Wednesday, July 22, 2009

Buktikan gas dalam Kelantan: Anggota Parlimen lawat pelantar

KOTA BHARU, 23 Julai: 30 orang yang terdiri dari anggota Parlimen dan Adun di samping para wartawan dan pemimpin masyarakat akan dibawa melawat pelantar minyak dan gas yang dikatakan berada di perairan Kelantan 4 Ogos ini.

Turut dipelawa menyertai rombongan itu adalah Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapha Mohamad dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin Abu Bakar.

Menurut maklumat Siasah, rombongan itu dianjurkan oleh kerajaan negeri Kelantan melalui exconya, Datuk Husam Musa.

Husam ketika dihubungi Siasah berkata, tujuan lawatan ini adalah untuk membuktikan bahawa ada pengeluaran gas dan minyak berlaku di kawasan pertindahan antara Kelantan dengan Thailand.

Mereka dijangka akan menaiki sebuah kapal nelayan laut dalam dan bakal mengharungi laut China Selatan selama 12 jam sebelum sampai ke pelantar minyak itu.

Lawatan ini bertujuan untuk melihat sendiri apa yang didakwa oleh Husam sebelum ini bahawa Petronas mengeluarkan minyak dari perairan Kelantan.

Oleh itu, sebagaimana Terengganu dan Sabah, kerajaan negeri Kelantan juga berhak mendapatkan royalti sebanyak lima peratus dari Petronas.

Sebelum ini, kerajaan negeri Kelantan telah menghantar surat kepada Petronas dan kerajaan Pusat menuntut royalti RM1 bilion yang menjadi hak rakyat negeri itu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin dalam kenyataannya meminta Petronas menjawab isu ini dalam masa 48 jam namun sehingga kini tidak ada sebarang kenyataan dari Petronas mengenainya.

8 comments:

Azahari said...

Ajak la Muhyidin skali....

AsyMok_ambo said...

Ambo yakin benar akan PERTOLONGAN ALLAH SWT.
Janji DIA YANG MAHA HEBAT
"Bila mana datang KEBENARAN, lenyaplah KeBatilan dan Sesungguhnya Yang batil itu PASti Lenyap."
Ambo yakin dan PERCAYA.
ATAS NAMA ALLAH SWT
Sudah tentu, Syukur tak terhingga ke Hadrat Pemilik Sekalian Alam
YANG MAHA BIJAKSANA MAHA PEMURAH PENYAYANG LAGI MAHA TAHU SEGALA-GALA.
RASULULLAH SAW mengambil apa juga keputusan atau pendekatan LILLLAHITAALA atas Kepentingan Ummah seluruhnya.
ISLAM tertegak atas lima perkara:
1. Memurnikan akidah.
2. Memuliakan akhlak.
3. Meng Istiqamah syariat.
4. Pengorbanan harta.
5. Pengorbanan diri.
KENA PAHAM BETUL-BETUL!

Terkini, Marhaen FC 23/07/2009
Formasi 1-3-2-2-2
Pendekatan HIKMAH dan FATANAH.
Goalkeeper- TokGuru Hadi
Lastman aka captain- TuanGuru Nik Aziz
Bek tengah- Maulana Karpal
Bek kiri- Master Kit Siang
Bek kanan- Otai Uthayakumar
Twin-midfielder- Sifu Anwar dan Panglima Husam
Twin-winger- Dr. Dzul dan Ir. Khalid
Twin-striker- the Hustler Guan Eng dan the Lion Gobind Singh Deo
ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN.

Wahai para Patriot Perajurit Pejuang ISLAM
PutraJaya dah melutut kepada kita para DAI’E FISABILILLAH
Pejabat Perkhidmatan Awam PERSEKUTUAN dalam genggaman erat BERHIKMAH para Syuhada’ PASforALL
Insan-insan terkeliru hanya tunggu masa dan ketika.

Tinggal lagi para sahabat sekalian..
Usah FITNAH, ANGKUH dan BURUK SANGKA.
ALLAH SWT BERSAMA KITA.

TASBIH! TAHMID! TAKBIR! ISTIGHFAR!
Dengan ILMU, kita wajib berdakwah
Tuafiq Hidayah HakMilik MUTLAQ ALLAH SWT.
ISLAM LEAD THE WIND OF CHANGE.

HijratunPutraJaya menggamit kita para DAI’E FISABILILLAH
Satu Malaysia: Rakyat diutamakan, Pencapaian disegerakan.
KITA REALISASIKAN.
AYAT-AYAT CINTA ALLAH SWT
(2:269) al-Baqarah
"ALLAH SWT memberikan HIKMAH(ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendaki NYA. Barang siapa mendapat HIKMAH itu, sesungguhnya dia telah mendapat kebajikan yang banyak. Dan tidaklah yang menerima peringatan, melainkan golongan yang berakal."
DENGAN KUASA ALLAH SWT
Surah al-Isra’ ayat 81 menukilkan:
“Bila mana datang KEBENARAN, lenyaplah KEBATILAN. Dan sesungguhnya yang BATIL itu pasti akan lenyap.”
Wahai para Patriot Pejuang Perajurit ISLAM,
Kerja kita bukan mudah.
PUAK ANGKUH PERTUBUHAN DONGENG ZIONIS UMNO-BN LAKNATULLAH tealah menanam benih kedurjanaan kurang lebih 50 tahun lamanya.
Kerja kita bukan mudah.
Sejarah telah mengajar kita bagaimana Perjalanan Perjuangan Pemimpin para Syuhada’, Imam Ali b. Abi Talib r.a.
Penuh ranjau, duri dan onak. Ambo kalau baca riwayat hidup beliau terutama selepas kewafatan Junjungan Besar SAW begitu hiba mengenangkan Semangat Ali dalam Menegakkan kalimah Tauhid dalam erti kata sebenar.

Jangan kita leka,
KERJA KITA TIDAK MUDAH.
Keahlian dan Pilihan Raya bukan Perkara Pokok dalam PERJUANGAN ISLAM.
Niat tulen kita mestilah IKHLAS LILLAHITAALA dalam TEGAKKAN KALIMAH TAUHID.
Sekali lagi,
KERJA KITA BUKAN SENANG.
Mesti HIKMAH dan FATANAH.
KALAU TIDAK DIPECAHKAN RUYUNG, MANAKAN DAPAT SAGUNYA.
Firman ALLAH SWT
(112:1-4) al-Ikhlas
(113:1-5) al-Falaq
(114:1-6) an-Naas
Hayati baik-baik. Bukan untuk menunjuk-nunjuk atau menang Pertandingan Tilawah sahaja.
ADA HIKMAH TERSEMBUNYI berkat AYAT-AYAT CINTA ALLAH SWT.
DENGAN KUASA ALLAH SWT
Please...
All of us the MALAYSIAN, men n women etc.
I LOVE U ALL!
VOTE for PASfor ALL.

WALLAHU WALIYYUT TAUFIQ WAL HIDAYAH.
ALLAHUAKBAR! INSYA ALLAH.

dewatawanberapi said...

cara mudah nak dapat duit...tak nak usaha sendiri...

ajaran mana yang dia orang ni ikut agaknya...

Naruto Sensei said...

Dah dikorek harata orang lepas tu tak mahu bayar pula.. Mana punya ajaran UMNO ikut..?

Bukan ke ciri2 penyangak dan perompak tu..?

Terengganu pun wang royaltinya sampai ke hari ini ntah kemana..

Kesian kalau dah makan upah kerjanya menipulah ye..

Naruto sentiasa original..

Azym Azizi said...

Hak negeri Kelantan yg dinafikan..apara UMNO...

Unknown said...

benar dan jelas,hak bumi untuk rakyat,bukan untuk individu,
rakyat urus takbirlah pada jalan yang baik,jangan menipu,merompak tak apa,soo lepas nee kita rakyat tangkap mereka-mereka yang merompak hak rakyat ne...kan jelas tahun depan badjet nak buka lagi Penjara jadi kita tempatkan perompak-perompak politik nee ke Penjara Baru,
perompak Moden-
Bukan ku cari Harta bertimbun-timbun,
dan seterunyalah....

Anonymous said...

Huhu... Ajaran mana lagi yang di ikut kalau itu bukan dari ajaran ISLAM. Ajaran Islam adalah menegakkan yang hak dan meruntuhkan yang batil. Duit itu hak rakyat, maka kembalikanlah kpd yang sepatutnya. Tak tau le kalau dewata awan berapi sangat cerdik dan pandai sehingga tak belajar tentang tu :)

kiraziku said...

TAK KIRO UMNO KO PAS KO ......KITO RAKYAT KELATE MESTI TUNTUT SAMPAI DAPAT HASIL MINYAK DAN GAS.........SAING2 TAK PERASAN KO KALAU GI AIRPORT PENGKALAN CHEPA AKAN JUMPA KREW2 PENCARI GALI MINYAK SELALU ADA,TUKAR SHIFT KOT...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...