Blog analisis, komentar dan berita politik Malaysia. SiasahDaily bukan versi internet Siasah cetak dan tidak mempunyai hubungan dengan akhbar tersebut.
Saturday, February 28, 2009
Beliau mencadangkan pengalaman Habibie, Presiden Indonesia selepas Suharto, membentuk kerajaan perpaduan di negara itu dijadikan contoh ikutan.
Dalam kerajaan perpaduan itu, semua parti politik bersatu dalam kerajaan dan bekerja untuk matlamat bersama.
Kesan, Habibie walaupun memimpin Indonesia selama dua tahun sahaja tetapi peninggalannya berjaya membina semula Indonesia dalam konteks pencegahan rasuah, kebebasan media dan pembangunan ekonomi.
Presiden PAS berharap melalui pendekatan ini semua pihak akan bekerjasama untuk kepentingan negara bukan lagi untuk kepentingan parti masing-masing yang sempit.
Thursday, February 26, 2009
Berita sekitar perbahasan Dewan Rakyat
PAS desak perkuatkan institusi parlimen
Ahli Parlimen Bachok, Ustaz Nasharudin Mat Isa mendesak pihak kerajaan melakukan sesuatu penambahbaikan terhadap institusi parlimen yang sewajarnya menjadi tumpuan rakyat untuk mengetahui isu semasa negara.
Beliau yang juga Timbalan Presiden PAS menambah, apa yang berlaku sekarang ini parlimen tidak menjadi tempat rujuk oleh masyarakat dan rakyat yang baginya, keadaan ini amat mendukacitakan.
“Kita tidak mahu hanya keindahan fizikal sahaja dititik-beratkan sehingga dihias parlimen seperti hotel sedangkan keperluan untuk rakyat berminat untuk mengambil tahu diabaikan.
“Sedangkan parlimen adalah tempat yang sewajarnya berperanan besar seperti di negara-negara lain yang kemudahan kepada rakyat diutamakan,” katanya dalam ucapan menyokong usul menjunjung kasih.
Mahfuz ‘kilas’ ucapan Ahli Parlimen Kota Belud
Akibat tidak berhati-hati, celahan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan berjaya dikilas Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar sehingga tidak mampu berbuat apa-apa.
Abdul Rahman ketika itu mencelah ucapan Ahli Parlimen Kuala Krau, Ismail Said berkata, dulu ketika PBS dijatuhkan di Sabah, Anwar Ibrahim yang ketika itu masih di dalam BN berperanan membeli wakil rakyat di sana.
Ismail menjawab, beliau bersetuju dengan apa yang disebutkan oleh Abdul Rahman bahawa Anwarlah yang mengajar mereka dalam isu membeli wakil-wakil rakyat untuk melompat parti.
Ketika inilah, Haji Mahfuz bangun dan meminta persetujuan mereka, “Adakah wakil rakyat dari Sabah bersetuju bahawa ketika itu BNlah yang melakukan kerja-kerja membeli wakil rakyat PBS?
“Mana ahli parlimen Sabah, adakah semua bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Abdul Rahman yang Umno BN membeli wakil-wakil rakyat itu yang kini di dalam BN yang boleh disifatkan sebagai barang dagangan?,” soal Mahfuz menjadikan dewan riuh-rendah.
Ketua Pemuda PAS bangkitkan isu Bahasa Melayu
Ahli Parlimen Kubang Kerian yang juga Ketua Pemuda PAS Pusat, Haji Salahudin Ayub membangkitkan lagi isu Bahasa Melayu yang semakin menipis peranannya dalam negara ini.
Katanya, menurut dua ensaiklopedia Times yang ditulis pada 1993 dan New York Almanak (1997) menyatakan Bahasa Melayu mempunyai peluang besar menjadi antara 12 bahasa yang digunakan sebagai bahasa ilmu di dunia.
“Namun kerana BN terlalu tergopoh-gapah ingin juga mengajar pelajaran Sains dan Mathematik dalam Bahasa Inggeris menjadikan Bahasa Melayu surut ke belakang, bukan bergerak ke hadapan,” tegasnya sambil diganggu oleh penyokong BN.
Ketika diganggu Ahli Parlimen Kota Belud yang juga Setiausaha Pemuda Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang meminta semua pihak bersabar kerana kerajaan perlukan masa untuk membuat keputusan terbaharu.
Salahudin dengan pantas membidas, inilah falsafah mat rempit yang digunakan oleh BN yang tidak berfikir panjang ketika hendak lakukan, kemudian bila sudah terjatuh dan tercedera, barulah meminta agar berhati-hati.
Najib tidak bersifat negarawan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak bersifat negarawan berdasarkan tindakannya merampas kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, tegas Ahli Parlimen Kepong dari DAP, Dr Tan Seng Giaw.
Beliau menimbulkan perkara ini lantaran kebimbangan rakyat terbanyak tidak dapat menerima Najib sebagai perdana menteri pada masa akan datang.
“Sewajarnya beliau mesti bersikap sebagai seorang negarawan yang mampu mewakili senua golongan rakyat dalam negara ini, itulah maknanya menteri yang perdana, perdana kerana mewakili semua kalangan rakyat,” jelasnya.
Gobala cadang Ahli Parlimen BN ditarbiah oleh Tok Guru Nik Aziz
Ahli Parlimen Padang Serai (PKR) Gobalakrishnan mencadangkan Ahli Parlimen Kuala Krau, Ismail Said, Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan dan Ahli Parlimen Arau, Ismail Kassim agar ditarbiah oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
“Saya sanggup ambil cuti dan rela memandu membawa tiga orang ini ke kediaman Tok Guru untuk ditarbiah oleh beliau yang sudah 10 tahun saya mengenalinya dan mahir dalam hal mendidik,” tegas Gobala.
Cadangan ini berlaku ketika ketiga-tiga ahli parlimen BN itu mengganggu Gobala yang sedang berucap dalam sesi membahas ucul menjunjung kasih titah diraja.-- IBH
Wednesday, February 25, 2009
Sidang Dun Perak esok sah, kata Speaker
Menurut Siavakumar, berdasarkan Perlembagaan Perak, sidang tergempar Dewan itu pada Selasa ini (esok) adalah sah dan akan diadakan seperti yang telah ditetapkan.
Ini kerana, Speaker boleh memanggil sidang tergempar DUN tanpa memerlukan perkenan Sultan terlebih dahulu.
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Najib Razak juga berpandangan yang sama, sidang ini tidak sah
Menurut peguam Mohamed Hanipa Maidin, Speaker berhak memanggil sidang ini tanpa perlu perkenan Sultan.
Bagi beliau, Umno melakukan kesilapan apabila 'merampas kuasa' di Perak tanpa 'menculik' Speaker Dun.
Ini kerana, sebagaimana Sultan, Speaker juga mempunyai kuasa yang besar dalam menguruskan hal ehwal Dun Perak ini.
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa pula berkata, Najib tidak belajar dari bapanya, Tun Abdul Razak apabila melakukan rampasan kuasa di Perak.
"Tun Razak ketika mahu mengambil alih kuasa di Kelantan dahulu memastikan Speaker berada di pihak beliau terlebih dahulu," kata Husam kepada Siasah.
Oleh itu, katanya, sidang kali ini adalah sah tanpa memerlukan perkenan Sultan Perak.
Jika, Adun dari BN bercadang untuk memboikot sidang ini, Nga berkata, sidang ini tetap sah kerana korum yang ada mencukupi.
PAS yakin boleh menang di Bukit Gantang
"Insyaallah, kita akan menang," katanya dalam wawancara dengan beliau.
"Undi Melayu 40 peratus untuk kita itu tidak berubah. Selebihnya Umno, iaitu yang atas pagar, dia dapat sebab dia beli.
"Yang 40 peratus ini adalah pengundi tegar, tidak berganjak. Cuma yang kita nak, tambah dalam 20 peratus lagi untuk dapat 60 peratus," katanya.
Beliau berpendapat, undi bukan Melayu mungkin meningkat dengan perkembangan kerajaan negeri di Perak di mana kaum Cina dan kaum India memberi sokongan yang lebih meningkat.
"Kita pertahan undi yang dulu dan harap boleh tambah lagi pengundi-pengundi muda seperti di Kuala Terengganu," katanya.
Menurut beliau, pengundi muda di Kuala Terengganu mengundi PAS dalam pilihan raya kecil itu.
"Dan kita harap di pantai barat pun begitu. Kalau berlaku perubahan yang sama, kita mendapat kekuatan. Tetapi undi bukan Islam yang tidak berubah, bahkan lebih baik," katanya.
Nasib Eli akan diketahui selepas selesai siasatan polis
Sebarang keputusan hanya akan dibuat setelah siasatan selesai, kata satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Sekretariat Akhbar pejabat MB Selangor.
"Seperti mana yang telah dititah Tuanku Sultan, Kerajaan Negeri akan membuat keputusan yang adil serta mengambil kira kepentingan rakyat khasnya dan Negeri Selangor amnya," kata kenyataan itu.
Dalam kenyataan itu, Kerajaan Negeri juga amat berbesar hati dengan kebijaksanaan Tuanku Sultan dalam memberi pendapat tentang pencerobohan hak peribadi individu.
Sebagaimana titah Tuanku Sultan, perbuatan menceroboh hakperibadi seseorang individu adalah menyedihkan, lebih-lebih lagi jika ianya digunakan untuk kepentingan politik, kata kenyataan itu.
Monday, February 23, 2009
Pilihan raya kecil di Batang Ai, Sarawak
Beliau adalah Penolong Menteri untuk Sukan dan Pertanian Sarawak.
Batang Ai terletak di Lubuk Antu, dekat dengan Sri Aman. Bandar terdekat adalah Sibu. Antara hotel terkenal di sini adalah Hilton Batang Ai Long House.
Dalam pilihan raya lalu, Unting dari PRS telah menewaskan Nicholas Bawin Anggat dari Snap dengan majoriti 806 undi.
Unting mendapat 3,295 manakala Bawin mendapat 2,489 undi dalam kawasan pilihan raya yang pengundi majoritinya adalah Iban ini.
Bawin kemudiannya menyertai PKR dan kini adalah Timbalan Pengerusi PKR Sarawak.
Pilihan raya kecil ini dijangka menjadi ujian pertama untuk PKR di Sarawak selepas menjadikan negeri itu sebagai sasarannya selepas pilihan raya umum Mac 2008 lalu.
Mujahid cadang dialog pemulihan perpaduan antara parti politik
Mujahid yang juga AJK PAS Pusat yang juga Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional parti Islam itu membuat cadangan ini dalam satu tulisannya yang dihantar kepada Siasah hari ini.
Sebelum ini, Siasah sudah dua keluaran berturut-turut mengutarakan agar politik damai dilaksanakan antara PR dan BN menjelang kegawatan ekonomi yang dialami negara.
"Langkah pendekatan baru mesti dimulakan dengan pendekatan pemulihan kepentingan nasional dari sudut perpaduan. Langkah terbaik ialah dengan Dialog Pemulihan Perpaduan," tulis Mujahid.
Laporan penuh dalam Siasah Jumaat ini.
Sikap PAS Selangor dalam isu SPRM dan MB Selangor
c) Supaya Menteri Besar Selangor tidak menjadi mangsa kerakusan mana-mana pihak untuk mengganggu gugat kestabilan negeri Pakatan Rakyat;
Ketua Eksekutif PNSB diminta bercuti
Tindakan ini diambil oleh Lembaga Pengarah PNSB selepas mengenal pasti beberapa kelemahan dan kesalahan dalam penyimpanan rekod perakaunan syarikat milik Perbadanan Menteri Besar itu.
Antara rekod-rekod yang disyaki terlibat termasuk penyerahan dokumen kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan urusniaga pembelian serta penjualan hartanah di Mekah diantara tahun 2006-2007.
Demikian beritahu Sekretariat Akhbar, Pejabat MB Selangor dalam kenyataannya hari ini.
Menurut kenyataan itu, kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor sangat mementingkan ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam menjalankan pentadbiran Kerajaan serta pengendalian anak-anak syarikat Kerajaan Negeri.
Baru-baru ini, katanya, Dato’ Menteri Besar Selangor selaku Pengerusi Perbadanan Menteri Besar Selangor telah mengenal pasti beberapa kelemahan dan kesalahan dalam penyimpanan rekod perakaunan syarikat PNSB.
Keputusan ini untuk menunjukkan kesungguhan Kerajaan Negeri dalam dalam soal memantau selia, kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam segala urusan pentadbiran Kerajaan Negeri dan semua agensi, badan berkanun, pihak-pihak berkuasa dan pertubuhan yang berkaitan dengan atau di bawah pentadbiranKerajaan negeri Selangor selaras dengan dasar “Merakyatkan Ekonomi Selangor”, kata kenyataan media itu.
Perlukah politik damai PR - BN diwujudkan?
Naib presiden PAS, Mohammad Sabu ketika mengulas perkembangan politik di Perak turut bersetuju diadakan understanding politic antara Pakatan dan BN untuk mengawal situasi negeri yang semakin tidak stabil.
Najib yang kluk klek
"Mula-mula lulus, kemudian tarik balik, lepas itu lulus pula dan kini tolak pula," kata seorang pembaca ketika mengulas pengumuman Najib mengenai rancangan lapangan terbang tambang murah di Labu, Negeri Sembilan.
Kluk klek adalah loghat Terengganu yang bermakna tidak tetap pendirian atau flip flop dalam bahasa Inggerisnya.
Sebelum ini, semasa pilihan raya kecil Terengganu, beberapa hari sebelum pilihan raya kecil itu, BN menaikkan kain-kain rentang yang menyerbut perkataan 'kluk klek' bagi menyerang kononnya ia sikap PAS.
Namun, ia hanya disifatkan sebagai serangan di saat-saat akhir BN terhadap PAS dan ditolak oleh pengundi apabila PAS menang dengan majoriti 2613 di Kuala Terengganu.
Apabila Tun Dr Mahathir menyerang rancangan pembinaan lapangan terbang tambang murah di Labu, pendirian Najib dilihat berubah mengenainya dan semalam memutuskan ia ditolak sepenuhnya.
Wednesday, February 18, 2009
Pakatan akan menang di dua bukit, ramal Bridget Welsh
"Saya ramalkan PAS akan menang di Bukit Gantang lebih sikit dari yang mereka menang dalam pilihan raya umum yang lalu....mungkin 2,000 majoriti," kata Welsh kepada Siasah.
Welsh memberikan tiga sebab kenapa beliau meramalkan PAS akan menang di Bukit Gantang dan PKR akan menang di Bukit Selambau.
Pertama, memang kerusi itu kini dipegang oleh PAS dan PKR dan dengan suasana politik yang ada, belum ada tanda-tanda pengaruh kedua-duanya merosot sejak pilihan raya Mac 2008 lalu.
"Walaupun PAS berdepan dengan Kuala Terengganu yang telah di menangi oleh Umno dalam pilihan raya umum lalu, dia boleh menang di Kuala Terengganu dalam pilihan raya kecil baru-baru ini," katanya.
Sebab kedua yang diberikan oleh Welsh adalah para pemimpin Umno sedang berada dalam mood berperang sesama sendiri sekarang iaitu menjelang perhimpunan agung mereka Mac depan.
Mereka hanya akan fokus ke kedua-dua pilihan raya ini selepas itu yang sudah pasti sudah agak lewat berbanding dengan PAS dan PKR.
Sebab ketiga yang diberikan oleh Welsh adalah kesepakatan dalam Pakatan Rakyat kelihatan semakin baik selepas Kuala Terengganu.
Ini akan membolehkan pemimpin mereka bekerjasama dengan baik dalam dua pilihan raya kecil ini, katanya lagi.
Bagaimanapun, Welsh memberikan beberapa cabaran yang seharusnya ditangani dengan baik oleh Pakatan Rakyat dalam pilihan raya ini.
"Mereka perlu memberikan mesej yang jelas kepada rakyat dalam pilihan raya ini. Oleh kerana ini kawasan luar bandar berbanding Kuala Terengganu, politik wang sangat berkesan di sini," katanya.
Khususnya di Bukit Gantang, Welsh mengingatkan, Umno akan menggunakan isu Melayu dan derhaka kepada sultan dalam pilihan raya ini.
"PAS khasnya perlu menggunakan kempen yang positif dalam hal ini dan berhati-hati," katanya.
Beliau juga berkata, calon PAS dalam pilihan raya Bukit Gantang sangat penting kerana PAS memerlukan sokongan penuh dari DAP dan PKR di Bukit Gantang bagi memenangi hati semua pengundi.
"Jika PAS tersalah memilih calon, ia akan menyukarkan DAP dan PKR untuk bekerja sepenuhnya untuk memenangkan PAS," kata Welsh lagi.
Anwar kemuka bukti BN ugut dan ancam Adun Pakatan agar lompat parti
Ketiga-tiga bukti itu adalah rakaman CCTV, peluru hidup dan penculikan. Namun, Anwar mendakwa, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak berminat dengan bukti-bukti ini.
Anwar berkata demikian ketika membahaskan ucapan titah Yang Dipertuan Agung di Dewan Rakyat hari ini.
Dalam kes CCTV, Anwar berkata, pihaknya dengan kerjasama SPRM telah memasang CCTV untuk merakam perbualan antara Adun Kulim, Lim Soo Nee dari PKR dengan bekas MB Kedah, Datuk Seri Mahatzir Khalid.
Rakaman itu dibuat di sebuah hotel di Seberang Jaya, Pulau Pinang yang menunjukkan Mahatzir dan Adun itu.
Kata Anwar, agen kepada Mahatzir telah menawarkan Lim Soo Nee RM5 juta untuk melompat parti dan menyertai BN.
Lim, kata Anwar, telah menolak tawana itu dan membuat laporan polis kemudiannya tetapi tidak ada tindakan sehingga kini.
Anwar mendakwa, Adun Bukit Selambau, V Arumugan telah diugut dengan bermacam cara termasuk ugutan bunuh sebagaimana yang dialami oleh bekas Adun Lunas, Joe Fernandez yang mati dibunuh jika kekal dengan aktiviti politiknya.
Anwar mendakwa, semua laporan ini tidak diambil tindakan oleh polis dan SPRM selepas mendapat tekanan dari pemimpin atasan BN.
Malaysia bakal ada kerajaan perpaduan?
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkifli Ahmad berkata, kerajaan sebegitu akan menjadi pilihan selepas masing-masing pihak sedar mereka perlu bersatu dan memikirkan sesuatu yang lebih besar untuk negara dan rakyat.
Dr Dzul yang juga anggota Parlimen Kuala Selangor mengulas laporan Siasah sebelum ini yang menuntut satu genjatan senjata politik diambil selepas pilihan raya beberapa bukit ini selesai nanti.
Genjata senjata ini perlu untuk membolehkan semua pihak bersatu demi kepentingan yang lebih besar iaitu untuk menghadapi krisis ekonomi yang bakal melanda negara ekoran krisis ekonomi dunia sekarang.
Laporan penuh dalam Siasah Jumaat ini.
Sokong politik damai
Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Awang tidak menolak jika diwujudkan persefahaman politik antara Kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan Kerajaan Pakatan Rakyat supaya kerajaan masing-masing tidak diganggu gugat antara satu sama lain sehingga menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Bagaimanapun persefahaman tersebut mestilah berasaskan kefahaman demokrasi, hormat menghormati dan keikhlasan.
“Kita tidak menolak jika ada pihak berusaha mewujudkan persefahaman politik (antara Pakatan dengan BN) supaya kerajaan yang ada tidak dikacau antara satu sama lain. Kami bersetuju tetapi persefahaman itu mestilah berasaskan lunas-lunas yang betul”.
Abdul Hadi berkata demikian ketika menjawap pertanyaan pemberita pada sidang akhbarnya selepas berucap menutup program Ekspo Penerangan PAS Temerloh 2009 di Darul Amin Sungai Gau, dekat sini 15 Februari lalu.
Laporan penuh dalam Siasah Jumaat ini.
Elizabeth tidak salah, penceroboh yang salah, kata Nik Aziz
"Dari apa yang saya faham berdasarkan laporan akhbar, gambar itu diambil oleh penceroboh yang memasuki rumahnya. Jadi tidak dia yang salah tetapi penceroboh itu.
"Dalam Islam, kita bebas untuk berbuat apa sahaja ketika kita bersendirian dalam rumah kita. Kita boleh buka aurat kita atau menutupnya," kata Nik Aziz ketika ditemui media di rumah rasminya, JKR 10.
Sehubungan itu, beliau menyokong tindakan Elizabeth untuk menawarkan diri meletakkan jawatan sebagai Exco tetapi tidak sebagai Adun.
Bagi beliau, tawaran meletakkan jawatan sebagai Exco itu boleh mengurangkan beban kerajaan negeri.
"Jika dia mahu meletakkan jawatan sebagai Exco, itu masalah dia dengan kerajaan negeri. Saya serahkannya kepada kerajaan negeri untuk membuat keputusan.
"Bagaimanapun saya tidak bersetuju kalau dia mahu meletakkan jawatan sebagai Adun kerana ia akan menimbulkan banyak masalah.
"Duit dan tenaga yang banyak terpaksa dihabiskan untuk pilihan raya kecil dan pengundi akan marah kerana mereka dipaksa mengundi semula," katanya.
Tuesday, February 17, 2009
Mohd Abdul Wahid Endut angkat sumpah
Wahid menang dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu 17 Januari lalu selepas mengalahkan calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dengan majoriti 2,631 undi.
GMP serah memo bantah PPSMI
MB pohon menghadap Sultan Selangor
Tan Sri Khalid Ibrahim dalam kenyataannya berkata, beliau akan memaklumkan perkara ini kepada Sultan dan memohon pandangan baginda mengenainya.
Beliau memaklumkan telah menerima surat penawaran untuk meletakkan jawatan sebagai Exco dan juga Adun dari Eli pagi ini.
"Elizabeth Wong adalah seorang ahli Exco contoh," kata Khalid dalam kenyataannya.
Dalam kenyataan itu, Khalid turut melahirkan rasa kesalnya dengan pihak tertentu yang sanggup menggunakan taktik seburuk itu untuk memburuk-burukkan nama baik dan intergriti sesaorang.
"Saya yakin rakyat Malaysia khasnya Selangor akan menolak taktik yang memalukan ini dan menyertai saya untuk mengecam tindakan pihak yang desparado ini," katanya.
Eli tawarkan diri letak jawatan
Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong menawarkan diri untuk meletakkan jawatan untuk kepentingan partinya hari ini.
"Saya tidak malu dengan gambar saya tetapi saya menawarkan diri untuk melepaskan jawatan demi kepetingan parti saya," kata Exco kerajaan negeri Selangor itu sambil menangis dalam sidang media di Pejabat PKR jam 11.40 pagi tadi.
Turut hadir dalam sidang media ini adalah ketua Wanita PKR yang juga ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, exco negeri, Teresa Kok dan Xavier Jayakumar, serta naib presiden PKR, R Sivarasa.
Surat permohonan peletakan jawatan Eli telah dihantar ke pejabat Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pagi ini.
"Saya akan berbincang dengan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk mengaturkan urusan penyerahan tugas-tugas saya. Saya akan terus berkhidmat untuk rakyat dan berjuang untuk keadilan," katanya.
MB Selangor dikatakan telah membuat permohonan kepada Istana Selangor untuk menghadap petang ini bagi mendapatkan nasihat dari baginda Sultan Selangor.
"Jika Sultan minta dia berhenti, maka Eli katanya akan bersetuju untuk berhenti," kata sumber itu.
Jika Eli memutuskan untuk berhenti sebagai Adun, dia perlu menulis surat kepada Speaker Dun Selangor.
Untuk jawatan Exco kerajaan negeri pula, dia perlu mengutuskan surat kepada MB Selangor.
Eli sedang menghadpi masalah ekoran penyebaran gambar beliau dalam keadaan separuh bogel.
Gambar itu dikatakan diambil oleh bekas teman lelakinya ketika beliau sedang tidur di dalam bilik tidur di rumahnya.
Dalam pilihan raya umum lalu, Eli menang dengan majoriti 5,155 undi di Bukit Lanjan. Beliau memperolehi 12,125 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dari Gerakan, Yong Dai Ying, yang mendapat 6,970 undi.
Sementara itu, jika berlaku kekosongan, antara calon PKR yang disebut-sebut ialah bekas pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan yang juga bekas timbalan menteri, Dr Tan Kee Kwong.
Dr Tan yang pernah menjadi anggota Parlimen Segambut telah menyertai PKR Ogos tahun lalu.
Seorang lagi calon yang disebut-sebut adalah bekas ketua wanita MCA Klang dan bekas ahli Parlimen Klang, Dr Tan Yee Kew, yang juga menyertai PKR tahun lalu.
Sementara itu, Adun Kajang, Lee Kim Sin dari PKR disebut-sebut akan dilantik mengisi jawatan exco yang dikosongkan oleh Elizabeth.
Turut dipertimbangkan untuk mengisi jawatan tersebut ialah Adun Rawang, Gan Pei Nee.
Elizabeth Wong: Adakah tidur tanpa baju di bilik tidur sendiri satu kesalahan?
Bagi Khalid, kalau Eli dipaksa atau didesak meletak jawatan, maka mereka yang menganiayanya akan mencapai kehendak mereka.
Monday, February 16, 2009
Kenyataan media Elizabeth Wong
Saya dimaklumkan bahawa beberapa orang cuba menyebarkan foto/video yang menunjukkan saya tidur dalam keadaan separuh bogel dan juga dalam posisi intim.
Penyebaran dan penerbitan foto/video tersebut satu serangan berniat jahat terhadap keperibadian saya. Ia merupakan pencabulan maruah saya, satu pelanggaran ruang peribadi saya dan terutamanya, kekudusan kehidupan peribadi saya. Ia juga perbuatan mereka yang tidak berakhlak untuk memalukan saya dan mencemar nama baik saya.
Saya menjadi mangsa perbuatan tersebut.
Saya telah membuat laporan polis semalam berhubung perkara itu dan saya akan bekerjasama sepenuhnya dengan polis dalam menjalankan siasatan mereka. Oleh itu, saya tidak akan membuat sebarang spekulasi secara terbuka tentang siapakah mereka yang bertanggungjawab menceroboh ruang peribadi saya.
Saya telah menerima banyak sokongan daripada penyokong saya, rakan dan penduduk di kawasan pilihanraya saya. Saya ingin mengucapkan terima kasih atas keprihatinan, sokongan dan galakan mereka.
Anggota keluarga saya juga berdiri teguh di belakang saya. Saya ingin merayu kepada pihak media supaya memberi saya dan anggota keluarga saya ruang keselesaan dalam menghadapi keadaan mencabar ini supaya saya boleh memikul cabaran berat ini.
Buat masa ini, saya akan menjalankan tugas seperti biasa, terus berkhidmat dengan jujur kepada rakyat Selangor.
Elizabeth Wong Keat Ping
Adun Bukit Lanjan
Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Hal Ehwal Pengguna
Kerajan Negeri Selangor
Jika anda Elizabeth, apa yang ada akan lakukan?
SHAH ALAM, 16 Feb: Apa yang anda akan buat jika anda sedang tidur di bilik tidur rumah anda, tiba-tiba sesaorang telah mengambil gambar anda yang terdedah di sana sini itu.
Beberapa hari lalu, beberapa akhbar di negara ini mula menerima gambar tidak sopan Elizabeth itu.
Menyedari hal ini, malam tadi Eli telah membuat laporan polis di Petaling Jaya dan meminta polis menyiasat hal ini.
Ekoran kejadian ini juga, Exco Selangor itu dikatakan menerima tekanan dari pihak-pihak tertentu agar meletakkan jawatannya sebagai Adun bahkan ada yang mendesak beliau meninggalkan partinya.
"Ini adalah isu moral, samada gambar itu diambil dengan kehendaknya atau tidak, itu soal lain.
"Saya tidak boleh menerima seorang Adun yang dipertikaikan moralnya," kata Khir sebagaimana yang dilaporkan Malaysiainsider.com.
Saturday, February 14, 2009
Haram ceramah tindakan penakut, kata Presiden PAS
Bagi beliau, itu satu tindakan yang pengecut, yang penakut. Sedangkan dia mempunyai kebebasan media yang masuk kedalam tiap-tiap buah rumah. Itu satu tindakan yang ‘double-standard’ yang tidak demokratik, yang bercanggah dengan amalan demokrasi yang maju.
Beliau berkta demikian dalam sidang media selepas majlis ceramah untuk dana Palestin di Batu Enam, Kuala Terengganu baru-baru ini.
Berikut adalah transkrip penuh sidang media itu:
Bagaimana keadaan di Perak sekarang ?
Di Perak kita tunggu proses pilihanraya yang akan diumumkan esok dan InsyaAlllah kita akan masuk pilihanraya atas nama Pakatan Rakyat. Di Bukit Selambau Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan bertanding dan di Bukit Gantang, PAS akan bertanding. Ini akan menunjukkan kerjasama yang lebih mantap
Bagaimana pula keadaan calon-calon ?
Calon-calon kita akan lihat pandangan daripada bawah dan pandangan semua pihak. Setakat ni dah ada beberapa nama yang dikemukakan, adalah 4, 5, 6 orang, kita akan pertimbangkan, tempatan pun ada luar pun ada, kita akan lihat dari segi sejauh mana kaji selidik yang akan dihasilkan daripada bawah.
Komen Datuk Seri tentang pengharaman ceramah
Itu satu tindakan yang pengecut, yang penakut. Sedangkan dia mempunyai kebebasan media yang masuk kedalam tiap-tiap buah rumah. Itu satu tindakan yang ‘double-standard’ yang tidak demokratik, yang bercanggah dengan amalan demokrasi yang maju. S – Jadi PAS akan terus ceramah ? J – Itu mengikut kesesuaian.
Kalau dia tidak benar ceramah, kempen macamana ?
Saya rasa ia takkan berlaku tak benarkan ceramah, InsyaAllah akan dibenarkan.
Apa saranan kepada penyokong-penyokong Pakatan Rakyat di Perak
InsyaAllah kita akan menghadapi pilihanraya dengan bijak, dengan baik, dapat menjaga tatatertib, sebagaimana yang kita lakukan di Kuala Terengganu. Dan InsyaAllah kita tidak akan terpengaruh dengan kalangan yang melakukan provokasi.
Tarikh pilihan raya kecil bukti SPR tidak bebas
"Kenapa SPR perlu tarik hingga betul-betul 60 hari baru adakan pilihan raya kalau tidak memenuhi keperluan Umno?" kata Azmin Ali, Naib Presiden PKR dalam kenyataannya.
SPR menetapkan 28 Mac sebagai tarikh penamaan calon dan 7 April sebagai tarikh pengundian untuk kedua-dua pilihan raya kecil itu.
Ia bersesuaian dengan tarikh perhimpunan agung Umno yang menentukan peralihan kuasa presidennya dari Datuk Seri Abdullah Badawi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak pada 24 hingga 27 Mac ini.
"Bagi saya, SPR jelas tidak bebas apabila menetapkan tarikh pilihan raya ini sedemikian rupa," kata Azmin dalam forum Kanta Media anjuran Tvantara.com dekat sini semalam.
Dua lagi penal forum itu adalah Dr Dzulkefli Ahmad, anggota Parlimen Kuala Selangor dan Zulkifli Sulong dari Siasah.
PAS bimbang nama baik sultan tercemar
Demikian kata Dr Mujahid Yusof Rawa, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS dalam kenyataannya.
Berikut adalah kenyataan penuh beliau:
Krisis di negeri Perak telah menggemparkan rakyat Malaysia dan membawa kesan yang buruk kepada usaha menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Kesan daripada krisis ini juga telah mengheret institusi raja kepada tanggapan yang boleh mencemarkan nama baik raja yang dianggap sebagai payung rakyat. Umno dan BN pula dianggap sebagai pencetus kepada keadaan huru-hara pentadbiran kerajaan Negeri Perak di mana rakyat negeri Perak menjadi mangsa rakus politik ala ‘perompak’ BN /Umno.
Kami merakamkan rasa kesal yang amat sangat kepada apa yang berlaku di negeri Perak dan merayu pihak yang mencetuskan keadaan ini supaya bersikap rasional dalam membuat percaturan politik dan mengecam politik gangsterism yang telah menafikan hak rakyat Perak yang telah memilih kerajaan pilihan
mereka.
Kebimbangan kami berasaskan kepada beberapa amalan politik tidak bertamadun antaranya;
1. Menculik , mengugut dan menyiksa secara mental ADUN yang terlibat supaya meninggalkan Pakatan Rakyat dalam usaha menjatuhkan kerajaan sah Pakatan Rakyat.
2. Mengamalkan budaya rasuah dengan membeli 3 ADUN Pakatan Rakyat sebagai ganjaran mereka meninggalkan parti yang mereka menang dalam PRU yang lalu.
3. Politik dendam kesumat dan benci sehingga sanggup melakukan apa sahaja walaupun dengan cara yang kotor dan tidak bertamadun.
4. Amalan bacul yang berselindung di sebalik istana, polis dan media bagi menutup pekong mereka sehingga rakyat hilang kepercayaan kepada institusi yang sifatnya melindungi kepentingan awam bukan parti tertentu.
5. Amalan politik perkauman yang mencetuskan ketegangan kaum melalui fitnah dan penipuan seolah Pakatan Rakyat anti raja dan anti Melayu.
6. Media menjadi alat menyebarkan fitnah, pembohongan dan penipuan bagi memenuhi kehendak agenda Umno/BN sehingga hilang kredebiliti pemberitaan yang professional.
Oleh itu, penyelesaian yang adil bagi menamatkan krisis yang berlaku perlu dikembalikan kepada landasannya yang sahih. Landasan itu hendaklah mengembalikan mandat rakyat supaya diberi peluang menentukan parti manakah yang mereka akan pilih unuk mewakili mereka di DUN.
Sebagaimana kami menegaskan juga bahwa kami tidak menentang Raja atau tidak menghormati Institusi Istana, kami Cuma menuntut supaya mandat rakya dikembalikan bagi menyelamatkan kecelaruan yang berlaku kerana tindakan tidak demokratik BN/Umno dalam memenuhi nafsu politik yang tidak mengenali batasan batasan amalan politik matang dan waras.
Akhirnya kami menyeru supaya rakyat Perak khususnya bertenang menghadapi ujian perit dan konsisten dalam tuntutan mereka untuk mendapat mandat baru dan tidak melakukan sesuatu hasil daripada provokasi pihak-pihat tertentu yang sememangnya mahu kita bertindak di luar undang-undang.
Friday, February 13, 2009
Nizar saman Zambry di Mahkamah Tinggi KL
Beliau menamakan Datuk Dr Zambry yang mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar baru-baru ini sebagai satu-satunya defendan dalam kes itu.
Saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan diiringi lebih 100 penyokongnya sambil melaungkan Allahu Akhbar dan Hidup Rakyat.
Saman itu bertujuan memohon mahkamah agar mengisytiharkan kerajaan BN Perak itu tidak sah.
Beliau diwakili Mohamed Hanipa Maiden dalam samannya itu.
Tengahari ini, Nizar akan bersembahyang Jumaat di Masjid Kampung Baru sambil bertemu penyokongnya di situ.
Bercakap lanjut pada sidang media selepas memfailkan saman pada jam 11.30 pagi tadi, Nizar menegaskan beliau dan ahli Exco memfailkan saman untuk menuntut hak mereka selaku kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat Perak pada pilihan raya umum lalu secara sah.
"Umno/BN telah melaksanakan rampasan kuasa jadi untuk itu saya ambil tindakan mahkamah untuk menuntut deklerasi atau isytihar perintah bahawa saya adalah dari setiap masa dan material masih MB Perak," tegasnya.
Perintah deklarasi ini katanya sejajar dengan tafsiran fasal 16 (6) daripada Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, katanya.
Pilihan raya dua bukit pada 7 April, penamaan calon 29 Mac
Pengerusi SPR, Datuk Abdul Aziz berkata, tarikh penamaan calon untuk kedua-dua pilihan raya itu adalah 29 Mac manakala hari mengundi adalah 7 April.
PAS serah RM500,000 pertama untuk Hamas
Semalam, PAS telah menyerahkan RM500,000 pertama kutipan itu kepada jurucakap kanan Hamas, Sami Abu Zuhri dalam satu majlis makan tengahari dengannya di sebuah hotel dekat sini.
Naib Presiden PAS, Ahmad Awang telah menyampaikan sumbangan itu bagi pihak PAS selepas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak dapat menyertainya di saat akhir.
Turut serta di majlis itu adalah Pengerusi Harakah, Datuk Mustafa Ali dan Pengarah Urusan Harakah, Datuk Kamarudin Jaffar.
Di majlis itu sahaja, lebih RM400,000 berjaya dikumpulkan oleh Harakah untuk disumbangkan kepada Hamas.
"Kami menyerahkan wang ini kepada Hamas kerana merekalah sebenarnya yang memperjuangkan nasib rakyat Palestin sekarang," kata Mustafa di majlis itu.
Sami Abu Zuhri pula melahirkan terima kasihnya atas kepercayaan PAS dan lain-lain pihak di Malaysia terhadap Hamas.
Tuesday, February 10, 2009
Kenyataan media Elizabeth Wong
Saya dimaklumkan bahawa beberapa orang cuba menyebarkan foto/video yang menunjukkan saya tidur dalam keadaan separuh bogel dan juga dalam posisi intim.
Penyebaran dan penerbitan foto/video tersebut satu serangan berniat jahat terhadap keperibadian saya. Ia merupakan pencabulan maruah saya, satu pelanggaran ruang peribadi saya dan terutamanya, kekudusan kehidupan peribadi saya. Ia juga perbuatan mereka yang tidak berakhlak untuk memalukan saya dan mencemar nama baik saya.
Saya menjadi mangsa perbuatan tersebut.
Saya telah membuat laporan polis semalam berhubung perkara itu dan saya akan bekerjasama sepenuhnya dengan polis dalam menjalankan siasatan mereka. Oleh itu, saya tidak akan membuat sebarang spekulasi secara terbuka tentang siapakah mereka yang bertanggungjawab menceroboh ruang peribadi saya.
Saya telah menerima banyak sokongan daripada penyokong saya, rakan dan penduduk di kawasan pilihanraya saya. Saya ingin mengucapkan terima kasih atas keprihatinan, sokongan dan galakan mereka.
Anggota keluarga saya juga berdiri teguh di belakang saya. Saya ingin merayu kepada pihak media supaya memberi saya dan anggota keluarga saya ruang keselesaan dalam menghadapi keadaan mencabar ini supaya saya boleh memikul cabaran berat ini.
Buat masa ini, saya akan menjalankan tugas seperti biasa, terus berkhidmat dengan jujur kepada rakyat Selangor.
Elizabeth Wong Keat Ping
Adun Bukit Lanjan
Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Hal Ehwal Pengguna
Kerajan Negeri Selangor
Suara Keadilan dirampas mulai kes Najib tidak tunai janji
Demikian kata Ketua Pengarangnya, Zulkifli Anwar kepada Siasah sekejap tadi.Menurut Zulkifli, KDN telah mula merampas SK sejak keluaran itu hingga kini.
Yang menariknya, kata beliau, hanya dua atau tiga naskah sahaja dirampas bagi setiap kedai dan dibuat di seluruh negara. Di setiap rampasan itu pula diberikan surat kenapa akhbar itu dirampas.
"Saya syak, langkah ini bertujuan menakut-nakutkan penjual akhbar agar jangan menjual SK di kedai mereka," kata Zulkifli.
BN dapat balasan selepas persempadanan semula 2002, kata Zaid Ibrahim
Bagi beliau, selepas kehilangan banyak kerusi kepada PAS dalam pilihan raya 1999, BN telah membuat persempadanan semula kawasan pilihan raya pada tahun 2002 untuk mengurangkan kawasan majoriti Melayu.
Kesannya, dalam pilihan raya 2004, banyak kerusi PAS telah hilang dan BN berjaya menawan balik kerusi-kerusi itu.
Namun, apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi gagal melaksanakan banyak janjinya, banyak kerusi-kerusi itu hilang kembali dalam pilihan raya 2008.
Ini berlaku apabila kerusi Melayu dimenangi oleh PAS, kerusi campuran dimenangi PKR dan kerusi majoriti Cina dimenangi DAP.
Laporan penuh dalam Siasah Jumaat ini.
Mahkamah tarik balik waran tangkap
IPOH, 10 Feb: Mahkamah Majistret Ipoh petang ini telah menarik balik waran tangkap yang dikeluarkan terhadap Adun Changkat Jering, Mohd Osman Jailu setelah diberitahu peguamnya Osman baru keluar dari Hospital Selayang dan tidak sempat ke mahkamah.
Mahkamah itu juga bercadang mengeluarkan waran tangkap kepada Adun Behrang, Jamaludin Md Radzi tetapi peguam beliau memberikan sijil sakitnya.
Waran juga dikeluarkan terhadap tertuduh yang lain termasuk Usaili Alias, pemimpin PKR Perak yang menghadapi tuduhan yang sama.
Kesemua mereka didakwa kerana memberikan rasuah untuk satu projek bernilai jutaan ringgit. Mereka didakwa menjelang pilihan raya Permatang Pauh sebelum ini.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan di Restoran Kluang Station Cafe di Medan Istana, Ipoh dan di Aquarias Restaurant & Bar, Tingkat 4, Summit Hotel, Bukit Mertajam, Pulau Pinang antara 14 hingga 19 Ogos tahun lepas.
Kedua-dua Adun itu, Behrang dan Changkat Jering, keluar dari PKR dan menjadi calon bebas. Kedua-duanya juga bersama Adun Jelapang dari DAP, yang turut menjadi Adun bebas telah ke Istana Kinta dan dipercayai memaklumkan kepada Sultan Perak mereka menyokong BN untuk membentuk kerajaan baru.
Ekoran itu, Sultan Perak telah memperkenankan agar BN membentuk kerajaan baru di Perak. Langkah ini dibantah Pakatan Rakyat kerana ketiga-tiga mereka dikatakan telah meletakkan jawatan dan sudah tidak layak memberikan sokongan kepada BN.
Adun Jelapang bakal dapat Camry?
Untuk itu, dalam majlis angkat sumpah hari ini, hanya enam sahaja Exco yang akan mengangkat sumpah iaitu Hamidah Osman, Datuk Ramly Zahari, Dr Mah Hang Soon, Datuk Saarani Mohamed, Mohd Zahir Abdul Khalid dan Zainol Fadzi Paharudin.
Menurut sumber, Umno mengosongkan tiga kerusi Exco untuk 'memancing' mana-mana Adun Pakatan yang sedia menyertainya agar kerajaan yang dibentuk lebih stabil.
Lagi akan menyusul.
Monday, February 9, 2009
Pilihan raya kecil di Perak
Menurut maklumat, Roslan keluar dari rumahnya dengan bebasikal tanpa membawa talipon bimbit pagi ini dan terjatuh semasa mengayuh basil berdekatan dengan stesen minyak Petronas di Pekan Batu Gajah.
Dengan kematian ini, satu pilihan raya kecil terpaksa diadakan. Adalah dipercayai Speaker Dewan Rakyat secara rasmi akan memaklumkan kepada SPR berlaku kekosongan di kerusi Parlimen Bukit Gantang itu dan dalam masa 60 hari SPR dijangka akan mengadakan pilihan raya kecil.
Di Kedah, jika perletakan jawatan Adun PKR Bukit Selambau yang juga Exco kerajaan negeri, V Arumugan diterima, maka satu pilihan raya kecil juga terpaksa diadakan.
Namun sehingga kini, beliau hanya membuat pengumuman di media sahaja ekoran tekanan kuat terhadapanya. Arumugan masih belum menyerahkan surat itu kepada PKR ataupun kepada Dewan Undangan Negeri.
Namun menurut sumber PKR, beliau menerima tekanan hebat dengan pelbagai cara agar meninggalkan PKR dan menyertai BN namun situasi beliau agak sukar untuk membuatkannya menyertai BN.
Ini kerana, kebanyakan penyokong beliau yang berada di estet dan berpegang kepada prinsip makkal sakhti tidak akan mengizinkan perkara itu berlaku bahkan akan mengancam nyawa beliau jika menyertai BN.
Untuk itu, beliau dinasihatkan bercuti untuk mengelakkan tekanan itu.
Dengan kematian Roslan bermakna pilihan raya kecil akan berlaku di Perak. Ini juga bermakna, rakyat di Perak berpeluang untuk menghantar mesej mereka samada kerajaan Perak yang baru dibentuk diterima oleh mereka ataupun tidak.
Saturday, February 7, 2009
Kerajaan BN adalah kerajaan kudeta dan tidak stabil, kata BBC Perak
Demikian tulis Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perak, Drs Khalil Idham Lim dalam blognya.
Bagi beliau, kerajaan kudeta itu hanya bergantung kepada tiga Adun bebas yang melompat parti dan mengkhianati amanah para pengundi mereka dalam pilihan raya 8 Mac 2008 lalu.
Ini kerana bilangan Adun BN dan Pakatan adalah sama banyak iaitu 28 : 28.
"Kerajaan kudeta Perak sebetulnya tida ada apa kekuatan kecuali berselindung di sebalik Istana dan putar belit media yang pada saya lebih mengundang kepada suasana yang lebih meruncing dan kusut.
"Tidak ada langkah dan cara yang terbaik melainkan kembali kepada permohonan asal yang dikemukakan kepada DYMM Sultan Perak oleh YAB Menteri Besar Perak, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin supaya dibubarkan DUN dan menyerahkan kepada rakyat untuk memilih siapakah yang akan jadi kerajaan.
"Jika permohonan itu diperkenan suasana tegang seperti yang berlaku di Kuala Kangsar kelmarin pasti tidak akan berlaku," tulis beliau dalam blognya.
Sementara itu, beliau sendiri bersama Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar dan anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali akan memberikan penerangan khas mengenai hal ini kepada orang ramai dalam majlis ceramah di Taman Melewar malam ini.
Majlis itu akan bermula jam 9.00 malam di Dewan Datuk Fadzil Nor, Markas Tarbiyah PAS.
Berita ditarik balik
Apa yang tertera disitu adalah pihak yang menyamar sebagai beliau.
Oleh itu, berita tersebut ditarik balik dan Editor memohon maaf atas kesilapan ini.
Wednesday, February 4, 2009
Polis tembak gas pemedih mata kepada orang ramai
Polis melepaskan berpuluh-puluh das tembakan gas pemedih mata bagi menyuraikan mereka yang berkumpul di perkarangan masjid Ubudiyah, Kuala Kangsar kira-kira jam 3 petang tadi
Lebih 500 FRU di samping terak-terak polis cuba mengawal orang ramai yang berkumpul di situ.
Orang ramai kebanyakannya lari bertempiaran setelah gas pemedih mata berkepul-kepul asapnya di sekitar masjid Ubudiah.
Perhimpunan di Masjid Ubudiah Kuala Kangsar
Satu perhimpunan besar-besaran dijangka akan berlaku di perkarangan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar selepas solat Jumaat hari ini.
Ia dipercayai dibuat bagi membantah pembentukan kerajaan baru di Perak dan cara bagaimana wakil-wakil rakyat Pakatan ditangani untuk membolehkan kerajaan BN di bentuk.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaludin juga dikatakan akan bersembahyang Jumaat di situ hari ini.
Surat MB kepada Sultan Perak
MB dan Exco dihalau keluar dari pejabat mereka
Pejabat Menteri Besar Perak kecoh jam 10 pagi tadi apabila Setiausaha Kerajaan Negeri Perak tidak membenarkan Menteri Besar Datuk Seri Mohd Nizar Jamaludin serta Exconya memasuki pejabat mereka.
Dengan kasar, mereka dihalau keluar dan tidak dibenarkan masuk ke pejabat mereka.
MB Besar dan Exco kemudiannya dilihat keluar dari bangunan Perak Darul Ridhwan jam 10.45 pagi tadi.