Monday, July 13, 2009

Kelantan istihar cuti peristiwa esok

Oleh Salma Husain

KOTA BHARU, 13 Julai: Semua kakitangan kerajaan negeri, Persekutuan dan swasta yang bertugas di negeri ini mendapat ‘cuti am’, esok 14 Julai 2009 yang diambil atas ‘Cuti Peristiwa’.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengumumkan perkara itu di pejabatnya kira-kira pukul 9.15 pagi tadi.

“Setelah menghalusi dan mempertimbangkan keadaan hari pembuangan undi pilihan raya kecil Manek Urai yang barangkali dilihat sedikit tidak cermat, yang jatuhnya pada hari bekerja dan boleh menimbulkan banyak kesulitan, maka bersifat simpati kepada para pengundi dan anggota keluarga terlibat, saya bercadang untuk mengistiharkan 14 Julai sebagai cuti am bagi seluruh negeri Kelantan,”ujarnya lagi.

Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pernah membuat perkara yang sama di negeri itu dengan mengisytiharkan cuti pada hari pilihan raya kecil Penanti kerana ia telah jatuh pada hari bekerja.

Pengundi Manek Urai menghadapi masalah untuk pergi mengundi apabila hari bekerja (Selasa) dan pertengahan bulan (14 Julai) dipilih sebagai hari mengundi.
Lebih 2,500 pengundi kawasan itu pula berada di luar kawasan termasuk di luar dari negeri Kelantan.

Siasah sebelum ini menjadikan berita muka depannya tentang kecemasan jentera PAS kerana ramai pengundi di sini berada di luar kawasan.

Menurut Nik Aziz, walaupun pilihan raya hanya diadakan di Dun Manek Urai, tetapi terdapat ramai juga pengundi yang berada di luar Kelantan, termasuk luar jajahan disamping.

“Lagipun ada juga pengundi di Dun Manek Urai terdiri dari pegawai kerajaan, oleh yang demikian bagi mengurangkan kesulitan mereka, kita mengisytiharkan cuti tersebut."

Sambungnya lagi, tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengumumkan hari pengundian jatuh pada hari bekerja begitu pelik berbanding sebelum ini pilihan raya diadakan pada hari Sabtu.

“Saya pun tak tahu kenapa SPR buat cuti pada hari bekerja dan bukannya hari Sabtu sebagaimana biasa,”ujarnya lagi.

Menyentuh tentang cuti am itu bakal menjadi rungutan khususnya bagi pihak swasta, beliau berkata “Ya lah takkan lah pihak majikan nak kira untungnya sahaja.”

9 comments:

Atuk Banjar Masin said...

Dah takut le tu

Ser@i said...

sapa la yang bangang buat hari mengundi tu hari kerje.. otak letak kat kepala lutu

kelambuharimau said...

jangan takut beb! anuar dan uncle lim dah spare duit untuk kita balik ngundi

TokBatin X said...

siapa yg suruh ko letak otak ko kat kepala lutut?

Ko pernah tengok ke manusia2 dan haiwan2 meletakan otak2 mereka kat kepala lutut?

cuba bedah kepala lutut Pengarah Pilihan Raya M'sia.. apakah ada otak dalam kepala lututnya?

Peribahasa2 untuk mengumpat... kan?

Naruto Sensei said...

Siapa yang tak tahu peribahasa tak tahu lah mana budaya dia dulu tu..

Kalau dah menyusahkan orang memang macam alasan nak beri

Kenapa nak takut dengan pengundi ye.. bukan masa buat keputusan tak perlukan rakyat...

Kalau Na bercerai laki bini pun jumpa Tok Hakim minta nasihat mesti ada cerita kezaliman suami Isteri kan takkan tu pun kira mengumpat...

Kalau macam tu macam mana nak tahu punca masalah kan...Dah semua mengumpatnya..

Yang sebenarnya nak elak salah diri maka dikatanya orang umpat dia ... sedang diri sendiri pun tak ubah2 ...

Naruto nasihat

Unknown said...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Inilah kesannya jika sesuatu tindakkan tidak dilaksanakan dengan cermat dan teliti. Kita ada hari rehat hujung minggu, kenapa tidak digunakan untuk hari membuang undi seperti kelazimannya. Pilihan raya Kecil Manik Urai pada hari Selasa ini memang banyak menimbulkan kesulitan-kesulitan kepada para pengundi tertentu. Apa yang berlaku sekarang perlu diambil iktibar oleh pihak SPR. Dalam usaha SPR berkempeng merayu pengundi keluar mengundi, jangan pula pada masa yang sama SPR sendiri yang mendatangkan kesulitan tersebut. Diharap pada masa-masa akan datang pihak SPR dapat memperbaiki kesilapan sebegini dan memantapkan lagi mutu prestasi mereka. Kita tidak mahu kerana kesilapan yang disengajakan ini akan mencacatkan imej SPR di mata rakyat, khususnya parti pembangkang yang memang sentiasa memantau kesilapan pihak SPR. Apa-apa pun nanti kena cermat dan berhati-hati dalam membuat tindakan untuk pilihan raya yang akan datang. Wallahualam.

TokBatin X said...

Yes mr naruto,

Orang mandi berbogel kat bilik mandi dan 'mengepam' mak andihnya.. ta'kan na' bagi tahu orang, kan?

Apa yg na' dirisau dan ditakutkan.. Malaikat bukannya nampak..

Dosa, pahala 'pong' bukan dapat dilihat atau dikira2...

Belasah jer la sudin.. lagi pun 'Tuhan tuh' bukannya dapat dilihat

kungkalikung... kong.. kong..

Naruto Sensei said...

yes Mr Granfather BatinSenoi

Kalau bab mengepam tu tak payah lah cerita kalau suka sama suka..

Tapi bab sepak terajang tu kan kenalah cerita jugak sebab bukan dua2 suka pun..Selalu yang menyepak je puashati..yang kena sepak takkan na diam je..terpaksalah mengata juga kat Granfather Hakim..

Tuhan memang tak bagi kamu lihat dia..Tunggu time sampailah. Nak Uji kamu patuh tak kat Dia kalau kamu tak nampak...

Kalau kamu nampak nescaya untuk bersiasah pun kamu takde masa..dok beramal je kerja nye..


Naruto beriman

Azym Azizi said...

Dah takut, macam2 helah la diberikan...haha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...