Monday, February 23, 2009

Mujahid cadang dialog pemulihan perpaduan antara parti politik

KUALA LUMPUR, 24 Feb: Anggota Parlimen Parit Buntar, Mujahid Yusof mencadangkan agar parti-parti politik negara ini mengadakan dialog pemulihan perpaduan sebelum pergi ke agenda yang lebih besar iaitu kerajaan perpaduan.

Mujahid yang juga AJK PAS Pusat yang juga Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional parti Islam itu membuat cadangan ini dalam satu tulisannya yang dihantar kepada Siasah hari ini.

Tulisan ini adalah pandangan beliau ekoran pertembungan politik yang panas di kalangan parti-parti politik Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) ketika Malaysia menuju kegawatan ekonomi ekoran kegawatan ekonomi global sekarang.

Sebelum ini, Siasah sudah dua keluaran berturut-turut mengutarakan agar politik damai dilaksanakan antara PR dan BN menjelang kegawatan ekonomi yang dialami negara.

"Langkah pendekatan baru mesti dimulakan dengan pendekatan pemulihan kepentingan nasional dari sudut perpaduan. Langkah terbaik ialah dengan Dialog Pemulihan Perpaduan," tulis Mujahid.

Laporan penuh dalam Siasah Jumaat ini.

3 comments:

zali said...

mujahid lagi...
tapi saya nengok dia ni ok la sket...

apa pun seperti yang telah di suarakan oleh ramai dalam siasah ni...

tak perlu semua tu kalau jadi berat sebelah.

dapat ke pemimpin parti politik melakarkan perpaduan dalam win-win position?

kalau dapat...saya sokong.

Pahlawan Hijau said...

saya rasa perkara ini susah sikit untuk dilaksanakan buat masa terdekay ini disebabkan 3 lagi pilihan raya kecil belum berakhir.

namun begitu sy juga berharap agar selepas pilihar raya kecil berakhir nanti kedua2 pihak terutamanya BN sebagai kerajaan Pusat perlu berdamai demi memastikan kestabilan politik akan kembali pulih dan seterusnya marilah sama2 kita berusaha kearah pemulihan ekonomi negara.

tp soalnya klu berdamai pn adakah dapat bertahan sampai PRU 13? ini yang menjadi persoalannya

moloyue said...

UMNO tak pernah mahukan dailog sebab ia adalah parti yang bongkak. UMNO hanya mahu menekan parti lawannya dengan menggunakan berbagai-bagai cara termasuk menggunakan Polis (lihat contoh dalam isu di Perak, mereka beratur di balai2 Polis untuk membuat laporan dan akhirnya speaker DUN Peraka dipanggil oleh Polis untuk diambil kenyataan). Lain drpd itu UMNO juga menggunakan rasuah dan akhir sekali tektik samseng - menggunakan samseng-samseng.

Pernah ke pemimpin UMNO spt PM atau TPM berdailog secara terbuka di tv spt calon2 presiden AS? Mereka asyik menyorok dibelakang media yg mereka kuasai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...