Tuesday, July 7, 2009

Pahang hilang tokoh dengan perginya Saiyed Ahmad

TEMERLOH, 7 Julai: Pahang hilang seorang tokoh penulis dan aktivis belia terkenal apabila Saiyed Ahmad Saiyed Abdullah atau lebih dikenali dengan Abah, 81 tahun, meninggal dunia hari ini.

Beliau yang merupakan bekas Naib Presiden MAYC juga dikenali sebagai Sahmad Malaya meninggal pagi tadi akibat komplikasi jantung.

Selain MAYC, Abah juga pernah menjadi Ketua Dewan Perniagaan Melayu Pahang (DPMP)dan AJK Gapena.

"Beliau adalah seorang guru, penulis dan pemimpin belia," kata anaknya, Syed Putra Saiyed Ahmad, Editor Buku Harakah.

3 comments:

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

MANOHARA DAN SEKS...

Anonymous said...

Sama samalah kita sedekahkan Al Fatihah buat Allahyarham Saiyed Ahmad.Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang yg beriman..

Anonymous said...

PADA TAHUN 2009 INI PERSATUAN BEKAS TENTERA MALAYSIA AKAN MENGADAKAN MESYUARAT AGUNG TAHUNANNYA DAN AGENDA UTAMA UNTUK MEMILIH KEPIMPINAN BARU.

BAGI PERINGKAT CAWANGAN MESYUARAT TAHUNAN SUDAH LEPAS DAN SEKARANG INI BERALIH KEPADA PEMILIHAN KEPIMPINAN DI PERINGKAT NEGERI DAN NEGARA. DIHARAPKAN PERWAKILAN PBTM YANG TERPILIH DAPAT BERMUHASABAH DIRI UNTUK MEMILIH YANG TERBAIK DARI KALANGAN YANG BAIK UNTUK MEMBETULKAN KEADAAN PERSATUAN PBTM YANG KINI DILIHAT SEPERTI KURANG BERMAYA.

SEDIA MAKLUM PBTM YANG MEMPUNYAI KEPIMPINAN DI PERINGKAT DAERAH (CWG), NEGERI (BAHAGIAN) DAN NEGARA MASALAHNYA KEBANYAKAN PENERAJU-PENERAJU YANG SEDIA ADA INI SUDAH SAMPAI TARIKH LUPUT DAN TIDAK DAPAT MENYUMBANG APA-APA LAGI MAKA SEPATUTNYA BERALIH KERUSI KEPADA PENASIHAT PBTM SAHAJA KERANA MEREKA INI YANG PASTI SUDAH TIDAK BERDAYA LAGI, KURANG VISI DAN MISI, ‘MENTAL BLOCK’ DAN TIDAK BERWAWASAN KURANG MENGAMBIL BERAT TENTANG APA-APA PERKEMBANGAN TENTANG ISU-ISU SEMASA. ADA LAGI MASIH MENYIMPAN RASA MARAH KEPADA BEKAS PEGAWAINYA.

PERWAKILAN PATUT BERMUHASABAH DIRI, PILIHLAH DARI KALANGAN MEREKA-MEREKA YANG TELAH TENTU BERKEBOLEHANNYA, YANG BERWIBAWA, YANG TIDAK MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MENJADI KETUA SEPANJANG ZAMAN.

DIMASA YANG SAMA PERLU DIFIKIRKAN DIMANAKAH PERGINYA CERDIK PANDAI BEKAS PEGAWAI TENTERA YANG PERNAH MENJADI PEMIMPIN DALAM ATM SEBELUM INI YANG BOLEH MENJADI PENERAJU UTAMA PBTM DI PERINGKAT DAERAH (CWG), NEGERI (BAHAGIAN) DAN NEGARA ? INI SATU PERSOALAN ?.

SAYA RASA BAGI BEKAS PEGAWAI TENTERA YANG SUDAH BARANG TENTU MEMPUNYAI TAHAP KEPIMPINAN, ILMU DAN PENGALAMAN YANG LUAS DAN JUGA TELAH TERUJI. KENAPA TIDAK BERADA DIDALAM PERSATUAN BEKAS TENTERA MALAYSIA. DIMANA MENGHILANGNYA MEREKA-MEREKA INI.

SAYA BERHARAP MEREKA-MEREKA INI YANG PERNAH MEMIMPIN KETUMBUKAN TENTERA DAPAT PULA MEMIMPIN MASYARAKAT BEKAS TENTERA. MARILAH SAMA-SAMA BERJUANG KEMBALI DI ALAM MASYARAKAT AWAM SAMA-SAMA MEMBANGUNKAN KOMUNITI MASYARAKAT BEKAS TENTERA DI PERINGKAT CAWANGAN, NEGERI DAN NEGARA SECARA KESELURUHANNYA.

DALAM MEMBINCANGKAN MASALAH BEKAS TENTERA IA ADALAH SAMA SAHAJA. SEDIA MAKLUM TENTERA (LAIN-LAIN PANGKAT) AKAN BERSARA PADA 21 TAHUN PERKHDMATAN PADA UMUR RATA-RATA PADA AWAL UMUR 40`AN, DENGAN PENCEN YANG ADA TIDAK MENCUKUPI. TIDAK KIRA LAGI YANG TAMAT PERKHIDMATAN DISEBABKAN MASALAH DISPLIN. SEBABNYA

- ANAK MASIH KECIL BARU HENDAK MEMBESAR. PERLUKAN KEWANGAN YANG BANYAK. DAPAT PENCEN (SEPARUH GAJI AKHIR) TIDAK CUKUP. MESTI BEKERJA LAGI ATAU BERNIAGA.

- PELUANG PEKERJAAN YANG SESUAI TIDAK BANYAK BAGI YANG TIDAK PANDAI BERNIAGA. KEBANYAKAN MAJIKAN TIDAK DAPAT MENERIMA PEKERJA BERUMUR LEBIH 40AN.

- MASALAH TIDAK MEMPUNYAI TANAH DAN RUMAH KERANA SEMASA DALAM PERKHIDMATAN ASYIK BERPINDAH RANDAH DEMI KEPERLUAN PERKHIDMATAN. TIADA BERPELUANG MOHON TAPAK RUMAH DAN TANAH SEMASA DALAM PERKHIDMATAN.

- BEKAS TENTERA BERNIAGA TIDAK RAMAI YANG BERJAYA. TETAPI YANG GAGAL CUKUP RAMAI.

DARI ITU SEMUA AHLI PBTM HENDAKLAH BERKERJASAMA, BERMUAFAKAT SALING BANTU MEMBANTU, INI LEBIH BAIK DARIPADA MENYIMPAN RASA MARAH KEPADA PERKHIDMATAN DAHULU ATAU BEKAS PEGAWAI ATASANNYA.

KITA SUDAH MATANG DAN WARAS UNTUK UNTUK MEMILIH APA YANG TERBAIK. FIKIRLAH UNTUK KEBAIKAN SEMUA BEKAS TENTERA SECARA KESELURUHANNYA.


SAYA MENYERU KEPADA SEMUA BEKAS TENTERA SUPAYA BANGKIT, JANGAN MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI SAHAJA TERUTAMANYA YANG ADA BERKEBOLEHAN DAN BERKEMAMPUAN, BANTULAH KEPADA RAKAN-RAKAN KITA BEKAS TENTERA MENGHABISKAN SISA-SISA KEHIDUPAN.

UNTUK LEBIH BERDAYA SAING SAYA CADANGKAN SUPAYA MASYARAKAT BEKAS TENTERA INI MENUBUHKAN PARTI POLITIK AGAR SUARANYA DAPAT DI DENGAR DIDEWAN RAKYAT ATAU DIDEWAN NEGARA. HANYA MELALUI SALURAN POLITIK SAHAJA SUARA DAPAT SEGERA DIDENGAR OLEH KERAJAAN YANG MEMERINTAH.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...