Wednesday, July 29, 2009

Perhimpunan 1 Ogos aman

BUKIT MERTAJAM, 30 Julai - Perhimpunan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang akan diadakan pada 1 Ogos ini adalah suatu perhimpunan aman yang tidak akan menimbulkan provokasi atau huru-hara oleh peserta perhimpunan kecuali jika ia ditimbulkan oleh pihak polis sendiri.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr.Mujahid Yusof berkata, rakyat perlu memberi sokongan kepada perhimpunan ini dengan turun beramai-ramai bagi membuktikan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA) yang telah disalahgunakan untuk mempertahankan rejim pemerintah sudah tidak sesuai lagi untuk diguna pakai.

"ISA yang menahan seseorang tanpa bicara ini perlu dimansuhkan bukannya dipertahankan. Ramai di antara mereka yang tidak dibawa ke muka pengadilan atau mahkamah untuk dibicarakan. Ada antara mereka yang dipisahkan dengan anak dan isteri sehingga lapan tahun. Ini adalah satu akta zalim yang menganiayai rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah beliau di Taman Impian, Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah.

Turut hadir dalam majlis anjuran PAS kawasan Bukit Mertajam itu ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang, Yusni Mat Piah dan Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Kedah, Mohd Halizal Allias.

Bagi Mujahid, perbuatan memenjarakan rakyat tanpa bicara ini adalah bertentangan dengan prinsip keadilan dan hak asasi manusia.

Malah, katanya, ia juga jauh daripada dasar dan perjuangan yang dituntut oleh Islam.

Oleh kerana itulah maka PAS sedia untuk mengambil alih pemerintahan daripada Barisan Nasional dan Umno dalam pilihan raya umum yang akan datang bagi memberi keadilan kepada semua, katanya.

"Hanya dengan dasar dan perjuangan yang berlandaskan Islam sahaja dapat memberi keadilan kepada semua rakyat," tegas beliau.

Sehubungan itu beliau menyeru kepada semua penyokong dan pendokong yang mahukan ISA dimansuhkan untuk turut serta beramai-ramai dalam perhimpunan GMI yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada Sabtu, 1 Ogos ini.

38 comments:

Perawi said...

Memberi tanda bermakna kpd pembubaran DUN Perak & Terengganu tak kurang jua dgn Serawak hebatnya

TokBatin X said...

simpan je lah ISA tuh.. kalu PR memerintah esok.. na' pakai akta apa lak?

ta' kan pakai jampi dan sembahyang hajat je?

aparaaaa!!!!

sakariya said...

Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada masa ini bukan lagi undang-undang keselamatan negara sebaliknya menjadi undang-undang keselamatan kepada tokoh dan pemimpin parti yang memerintah.

Demikian ditegaskan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang baru-baru ini berhubung akta 'tanpa bicara' yang telah mendapat bantahan seluruh masyarakat sekaligus menggesa kerajaan memansuhkannya serta-merta.

Katanya, ISA adalah undang-undang zaman penjajah sedangkan negara ini memerlukan satu undang-undang yang merdeka tanpa mengongkong rakyat sebaliknya bertujuan untuk menjaga keamanan dan keselamatan.
- Petikan HARAKAH
````````````````````````````````
100 peratus sokong diMANSUHKAN!

Perawi said...

Selamat menghantar memorandum kpd Yang DiPertuan Agong, walaupun ketiadaan pihak sebelah satu lagi - UMNO. Semoga diperkenan Agong. ISA sesuai kpd dizaman org putih, dah merdeka 52 tahun......mansuhlah..kalau tak mansuh menujukkan BN (Bodoh Nyayuk)

Perawi said...

Dah 52 tahun - 31 Julai, adalah tarikh keramat menyembah patung Tugu Peringatan berwajah penjajah inggris. Itulah Idola UMNO meneruskan dasar penjajah..... Muka Dato Bahaman, Tok Janggut tak ada pun kerana dianggap UMNO & Inggris penentangnya.....Hapuskan BN, hidupkan Malaysia Baru selepas Merdeka

Perawi said...

Melayu Murtad sudah ramai ditambah lagi merosakkan akidah, dgn sembah Tugu Negara....UMNO/Beeee End

shyufi said...

AMAR MAKRUF, NAHI MUNGKAR!!
bersam membina dan menegakkan ROKET KEADILAN di sinari BULAN PURNAMA..

zali said...

batul la tu tok...
menyesal karang depa nih...

Naruto Sensei said...

Tuan Batin Senoi kata

pa' lebai2 kene ler pandai bersilat sikit... silap kene terajang ngan kartun2 dan b*b**** tu.

sabor je ler...

********************************

Minte maaf le Lebai kat sini bukan na' bergado. Nak bersilat pon dah tak lalu dah. Bior le org di lambng tu nak terjang Lebai. Wat pe na' bersilat dgn sesama muslim baik gi nun di Palestine tu tunjuk le kuat tu dekat sane.

Sesame Islam le kite ni tegur- menegur. Kalu takleh ditegur takyah le tulis seolah2 kite ni baik sangt. Lebai pon bukan le perfect sangt. Tapi tak smpai hatinye nek menghina sesama muslim ta' kire le PAS ke UMNO.

Naruto Sensei said...

Mana yg baik teruskanle mana yg tak elok tu wajar le dikaji sedalam2nye.

PAPA GOMO said...

TERKINI- RAMPASAN DADAH BERNILAI RM10 JUTA DI BAYAN LEPAS PULAU PINANG MELIBATKAN PEMBABITAN DAP!!! http://www.gomounited.com/2009/07/terkini-rampasan-dadah-rm10-juta-di.html

Perawi said...

GOMO said........yalah semua org cina dipenang DAP. Bagus pakatan kekal selamanya...heejj

Adi Satria said...

PAS = Parti Ajaran Sesat

dari tok guru sampai pencacai semua dah sesat.

Tak lama lagi jahanan la parti PAS.

Takbir 3X
Tahmid
Selawat 3X

Perawi said...

yg naik rumah Nawi diJohor....semua org UMNO/GOMO lah tu agaknya

Perawi said...

wolf said...

Takbir 3X
Tahmid
Selawat 3X ....tok guru semua sesat. BERZINA HALAL, ARAK, JUDI, TOLAK HUDUD SEMUA BETUL BELAKA...PEGANGAN HADHARI

TokBatin X said...

Lebai Lah said...

Minte maaf le Lebai kat sini bukan na' bergado. Nak bersilat pon dah tak lalu dah. Bior le org di lambng tu nak terjang Lebai. Wat pe na' bersilat dgn sesama muslim baik gi nun di Palestine tu tunjuk le kuat tu dekat sane

-----------------------------

Salam lebai,

bukannye ape lebai.. sbb kartun2 n b*b* mmg pandai cucuk supaya lebai2 tuh melompat.. tambah2 yg ta' sabor.

deer orang bukannya nak berbahas sangat... tapi nak ngusik jer.. tambah2 siklon T- merah tuh.. dia cuma nak bagi tok guru2 melatah jer.

tido ngan budak sekelambu, runtuh ler kelambu.

sabor jer ler.. wat mcm mane?

Naruto Sensei said...

Tuan Batin senoi

Terime kasih le. Lebai tahu anak ABU jgn dilayn sangt. Lebai takleh marah pon sbbnye depa bukan anak2 Lebai.

Tak kuasa nak larang. Nasihat saja le. Na' Ikut ke tak terpulang.
lagi pon kite ni siapele nak depa ikut cakap. Maklumle Org tua. Macam Kalam Tuhan yg lagi tua tu sampai ade yg katenye ketinggalan zaman.

Takpe le. Doakan mike berubah udahle.

cinta islam said...

bleh caye ke aman? aku yakin, polis barua tu msti kacau pnye, pastu, jdlaa x aman...huhu...

isa_ys3 said...

wolf said...
PAS = Parti Ajaran Sesat

dari tok guru sampai pencacai semua dah sesat.

Tak lama lagi jahanan la parti PAS.

Takbir 3X
Tahmid
Selawat 3X

July 30, 2009 8:10 AM

-----------------------------------

dimanakah sesatnya pas?tunjukkanlah,buktikanlah dan jika terbukti sama2lah kita perbetulkanlah.....

PAS-PKR-DAPigs said...

Haraf pasukan keselamatan bertindak tegas dalam menangani sebarang perhimpunan HARAMjadah.

Sepatutnya tank water-cannon FRU tu di taruk banyak2 seruk lade dan cili padi.

Kalau ada gunakan gas 'knock-out' bukan pemedih mate, biar rasekan mereka tergolek bangkang ditepi2 longkang.

Jangan lupe gunakan belantan yang ada tu biar tepat kena pade jubo penunjuk perasaan HARAMjadah tu.

Jika dibiarkan, tidak mustahil negara kita akan jadi negara gajah putih yang sentiasa buat tunjukperasaan sesuka hati.

habibRMC@yahoo.com.my said...

PERHIMPUNAN 1 OGOS AMAN

Turunlah wahai pejuang2 yang cintakan keadilaan, kedamaian

Bertanggungjawablah kita kepada mangsa2 akta yang zolim, kepada isteri, anak2 mereka yang telah lama menderita terhadap ISA ini

JANGANLAH KITA MENJADI PEWARIS KEPADA KEZOLIMAN....ingat

Islam melarang umatnya melakukan kezoliman, akta yang zolim dilaksanakan oleh orang yang zolim

menahan orang tampa dibicarakan tak kira apa bangsa sekali pun adalah perbuatan yang zolim, islam menyatakan orang yang dituduh belum didapati bersalah bermakna ia perlu kepada pembelaan

JANGANLAH KITA MENJADI PEWARIS KEPADA KEZOLIMAN....ingat

polis hendaklah mejalankan tugas dengan cara yang betul...ingat...janganlah menjatuhkan maruah islam kerana sebahagian besar angota polis adalah orang islam, kita tidak nak satu hari nanti anak cucu kita langsong tidak hormat kepada polis

isu perak
Demo yang dibuat oleh pemuda umno dijaga oleh polis

Demo yang dibuat oleh PR telah dihalang ditangkap.....apa ni

pekara2 yang macam ni telah diperhatikan oleh rakyat, menjadikan rakyat bersempati kepada PR.... bukan PR menghasut rakyat tetapi lemahnya UMNO adalah hasil perbuatan mereka sendiri

JANGANLAH KITA MENJADI PEWARIS KEPADA KEZOLIMAN....ingat

Allah telah mengharamkan kezaliman atas dirinya

kita macam mana........

zali said...

saya sokong dan ni nasi tambah sikit :

Haraf pasukan keselamatan bertindak tegas dalam menangani sebarang perhimpunan HARAMjadah.
[setuju sangat]

Sepatutnya tank water-cannon FRU tu di taruk banyak2 seruk lade dan cili padi.
[tambah kan sikit najis khinzir supaya baunya harum]

Kalau ada gunakan gas 'knock-out' bukan pemedih mate, biar rasekan mereka tergolek bangkang ditepi2 longkang.
[kalau ada bom tangan lagi cantik]

Jangan lupe gunakan belantan yang ada tu biar tepat kena pade jubo penunjuk perasaan HARAMjadah tu.
[belantan tu balut dengan dawai berjeriji]

Jika dibiarkan, tidak mustahil negara kita akan jadi negara gajah putih yang sentiasa buat tunjukperasaan sesuka hati.
[setuju sangat]

PAS-PKR-DAPigs said...

Ape le punya bangsat, nak buat demonstrasi HARAMjadah secara aman kunun.

Haram tu tetapi HARAMjadah - mane ada jalan boleh buat perkara HARAM- salah beso tu - langgar undang2 negara.

habibRMC@yahoo.com.my said...

Islam satu masa dulu kuat pernah memerintah lebih seribu tahun

Jatuhnya islam adalah hasil perbuatan orang2 islam yang munafik, zolim

UMNO satu masa dulu kuat....sikalang sudah lemah

Jatuhnya UMNO nanti adalah hasil dari tangan2 orang umno sendiri


ingat....JANGAN KITA MENJADI PEWARIS KEPADA KEZOLIMAN

Naruto Sensei said...

Itu le Kalau ta' cerdik dimarah nye. Buat ape na' Zalim sesame Insane sampai mcm na' bunuh org pulak.

Kalu na' cerite pasal Undang2 dalam Negara ni kite sendiri pon bnyk kali lnggar. Dalm perlembagaan pon ada dibenarkan berhimpun itu British dah berikan hak tu pada rakyat. Kenapa pula nak haram2. Kan elok je beri dan kawal le bebaik. Na' sembur org dgn gas mcm tu kan ke mereka juge rakyat Malaysia. Gaji Pon pakai duit mereka juga takyah le buat naya.

Jagn buat naya nanti kena blik ke kite juge. tak rugi apa pun. Dunia berputar pikior le kalau kite nih pula nanti jadi pembangkang. Demokrasi le sikit.

Mohamed Ali said...

Sebagai tanda sokongan mansuhkan ISA yang zalim ini saya sendiri akan ikut sama dalam perhimpunan tersebut,pada majlis fatwa kebangsaan saya cabar supaya buat keputusan samaada ISA zalim(haram) atau tidak,saya adalh pencinta keadilan.

sliey said...

Satu berita sedih yang kita pagi ni.Sama samalah kita sedekahkan Al Fatihah diatas pemergian Allahyarham Datuk Hj Hamdan Abd Rahman,Adun Permatang Pasir yang telah kembali ke rahmatullah pagi tadi di IJN ..Alfatihah..

TokBatin X said...

sdr tontoya,

Lain kali cari ler adun YG sentiasa HIDUP n TA' MATI2.

Muhamad Rizal Hambali said...

Pada pandangan aku tak payahlah buat perhimpunan yang buang masa baik pergi buat kerja lain.

sliey said...

Tokbatinx sendiri pun akan mati juga bila tiba masanya..hidup atau mati adalah ketentuan dari illahi.Sampai masanya,akan kembalilah juga kepadanya tak kira tua atau muda..sama samalah kita sedekahkah Alfatihah keatas rohnya.Semoga diampunkan segala dosa dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..amiin.

AsyMok_ambo said...

"Kullu Nafsin Zaa Ikotul Maut..."
ALLAH SWT menghancur leburkan Rejim ZIONIS umno-bn LAKNATULLAH secara slow-slow kerana Penderitaan yang perlahan-lahan adalah begitu jijik. hina, loya dan MEMERITKAN.
Hamdan adalah Syuhada' dan ditempatkan KEMULIAAN oleh DIA YANG MAHA MENGETAHUI.
KUASA ALLAH SWT MENGATASI SEGALA-GALANYA.
Sila Tinggalkan PUTRAJAYA Wahai Rejim ZIONIS umno-bn LAKNATULLAH.
Lebih baik BERUNDUR penuh KEMULIAAN daripada DISINGKIR penuh TRAGIK.
Takbir.
Tahmid.
Tasbih.
ALLAHUAKBAR

AsyMok_ambo said...

Usah takut pada Musa Hassan, Hishamuddin Hussein dan para balaci Rejim ZIONIS umno-bn LAKNATULLAH.
Pedulikan Si kacang lupakan kulit Harussani, Mashitah dan para gerombolan-gerombolan mereka. AGAMAWAN YANG MASUK ISTANA AKAN HILANG AURA WIBAWANYA. Para Pencacai Rejim ZIONIS umno-bn LAKNATULLAH jelas Pendokong KEZALIMAN.
Wahai Rakyat Malaysia, Ayuh turun bersama kita BERARAK ke Istana Negara bertemu Ketua Negara.
Apa juga bentuk Sokongan dan Penyertaan kepada USAHA menentang KEZALIMAN dan seterusnya, Menegakkan Kebenaran dan Keadilan
ADALAH WAJIB!
Tanpa Kompromi.

AsyMok_ambo said...

Ambil Peranan masing-masing.
ALLAH SWT Bersama-Sama KITA.
DIA PEMILIK SEKALIAN ALAM TELAH MENGHANTAR POLIS DAN TENTERA ALLAH SWT.
Polis dan Tentera ALLAH SWT berada Di mana-Mana.
Tak terlawan oleh Musa Hassan.
Apatah lagi Si cakap je Pandai.. Hishamuddin Hussein.
Hassan Azahari juga akan turut sama mengiringi Tuan Guru Abdul Hadi Awang memimpin Rakyat Malaysia menyatakan TAAT SETIA kepada Ketua Negara, Sultan Mizan (Sultan Mizan adalah anak murid kepada Tuan Guru Abdul Hadi Awang) dalam bentuk Gesaan MENGHAPUSKAN Kezaliman Sekian lama Rejim ZIONIS umno-bn LAKNATULLAH.

Ambo yakin dan amat Percaya kepada Janji ILAHI.
"Bila Mana Datang KEBENARAN, Yang Batil PASti akan lenyap dan Sesungguhnya yang BATIL itu PASti akan LENYAP."

WALI ALLLAH SWT, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mengalu-alukan dengan red carpet untuk Najib Razak dan Khairy Jamludin melilit serban dan memakai jubah memberi Khutbah Jumaat di Pulau Melaka.

Ayuh RAKYAT MALAYSIA.
Katakan TIDAK kepada Rejim ZIONIS umno-bn LAKNATULLAH.
ALLAH SWT BERSAMA-SAMA KITA.
ALLAHUAKBAR.

Unknown said...

DYMM SULTAN MIZAN BERADA DI MANA ESOK ?

kamal farhan said...

peringatan terakhir!!

Himpunan Mansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009 di Kuala Lumpur bakal mencipta sejarahnya yang tersendiri selepas Himpunan Bersih dan PPSMI. Uniknya pada hari yang sama akan ada satu lagi himpunan lain yang Menyokong ISA.
Kami menjangkakan pelbagai kaum akan muncul, pelbagai ideologi akan hadir, pelbagai agama dan kepercayaan akan berhimpun untuk menyatakan pandangan mereka khususnya dalam mendesak Kerajaan Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Oleh itu bagi melancarkan perhimpunan ini, pihak kami mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu anda dan kami diperingkat penganjur dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalan dengan lancar dan aman.

Perkara yang perlu anda bawa/sediakan

1. Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.
2. Duit-maksimum RM 100 sahaja.
3. Memakai pakaian yang sopan-Baju berwarna Hitam/Merah-Sebaiknya ada logo Mansuhkan ISA
4. Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.
5. Aksesori kempen-Button, riben, topi, kopiah arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Mansuhkan ISA boleh digunakan.
6. Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.
7. Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.
8. Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.
9. Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.
10. Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis N100 Respirator, N95 Respirator dan Surgical facemask untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.
11. Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.
12. Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.
13. Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.
14. Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha GMI-enalini_elumalai@yahoo.com untuk rekod dan disiarkan.

Perkara yang tidak dibenarkan

1. Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.
2. Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kreadit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.
3. Jangan memakai pakaian yang menjolok mata dan tidak sopan.
4. Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal untuk memudahkan pergerakkan.
5. Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar.
6. Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan kempen mansuhkan ISA
7. Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi.
8. Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan Kempen Mansuhkan ISA tidak dibenarkan.
9. Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.
10. Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis, molotov cocktail dan mercun.
11. Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain.
12. Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya.
13. Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.
14. Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah.

kamal farhan said...

Perkara yang perlu anda lakukan sebelum perhimpunan

1. Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa.
2. Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan.
3. Pastikan anda telah menunaikan ‘hajat’ sebelum memasuki perhimpunan.
4. Bagi yang Islam, Lakukanlah solat taubat dan hajat, semoga Allah berkati perhimpunan ini dan yang bukan Islam boleh berdoa mengikut ritual masing-masing.
5. Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan penting kepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi perhimpunan.
6. Maklumkan mereka tujuan anda keluar.
7. Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphone anda tidak dapat dihubungi nanti.
8. Jangan lupa charge bateri handphone dan kamera.
9. Pastikan anda berniat kerana Allah (bagi yang muslim) sebelum keluar rumah.
10. Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang ditetapkan; Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara.
11. Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter.
12. Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian.
13. Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar anda boleh meletakkan kenderaan dan berjalan kaki ke Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara (Jangan terus ke Istana Negara bersendirian).
14. Jangan memakai baju Mansuhkan ISA sebelum perhimpunan bermula.

Semasa perhimpunan dan perarakan

1. Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan (Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara) dan tunggu arahan dari Field Commander yang dilantik
.
2. Ikutilah arahan dari Unit Amal atau Field Commander sepanjang program. Jangan pedulikan arahan lain tanpa merujuk kepada Field Commander.
3. Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan Field Commander.
4. Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan.
5. Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan.
6. Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku.
7. Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni.
8. Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya.
9. Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama.
10. Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain.
11. Pastikan anda dapat duduk semasa pimpinan berucap.
12. Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi sound system akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta.
13. Ikutilah laungan pimpinan jika perlu.
14. Pegang bendera Malaysia atau negeri anda sepanjang perarakan.
15. Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukan dalam beg plastik yang anda bawa.
16. Rakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha GMI-enalini_elumalai@yahoo.com untuk rekod dan disiarkan.
17. Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.

umalai@yahoo.com.

kamal farhan said...

Selepas perhimpunan

1. Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai.
2. Pastikan sahabat atau saudara dan anak-anak anda ada bersama selepas perhimpunan. Jika tiada, sila datang ke Pejabat Agung PAS untuk membuat laporan dengan Unit Amal bertugas.
3. Jika ada sahabat atau saudara anda ditahan, jangan terus balik. Dapatkan maklumat di Pejabat Agung PAS atau ke Balai Polis berkaitan untuk bebaskan mereka.
4. Jangan tinggalkan apa-apa sampah ditempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang dirumah.
5. Berikan ucapan terima kasih kepada pasukan Keselamatan bertugas jika perhimpunan berjalan lancar.
6. Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir. Segala info dan maklumat bolehlah diemailkan kepada kami di email Setiausaha GMI-enalini_elumalai@yahoo.com.

Apa anda perlu buat jika kumpulan Pro-ISA buat Provokasi

1. Jangan pedulikan mereka, diam dan teruskan mengikut arahan Field Commander Unit Amal.
2. Jangan menyahut provokasi mereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka. Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan.
3. Jangan hampiri mereka.
4. Jika mereka bertindak agreasif secara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis.
5. Jangan lupa buat laporan Polis terhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu.
6. Buat rakaman wajah-wajah mereka jika perlu.

Apa anda perlu buat jika polis buat provokasi dan serbuan

1. Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu.
2. Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buat serbuan atau tembakan water canon.
3. Duduk jika pimpinan arahkan.
4. Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air water canon berwarna kuning.
5. Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri.
6. Ambil gambar mereka jika sempat.
7. Buat laporan Polis jika anda dikasari.

Apa yang anda perlu buat jika ditahan

1. Jangan banyak cakap dengan polis. Diamkan dan tenangkan diri.
2. Minta nama dan nombor polis yang menahan anda dan tanya dia sebab anda ditahan, seksyen berapa yang digunakan.
3. Berikan maklumat asas sahaja jika diminta seperti nama, no kad pengenalan, alamat rumah (berikan ikut alamat dalam IC sahaja).
4. Jika mereka tanya soal pekerjaan, jawap yang ringkas sahaja. Jangan bagi maklumat yang lengkap.
5. Bagi pelajar, jika mereka tanya anda masih belajar atau tidak, anda hanya perlu jawab “Masih tengah cari kerja” atau berikan jawapan lain yang sesuai. Elakkan mengaku sebagai student. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.
6. Bagi kakitangan Kerajaan jika mereka tanya tempat kerja anda, jawab ”Saya kerja swasta atau kerja sendiri”. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.
7. Minta berjumpa dengan peguam sebelum beri apa-apa keterangan. Peguam akan menunggu diluar balai jika anda ditahan.
8. Kalau boleh jangan beri terlalu banyak keterangan, anda hanya perlu jawab “saya akan bagi keterangan di Mahkamah sahaja”. Ingat! Apa yang anda cakap di Balai Polis boleh dijadikan bahan bukti di Mahkamah. Anda berhak untuk tidak memberikan sebarang keterangan kepada Polis melainkan di Mahkamah.
9. Semasa ditahan, jangan pedulikan provokasi polis atau jangan mudah cair bila mereka berlembut.
10. Pastikan anda ingat semua yang berlaku, termasuklah pegawai polis yang tahan dan soal siasat anda.
11. Jangan terlalu risau kerana, diluar balai telah disediakan orang-orang yang akan jamin dan bela anda.

kamal farhan said...

Apa yang anda buat selepas dibebaskan

1. Pastikan semua barang-barang anda dikembalikan oleh Polis.
2. Buat pemeriksaan kesihatan jika ada kecederaan.
3. Buat laporan Polis jika anda dikasari semasa perhimpunan atau semasa ditahan.
4. Ceritakan dan rakamkan pada peguam dan media jika anda dianiaya polis.
5. Jangan lupa catatkan semua yang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya bila dibawa ke Mahkamah kelak.
6. Pastikan anda ingat dan ambil nombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat.
7. Serahkan pada peguam segala maklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan.
8. Jangan lupa solat sunnat syukur selepas dibebaskan dan kembalilah bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan.
9. Jangan menyepi dari perjuangan selepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan.
10. Teruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat lain.
11. Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebat dan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasai apa yang anda lalui ketika ditahan.

Perhatian!

1. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undang yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini.
2. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu.
3. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian atau tindakan diluarkan arahan penganjur.
4. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat kerana pergaduhan atau aktiviti agreasif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini
Secara keseluruhannya, kita berdoa semoga Perhimpunan ini dapat berjalan lancar tanpa adanya sebarang masalah atau tangkapan.
Kita berharap agar dengan sedikit usaha dan kehadiran kita ini akan dapat memberikan kesedaran kepada pihak Kerajaan dan memberikan laluan untuk Agong mempergunakan kuasa yang ada untuk memperbaiki kelemahan sistem perundangan negara kita.
Ingat, Himpunan Bersih dan PPSMI berjaya menyedarkan Kerajaan kerana kesungguhan rakyat. Maka, kini adalah masa untuk kita berjuang bersama untuk memansuhkan ISA.
Pastikan anda mengikuti arahan-arahan yang diberikan. Sebarang masalah anda boleh rujuk kepada Field Commander atau Unit Amal yang bertugas pada perhimpunan ini.
Ingatlah, peristiwa ini adalah peluang untuk anda sekali seumur hidup dan ianya akan kekal menjadi sejarah yang akan menjadi sebutan kepada anak cucu kita. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian dari sejarah ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...