Wednesday, July 22, 2009

Himpunan ISA 1 Ogos: Pertembungan dua idea

KUALA LUMPUR, 23 Julai: Setiap orang mempunyai hak untuk berhimpun dan bercakap, demikian ujar Pengurus Kempen Himpunan Mansuhkan ISA (Mansuh), Nalini Elumalai.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pertembungan yang bakal terjadi pada 1 Ogos depan antara himpunan anjuran Mansuh dan Pewaris.

Mansuh berhimpun untuk menyerahkan memorandum kepada Istana Negara dalam usaha memansuhkan ISA sedangkan Pewaris pula berbuat demikian dalam usaha menyokong akta
tersebut.

Nalini menyifatkan dua himpunan yang mengadakannya pada masa sama sebagai pertembungan dua idea berbeza dan mereka berhak untuk berhimpun dan menyuarakan
pandangan.

“Saya anggap ini adalah pertemuan antara dua idea yang berbeza. Kita akan melihat sendiri idea yang lemah dan tidak berpihak kepada majoriti rakyat akan gugur secara sendiri,” tegasnya dengan yakin.

Ditanya tentang tahap kesedaran rakyat, Nalini menambah, jika dari segi hak asasi secara umum, ada berlaku perkembangan namun banyak yang masih perlu dilakukan dalam
usaha sedarkan rakyat tentang hak mereka.

“Dari segi ISA, banyak perubahan. Kalau dulu tahun 1987 semasa operasi lalang, hanya segelintir sahaja yang bercakap dan perjuangkan untuk memansuhkannya, tapi sekarang
ini banyak perubahan dari segi pemikiran rakyat terhadap ISA.

“Ramai rakyat tidak menyokong ISA lagi. itu adalah kebenarannya. ini boleh dapat dilihat dalam pilihan raya yang lepas,” tambahnya lagi.

Beliau berharap kebenaran dapat diterjemahkan dengan kumpulan Mansuh akan menjadi lebih ramai pada 1 Ogos nanti.

“Harapan saya kini rakyat Malaysia sudah berubah dan mereka tidak boleh ditipu lagi. Saya sentiasa percaya kepada rakyat dalam hal ini. Mereka tidak akan membenarkan diri mereka ditipu sekali lagi,” ujarnya.

6 comments:

AsyMok_ambo said...

Ambo yakin benar akan PERTOLONGAN ALLAH SWT.
Janji DIA YANG MAHA HEBAT
"Bila mana datang KEBENARAN, lenyaplah KeBatilan dan Sesungguhnya Yang batil itu PASti Lenyap."
Ambo yakin dan PERCAYA.
ATAS NAMA ALLAH SWT
Sudah tentu, Syukur tak terhingga ke Hadrat Pemilik Sekalian Alam
YANG MAHA BIJAKSANA MAHA PEMURAH PENYAYANG LAGI MAHA TAHU SEGALA-GALA.
RASULULLAH SAW mengambil apa juga keputusan atau pendekatan LILLLAHITAALA atas Kepentingan Ummah seluruhnya.
ISLAM tertegak atas lima perkara:
1. Memurnikan akidah.
2. Memuliakan akhlak.
3. Meng Istiqamah syariat.
4. Pengorbanan harta.
5. Pengorbanan diri.
KENA PAHAM BETUL-BETUL!

Terkini, Marhaen FC 23/07/2009
Formasi 1-3-2-2-2
Pendekatan HIKMAH dan FATANAH.
Goalkeeper- TokGuru Hadi
Lastman aka captain- TuanGuru Nik Aziz
Bek tengah- Maulana Karpal
Bek kiri- Master Kit Siang
Bek kanan- Otai Uthayakumar
Twin-midfielder- Sifu Anwar dan Panglima Husam
Twin-winger- Dr. Dzul dan Ir. Khalid
Twin-striker- the Hustler Guan Eng dan the Lion Gobind Singh Deo
ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN.

Wahai para Patriot Perajurit Pejuang ISLAM
PutraJaya dah melutut kepada kita para DAI’E FISABILILLAH
Pejabat Perkhidmatan Awam PERSEKUTUAN dalam genggaman erat BERHIKMAH para Syuhada’ PASforALL
Insan-insan terkeliru hanya tunggu masa dan ketika.

Tinggal lagi para sahabat sekalian..
Usah FITNAH, ANGKUH dan BURUK SANGKA.
ALLAH SWT BERSAMA KITA.

TASBIH! TAHMID! TAKBIR! ISTIGHFAR!
Dengan ILMU, kita wajib berdakwah
Tuafiq Hidayah HakMilik MUTLAQ ALLAH SWT.
ISLAM LEAD THE WIND OF CHANGE.

HijratunPutraJaya menggamit kita para DAI’E FISABILILLAH
Satu Malaysia: Rakyat diutamakan, Pencapaian disegerakan.
KITA REALISASIKAN.
AYAT-AYAT CINTA ALLAH SWT
(2:269) al-Baqarah
"ALLAH SWT memberikan HIKMAH(ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendaki NYA. Barang siapa mendapat HIKMAH itu, sesungguhnya dia telah mendapat kebajikan yang banyak. Dan tidaklah yang menerima peringatan, melainkan golongan yang berakal."
DENGAN KUASA ALLAH SWT
Surah al-Isra’ ayat 81 menukilkan:
“Bila mana datang KEBENARAN, lenyaplah KEBATILAN. Dan sesungguhnya yang BATIL itu pasti akan lenyap.”
Wahai para Patriot Pejuang Perajurit ISLAM,
Kerja kita bukan mudah.
PUAK ANGKUH PERTUBUHAN DONGENG ZIONIS UMNO-BN LAKNATULLAH tealah menanam benih kedurjanaan kurang lebih 50 tahun lamanya.
Kerja kita bukan mudah.
Sejarah telah mengajar kita bagaimana Perjalanan Perjuangan Pemimpin para Syuhada’, Imam Ali b. Abi Talib r.a.
Penuh ranjau, duri dan onak. Ambo kalau baca riwayat hidup beliau terutama selepas kewafatan Junjungan Besar SAW begitu hiba mengenangkan Semangat Ali dalam Menegakkan kalimah Tauhid dalam erti kata sebenar.

Jangan kita leka,
KERJA KITA TIDAK MUDAH.
Keahlian dan Pilihan Raya bukan Perkara Pokok dalam PERJUANGAN ISLAM.
Niat tulen kita mestilah IKHLAS LILLAHITAALA dalam TEGAKKAN KALIMAH TAUHID.
Sekali lagi,
KERJA KITA BUKAN SENANG.
Mesti HIKMAH dan FATANAH.
KALAU TIDAK DIPECAHKAN RUYUNG, MANAKAN DAPAT SAGUNYA.
Firman ALLAH SWT
(112:1-4) al-Ikhlas
(113:1-5) al-Falaq
(114:1-6) an-Naas
Hayati baik-baik. Bukan untuk menunjuk-nunjuk atau menang Pertandingan Tilawah sahaja.
ADA HIKMAH TERSEMBUNYI berkat AYAT-AYAT CINTA ALLAH SWT.
DENGAN KUASA ALLAH SWT
Please...
All of us the MALAYSIAN, men n women etc.
I LOVE U ALL!
VOTE for PASfor ALL.

WALLAHU WALIYYUT TAUFIQ WAL HIDAYAH.
ALLAHUAKBAR! INSYA ALLAH.

dewatawanberapi said...

pihak yang takutkan ISA tu sebenarnya yang selalu buat salah...takut pada bayang2 sendiri

yang tak buat salah...rilek jer...

Naruto Sensei said...

Kalau ISA tu pun pembangkang boleh guna ok juga..

tapi puak tu yang guna.. Khas untuk lawan pembangkang.. kesian takut sangat sampai terpaksa pakai ISA..

sampai sekarang takde pun pimpinan pembangkang yang ditahan dibuktikan bersalah..

Naruto sokong ISA jika Pembangkan juga diberi kuasa menggunakannya..ha ha ha Baru Pak Menteri UMNO panas punggung.

Pasal akhir2 ni banyak sangat komen Pak Menteri UMNO yang mengundang huru-hara keran sikap perkauman mereka.

Maka jika Pembangkan diberi kuasa gunakan ISA memang bagus kalau Pak Menteri juga kena .. ha ha Baru Adil..

Naruto cadang je

deanna said...

insyaAllah mek akan turun..

habibRMC@yahoo.com.my said...

ISA adalah satu akta yg sgt zolim, ianya sama sekali bercangah dgn ajaran ISLAM,mgapakah dlm dunia ni msih ada org mgaku ISLAM tpi sngup mnyokong perkara yg bercangah dng ISLAM, jwbpannya cuma 1, bnyak antara kita smua ni yg jhil bab2 agama ISLAM itu sendiri, sbagai cntoh bnyak umat ISLAM masa kini yg sembahyangnya mengapal,, cntohnya seseorang itu tau niat smbahyang reti baca surah AL-FATEHAH tpi tidak memahami maksudnya, jdi tak ubahlah seperti seekor burung yg kita ajar ckp tpi burung tersebut tak tau apa yg dickpkannya, bnyak kali kita dgr sesungguhnya sembahyang itu dpt mencegah kita daripada melakukan perkara2 yg keji dan mungkar, jdi di sini kesimpulannya org2 yg menyokong ISA itu adalah org2 yg jahil

sliey said...

Tok guru Nik Aziz dengarnya nak turut serta juga..ini sudah bagus.Kali ni BN akan tertekan lagi dan akan tunduk kepada kehendak rakyat.Barulah kena ngan slogan RAKYAT DIDAHULUKAN tu kot..ISA yang diwujudkan untuk megawal huruhara semasa keganasan komunis dulu sudah tidak relevan lagi untuk terus digunakan pada masa sekarang.Fungsi penubuhannya telah lari dari matlamatnya bilamana ianya telah disalahgunakan untuk mengurung pemimpin pembangkang dan orang2 yang belum tentu kesalahannya.Adakah yang telah ditahan itu benar benar mengancam keselamatan negara.Berapa ramai sudah menderita akibat ditahan begitu lama tanpa bicara.Bagaimana dengan nasib isteri dan anak anak mereka yang terbiar tanpa ibu atau bapa untuk menjalani kehidupan seharian.Akta zalim ni sepatutnya sudah lama dihapuskan.Apa rasionalnya menahan orang seperti anak tg Nik Aziz sehingga 6 tahun tanpa bicara.Apa kesalahannya.??.penjenayah atau pembunuh..Sememangnya undang undang seperti ini bercanggah dengan ajaran islam yang mementingkan keadilan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...