Tuesday, July 7, 2009

Khir sahkan istana di Shah Alam miliknya

SHAH ALAM, 7 Jun: Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo mengesahkan rumah resort ala Bali di Jalan Suasa 7/1L dekat sini adalah miliknya.

Bagaimanapun, beliau menafikan rumah itu berniali RM24 juta sebagaimana yang didakwa oleh Adun Sekincan, Ng Sue Lim.

"Saya membeli rumah tersebut beserta tanahnya melalui pinjaman bank HSBC sebanyak RM 3.5 juta," kata Khir dalam kenyataannya.

Sehubungan itu, beliau mengemukakan tawaran terbuka kepada Ng untuk mencari pembeli dengan harga tersebut.

"Sekiranya ada, saya akan membayar komisyen sebanyak 50% atau RM12 juta kepada beliau," kata Khir lagi.

Semalam, Ng membawa wartawan ke kawasan 'Istana Khir' itu dan mendedahkan itu adalah rumah Khir Toyo berdasarkan carian yang beliau buat di Pejabat Tanah Negeri.

Beliau mendakwa rumah berpagar tinggi, berkolam renang dan berlanskap ala Bali itu bernilai RM24 juta berdasarkan tanahnya dibeli dengan nilai RM3.8 juta dan kos pembinaannya adalah lebih RM20 juta.

14 comments:

zali said...

steady la khir...

sekarang kita siasat pulak rumah apek tu...berapa juta dan dari mana duit dia dapat...

uncle nano said...

bawa besabar dr khir..
mereka-mereka tu sebenarnya cemburu.
teruskan dan kembalikan selangor ketangan barisan nasional.
luv u barisan nasional

anakkancil said...

Sehubungan itu, beliau mengemukakan tawaran terbuka kepada Ng untuk mencari pembeli dengan harga tersebut.


"Sekiranya ada, saya akan membayar komisyen sebanyak 50% atau RM12 juta kepada beliau," kata Khir lagi.

.................................

Banyak juga duit wak botox nie ye...hampeh....songlap sana..songlap sini....peh tu buat muka sedih bila org dedah....pencacai pun percaya habis...caya le....

zali said...

anak ikan...

bukan cerita banyak duit tapi cerita betapa apek tu nak menipu rakyat...tapi bulat-bulat di telan oleh pro pas...

leceh la kuda nih...

anakkancil said...

Laaa...ikut suka aku la aku nak kata apa...pasai kenyataan toyol tu kalau benar dakwaan tersebut ia akan bagi 12 juta pada apek tu...org kalau tak dak duit tak akan kata begitu....
INi menampakkan bahawa toyol ni memang benar benar toyol....berapa banyak toyol daaa.....

unanjaga said...

Harga tanah dan rumah 3.5juta(seperti didakwa),adalah merupakan satu harga yang cukup mahal,beginilah untung nasib bilamana mendapat peluang untuk berkuasa dalam BN,harta kekayaan akan melilit pinggang,namun kira nya harta atau wang itu didapat dari jalan halal,ia masih tak mengapa,namun bagaimanakah jika ia didapat dari jalan batil(rasuah,salah guna kuasa,penyelewangan)?.Siapa yang ada nama dalam BN,tahu akan hal ini.

dewatawanberapi said...

apa punya bebal anak kancil nih...yang 12 juta tu kan duit komisen untuk apek tu kalau dia dapat jual 24 juta harga rumah tu...khir toyo tak keluar 1 sen pon

orang pr semuanya bodoh...

Proton Saga said...

biar nak kata berapa banyak pun orang tak tahu kira akan percaya bulat bulat.

Anonymous said...

Sekor lagi toyol..orang pr semuanya bodoh tak pandai nak tipu rakyat..tak boleh nak beli rumah semahal tu..tak mahir cara cara nak songlap duit rakyat sebab tu tak kaya..

sky said...

kalau rumah dan tanah tu harganya 3.5 juta seperti khir toyo beritahu....macam mana kalau ada orang yang hendak beli rumah dan tanah tu dengan harga 4 juta....mesti dato' khir dah dapat untung.....kecuali harganya 24 juta,mestilah dato' khir rugi dalam 20 juta kalau jual rumah tu dengan harga 4 juta....

pikir2kanlah

Perawi said...

Aku mahu beli rumah tawaran termurah ini....dr Toyol

Mohamed Ali said...

macamane saya tak percaya dengan harga 24 juta,saya duduk di area sec 7 shah alam,dr khir saya tengok rumah pun macam istana,uncle nano bukan masaalah cemburu atau dengki tapi dari mana dapat sebanyak itu,kalau duit rakyat memang kita marah,tapi kalau duit sendiri itu engkau punya pasal lah...

khairil izwan said...

sian rakyat selangor masa zaman khir jadi Mb. Rakyatnya hidup miskin merempat, dia pulak boleh je buat rumah banglow harga berjuta lepas beberapa tahun jadi MB.ish pemimpin sejati takkan bersenang-lenang selagi rakyatnya bersusah payah.tengok rumah MB kelantan macammane walaupun dah lama jadi MB. Tunggulah pembalasan ALLAH di akhirat nanti.

Anonymous said...

apa la kau orang ni jangan lah sakit hati sangat kat Khir Toyo tu. Kesian dia. Elaun wakil rakyat dah kena tahan. Tapi tak pa duit komisen masa jadi MB dulu tak habis makan. dari doktor gigi biasa tiba-tiba kaya-raya biasa la tu.cuma kita nak tahu dimana lagi harta yang dia sorok, untung-untung tak sempat tukar nama proksi boleh kaya sama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...