Berita terkini jam 12.40 tengahari
IPOH, 4 Feb: Berita angin sedang bergerak kencang kini kononnya Dun Perak akan dibubarkan secepat mungkin ekoran ketidakpastian yang berlaku di negeri itu.
Menurut sumber, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaludin telah memohon untuk menghadap Seri Paduka Sultan Perak bagi memohon perkenan agar Dun itu dibubarkan hari ini.
Bagaimanapun sehingga kini, MB Perak itu dikatakan masih belum membuat sebarang kenyataan rasmi mengenainya.
Beza satu kerusi
Tindakan SPR menolak surat dari Speaker Dun Perak, V Sivakumar yang memaklumkan kekosongan dua kerusi, Behrang dan Changkat Jering dan ketidaktentuan kedudukan Timbalan Speaker yang juga Adun DAP Jelapang, Hee Yit Fong dikatakan menyebabkan kerajaan negeri Perak memohon Dun dibubarkan.
Hee semalam tidak menyertai mesyuarat Pakatan Rakyat sejak Ahad lalu dan dikatakan sedang dipancing untuk menyertai MCA.
Ini bermakna, Pakatan hanya bergantung kepada satu kerusi sahaja dan ia sangat genting untuk kerajaan negeri yang ada kekal dan mandat semula dari rakyat diperlukan.
BN dikatakan belum mengumumkan penyertaan kedua-dua Adun yang disifatkan sebagai 'joker' oleh Datuk Seri Anwar itu kerana penyertaan mereka belum mencukupi kerana BN memerlukan sekurang-kurangnya tiga selepas penyertaan Adun Bota, Datuk Nasarudin Hashim ke PKR.
Pakatan kini mempunyai 30 kerusi manakala BN mempunyai 27 kerusi manakala bebas dua. Jika kedua-dua calon bebas mengisytiharkan sokongan kepada BN dan satu Adun Pakatan berjaya dibeli nescaya kerajaan negeri yang ada akan menjadi kerajaan minoriti.
4 mahu lompat ke PKR?
Bagaimanapun, ketika BN berusaha untuk mendapatkan lebih Adun untuk membolehkan mereka menjatuhkan kerajaan negeri, Siasah dimaklumkan, PKR juga sedang dalam proses untuk membawa masuk empat Adun BN ke pangkuan mereka.
Menurut sumber itu, satu mesyuarat khas Pakatan akan diadakan malam ini untuk membuat keputusan tersebut samada empat mereka akan menyertai Pakatan atau tidak.
17 comments:
satu perkembangan baru....
kalau bubar.... berentap cara gentleman....
biar rakyat nilai sendiri....
cuma sesuatu yang dibelakang tabir tu tak dapat diketahui... dapat dilihat cuma bayang2 sahaja....
pakatan rakyat kena bersedia all out sebab cabaran yang lebih getir....
Allah bersama orang yang benar....
Berita sangat baik! (kalau benar)
Ini lah peluang lebai jadi calun DAP.
Kali ni gerenti PAS tidak akan dapat jawatan MB Perak. Dah tentu 100% calun DAP dari kalangan ustaz dan ulamak yg menjawat jawatan MB Perak.
bubar jgn xbubar....
tgk sape betul sape salah..biar rakyat yg tentukan..
xhabis2 lebai mangkuk nie dgn mentaliti dia tu..
sedare kamal,
jangan berbahasa bodoh, nanti orang anggap ande bodoh, tapi ande memang bodoh - tak pernah kilas hujah lawan dgn cara ilmiah yg logik
PAS dan PKR sebenar nya dah kena perangkap DAP.
Bila DAP dah letak kan calun nya dari kalangan melayu(ustaz dan ulamak), PAS/PKR kena akur.
Melepas le peluang PKR/PAS sebagai MB yg menerajui Perak.
PAS/PKR dah jadi serba salah, nak undur - BN berkuasa semula.
Apa macam PAS/PKR? - kan ke dah kena kencing atas kepala.
Apa macam sedaer kamal,
boleh kilas dgn cara ilmiyah yg logik ana punya komen diatas?
PAS dan PKR sebenar nya dah kena perangkap DAP.
Bila DAP dah letak kan calun nya dari kalangan melayu(ustaz dan ulamak), PAS/PKR kena akur.
Melepas le peluang PKR/PAS sebagai MB yg menerajui Perak.
PAS/PKR dah jadi serba salah, nak undur - BN berkuasa semula.
Apa macam PAS/PKR? - kan ke dah kena kencing atas kepala.
--------------------------
DAP tak perangkap sapa2. Yang angkat Nizar jadi MB ialah Sultan Perak sendiri.
Apa-apa pun, biar rakyat Perak menentukan.
sdr OrangKB,
anda kena faham, apa yg Anon maksud kan itu bukan perkara yg lepas - berkenaan lantikan MB Nizar,
Tetapi berkenaan dgn perkara yg akan datang - PAS/PKR TIDAK ada peluang lagi untuk menjawat jawatan MB di Perak kerana DAP sudah mencalunkan orang melayu/Islam sebagai calun DAP - Ada faham ka?
kita tgk nanti adakah DAP akan mencalonkan org melayu!!
semua orang kata yang PAS akan terlepas jawatan MB kalau pilihanraya semula, kalau dalam PIlihanraya UMUM dulu yang paling banyak bertanding ialah PAS..cuma tak menang.
Kalau yakin dengan perubahan rakyat...pasti yang jadi MB ialah parti yang banyak kerusi dan aaaada calon yang kelayakan....sapa cakap PKR menang banyak kerusi atau DAP menang banyak kerusi....?!! nanti pilihanraya dulu..tengok sapa menang banyak dan ada calon berkelayakan
Berita terkini
petikan dari : malaysiakini.com
K'jaan Perak hampir lumpuh
Feb 4, 09 2:47pm
Semua Ahli Dewan Udangan Negeri (Adun) dan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dari Perak, telah diarahkan menemui Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya petang ini.
Najib pula dijadual akan mengadakan sidang akhbar khas pada jam 4 petang ini mengenai perkembangan semasa di Perak
Sementara itu, dua lagi Adun dari DAP dikatakan akan keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas.
Dengan itu, lima orang Adun Pakatan telah keluar parti dan menjadi calon bebas sehingga ini.
Ekoran itu, kerusi Pakatan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tinggal 27, sama dengan jumlah kerusi BN (27) dan lima Adun bebas.
Sebelum ini, dua Adun PKR - Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Osman Jailu (Changkat Jering) - telah keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas.
Dan hari ini, Adun DAP dari Jelapang - Hee Yit Foong - mengesahkan turut keluar parti dan menjadi Adun bebas.
Berita lanjut menyusul
Sebaiknya biar kuasa rakyat yang memutuskan siapa yang layak untuk mentadbir kerajaan negeri Perak.
Elok sangat la diadakan semula pilihanraya DUN Perak. Moga pihak yang benar akan mencapai kemenangan mutlak macam yang berlaku di Kelantan pada PRU12 yang lalu.
Moga Perak akan mendapat MB melayu yang bukan hanya bernama melayu saja tapi merosakkan bangsa sendiri dengan amalan rasuah, beli bini orang, terlibat zina, menggadai tanah, kayakan anak pinak dan kroni dan terang-terangan menolak hukum Allah.
Nama saja melayu islam tak cukup beb...
Silalah baca tafsir al-quran surah al-maaidah ayat 44, 45 dan 47 tu. Semoga kita mendapat hidayah.
Elok sangat la diadakan semula pilihanraya DUN Perak. Moga pihak yang benar akan mencapai kemenangan mutlak macam yang berlaku di Kelantan pada PRU12 yang lalu.
Moga Perak akan mendapat MB melayu yang bukan hanya bernama melayu saja tapi merosakkan bangsa sendiri dengan amalan rasuah, beli bini orang, terlibat zina, menggadai tanah, kayakan anak pinak dan kroni dan terang-terangan menolak hukum Allah.
Nama saja melayu islam tak cukup kalau tak faham rukun islam dan iman...
Silalah baca tafsir al-quran surah al-maaidah ayat 44, 45 dan 47 tu. Semoga kita mendapat hidayah.
Jika benar DUN negeri Perak akan di bubarkan, Pakatan Rakyat akan menemuai jalan sukar untuk berkuasa semul.
Dah terbukti jelas dan nyata PR GAGAL memerintah dgn baik sehingga kena bubar belum pun setahun jagung memerintah.
Rakyat harus sedar semasa BN memerintah perkara kecoh sebegini rupa tidak pernah berlaku.
Kegagalan PR ini akan membuat rakya sedar, serik dan insaf. Jangan 'pisang berbuah dua kali'.
Rakyat harus tolak PR secara total kerana kegagalan nya memerintah dgn baik.
lala
mmg benar dulu masa BN perintah xberlaku mcm ni sbb dulu xberlaku adun lompat parti.
skrg ni mcm dh jadi trend dan kebanggaan la pulak. pancing adun yg ada kes rasuah pulak tu. dah la umno la ni pon dah terpalit dgn kes rasuah (politik wang tu rasuah la kan?)
elok la ada pilihanraya semula. biar rakyat perak tentukan mana yang diorg mahu. baru le gentleman. bukan dengan cara lompat melompat, umpan tu umpan ni.
nampak sangat tak ada maruah.
Post a Comment