Wednesday, July 1, 2009

Mahathir dinasihat jadi siak Masjid Putrajaya

SEREMBAN, 1 Julai: Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dinasihatkan agar tidak campur tangan dalam pemerintahan negara ekoran semua pelusuk dunia telah dijejakinya sebelum ini.

"Lebih baik beliau menumpukan kepada ibadat sebagai bekalan akhirat seperti menjadi siak di Masjid Putrajaya," cadang Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad.

Idris berkata demikian dalam ucapannya di Ampangan, dekat sini baru-baru ini.
Beliau dipercayai mengulas kenyataan-kenyataan Mahathir yang terus-terusan mempertikaikan langkah perdana menteri selepas beliau.

Yang terakhir, Mahathir dikatakan cuba menyekat Datuk Seri Najib melantik 'budaknya' dalam Lembaga Pengarah Petronas.

Beliau juga menolak alasan ayang diberikan oleh Mahathir yang mengatakan tidak perlu berdebat secara terbuka kerana itu hanya akan menjadi suka-suka dan sekadar hiburan sahaja.

“Apakah mereka melihat bagaimana percambahan fikiran yang dikemukakan oleh dua tokoh kepimpinan negara di pentas terbuka untuk menggerakkan semangat rakyat dan anggota masyarakat ke arah lebih maju dan memberangsangkan sebagai suka-suka dan hiburan?” soalnya lagi.

15 comments:

Anonymous said...

Hehe...tok siak pun tak layak kot,usahkan masjid tu nak amik mahadey ni jadi tok imam..berehat le,dah nyayuk sangat dah..Jangan sampai orang lupa 'jasa jasa' Dr m dulu..

is said...

najis pun patut berenti je dari jadi "memang Bahlol" (MB)

pakteh adam said...

Saudara Idris ni memang suka buka mulut macam tu ke? Kalau boleh,biarlah pakaian tu seiring dengan kata kata. Kalau nak dibandingkan markah, buat baik dengan jahat, mungkin TUN markah jahat nye banyak kalau dibandingkan dengan Saudara Idris, sebab pemimpin ni tak kiralah parti PAS ke UMNO ke, golongan yang ada kelebihan untuk masuk neraka dulu. Tapi kalu diambil markah buat bai kepada UMMAH, nak dibandingkan dengan Saudara Idris...saya rasa macam matahari dengan bumi.

AIMAN said...

Saudara Idris,

Saya tak pasti samada kenyataan itu memang dari saudara atau tidak. Jika betul, saya rasa saudara keterlalauan. Ianya biadap bagi orang yang berlatar belakang agama seperti saudara. Tunjuklah akhlak yang baik. Maaf. Saya pun sebenarnya tidak menyokong Yang Berbahgia Tun, tapi dalam mengkritik, saya percaya ianya perlu berhemah.

Anonymous said...

Sesapa yang tak pernah mendengar ceramah atau kuliah ust idris takkan faham bagaimana sopan,humor dan berkiasnya bahasanya.

anakkancil said...

Balik buat kebun la tun oi...tanam apa yg patut...cadangan jadi siak pun tak boleh juga..nanti tok imam pun di pertikai oleh nya...so jadi jemaah biasa udah laa.....

andy said...

Saudara Idris & editor,

Dah tak ada isu nak sembang ke.bincang la benda2 lain pasal PAS mengunakan agama utk survival politik yg makin terpesong ke jalan islam itu semua saudara.

Ajak Pepaduan,PAS samakan UMNO dgn komunis?
PAS sahaja islam. Org tu tak islam..
Syed Husin PKR & DAP bukan fahaman sosialis?

Nak nasihat org,lebih baik secara berhemah bukan jatuhkan maruah org dgn publisiti murahan mcmni.

En.idris kenal sgt ke pada Tun? Jumpa la secara personal ke utk tegur.jika En.idris berniat ikhlas.dosa besar tu klu sengaja jatuh maruah org,En.idris...

Buang masa ja post topik nih..
tak faedah pun.korang bukan malaikat...

Anonymous said...

ady.. ko pegi le baca utusan nun kalo nak berita mengampu sgt gak..suruh utusan buat blog camni bleh dia bagi orang kritik pr macam kat siasah yg demokratik ni..

hlekir said...

Dia duit banyak, takkan nak jadi siak.

Elok dia bina masjid india di Cyberjaya berdekatan rumah dia. Sesekali dia bagi khutbah ka, tazkirah ka, bayan ka.

Hari rabu, buat gash ajak orang pi masjid

yanghak said...

Alahai, kesian sikit kat Tun, biasalah orang tua, nak bagi nasihat kat orang muda. kalau takdak orang tua mana ada orang muda. Kalau rasa boleh pakai nasihat tu pakaila, kalau tak boleh takusah pakai.

aiman said...

buat pfngetahuan semua,Aiman yg di atas tu bukan saya,siapa lak yak klon nama saya

Anonymous said...

Puak pencacai umno tu memang jahat aiman,suka menyamar utk kelirukan orang.

Smartway Network said...

termos mikroelektrik
air sakti 2009 bisnes bakal meletop!! saktikan bukti kehebatanya dlm
www.aurasakti786.blogspot.com

Anonymous said...

apa-apa ajalah.

Anonymous said...

kesian...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...