Monday, July 27, 2009

Abdul Hadi saran Umno undur diri

KEPALA BATAS, 27 Julai: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyarankan kepada Barisan Nasional (BN) dan Umno supaya segera mengundurkan diri dari persada politik negara.

Menurut beliau lagi, BN dan Umno sudah banyak membawa kemusnahan dan keruntuhan kepada rakyat negara ini melalui sistem amalan demokrasi yang zalim.

"BN dan Umno sepatutnya sudah mengundurkan diri sebagai pemerintah dalam negara ini. Ini adalah kerana selagi mereka memerintah negara maka amalan demokrasi yang mereka amalkan banyak menzalimi rakyat.

"Akta seperti ISA adalah satu sistem lapuk penjajah yang masih lagi diguna pakai walaupun negara sudah mencapai kemerdekaan melebihi daripada 52 tahun.

Islam melarang penggunaan sistem zalim dan menganiayai rakyat yang diamalkan oleh BN dan Umno ini.Amalan memenjarakan rakyat tanpa bicara ini adalah satu sistem zalim yang menzalimi rakyat kerana tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya," kata beliau.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah beliau di Kompleks Sukan Bertam, Kepala Batas, Seberang Perai Utara.

Bagi beliau, jika Umno tidak mahu berundur, Abdul Hadi menyarankan rakyat supaya mengundurkan BN dan Umno dengan tangan mereka melalui keputusan pilihan raya yang akan datang.

"Saya yakin dengan kuasa yang ada pada rakyat maka BN dan Umno ini dapat kita undurkan dari terus memerintah negara dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.

"Hanya dengan mengundurkan mereka secara paksa oleh rakyat sahaja maka kestabilan politik, ekonomi dan sosial dapat dipulihkan kembali tanpa melalui proses-proses kezaliman, korupsi dan penganiayaan yang diamalkan oleh mereka," katanya.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr P Ramasamy, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd Salleh Man, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff dan Ketua Dewan Ulama PAS Pulau Pinang, Ustaz Soid Md Amin.

21 comments:

Naruto Sensei said...

Kemusnahan Pertama yang UMNO buat ialah memberikan IC kepada bangsa asing semasa mula memerintah dulu..

Sekarang bila bangsa tersebut sudah kuat UMNO mahu pula menyemaikan sikap Perkauman..

Malah jejala Sosial yang kerap berlaku juga adalah usaha UMNO yang tak konsisten membanterasnya melalui mediaTV ataupun Majalah yang mereka sendiri memberikan Lesennya..

Sila kaji balik keruntuhan Moral dan kelemahan Orang melayu adalah dibawah pemerintahan siapa..?

Naruto rileks je..

uncle nano said...

bodoh punya manusia..ada otak tak guna..ada ilmu tak moh pakai..ada ilmu tapi pandai buat dosa..
jahanam le kamu..
bangun orang islam..tentang mana yang salah tegakkan kebenaran..

Naruto Sensei said...

Ha ha kamu jelah yang pandai ye Uncle nano..

Habis semua orang kamu bodohkan..! baguslah tu doa tu kena balik kebatang hidung sendiri lah jawabnya..

Ingat komen makin berubah sama je tahap dan pemikiran kamu..ha ha

Naruto gelakakan jelah

faizul hadi said...

saya kurang setuju...
biar UMNO bertarung...
baru best sikit tgk depa kalah nanti pru 13 nanti...hahaha...

http://tvpakatanrakyat.blogspot.com

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

Ceramah ISA- kenapa tak ceramah pasal hudud atau dasar2 yang akan dijalankan oleh pakatan yang sudah ditabal sebagai kerajaan negeri yang sah?

Modal politik Pakatan ialah ISA selepas PPSMI. Negara rosak kerana Pakatan dan sekrang sudah terbukti apabila Selangor dan Pulau Pinang nak muflis dah...

abe MIE 'TERJAH' said...
This comment has been removed by the author.
PAS-PKR-DAPigs said...

Hanya kuasa Allah sahaja yang dapat mengundurkan UMNO, BUKAN kuasa Pakatang Rakyat yang kotor untuk memusnahkan kuasa politik melayu/Islam.

UMNO akan tetep berkuasa walaupun dengan kemenangan LEBIH SATU kerusi!

uncle nano said...

YANG NYATA DAN BENAR BAHAWA ORANG-ORANG MELAYU ISLAM MALAYSIA LEBIH MEMILIH UMNO DARIPADA BERSEKONGKOL DENGAN PAS YANG HANYA PANDAI MENYUMPAH SERANAH DAN BERHATI BUSUK..

JAUHKAN DIRI DARI PAS..TEGAKKAN DAN AGUNGKAN ISLAM BERSAMA UMNO.

TERUSKAN PM..SYABAS NAJIB..1MALAYSIA

tabuan said...

Sebenarnya PAS lah yang perlu undur diri kerana Tiada satu habuk, malah sebesar zarah sekalipon jasa PAS di dalam memertabatkan islam di bumi malaysia ini.

Pas hanya menjadi Parti yang memecah belah kan masyarkat melayu islam.
Apakah sudah lupa Hj.Hadi akan fatwanya pada tahun 1976..kalau tak salah..

(Kita menentang UMNO bukan kerana namanya UMNO, kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah negara, kita tidak perlu masuk budha, masuk kristian ataupon hindu, kita boleh menjadi kafir sekiranya mengamalkan politik suku dan agama suku ...hj hadi)

fatwa yg di tujukan kepada UMNO...
Apakah Hj hadi tak tertfikir doa,tahlil org umno dan org yang mengundi umno tidak langsung di terima oleh beliau apabila beliau mati nanti...

Ucapan/ fatwa beliau lah memecah belahkan umat islam di malysia ini, sehinggakan sembelihan org umno tidak boleh dimakan, kenduri tak boleh makan....tapi bila cina mati boleh tolong pi sembah pakai lilin...lepas ni lim kit siau mati kome bakar gharu pulak pas tu pakat-pakat tiup tterompet and pukul gendang...

inilah sifat PAS hanya memikirkan kerusi dan sanggup mengadaikan agama demi kerusi tersebut...
pernah dengar kerr kita dengar pemimpin umno panggil pemimpin PAS, mahafiraun, menuduh pemimpin PAS menonton filem lucah.Malah master Bro anwar pon mat sabu yg panggil dia Aljubori.

Tetapi pemimpin PAS dan juga serombongan dengan nya selalu dan sering mengelar, memaki hamun, menfitnah dan sebagai nya terhadap pemimpin UMNO.

Naruto Sensei said...

Ibrahim Ali dah mengugut nak buat huru-hara pada himpunan GMI 1ogos ni..

Kemungkinan berlaku sudah dijangka.. sila ke

http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/07/jika-1-ogos-huru-hara-tangkap-ibrahim.html

Naruto alu2kan

Naruto Sensei said...

tabuan

Kalau nak diceritakan berpuluh2 gearan Pimpinan UMNO berikan pasa PAS..

Malas je orang PAS nak senaraikan bukan puak UMNO nak mengaku pun..
Tapi bila kena kepada batang hidung pihak UMNO melalak kononnya PAS gelarkan macam2.. UMNO tak pernah gelarkan PAS macam2..


Tengokle bila datang PRK macam penceramah UMNO gelarkan pemimpin PAS..tak percaya tanya en Zali tu berbuih mulut dia dok maki hamun pimpinan PAS..

Malas je nak kecoh2 lebih macam UMNO tu yang suka baling batu sembunyi tangan..

Naruto malas nak kecoh2

Proton Saga said...

KALAU 18 TAHUN MEMERENTAH ADAKAN CERAMAH SETIAP MALAM SETIAP HARI BUAT FITENAH, MENGUMPAT MENGATA ORANG AMALAN PAS UNTUK MENARIK RAAYAT KELANTAN TERUS MENYOKONG PAS, TETAPI KEPUTUSAN PILIHAN RAYA MANIK URAI NAMPAKNYA 49 51.KENAPA ORANG KELANTAN DIMANIK URAI SANGUP JADI KAFIR BUKAN SEDIKIT MALAH HAMPIR SEPAROH PENGUNDINYA MENJADI KAFIR KERANA NENYOKONG UMNO. APAKAH PEMIMPIN PAS TAK KASIAN KAN DIAORANG INI?

TOK GURU GAGAL MENGEKALKAN RAYATNYA TERUS DALAM ISLAM WALAUPUN BECERAMAH SETIAP HARI.
WALAUPUN SEMUA AHLI PAS BERPUASA SUNAT PADA HARI MENGUNDI DAN SEMBAYANG HAJAT TUHAN TIDAK MENGKABULKAN KERANA TOK GURU TELAH MENOLAK PENYATUAN SESAMA ISLAM.
TOK GURU KENA PERGI BALIK BUAT CERAMAH KAT ORANG MANIK URAI SURUH KEMBALI KAT PANGKUAN PAS NANTI TAKUT MATI DALAM KAFIR.

SEPATUTNYA PAS UNDUR DIRI DARI ARINA POLITIK KERANA BERSENGKONGKOL DENGAN ORANG KAFIR YANG TERANG TERANG MENENTANG PENUBUHAN NEGARA ISLAM.

KALAU TAK MAHU UNDUR KITA YAKIN RAYAAT KELANTAN AKAN MENOLAK PAS PR KE 13 NANTI.

AKU YAKIN YANG BENAR AKAN BENER
FATUA KAFIR ITU DIBUAT OLIH HADI AWANG.

Proton Saga said...

kALAU TAK BERI IC NEGARA TAK DIBENAR MERDEKA OLIH BERITISH. SILA BACA SEJARAH KERMEDAKKAN.

Naruto Sensei said...

Mana lah nak maju Felda ni

Ada pekerja macam Proton Saga ni .

ayamgebu said...

sebetulnyer....begitulah!!

tunggu dan lihat...di mana kebenaranyerrrrr.

Naruto Sensei said...

Keputusan Di manik urai tu bukan kayu sebenornye.

Nak cth ke? masa prk Permatang Pasir PAS kalah pun dengan 184 undi je. Tapi kenapa masa Pru12 PAS menang dengan majoriti lebih 2000 undi? Masa Prk Manik Urai pon bnyk org UMNO menyamar jadi pegawai SPR.

Kita ni UMNO jgn buat malulah komen bodoh2 ni. cnthla Lebai ni yg dah insaf. UMNO dah kalah teruk2 pon msih tak mau berubah.

Lebai tengok sekrg PAS lebih bagus dari UMNO. Hidup PAS nanti Lebai menyusul. Tinggalkan le hidup maksiat UMNO tu.

Naruto Sensei said...

Proton Saga said...

kALAU TAK BERI IC NEGARA TAK DIBENAR MERDEKA OLIH BERITISH.

---------------------------------->

Itue le perangai UMNO sebnor. Dia bukan pejuang rakyat pon. Yg teruk melwan penjajah British alim ulamak.

Dia dapat merdeka dengan dulang emas jer. Nak memerintoh puyer pas'al di gadainye ic ke pendatang.itule lebai dah belajar sejarah tu dulu lae. Masa mengundi pon diberinye IC ke pendtg tnpa izin. Bkn Lebai tak tau . Ini semua arahan lebai juga dulu2.

Kene lah UMNO terima mereka sebgai rakyat malysia jgn le perkauman. Itu yg UMNO gadai kan dulu.
Lebai Lah dah Insaf tak mau ikut Politik UMNO.

Amirul Asyraf said...

ak btol sokong ngan tuan guru haji hadi... umno patut undur diri untuk bertaubat... itu yg pnting... malaysia negara islam...
pemimpin islam bukan pemimpin yang bergelumang dengan dosa....
kalu penoh ngan dosa, cne nak dapat rahmat allah...
malu la sket dengan negara2 islam yamg lain...
x malu ke dengan negara indonesia... (bukan negara islam)
walaupon negara indon bnyak korupsi, tapi pemimpin dorag ade usaha
untuk hentikan korupsi...
negere kite cner???
tolong la pkir orang2 yang myokong umno....
negara kita perlu diperbetulkan semula n yg mampu untuk membetulkan
hnyalah barisan pakatan rakyat...
kita perlu pemimpin yang berani mcn anwar ibrahim...
pememipin yang tawadhuk mcm tuan guru nik abdul aziz...
muhasabah diri la sek2 UMNO..

roh_insan said...

Dari undle nano..

1..YANG NYATA DAN BENAR BAHAWA ORANG-ORANG MELAYU ISLAM MALAYSIA LEBIH MEMILIH UMNO DARIPADA BERSEKONGKOL DENGAN PAS YANG HANYA PANDAI MENYUMPAH SERANAH DAN BERHATI BUSUK..

2.bodoh punya manusia..ada otak tak guna..ada ilmu tak moh pakai..ada ilmu tapi pandai buat dosa..
jahanam le kamu..

Bro,cube kamu perhatikn ayat2 suci kamu tu,kamu kate org Pas tak elok,tp dlm ayat ke2 kamu tu bkn ke kamu pun suke sumpah org n kamu pun hati BUSSUK krn mendoakn org jd jahanam,ust mane yg ajar kamu??

3.bangun orang islam..tentang mana yang salah tegakkan kebenaran..

Siape yg kamu seru ni?? org Islam dlm umno je ke atau tak kire ape parti??andai kamu kate untuk org umno je apekah kamu yakin hanye org umno je yg Islam??bezekn lah diri kamu dgn org yg kamu kate.

4.JAUHKAN DIRI DARI PAS..TEGAKKAN DAN AGUNGKAN ISLAM BERSAMA UMNO.

Bro,jgn terlalu mengikut rasa,epe ke bendenye yg kamu maksudkn agung? bnyk masjid? bnyk surau? atau bnyk sekolah agame?.Maaf bro,selagi kite tak memahami ape itu Agama selagi itu kite tak mampu utk mengagung kn Islam.

.................................

Dari PAS-PKR-DAPigs.(indahnye name kamu)

1.Hanya kuasa Allah sahaja yang dapat mengundurkan UMNO, BUKAN kuasa Pakatang Rakyat yang kotor untuk memusnahkan kuasa politik melayu/Islam.

Adeke kamu tdk menerime 5 negeri yg ditawan oleh PR itu hanye berlaku dgn kuase nya Allah??.klu kamu menerima kemenangan itu juge dtg dr Allah kenape kamu nak menyalahkan org melayu dlm PR??

Dan klu kamu percaye hanye kuase Allah sje yg dpt mengundurkn umno kenape kamu tdk percaye yg 5 negeri itu telah DIANGKAT oleh Allah kuasenye dr umno???

Inilah contohnye ramai yg memegang sekerat2 dalil Al-Quran,kamu tdk sdr yg kamu telah membuang separuh ayat dr rukun iman yg ke 6."Percaye untung baik n rugi adelah dr Allah jue." Buktinye bile umno menang seluruh negeri kamu kate Syukur Allah telah beri petunjuk pd org2 melayu,klu kalah kamu kate org melayu tak sdr diri,dah hilang bahawe itu juge kehendak Allah.

2.UMNO akan tetep berkuasa walaupun dengan kemenangan LEBIH SATU kerusi!

Aku setuju,tp peganglah jugak perinsip kamu ini andai PR menang satu kerusi pp PRU13 nanti.Cume aku hairan ramai kalangan org umno tetap menyalahkan org melayu bile hilang beberape negeri.Dah tak nampak kuase Allah.

Unknown said...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
1. Terserahlah kepada para pengundi pada PRU 13 nanti untuk mengundurkan atau tidak UMNO ni.
2. Kat Sarawak ni, takda UMNO. UMNO memang tak boleh masuk. Tak tahulah, mungkin dah ada perjanjian di kalangan parti komponen BN kut. Tapi saya rasa, memang tak eloklah UMNO masuk ke Sarawak. Takut banyak berbalah nanti. Wallahualam.

AsyMok_ambo said...

ATAS NAMA ALLAH SWT
For Sure, Rejim ZIONIS umno-bn LAKNATULLAH telah menghancurkan JatiDiri Malaysians kurang lebih 50 tahun sudah.
Sewajar dan Selayaknya...
"Pergi JAHANNAM Rejim ZIONIS umno-bn LAKNATULLAH"
"Go to HELL Rejim ZIONIS umno-bn LAKNATULLAH."
WALI ALLAH SWT, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mengalu-alukan PENYERTAAN insan-insan mulia Najib Razak, Khairy Jamaludin dan rakab-rakan ke dalam Perjuangan ISLAM PASfor ALL.
Kesudahan KITA hanya DUA:
1. PERTOLONGAN ALLAH SWT
2. SYAHID FISABILILLAH
Best tau...
Hanya Jauhari Yang Mengenal Manikam.
ALLAHUAKBAR.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...