Friday, July 17, 2009

Lebih 5,000 polis bertugas di Manek Urai

KUALA KRAI, 20 Julai: 5,000 tilam yang telah digunakan anggota polis sepanjang pilihan raya kecil Manek Urai akan dilelong, lapor media hari ini.

Tilam itu akan dilelong oleh Mad Global Resources Sdn Bhd pembekal tilam itu.

Dengan pengumuman ini semacam polis membuat pengakuan sekurang-kurangnya 5,000 anggotanya bertugas di Manek Urai baru-baru ini.

Ia tidak termasuk polis yang ditempatkan di rumah-rumah yang mereka sewa di kawasan pilihan raya itu di samping mereka yang ditempatkan di balai-balai polis sekitarnya.

Juga tidak termasuk anggota polis yang bertugas di kawasan berdekatan yang diarahkan bertugas di Manek Urai sepanjang pilihan raya ini.

2 comments:

MAJUN said...

ni sbgi org malaysia agak terkilan dgn prk manik urai
sbb yg sy dapat tahu..ada kemasukan org asing dari selatan Thailand untuk jadi pengundi kkat sana(manik urai) jadi eloklah kiranya pihak siasah siasat perkara ini..ttg pengeluaran mykad segera nih
dan saya dgr kementrian dah umumkan ttg kemasukan warganegara baru kan

deanna said...

tilam tilam oi oi tilam...
tilam lama tukar baru!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...