Monday, July 13, 2009

Pengundi MU perlu jadi penyelamat sekali lagi - Kit Siang

KUALA KRAI: Pengundi Manek Urai disifatkan sebagai penyelamat sekali lagi sekiranya memilih calon PAS dalam pilihan raya kecil 14 Julai ini kata Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Kata beliau 31 tahun lalu PAS kalah teruk di Kelantan tetapi Umno tidak berjaya menguburkan PAS di negeri ini kerana masih masih mampu bertahan di dua kerusi di mana salah satunya adalah kerusi Manek Urai.

"Tapi kali ini pengundi Manek Urai akan menjadi penyelamat Rakyat Malaysia, kemenangan calon PAS akan menyampaikan mesej jelas kepada semua dan pilihan raya akan datang bakal berlaku sejarah besar ," kata beliau dalam satu ceramah membantu kempen PAS dekat sini.

Kata beliau terserah kepada pengundi Manek Urai untuk menyampaikan mesej yang bagaimana dengan menyebut: " satu Malaysia sedang menunggu adakah Manek Urai akan menyokong Pakatan Rakyat."

Pakatan Rakyat ketika ini masih mengekalkan rekod mengalahkan Umno dan Barisan Nasional dalam semua pilihan raya kecil di Semenanjung Malaysia selepas pilihan raya umum ke-12.

Selain itu Kit Siang turut menyentuh mengenai angka 11 yang beliau sifatkan sebagai angka keramat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Najib mengumumkan 11 hadiah kepada rakyat pada jam 11 pagi bertarikh 11 Julai. Ini angka keramat PM baru. Tetapi saya harap pengundi Manek Urai boleh hapuskan angka 11 ini dengan angka 14 (hari membuang undi),' katanya.

Mengulas mengenai janji Najib, tokoh vateran DAP itu mempersoalkan kenapa tidak dalam 11 pekara yan dijanjikan itu tidak termasuk pendekatannya untuk menghapuskan jenayah dan rasuah sedangkan Perdana Menteri ketika mengumumkan enam komitmennya - beliau mahu menyelesaikan masalah itu.

"Dalam perkara ini beliau nampaknya tidak serius. Tidak mungkin selepas 100 hari menjadi PM masih belum jumpa cara mengatasi masalah jenayah dan rasuah ini untuk diumumkan kepada rakyat. Sebenarnya beliau tidak yakin kerana terlalu banyak skandal yang berlaku termasuk selepas beliau mengambil alih pentadbiran," ujar beliau.

12 comments:

wolf said...

PAS = Parti Ajaran Sesat

"Siapa undi UMNO masuk neraka, siapa undi PAS masuk syurga"

Macam dia Tuhan plak...tahu sapa masuk syurga dan neraka...

Bodo punya parti....lingkup la cepat

wolf said...

PAS dan Pakatan Rakyat boleh blaahh

Malaysia akan jadi lebih aman dan makmur kalau PAS dan PR takde...
Cepat la berkubur... aman Malaysia.

Tak payah nak berselindung disebalik agama Islam. rakyat Islam di Malaysia dah muakk dengan Islam PAS.

PAS = Parti Ajaran Sesat

Naruto sensei said...

Ha ha ha sana sini melalak memang tepat sebagai nikname penyalak iaitu wof wof wof..ha ha ha

Dah hilang keakalannya

Kesian

Tunggu lah esok ye..

Naruto sabar je

Naruto sensei said...

Ha ha ha sana sini melalak memang tepat sebagai nikname penyalak iaitu wof wof wof..ha ha ha

Dah hilang keakalannya

Kesian

Tunggu lah esok ye..

Naruto sabar je

Naruto sensei said...

Dalam satu tindakan yang berani, Pemuda Gerakan secara terbuka menyatakan sokongan terhadap - dan turut serta dalam - demonstrasi besar membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) awal bulan depan.

"Pemuda Gerakan akan menggerakan sekumpulan ahli (Pemuda) untuk menyokong perhimpunan aman MANSUH pada 1 Ogos ini bersempena ulang tahun ke-49 (pelaksanaan) ISA," kata ketua biro khidmat guaman dan aduan awamnya Andy Yong.

Perhimpunan besar anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) turut disertai parti-parti pembangkang dan NGO hak asasi.

Naruto follow je

TokBatinSenoi said...

NGOK!!!!

sakariya_akop said...

KEPADA PENDUDUK MANIK URAI:

JANGAN PILIH PARTI RASUAH, ROSAK 7 KETURUNAN

PAS PILIHAN RAMAI.

Tontoya said...

Pengundi di manek urai takkan terpedaya dengan janji janji umno.Umno begitu terdesak takutkan kekalahan sehinggakan merayu rayu dan mengugut tidak akan membuat pembangunan jikalau ia kalah.Kenapa berjanji kat situ je sedangkan banyak lagi kawasan yg lebih mundur yg memerlukan perhatian.Ini semua adalah rasuah pilihanraya.Pengundi2 Pas yang berada diluar manek urai harus balik menunaikan tanggungjawab.Pastikan Pas mencapai kemenangan ..

dewata awan berapi said...

senang cerita...

kalau mau maju, membangun, hidup senang, pelajaran anak2 terurus...undi UMNO

kalau mau mundur, hidup merempat, miskin, pelajaran anak2 terabai...undi PAS

pikir guna kepala otak...bukan kepala butuh...

Tontoya said...

Hehe..pegi lah kempen macam tu kat kedai kopi di manek urai nun dewata..silap silap kena ketuk ngan cawan atas kepala ko yang dungu tu oleh orang kampung.

PeRWiRa_aDiL said...

Dr Abu Hassan Hasbullah - Penganilisis politik tidak asing lagi dalam wawancara Astro AWANI telah membuat kajian bahawa peratus pengundi Manek Urai :

58% PAS
42% BN

Tambah beliau PAS sememangnya mempunyai peluang cerah. Cuma persoalannya mampukah PAS menambah bilangan majoriti pengundi yang menyokong mereka pada PRU-12 lalu.

PAS cool aje...

Ibnu said...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Berhujahlah dengan matang dan dengan bahasa yang baik. Kata-kata yang tidak elok melambangkan itulah yang terkandung dalam pemikiran dan jiwa kita. Baik di kalangan penyokong PR atau BN, gunakanlah ungkapan yang baik dalam melahirkan idea dan hujah anda. Tidak rugi kita berbuat demikian, malah kebaikan (pahala) akan kita perolehi. Wallahualam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...