Monday, July 27, 2009

Tiga trak FRU halang ceramah ISA di Gua Perahu




PULAU PINANG, 27 Julai: Ceramah Mansuhkan ISA yang dijadualkan diadakan di Padang Awam, Taman Guar Perahu, Penanti, baru-baru ini telah dicemari dengan kehadiran tiga trak berwarna merah siap dengan anggota Polis Simpanan Persekutuan (FRU) bagi menghalang ceramah yang telah diatur.

Segala persiapan yang telah diatur oleh Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang berjalan seperti yang direncanakan.

Namun begitu setelah sampai waktu untuk memulakan ceramah yang akan disampaikan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu serta Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng maka pihak polis telah memulakan operasi mereka dengan membariskan anggota FRU siap dengan belantan bagi menghalang ceramah diteruskan.

Suasana hiruk-pikuk apabila tindakan pihak FRU itu menimbulkan perasaan tidak puas hati dikalangan penduduk tempatan dan orang ramai yang telah membanjiri padang tersebut untuk mendengar ceramah sepertimana yang dijadualkan.

Walaupun cuba dibincangkan oleh Ketua Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Yusni Mat Piah bersama dengan barisan kepimpinan PAS dengan pihak polis, polis tetap tidak membenarkan ceramah diadakan di situ.

Namun begitu ceramah dipindahkan ke kediaman salah seorang penyokong Pakatan Rakyat di kawasan perumahan yang sama tanpa kehadiran FRU.

Dalam ceramah beliau, Mohamad Sabu menegaskan bahawa tindakan pihak polis itu tidak mencerminkan sikap One Malaysia yang dilaung-laungkan oleh kepimpinan negara.

"Bentuk demokrasi bagaimana yang mereka amalkan sehingga menjadikan ceramah oleh Pakatan Rakyat dengan mudah dihalang dan disekat walaupun rakyat begitu ramai mahukan demokrasi diamalkan dengan cara telus.

"Ini melambangkan bahawa kepimpinan Barisan Nasional dalam negara ini tidak harus dibiarkan terus menguasai negara.

"Selagi mereka berkuasa maka akta zalim seperti ISA yang mereka amalkan selama ini akan disalahgunakan untuk memenuhi aspirasi politik parti mereka.

"Takut dengan kebangkitan rakyat maka Barisan Nasional akan terus menjadikan ISA sebagai senjata mereka untuk menyekat kemaraan Pakatan Rakyat dipersada politik negara," katanya.

8 comments:

Naruto Sensei said...

Inilah sikap UMNo yang selalu maik kotor sahaja..

Kepada Moderate Siasah tolong pantau Klon didalam Siasah ni..

Memburukkan Nikname orang lain sahaja.. Malah melaga2kan pula..

Naruto dah naik menyampah orang bacul ni..

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

Ceramah ISA- kenapa tak ceramah pasal hudud atau dasar2 yang akan dijalankan oleh pakatan yang sudah ditabal sebagai kerajaan negeri yang sah?

Modal politik Pakatan ialah ISA selepas PPSMI. Negara rosak kerana Pakatan dan sekrang sudah terbukti apabila Selangor dan Pulau Pinang nak muflis dah...

Naruto Sensei said...

Ibrahim Ali dah mengugut nak buat huru-hara pada himpunan GMI 1ogos ni..

Kemungkinan berlaku sudah dijangka.. sila ke

http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/07/jika-1-ogos-huru-hara-tangkap-ibrahim.html

Naruto alu2kan

habibRMC@yahoo.com.my said...

inilah tandanya umno dah lemah dah tak boleh lawan secara anak jantan gunakan polis, sprm ,mahkamah ini semua kelab penyokong umno

porrra

Ibnu Nasaruddin said...

mane budak umno ni???
takot ke...
elok la...
saama prangai mcam parti gak...
ngutuk orang pandai...
cermin muke dulu la....
bungkus la umno...
kezaliman x kemana...
paling2 balasan ade di akhirat nnt,...
orang yang mnyokong pon kene gak azab....

Mesra Sokmo said...

Tak de kerja lain penganut Hadhari yg bangang terutamanya MIE nak kena terajang .... halang org aje. Penakut gunakan FRU. mana keris tumpul UMNO, tak de org takut pun

AsyMok_ambo said...

ATAS NAMA ALLAH SWT
For Sure, Rejim ZIONIS umno-bn LAKNATULLAH telah menghancurkan JatiDiri Malaysians kurang lebih 50 tahun sudah.
Sewajar dan Selayaknya...
"Pergi JAHANNAM Rejim ZIONIS umno-bn LAKNATULLAH"
"Go to HELL Rejim ZIONIS umno-bn LAKNATULLAH."
WALI ALLAH SWT, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mengalu-alukan PENYERTAAN insan-insan mulia Najib Razak, Khairy Jamaludin dan rakab-rakan ke dalam Perjuangan ISLAM PASfor ALL.
Kesudahan KITA hanya DUA:
1. PERTOLONGAN ALLAH SWT
2. SYAHID FISABILILLAH
Best tau...
Hanya Jauhari Yang Mengenal Manikam.
ALLAHUAKBAR.

mamat said...

orang umno, maksud aku penyokong umno
sepatutnya membaca dan menghayati maksud Al Quran, surah Al Munafikun

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...