dan wang.


------------------------

Gila kuasa dan wang? Sama gak cam pemimpin bn@umno tu..Malahan pemimpin UMNO lagi teruk rasuahnya dan gila kuasanya, diakui oleh Tun Mahathir sendiri.

dianawijdan said...

"Sesungguhnya diakhir zaman amat sedikit manusia yang baik dan inginkan kebaikan,sedangkan dalam masa yang sama manusia yang jahat semakin ramai dan ramainya manusia yang suka akan kejahatan" maksud hadith

rasanya hadith tu wajar ditujukan buat bn@umno dan kaum seumpamanya kerna masih buta hati dan masih mendewa2kan pemimpin dan parti yang terbukti penuh rasuah dan mengiktiraf pengamal rasuah serta dari dulu, kini dan selamanya menolak hukum al-quran.

jangan terlalu bongkak wahai bn@umno kerana sultan masih belum buat keputusan. baginda bekas hakim ternama dan masih dipalit dengan sejarah hitam raja2 melayu dirampas kuasa diraja oleh umno dan bn dulu. ini lah masanya baginda akan membuat keputusan yang sangat adil dan bijaksana sama ada mau rakyat perak diperintah oleh parti yang penuh korupsi atau membiarkan rakyat sendiri memilih pemimpin yang mereka sendiri kehendaki. bukannya terpaksa tukar kerajaan kerana pelompat2 yang tiada bermaruah tu.

lebih baik belanjakan RM1 juta bagi tujuan memilih kerajaan yang baik daripada dok songlap duit kerajaan berbillion ringgit kerana komisen kapal selam, jet pejuang, kereta kebal, projek2 mega dan sebagainya.

daulat tuanku...

pas selamanya said...

teruskan perjuangn anda pakatan rakyat........

Mohd said...

Nak sangat main lompat2 kan..
dari tahun lepas tak habis2 nak suh org lompat2 kan..
haa skang ni org dah lompat apsal tak puas hati?

Sendiri punya Game terkene batang hidung sendiri.

Bila tak puas hati bawak, buat perhimpunan pi gaduh ngan polis.
Buat huru hara sana sini. Mana keamanan negara kita kalau mcm ni? kalau asyik nak berpolitik? Sampai kan kete Sultan pun kene blok.. isk isk isk. Kurang Hajar Tahap Melampau Langsung tidak menghormati Kuasa DIraja.

8 march dah lama berakhir, sudah2 la tuh berpolitik nak tarik sana tarik sini, lompat sana sini. tipu sana sini. Sudah2 lah tuh. kalau asyik nak politik kalau asyik nak gila kuasa bila nyaa nak buat kerja? Rakyat tetap kene carik makan, pk diri keluarga dan masa depan?

BUkan paklah atau anwar yg nak kasik rakyat makan. Rezki semua kami cari sendiri. Tapi kalau pemimpin tak adakan peluang meningkatkan peluang perniagaan, pembangunan ekonomi serta insan mcm mana rakyat dan negara nak maju?

Kalau asyik nak politik, kalau asyik nak undi, kalau asyik nak mandat. Mandat yg dah diberikan pun tatau jaga. Lepas tuh buat perhimunan resakser, lepas nih rusuhan, tak puas hati lagi buat mcm dulu kumpul ramai2 kat masjid negara mintak simpati.

BN dulu kalah 5 negeri takder pun buat perhimpunan? takde pun buat rusuhan? tapi kenapa PR suke benar mencipta rusuhan? menganggu ketenteraman org awam? Saya pun rakyat juga, saya pun ada hak juga untuk meminta semua keganasan dihentikan. Aku pun rakyat MALAYSIA juga. Saya tidak suka semua perkembangan ini. Nak lawan.. lawan di arena politik.

PR perak mula2 kata, Kerajaan mereka kukuh, tak kukuh pun.
mula2 jatuh mintak perkenan Sultan, Lepas tuh kata semuanya terpulang pada keputusan sultan, namun kini SUltan dah bagi keputusan. mereka Lawan pulak lagi.. ape punye jenis manusia kau org nih ha? Cakap tak pernahnya btol.

Semenjak kemunculan DSAI, ramai org telah mula kurang hajar terhapdap pemimpin serta undang2. Mereka buat secara suka hati mereka. Kalau dikutkan dari dulu pada PR polis salah, lawyer salah, hakim salah, menteri salah, ACA salah, EC salah, skang ni SUltan pun salah, dan mereka saje lah yg betol. (Mcm perangai yahudi buat sesuka hati, kekecohan sana sini tapi tuding jari kat org lain)

DSAI selalu berkata dalam ceramahnya, "Insyallah with gods willing mereka akan tubuh kerajaan baru" Namun kini Alhamdulillah dengan keizinan Ilahi semua ini telah berlaku. Apakah ini takdir, qada' n qadar ketentuan ilahi.
Dan apakah ini spt ape yg mereka selalu katakan, kebenaran akan terbukti jua akhirnya. Marilah kita ambil iktibar dan memanfaat kan perkembangan yg positif ini ke arah pembangunan ummah dan negara

Namun ape yg boleh diperkatakan dengan senario ini oleh PR
YG DIKEJAR TAK DAPAT, YG DIKENDONG BERCICIRAN

P/s: Kenapa tak puas hati? kenapa lawan sultan? kenapa salahkan org lain? padahal sendiri yg nak main lompat2 dari tahun lepas.

zorro malaysia said...

salam semua wahai rakyat malaysia....

kepada yang taksud dan terlampau ...usahlah kerana politik yang dimainkan "Seseorang" yang tujuan asalnya bukan untuk membela ..memperjuangkan ..menuntut dan mencari semua tulus demi untuk rakyat adalah semuanya BOHONG yang paling besar...tak sama seperti yang dilaungkan ..semuanya adalah demi kepentingan diri sendiri...yang sebenarnya ialah ...ingin menunjukkan kepada rakyat bahawa dia lah yang bagus..dialah yang baik..dialah yang x makan rasuah..dialah segalanya yang betul....inilah DIA...

sebelum ini kecoh akan adanya kerajaan yang baru pada 16 September...kerana adanya 31 wakil Parlimen dari BN akan melompat parti dan bersama dengan PR ..sanggup ikut hingga ke HongKong demi meraih rayu bagi merealisasikan impian Dia agar boleh menjadi PM...apa yang kita lihat kalau bukan Wang yang bakal ditawarkan kepada 31 orang itu ...apakah lagi?itu bukan beli @ rasuah namanya...bagi mereka takpe...bukan rasuah janji boleh jadi PM...

Biadap?? mengeluarkan kenyataan biadap kepada BN kerana mengambil Hak mereka ...tetapi Biadap mereka lebih teruk lagi apabila BIADAP kepada Sultan ...bagi mereka maksud sebenar BIADAP ialah BIArlah DAP!!! apapun yang berlaku semuanya sepatutnya disalahkan pada DAP...

DERHAKA !!
pernah ketika tahun lepas di negeri terengganu...kerana keenganan pihak ISTANA terengganu menerima datul idris jusoh..ada kekecohan dan perselisihan faham berlaku...piahak PR pernah mengatakan yang UMNO derhaka kepada sultan kerana tidak menghormati keputusan Sultan Terengganu...ALLAH itu MAHA KAYA DAN ADIL..hari ini maka dengan keadilan DARINYA..maka bende yang sama berlaku di perak...ternyata sekali Perangai Mereka lebih teruk dari segalanya...sudahkah anda Lupa?Menderhaka kepada Sultan...

Solat hajat lah semua rakyat Perak..buat lah biar ikhlas...Insyallah Allah akan Memberi Hikmah keatasnya...

Kejadian di Perak adalah Sesungguhnya KEHENDAK ALLAH SWT..takpayah kita nak slahkan sesiapa...kalau ALLAH berkata " Kun Fa Ya Kun" Jadi ,Maka Jadilah Dia...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...