Friday, July 31, 2009

Takziah, PAS hilang seorang lagi Adunnya

KUALA LUMPUR, 31 Julai: PAS hilang seorang lagi pemimpinnya apabila satu-satunya Adun PAS di Pulau Pinang, iaitu Adun Permatang Pasir, Datuk Hamdan Abdul Rahman meninggal dunia pagi tadi.

(Ketika hayatnya, Datuk Hamdan sangat aktif...gambar beliau bersama Datuk Seri Wan Azizah)

Hamdan meninggal dunia di Institut Jantung Negara jam 6.15 pagi. Jenazah beliau dijangka akan dikebumikan petang ini di Pulau Pinang.
Allahyarham telah seminggu berada di IJN untuk menjalani rawatan susulan akibat kesakitan di bahagian jantung. Beliau telah menjalani pembedahan jantung pada tahun 2003 di Hospital Besar Pulau Pinang.
Allahyarham menjadi Pesuruhjaya PAS Negeri selama 11 tahun setelah pemergian Haji Zabidi Ali penghujung tahun 1980 an.
Beliau seorang yang dedikasi dan merupakan pejuang yang sanggup berkorban apa sahaja termasuk harta benda kerana memartabatkan Islam, kata Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Mohd Salleh Man.

Dengan kematian Hamdan, bermakna SPR akan mengadakan satu pilihan raya kecil di situ dalam masa 60 hari dari sekarang.
Ini bermakna, pengundi di situ akan mengundi lagi selepas dua kali mengundi tahun lepas iaitu pilihan raya umum 2008 dan pilihan raya kecil Permatang Pauh.
Nasib mereka akan sama dengan jiran mereka iaitu penduduk Penanti yang terpaksa mengundi dalam pilihan raya kecil sebelum ini.

Nama yang popular disebut untuk menggantikan beliau kini adalah Haji Mohamad Sabu, bekas naib presiden PAS dan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Mohd Salleh Man.

48 comments:

sliey said...

Takziah diatas pemergian Allahyarham Datuk Hj Hamdan ke rahmatullah.Sama samalah kita menyedekahkan Al Fatihah untuk rohnya.
Nampaknya Pas terpaksa menghadapi PRK sekali lagi.Bersiap sedialah kita untuk mempertahankan kerusi dun yang satu satunya milik Pas di Pulau Pinang.Kita percaya dengan rekod baik Allahyarham sepanjang berkhidmat sbg wakil rakyat di Permatang Pasir akan mengekalkan kemenangan Pas..

Unknown said...

BN tak perlu hantar calun, sebab membazirkan duit rakyat, POLIS dan Wanita & Puteri buat hal lagi, buat malu kaum sejenis....dok dirumah tolong emak memasak lagikan bagus. Dari nak dapat upah pencacai UMNO/BN. Tolong menolong kearah menjahanan 1Msia/H1N1

Unknown said...

PAS dapat meneruskan khidmat cemerlang kpd rakyat. BN tak perlu bertanding, sebab sah dah kecundang & tewas. PAKATAN RAKYAT KEARAH MALAYSIA BARU.

kamal farhan said...

sesungguh nya allah kembalikan org beriman ke sisi nya lebih awal supaya org sekeliling nya untuk sedar,bertaubat dan kembali ke jalan benar..

yakin dgn perjuangan islam..
hnya islam manusia dpt bersatu..bersama2 kita insyaallah..
bersama2 kita doa kpd arwah..





jgn lupa beramai2 ke istana...jmpa disana..allahuakbar!!

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

Hamdan bukan ulama seperti Nik Aziz. harakah sanjung datuk yang Hamdan dapat bukannya ketokohan dalam bidang agama.

PAS jadi cacing kepanasan macam kat Manik Urai?

PAS nak buat hudud kat Pulau Pinang ke kalau menang pilihanraya kecil nanti?

Naruto Sensei said...

Manusia yang tak tahu bezakan antara Politik dan hal kematian ..

Kesian.. Macam mana kalau kamu sendiri yang alami perkara sedemikian..

Memalukan je ahlak kamu ni.

Naruto Sensei said...

Takziah keatas keluarga Allahyarham

Al-Fatihah

joe lenon said...

ape kau cerita ni abe mie terjah, yang pasti PAS tetap menang walau pun bee end topup pengundi..

joe lenon said...

Al fatihah untuk Allahyarham...

TokBatin X said...

'selamat meninggal'....

siapa suruh ko jadi manusia?

deanna said...

mek dah redi nak baling batu nie...

deanna said...

klau puteri brani mai le

nenek kebayan said...

Tak payah le kecoh2,
doakan aje yang dah pergi dulu,
Semoga Allah cucuri rahmat kepada Allahyarham Datuk Hj Hamdan. Amin!

jomdebat said...

bakpola ada orang bodoh lg atas dunia ni mcm MIE TERJAH.....org mcm mu ni patut mampus dulu....kalu dh umno tu...sampai bila2 sesat barat......

AsyMok_ambo said...

"Kullu Nafsin Zaa Ikotul Maut..."
ALLAH SWT menghancur leburkan Rejim ZIONIS umno-bn LAKNATULLAH secara slow-slow kerana Penderitaan yang perlahan-lahan adalah begitu jijik. hina, loya dan MEMERITKAN.
Hamdan adalah Syuhada' dan ditempatkan KEMULIAAN oleh DIA YANG MAHA MENGETAHUI.
KUASA ALLAH SWT MENGATASI SEGALA-GALANYA.
Sila Tinggalkan PUTRAJAYA Wahai Rejim ZIONIS umno-bn LAKNATULLAH.
Lebih baik BERUNDUR penuh KEMULIAAN daripada DISINGKIR penuh TRAGIK.
Takbir.
Tahmid.
Tasbih.
ALLAHUAKBAR

roh_insan said...

Al-fatihah.

jomdebat said...

ni sekor lg tok batin umno...aku doakan mu pulak mampus lepas ni...

AsyMok_ambo said...

Usah takut pada Musa Hassan, Hishamuddin Hussein dan para balaci Rejim ZIONIS umno-bn LAKNATULLAH.
Pedulikan Si kacang lupakan kulit Harussani, Mashitah dan para gerombolan-gerombolan mereka. AGAMAWAN YANG MASUK ISTANA AKAN HILANG AURA WIBAWANYA. Para Pencacai Rejim ZIONIS umno-bn LAKNATULLAH jelas Pendokong KEZALIMAN.
Wahai Rakyat Malaysia, Ayuh turun bersama kita BERARAK ke Istana Negara bertemu Ketua Negara.
Apa juga bentuk Sokongan dan Penyertaan kepada USAHA menentang KEZALIMAN dan seterusnya, Menegakkan Kebenaran dan Keadilan
ADALAH WAJIB!
Tanpa Kompromi.

jomdebat said...

asymok ambo.....
TAKBIRRRRR!!!!!!!
sama2 kita hancurkan umno diatas muka bumi ni.....

Naruto Sensei said...

Tak payah le kite ni memain. Kan ta' elok kalu ahli keluarganye baca. Kesian le org dah pergi tu. Sbgai ahli UMNO Lebai dgn rendah diri mwakili UMNO Malaysia memhon maaf jika ada kesilapan bhasa dari pihak kami.

Pada keluarga Allahyarham Lebai wakili UMNO ucapkan Takziah. Semoge roh Allahyarham di cucuri Rahmat dan ditempatka dikalangan org2 yg soleh. Semoge Keluarge Allahyarham tabah menghadapi dugaan ini.

Dari Allah kite semua dtang, dan kpda Allah le kite semua akan kembali.

AsyMok_ambo said...

Ambil Peranan masing-masing.
ALLAH SWT Bersama-Sama KITA.
DIA PEMILIK SEKALIAN ALAM TELAH MENGHANTAR POLIS DAN TENTERA ALLAH SWT.
Polis dan Tentera ALLAH SWT berada Di mana-Mana.
Tak terlawan oleh Musa Hassan.
Apatah lagi Si cakap je Pandai.. Hishamuddin Hussein.
Hassan Azahari juga akan turut sama mengiringi Tuan Guru Abdul Hadi Awang memimpin Rakyat Malaysia menyatakan TAAT SETIA kepada Ketua Negara, Sultan Mizan (Sultan Mizan adalah anak murid kepada Tuan Guru Abdul Hadi Awang) dalam bentuk Gesaan MENGHAPUSKAN Kezaliman Sekian lama Rejim ZIONIS umno-bn LAKNATULLAH.

Ambo yakin dan amat Percaya kepada Janji ILAHI.
"Bila Mana Datang KEBENARAN, Yang Batil PASti akan lenyap dan Sesungguhnya yang BATIL itu PASti akan LENYAP."

WALI ALLLAH SWT, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mengalu-alukan dengan red carpet untuk Najib Razak dan Khairy Jamludin melilit serban dan memakai jubah memberi Khutbah Jumaat di Pulau Melaka.

Ayuh RAKYAT MALAYSIA.
Katakan TIDAK kepada Rejim ZIONIS umno-bn LAKNATULLAH.
ALLAH SWT BERSAMA-SAMA KITA.
ALLAHUAKBAR.

TokBatin X said...

jomdebat said...

ni sekor lg tok batin umno...aku doakan mu pulak mampus lepas ni...

----------------------------
salam jomdebat,

terima kasih ler kerana doa tuh.. buat byk2 kali n sembahyang hajat sekali.. jgn lupa ye!!!

Mesra Sokmo said...

Semoga Allah cucuri rahmat kepada Allahyarham Datuk Hj Hamdan dan ditempatkan bersama dgn rog orang yang soleh dan digolongkan didalam categori peminpin yang adil....AMIIN - Selepas PRU13 nanti MALAYSIA BARU menggantikan 1Msia/H1N1 (SeMsia Hapuskan Najib)

Mesra Sokmo said...

TokBatin-X said...
jomdebat said...

ni sekor lg tok batin umno...aku doakan mu pulak mampus lepas ni...

----------------------------
salam jomdebat,

terima kasih ler kerana doa tuh.. buat byk2 kali n sembahyang hajat sekali.. jgn lupa ye!!!

July 31, 2009 2:48 PM

Jom pakat doakan TokBatin-X manpus dilanggar lori bawa najis....Amiin

TokBatin X said...

Lepas nih ADUN PAS mane lak yang meninggal ye?

Amiiiiiiiiiiiiiiiiin!!!!!

Mesra Sokmo said...

Alhamdulillah, Tan Sri Musa Hassan, ketua polis negara bersama Hassan Azahari, ayahadanya terut serta mengiringi Tuan Guru Abdul Hadi Awang memimpin Rakyat Malaysia menyatakan TAAT SETIA kepada Ketua Negara, Sultan Mizan. PEWARIS tak payah hadirlah, kerana akan meninbulkan kekacauan. Ianya mewarisi dasar penjajah.

Mesra Sokmo said...

TokBatin-X said...
Lepas nih ADUN UMNO mane lak yang meninggal ye?

Amiiiiiiiiiiiiiiiiin!!!!!

July 31, 2009 3:00 PM

KALAU ADUN YB DATO' ZALI & BUKAN ADUN - TOK BATIN SENOI/X ..... ALLAHUAKHBAR....AMIIIN

TokBatin X said...

Mesra Sokmo said...

TokBatin-X said...
jomdebat said...

ni sekor lg tok batin umno...aku doakan mu pulak mampus lepas ni...

----------------------------
salam jomdebat,

terima kasih ler kerana doa tuh.. buat byk2 kali n sembahyang hajat sekali.. jgn lupa ye!!!

July 31, 2009 2:48 PM

Jom pakat doakan TokBatin-X mati cepat, dan Mesrasokmo, jomdebat, Hadi Awang manpus dilanggar lori bawa najis.... Amiiiiiiiiiiin!!!!!!

keris panjang said...

Alfatihah..Saya ucap takziah kpd keluarga allahyarham, semoga mereka dapat menerima takdir Allah ini dgn tabah.

Semoga roh allahyarham ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.

penaMuslim said...

Salam takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Hj Hamdan....perginya seorang pejuang,marilah kita sama-sama sedekah al-fatihah kepada Allahyarham.

keris panjang said...

Puak2 pas, pkr, pemuja dap dan tak ketinggalan umno,

Korang memaki hamun ni apa korang dapat? MP dgn ADUN dh tentu "kembung perut". Korang dapat apa? DOSA KERING BROTHER !!

TokBatin X said...

dosa, bukannya nampak, tambah2 dosa kering.. sat lagi hilang le tuh.. jd debu.. ditiup angin.

Amiiiiiiiiin!!!!!

keris panjang said...

Kalo g2 marik kita TAKBIIIIIIR !!!!

AdDukhon said...

ALAMAK...duit dah abis da di Manek Urai dulu...dah le berkempen guna duit rakyat plak,kalau le rakyat tau...mampossss kita..ni plak nak pilihanraya lagi...adusss...tapi x pa di Manek Urai tu kita kalah tipis ja..kat Permatang Pasir kita mesti menang punyeee..ALAHHH nak heran ape kita guna duit rakyat lagi lahhh...ha..haaa.INILAH BAIT2 DIALOG YANG SEDANG BERMAIN-MAIN DI FIKIRAN PEMIMPIN2 BN HARI NI...MEREKA SEDANG MENCARI2 CALON YG SESUAI UNTUK BERTANDING...ATAUPUN MEREKA ANGKAT BENDERA PUTIH GAK AWAI2 LAGI MCM KAT PRK PENANTI...

Mesra Sokmo said...

TokBatin-X said...
dosa, bukannya nampak, tambah2 dosa kering.. sat lagi hilang le tuh.. jd debu.. ditiup angin.

Amiiiiiiiiin!!!!!

July 31, 2009 3:23 PM

ORANG LAIN MATI BAWA CAHAYA KEIMANAN, TOK BATIN MANPUS BAWA ILMU PERTIKAI BENDA YG NAMPAK..SYURGA, NERAKA, DOSA, PAHALA, KUMAN H1N1, RUPA IBLIS, RUPA SYAITAN, MALAIKAT MAUT, JIBRAIL, UDARA, NYAWA, ROH DLL ....MENPERTIKAI HAK ALLAH SWT

Mesra Sokmo said...

TokBatin-X said...SYURGA, NERAKA, PAHALA, KUMAN H1N1, RUPA IBLIS, RUPA SYAITAN, MALAIKAT MAUT, JIBRAIL, UDARA, NYAWA, ROH DLL, dosa, bukannya nampak. Manpus dulu baru nampak hai org yg sesat. Kalau nak manpus cepat lagi bagi no. telipon & alamat kita sedia khidmat utk membunuh org murtad

TokBatin X said...

Mesra Sokmo said...

TokBatin-X said...
dosa, bukannya nampak, tambah2 dosa kering.. sat lagi hilang le tuh.. jd debu.. ditiup angin.

Amiiiiiiiiin!!!!!

July 31, 2009 3:23 PM

ORANG LAIN MATI BAWA CAHAYA KEIMANAN, TOK BATIN MANPUS BAWA ILMU PERTIKAI BENDA YG NAMPAK..SYURGA, NERAKA, DOSA, PAHALA, KUMAN H1N1, RUPA IBLIS, RUPA SYAITAN, MALAIKAT MAUT, JIBRAIL, UDARA, NYAWA, ROH DLL ....MENPERTIKAI HAK ALLAH SWT

جججججججججججججججججججج
Mesrasokmo,

Tok2 garu PAS pown ta' nampak SYURGA, NERAKA, DOSA, PAHALA, KUMAN H1N1, RUPA IBLIS, RUPA SYAITAN, MALAIKAT MAUT, JIBRAIL, UDARA, NYAWA, ROH DLL... wat pe lak pandai2 na' berfatwa.

mane ko tahu org2 PAS mati bawak cahaya iman?

selamat meninggal..

Amiiiiiiiiin!!!!!!

hurry said...

buat datuk hamdan takziah...datin azura,tontoya,naruto dan semua yg rajin membaca...buat abe mie terjah,tok batin x..biasala yang baik2 biasanya pergi dulu
buat abie mie yang JAHAT-JAHAT TU NAK MATI LE,IT KATA ORG KELANTAN PAYAH BEBENOR....TGOK MAHATHIR...DAN KUNCU2 REBAN(REJIM BARISAN NASIOANL) SUSAHNYA NAK MATI...KALAU MATI PUAK2 ASSYAHID IBRAHIM LIBYA DGN KAWAN2NYA DOK TUNGGU TU....
tok batin x tu..aku rasa cara cakap tu lain mcm je,jgn2 ko bukan org islam

TokBatin X said...

Mesra Sokmo said...

Kalau nak manpus cepat lagi bagi no. telipon & alamat kita sedia khidmat utk membunuh org murtad

------------------------------
mesrasokmo,

kalu dh bijak ngat carilah alamat tbs ato ko dan tok garu2 PAS pakai jampi serapah, pakai jin, bomoh sembahyang hajat, doa2 banyak2 kepada Allah supaya tbs kojol cepat.

Ko ingat Tuhan tuh na' dengor cakap ko jer? lawak sunggoh mesrasokmo.

Mengapa ta' doa jer orang2 Yahudi dan kafir tuh mati semua supaya senang ko hidup?

selamat meninggal...
Amiiiiiin!!!!

keris panjang said...

Apa kata kalo kita pike macam ini pulak :
"Ada jugak orang yg tuhan matikan awal2 supaya hidup dia tak terus menerus menyusahkan orang."

Amacam, bole g2.

TokBatin X said...

Blogger hurry said...

tok batin x tu..aku rasa cara cakap tu lain mcm je,jgn2 ko bukan org islam

-----------------------------

hurry @ gopoh,

mane ko tau tbs tuh bukan Islam?

ko dah jumpe Tuhan ke dan dah confirm ngan Tuhan?

ato ko dah tau, yg ko tu ahli syurga dan beriman. dah confirm ngan Tuhan ke?

selamat meninggal...

amiiiiin!!!

dewatawanberapi said...

mesra sokmo,

nak bunuh orang, pegi sunat dulu...
bau taik palat ko merebak kat sini...

keris panjang said...

Pas ni tak ada org lain ke nk jd calun selain si mat sabu ni. Asik2 org itu jugak. Kan ke ramai penjuang2 pas. Dlm blog ni pun ramai. Pilih lar. Penjual roti pun boleh jugak dijadikan calun.

Datin Azura tu yg sibuk2 sgt apsal? Takut nak bertanding? Kan ke umno yg selalu kalah, nk takut apa. Patut umno lar yg takut. Apa lar lu, ckp pasal duit pulak.

AdDukhon said...

LPAS PENANTI...PRMTG PASIR PLAK...SUME TU DLM PARLIMEN PRMTG PAUH JGK..LPS NI PAK POLISI PUN BERKAMPUNGLAH RAMAI2...

http://twitter.com/permatangpauh

kamal farhan said...

peringatan terakhir!!

Himpunan Mansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009 di Kuala Lumpur bakal mencipta sejarahnya yang tersendiri selepas Himpunan Bersih dan PPSMI. Uniknya pada hari yang sama akan ada satu lagi himpunan lain yang Menyokong ISA.
Kami menjangkakan pelbagai kaum akan muncul, pelbagai ideologi akan hadir, pelbagai agama dan kepercayaan akan berhimpun untuk menyatakan pandangan mereka khususnya dalam mendesak Kerajaan Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Oleh itu bagi melancarkan perhimpunan ini, pihak kami mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu anda dan kami diperingkat penganjur dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalan dengan lancar dan aman.

Perkara yang perlu anda bawa/sediakan

1. Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.
2. Duit-maksimum RM 100 sahaja.
3. Memakai pakaian yang sopan-Baju berwarna Hitam/Merah-Sebaiknya ada logo Mansuhkan ISA
4. Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.
5. Aksesori kempen-Button, riben, topi, kopiah arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Mansuhkan ISA boleh digunakan.
6. Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.
7. Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.
8. Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.
9. Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.
10. Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis N100 Respirator, N95 Respirator dan Surgical facemask untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.
11. Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.
12. Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.
13. Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.
14. Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha GMI-enalini_elumalai@yahoo.com untuk rekod dan disiarkan.

Perkara yang tidak dibenarkan

1. Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.
2. Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kreadit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.
3. Jangan memakai pakaian yang menjolok mata dan tidak sopan.
4. Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal untuk memudahkan pergerakkan.
5. Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar.
6. Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan kempen mansuhkan ISA
7. Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi.
8. Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan Kempen Mansuhkan ISA tidak dibenarkan.
9. Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.
10. Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis, molotov cocktail dan mercun.
11. Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain.
12. Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya.
13. Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.
14. Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah.

kamal farhan said...

Perkara yang perlu anda lakukan sebelum perhimpunan

1. Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa.
2. Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan.
3. Pastikan anda telah menunaikan ‘hajat’ sebelum memasuki perhimpunan.
4. Bagi yang Islam, Lakukanlah solat taubat dan hajat, semoga Allah berkati perhimpunan ini dan yang bukan Islam boleh berdoa mengikut ritual masing-masing.
5. Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan penting kepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi perhimpunan.
6. Maklumkan mereka tujuan anda keluar.
7. Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphone anda tidak dapat dihubungi nanti.
8. Jangan lupa charge bateri handphone dan kamera.
9. Pastikan anda berniat kerana Allah (bagi yang muslim) sebelum keluar rumah.
10. Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang ditetapkan; Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara.
11. Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter.
12. Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian.
13. Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar anda boleh meletakkan kenderaan dan berjalan kaki ke Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara (Jangan terus ke Istana Negara bersendirian).
14. Jangan memakai baju Mansuhkan ISA sebelum perhimpunan bermula.

Semasa perhimpunan dan perarakan

1. Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan (Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara) dan tunggu arahan dari Field Commander yang dilantik
.
2. Ikutilah arahan dari Unit Amal atau Field Commander sepanjang program. Jangan pedulikan arahan lain tanpa merujuk kepada Field Commander.
3. Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan Field Commander.
4. Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan.
5. Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan.
6. Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku.
7. Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni.
8. Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya.
9. Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama.
10. Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain.
11. Pastikan anda dapat duduk semasa pimpinan berucap.
12. Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi sound system akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta.
13. Ikutilah laungan pimpinan jika perlu.
14. Pegang bendera Malaysia atau negeri anda sepanjang perarakan.
15. Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukan dalam beg plastik yang anda bawa.
16. Rakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha GMI-enalini_elumalai@yahoo.com untuk rekod dan disiarkan.
17. Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.

umalai@yahoo.com.

kamal farhan said...

Selepas perhimpunan

1. Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai.
2. Pastikan sahabat atau saudara dan anak-anak anda ada bersama selepas perhimpunan. Jika tiada, sila datang ke Pejabat Agung PAS untuk membuat laporan dengan Unit Amal bertugas.
3. Jika ada sahabat atau saudara anda ditahan, jangan terus balik. Dapatkan maklumat di Pejabat Agung PAS atau ke Balai Polis berkaitan untuk bebaskan mereka.
4. Jangan tinggalkan apa-apa sampah ditempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang dirumah.
5. Berikan ucapan terima kasih kepada pasukan Keselamatan bertugas jika perhimpunan berjalan lancar.
6. Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir. Segala info dan maklumat bolehlah diemailkan kepada kami di email Setiausaha GMI-enalini_elumalai@yahoo.com.

Apa anda perlu buat jika kumpulan Pro-ISA buat Provokasi

1. Jangan pedulikan mereka, diam dan teruskan mengikut arahan Field Commander Unit Amal.
2. Jangan menyahut provokasi mereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka. Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan.
3. Jangan hampiri mereka.
4. Jika mereka bertindak agreasif secara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis.
5. Jangan lupa buat laporan Polis terhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu.
6. Buat rakaman wajah-wajah mereka jika perlu.

Apa anda perlu buat jika polis buat provokasi dan serbuan

1. Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu.
2. Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buat serbuan atau tembakan water canon.
3. Duduk jika pimpinan arahkan.
4. Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air water canon berwarna kuning.
5. Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri.
6. Ambil gambar mereka jika sempat.
7. Buat laporan Polis jika anda dikasari.

Apa yang anda perlu buat jika ditahan

1. Jangan banyak cakap dengan polis. Diamkan dan tenangkan diri.
2. Minta nama dan nombor polis yang menahan anda dan tanya dia sebab anda ditahan, seksyen berapa yang digunakan.
3. Berikan maklumat asas sahaja jika diminta seperti nama, no kad pengenalan, alamat rumah (berikan ikut alamat dalam IC sahaja).
4. Jika mereka tanya soal pekerjaan, jawap yang ringkas sahaja. Jangan bagi maklumat yang lengkap.
5. Bagi pelajar, jika mereka tanya anda masih belajar atau tidak, anda hanya perlu jawab “Masih tengah cari kerja” atau berikan jawapan lain yang sesuai. Elakkan mengaku sebagai student. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.
6. Bagi kakitangan Kerajaan jika mereka tanya tempat kerja anda, jawab ”Saya kerja swasta atau kerja sendiri”. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.
7. Minta berjumpa dengan peguam sebelum beri apa-apa keterangan. Peguam akan menunggu diluar balai jika anda ditahan.
8. Kalau boleh jangan beri terlalu banyak keterangan, anda hanya perlu jawab “saya akan bagi keterangan di Mahkamah sahaja”. Ingat! Apa yang anda cakap di Balai Polis boleh dijadikan bahan bukti di Mahkamah. Anda berhak untuk tidak memberikan sebarang keterangan kepada Polis melainkan di Mahkamah.
9. Semasa ditahan, jangan pedulikan provokasi polis atau jangan mudah cair bila mereka berlembut.
10. Pastikan anda ingat semua yang berlaku, termasuklah pegawai polis yang tahan dan soal siasat anda.
11. Jangan terlalu risau kerana, diluar balai telah disediakan orang-orang yang akan jamin dan bela anda.

kamal farhan said...

Apa yang anda buat selepas dibebaskan

1. Pastikan semua barang-barang anda dikembalikan oleh Polis.
2. Buat pemeriksaan kesihatan jika ada kecederaan.
3. Buat laporan Polis jika anda dikasari semasa perhimpunan atau semasa ditahan.
4. Ceritakan dan rakamkan pada peguam dan media jika anda dianiaya polis.
5. Jangan lupa catatkan semua yang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya bila dibawa ke Mahkamah kelak.
6. Pastikan anda ingat dan ambil nombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat.
7. Serahkan pada peguam segala maklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan.
8. Jangan lupa solat sunnat syukur selepas dibebaskan dan kembalilah bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan.
9. Jangan menyepi dari perjuangan selepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan.
10. Teruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat lain.
11. Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebat dan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasai apa yang anda lalui ketika ditahan.

Perhatian!

1. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undang yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini.
2. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu.
3. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian atau tindakan diluarkan arahan penganjur.
4. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat kerana pergaduhan atau aktiviti agreasif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini
Secara keseluruhannya, kita berdoa semoga Perhimpunan ini dapat berjalan lancar tanpa adanya sebarang masalah atau tangkapan.
Kita berharap agar dengan sedikit usaha dan kehadiran kita ini akan dapat memberikan kesedaran kepada pihak Kerajaan dan memberikan laluan untuk Agong mempergunakan kuasa yang ada untuk memperbaiki kelemahan sistem perundangan negara kita.
Ingat, Himpunan Bersih dan PPSMI berjaya menyedarkan Kerajaan kerana kesungguhan rakyat. Maka, kini adalah masa untuk kita berjuang bersama untuk memansuhkan ISA.
Pastikan anda mengikuti arahan-arahan yang diberikan. Sebarang masalah anda boleh rujuk kepada Field Commander atau Unit Amal yang bertugas pada perhimpunan ini.
Ingatlah, peristiwa ini adalah peluang untuk anda sekali seumur hidup dan ianya akan kekal menjadi sejarah yang akan menjadi sebutan kepada anak cucu kita. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian dari sejarah ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...