Friday, July 17, 2009

Kerajaan Selangor anggap kematian Teoh sebagai tragedi

SHAH ALAM, 17 Julai: Kerajaan Negeri Selangor menyifatkan kematian Setiausaha Politik Exco kerajaan negeri, Teoh Beng Hock sebagai satu tragedi yang amat menyedihkan dan merasai sama kesedihan dengan apa yang ditanggung oleh seluruh anggota keluarga terlibat.

Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata demikian di dalam sidang akhbar tergempar yang diadakan di Bangunan Annex berhampiran Bangunan SUK, dekat sini sekitar jam 8.15 malam malam tadi.

Kebanyakan exco turut serta di dalam sidang media itu yang dihadiri oleh ramai wakil media tempatan meskipun dimaklumkan di dalam masa terdekat.

“Bagi menghormati perasaan kaum keluarga yang sedang bersedih, kita menunggu laporan lanjut dan lengkap dari pihak polis dan patologi; kita tidak mahu mendahului pihak berkaitan termasuk keluarga mereka di dalam memberikan kenyataan.

“Esok sekali lagi Exco Kerajaan Selangor, Teresa Koh akan mengadakan sidang akhbar bersama-sama dengan beberapa orang lagi yang disoal-siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Selangor (SPRM) dan bagaimana siasatan itu berlaku,” tegas Tan Sri Khalid lagi.

Untuk rekod, selepas pejabat exco berkenaan, Ean Yong Hian Wah, diserbu oleh pegawai SPRM, Teoh telah diminta ke pejabat SPRM dan beliau memandu sendiri ke pejabat itu yang terletak di Wisma Masalam di sini.

Menurut Khalid lagi, beliau dimaklumkan, Teoh dibebaskan pada jam 3.45 pagi dan berada di sekitar pejabat SPRM itu sehingga pagi, namun dimaklumkan kematiannya oleh seorang petugas di bangunan itu pada jam 1.30 petang semalam.

Di dalam sidang media itu, tidak dimaklumkan tentang punca kematian Teoh ekoran penyelidikan sedang dilakukan dan esok akan dikeluarkan laporan lengkap mengenainya.

Di dalam hal ini, Khalid berkata beliau mendapat jaminan dari Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Khalid Abu Bakar mengenai penyiasatan terperinci akan dilakukan ke atas kejadian berkenaan.

Sementara itu, Ean ketika bercakap kepada wartawan berkata, beliau sangat sedih dan kesal dengan apa yang telah berlaku ke atas pegawainya dan meminta SPRM bertanggungjawab sepenuhnya di atas kejadian itu.

“Beliau akan mendaftar perkahwinannya pada esok hari (hari ini),” jelas Ean di dalam sidang sama sambil menjelaskan Teoh adalah bekas wartawan Sin Chew Jit Poh dan berasal dari Alor Gajah, Melaka.

17 comments:

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.bogspot.com

DAP nak jadikan HOCK macam Kugen. Ambil populariti atas kematian.

SPRM kena jawab sebab Cina DAP pandai bermain dengan kata-kata sedangkan yang bunuh diri ialah Hock.

Sepatutnya kita kena hina Hock ....

kalau tidak bersalah kenapa bunuh diri?

Naruto Sensei said...

abe MIE 'TERJAH'

Jaga2 kenyataan Kamu bolehkan kamu didakwa kerana membuat tuduhan Jahat..

Sememangnya kamu sentiasa berniat Jahat..

Apa cerita jika keluarga kamu sendiri yang mati sebegitu..

Kenyataan kamu menampakkan hati perut kamu sendiri..

Tak sangka ada manusia seperti kamu di Malaysia ini..

Naruto kesal

uncle nano said...

aku ni bersimpati terhadap keluarga simati dan berharap kaum keluarga mereka dapat bersabar..

pagi ni kat area seksyen 9 menuju ke Plaza Masalam semua jalan ditutup..Anwar Ibrahim datang melawat..jgn wat kecoh sudah..

apa-apa pun aku ucapkan syabas kepada SPRM.teruskan usaha untuk membanteras si penyangak rasuah.

lupakan Pakatan Rakyat, mereka hanya tahu dan suka membuat tuduhan-tuduhan yang boleh menyebabkan permusuhan kaum berlaku..sumbatkan mereka-mereka yang perabih duit rakyat kedalam penjara dan jangan lupa siasat juga kerajaan BN yang belum tentu kejujurannya.

tapi aku tetap ahli UMNO yang setia dan tetap menyokong kerajaan.

bravo bravo bravo SPRM

Naruto Sensei said...

KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat mendedahkan wujudnya “pakatan kuasa-kuasa tertentu” yang telah cuba menghalang beliau daripada mengumumkan laporan audit Pricewaterhouse Coopers mengenai Projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

“Kuasa-kuasa itu termasuklah orang-orang yang terbabit dengan projek tersebut, kuasa-kuasa bisnes politik yang berkaitan dengan orang-orang itu, dan pihak-pihak tertentu dalam parti pemerintah.

"Mereka antara lain mengugut untuk mengancam keselamatan diri saya, dan mengenakan tekanan dalaman… dengan tujuan untuk cuba menghalang saya mengumumkan kandungan laporan itu,“ kata beliau dalam temu ramah dengan Sin Chew Daily hari ini.

Tolong siasatSPRM..? Tubuhkan suruhanjaya siasatan diraja

Kenapa 18 kes berprofil tinggi termasuk 21 kes melibatkan bekas MB selangor yang sehingga ke hari ini tiada perkembangan..? tetapi SPRM lebih memantau PR sahaja.

Dan dimana juga kes Lembu yang dikecoh2 kan dulu tu..?

Nak tahu apa yang disorokkan SPRM ataupun SPRM hanya alat sahaja nak memburukkan MB Khalid Ibrahim

Naruto tunggu lama dah..

sliey said...

Kesian belum sempat nak dia nak kawin..siasatlah apa sebab dia lompat..

uncle nano said...

berita terkini..
ada cobaan-cobaan membuat kecoh di plaza masalam..tak guna tul dia orang ni..
polis sudah mula bertindak..

udah-udah le tu..klu dah bersalah tu bersalah juga..

Naruto Sensei said...

Kes tu menampakkan sangatlah..

Mana ada orang bunuh diri atau lompat atau terjatuh boleh koyak seluar dia..?

Ish takkan tak pernah tengok mayat orang bunuh diri ..? biasanya pakai mayat tu lengkap saja takde koyak pun yang pecah kepala saja.

Polis tolong Siasat dengan teliti.

Naruto tunggu je

hurry said...

bengo la mu ni abe mie...alasan lumrah bagi org reban(rejim barisan nasional)..ei takut aku ...tak selamat dah kita kat malaysia ni..selagi reban perintah

hurry said...

uncle nano aku setuju jugak pendapat ko...syabas kerana berani...aku harap banyak lagi kes pakatan rakyat ni..korek je...yg rumah khir toyo tu...bahaya..jgn siasat silap2 tak berasap dapur tu.... dengan kerja susah nak cari ni....so nak selamat korek je kes...pakatan rakyat...

hurry said...

KEPADA SEMUA PENGUNDI2 MUDA SEKALIAN LIHATLA DI DEPAN MATA ANDA APA YG BERLAKU,JGN BIARKAN IA BERLAKU KEPADA SAUDARA TERDEKAT KITA...INI SANGGUP INI TERJADI KEPADA ANAK SAUDARA KITA...SO BANGKITLA DALAM PRU13....ADAKAH ANDA SANGGUP LAGI MELIHAT SEMACAM INI...MULA2 KUGAN LEPAS TU TEO DAN ???....
KITA ADA HAK UNTUK MEMILIH...PILIHLA JIKA YAKIN SELAMAT...JIKA TERPAKSA ANDA PERLU BERLAKON DI DEPAN MEREKA BERLAKONLA...AMBIKLA BARANG YG MEREKA BERIKAN..TAPI MEREKA TAK DAPAT MELIHAT UNDI YANG KITA LAKUKAN...BERLAKON SAHAJA...DEMI KEPENTINGAN ANDA...PANGKAH JGN SEKALI....HANYA KITA DGN PEN SAHAJA YG TAHU APA YG KITA PANGKAH..
TENGOK SEKARANG MEREKA TELAH BERIKAN MCM2 KEPADA KITA,KERANA APA ANDA TAHU MEREKA DAH TERDESAK...JIKA MEREKA TAK TERDESAK ADAKAH ANDA DAPAT MENIKMATI SEPERTI INI,YG SEDIKIT INI...HANYA KRONI MEREKA SAHAJA YANG MENDAPAT UNTUNG DAN KAYA RAYA....SO PILIHANRAYA AKAN DTG JGN BAGI PELUANG KEPADA MEREKA...MALAYSIA INI ADALAH NEGERA KITA BERSAMA..BUKAN HAK MILIK KETURUNAN NENK MOYANG MEREKA...
TGOK TUAN GURU NIK AZIZ KAYAKAH BELIAU BERBANDING PAK LAH DAN DATO NAJIB DAN KAUM KERABAT BELIAU...KAYAKAH BELIAU...BANDINGKAN!!

Naruto Sensei said...

Kalau BN tak jatuh dengan Pilihanraya pasti dia akan tumbang dengan cara lain juga ..ha ha ha..

Ingat..! Banyak negara2 demokrasi didunia ini yang sombong dan angkuh selalunya jatuh bukan dengan Pilihanraya...

Corak pimpinan BN sekarang di bawah Najib lebih merisikokan negara ke lembah kehancuran..

Hubungan dengan negara luar pun Malaysia dah teruk termasuklah sekarang di Indonesia..Malah Mongolia pun mahau membawa kes Altantuya ke Mahkamah Dunia..

Siapa yang malu nanti..? Kita semua yang mendapat kesannya. Kerana Politik UMNO yang teruk kita semua yang akan menanggungnya..

Jangan diberi peluang lagi kerana UMNO sememangnya tak mehu berubah walaupun mereka kalah berkali2..
Masih dengan sikap samseng dan tak mahu muhasabah diri.

Sombong dan bongkak akan membunuh UMNO sendiri..

Naruto nasihat je

sliey said...

Elok sangatlah tindakan kerajaan negeri selangor menyerahkan saja kepada pihak Polis untuk menjalankan siasatan rapi.Kita pasti pihak polis akan jujur sepertimana yang dijanjikan Najibs dalam 11 hadiahnya untuk rakyat..
Yang rakyat persoalkan tindakan pantas SPRM dalam menyiasat pegawai kerajaan negeri sekarang.Dah banyak aduan dibuat tentang salahguna kuasa kerajaan negeri terdahulu tetapi lambat dan tiada pula nak disiasat.Dalam kes dakwaan harga banglo bekas mb pun belum disiasat lagi.Salahguna peruntukan untuk Dun kerajaan terdahulu pun tak disiasat samada betul ke tak betul.Begitu juga dengan kes projek mega pkfz yang didakwa mca ada penyelewengan.Tapi kecoh pula menyiasat Mb sekarang tentang pemberian lembu korbannya dan penggunaan kereta sendiri sebagai kereta rasmi.Baguslah siasatan tu dibuat kerana tiada pun bukti kesalahannya.Tapi rakyat melihat tidak ada kewibawaan dalam tindakan SPRM yang nampak seakan akan tidak bebas..

Perawi said...

3.45 pagi - pejabat SPRM masih berkerja. Banyak over time, macam pembunuhan altantuya 10Malam. Ini macam CIA/FBI/KGB. Memang ini dimanakan KERA KEJAM bukan kerajaan. 1Msia/H1N1 - satu Msia Hapuskan Najib

Perawi said...

Info Sharing - If ONE (1) of our Nominee in the EPF Nominees list deceased, automatically the whole arrangement (EPF Nominees list) is VOID. Meaning if, you only put in One (1) name & unfortunately he/she dies before you – automatically EPF will channel your EPF money to trustee of AMANAH RAYA upon your death.

Thou if, you DO have few names in the EPF Nominees list still - the whole arrangement is VOID & none of the individual balance name in the EPF Nominees list will get their potion & automatically EPF will channel your EPF money to trustee of AMANAH RAYA upon your death.

Piece of advice - if any of the your Nominee in the EPF Nominees list decease, please do immediately approach the nearest EPF counter & present the Death Certificate of the individual & re-instate you NEW / LATEST Nominee in the EPF Nominees list + NEW / LATEST percentage.

If, you & the other party (maybe spouse) involved in the same misfortune (accident / illness) that caused death to both yourself / spouse please, please, please alert your siblings / relatives / parents to immediately approach the nearest EPF counter & share the information within 3 days to AVOID all EPF money to be surrender to trustee of AMANAH RAYA.

Upon surrender to trustee of AMANAH RAYA, your children will have to battle the money thru 3 channels;

Majlis Agama

Pejabat Tanah

Mahkamah

The normal period via above 3 channels usually takes 2-3 years (except if you have inside/tip top connection) at Amanah Raya.

roh_insan said...

abe MIE'TERJAH'

Kamulah manusie yg sgt hine.Bersesuaianlah dgn gambar yg kamu padankn itu.

cicitHJHASSANu said...

BIBIT-BIBIT BERLAKUNYA DARURAT UNTUK TALIAN HAYAT AMENO-BN LAKNATULLAH....
MEREKA SEPERTI LEMBU YG MENGIBAS EKORNYA KE SETIAP TUBUH SEHINGGA KE TELOR2 MEREKA,WALHAL BURUNG GEMBALA MASIH 'STEADY' DI ATAS KEPALANYA...
SEBELUM MEREKA BERTINDAK ALA MOSSAD HANCURKAN SEGERA PUAK2 MUNAFIKUN DGN SEGERA....
MEREKA SEBENARNYA PENAKUT TETAPI BERLINDUNG DISEBALIK KUASA DUNIA.

Lebai Mangkuk said...

Sudah suratan takdir dia akan mati begitu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...