Monday, July 6, 2009

Pakatan tetap utuh, kata Anwar

PULAU PINANG, 6 Julai: Datuk Seri Anwar yakin, hubungan dalam Pakatan Rakyat (PR) masih lagi erat. Tiada perpecahan sepertimana yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Demikian dinyatakan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu selepas satu pertemuan dengan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
"Sekiranya kita menghadapi masalah dan konflik akibat daripada perbezaan polisi maka akan terdapat kemungkinan sebuah ikatan itu retak. Namun begitu dalam isu yang berkaitan sepertimana yang berlaku di Kedah dan Pulau Pinang adalah isu kecil. PR masih lagi utuh.

"Dakwaan wujudnya keretakan hubungan antara tiga parti dalam PR iaitu PKR, PAS dan DAP berikutan masalah pusat penyembelihan babi di negeri Kedah dan juga isu pelucutan jawatan wakil PKR dalam Majlis Perbandaran Seberang Perai adalah tidak tepat sama sekali.

"Isu kecil seperti ini tidak mampu untuk meretakkan hubungan dalam PR. Masalah ini adalah lebih kecil jika mahu dibandingkan dengan apa yang berlaku dalam MCA, MIC dan PPP," kata Anwar.

Azizan pula dalam kenyataannya berkata kerajaan negeri mempunyai beberapa cadangan mengenai tapak lokasi pusat penyembelihan babi tersebut.

Ia akan menggantikan pusat penyembelihan babi yang ada dalam jangkamasa terdekat sekiranya lokasi baru yang telah dicadangkan itu diluluskan pihak berkuasa tempatan dan tidak mendapat bantahan penduduk.

"DAP negeri Kedah masih dalam PR. Mereka masih lagi rakan selagi saya tidak menerima sebarang makluman rasmi secara bertulis mengenai dakwaan mereka untuk keluar daripada PR di negeri Kedah. PR di negeri Kedah jua telah seperti biasa. Saya yakin, tiada berlaku keretakan berikutan isu tersebut," kata Azizan.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dr. Mansor Othman.

16 comments:

abe MIE 'TERJAH' said...

HTTP://PKRPASDAP.BLOGSPOT.COM

pAKATAN UTUH
ATAU PAKATAN BUNTUH?

dULU KATA kat Perak Pakatan masih kuat...dah skrg jatuh..

Kalau DAP tarik dari Pakatan, Selangor pun jadi macam Perak...

HIDUP SAIFUL...

hurry said...

GAPO DIA ABE MIE TU,UMNO LA BUTUH...KAT PERAK TU YG KO PG USUNG SIVAKUMAR TU BUAT APA,MALU MUKA JE,NAK SANGATLA JADI MB PERAK...MUKA TAK MALU...MENTERI BESAR HARAM NAMPAK DLM TV PUN MERAH PADAM MUKA DIA...MALU EIII...
AKU KAT MALAYSIA NI LAGI MALU KES ALTANTUYA PUN X HABIS LAGI...PASTU TIMBUL PULAK ISU ROSMAH PEREMPUAN PUAKA....TAK ADA DALAM SEJARAH,MCM TU

hurry said...

buat gapo masuk blog abe mie tu
blog kutuk pr je....hidup zame jepun

zali said...

pakatan tetap butuh...

pr membutuhkan kuasa
pas membutuhkan dap
dap membutuhkan pkr...

mereka saling membutuhi.

emangnya begitu pak.

anakkancil said...

Pemimpin Di Dunia, Pemimpin Di Akhirat


Firman ALLAH yang bermaksud:


"Dan (wahai Tuhan) jadikanlah kami imam (pemimpin) kepada orang-orang yang bertakwa."
Surah Al-Furqan (25:74)


Apa yang berlaku di Perak telah mengajar kita semua umat Islam, bahawa pemilihan pemimpin perlulah kepada orang yang bertakwa. Dalam hal memilih pemimpin, Islam menetapkan garis panduannya dengan jelas. Oleh kerana Al-Quran itu adalah panduan dan peraturan, maka pemimpin yang patuh kepada kehendak Al-Quran yang memimpin ke arah ketaqwaan. Orang-orang beriman tidak wajar memilih pemimpin semata-mata kerana mereka itu ada pangkat, kekayaan dan juga kekuasaan. Dengan harta, pangkat dan kekuasaan belum pasti pemimpin itu layak dituruti kerana belum pasti mereka dapat membawa pengikutnya kepada keredhaan Allah. Orang-orang yang menjadi pemimpin biarlah orang yang tahu halal dan haram, dosa dan pahala. Tegasnya pemimpin itu mestilah mereka yang celik Al-Quran supaya bukan sahaja pemimpin itu bertaqwa, tetapi juga menjadi pemimpin kepada orang-orang yang bertaqwa.



Selain itu janganlah pula orang-orang yang beriman menjadi pengikut kepada pemimpin yang tidak menghiraukan halal dan haram, sesungguhnya sikap pemimpin yang demikian itu adalah melampaui batas-batas Allah (taghut). Janganlah di akhirat kelak orang-orang yang tergolong celik agama tetapi berada dalam barisan yang menuju kepada neraka, iaitu di bawah pimpinan manusia yang bertaraf taghut. Sesungguhnya akan diseru manusia di akhirat kelak supaya mengikut di belakang pemimpin yang mereka taati. Justeru itu janganlah sampai tersalah memilih pemimpin, kerana pemimpin itu mempunyai tanggungjawab bukan sahaja di dunia tetapi juga menjadi pemimpin di akhirat. Adakah pemimpin negara masakini menepati ciri-ciri pemimpin di dunia dan pemimpin di akhirat. Tepuk dada tanyalah iman..

ADMIN - chedet TIME - 1:59 PM

anakkancil said...

Tahniah YAB Ustaz Azizan!

Oleh: farmer

"Saya mengucapkan sekalung tahniah kepada YAB Ustaz Azizan di atas ketegasan beliau menangani kemelut pusat penyembelihan babi di Alor Setar. Jutaan tahniah juga buat MBAS kerana berjaya menunaikan tanggungjawab sebagai pihak berkuasa. Diharapkan usaha dan kerjasama MBAS dan kerajaan negeri akan membawa negeri Kedah ke arah kemakmuran dan kesejahteraan.



Nampaknya Ustaz Azizan terlebih dahulu mengamalkan dasar rakyat didahulukan. Suara hati penduduk Taman Berjaya telah didengari dan diambil tindakan. Rata-rata penduduk Taman Berjaya amat berterima kasih di atas ketegasan beliau untuk menutup pusat penyembelihan babi yang dibina secara haram sejak pemerintahan kerajaan negeri pimpinan BN.

Ustaz Azizan telah memberi ruang dan peluang untuk pengusaha pusat penyembelihan itu berpindah. Malangnya saranan beliau tidak diendahkan. Maka, tindakan merobohkan pusat itu adalah wajar. Yang peliknya, kenapa DAP cuba untuk membela taukeh babi ini, sedangkan penduduk Taman Berjaya yang berketurunan Cina juga tidak suka kewujudan pusat penyembelihan itu di tempat mereka biarpun babi merupakan santapan utama mereka. Adakah DAP ingin menjadi juara kepada tauke Cina Alor Setar? Ataupun ada pemimpin DAP Alor Star yang mempunyai saham dan kepentingan dalam industri babi tersebut? Ataupun mereka dijadikan untuk membangkang semata-mata? Ataupun mereka ingin menunjukkan lagak mereka dengan membuat ugutan kepada kerajaan negeri pimpinan PAS?

Walau apa pun alasan DAP, ini menampakkan DAP tidak prihatin kepada suara-suara rakyat. Sikap mereka sama seperti parti-parti komponen Barisan Nasional yang mengutamakan tauke-tauke. Kalau dasar mereka sedemikian, eloklah memohon untuk menyertai BN. Najib tentu bersetuju untuk mengukuhkan kedudukan BN di Kedah.

Ustaz Azizan telah mengenepikan agenda politik demi melihat penduduk Alor Setar sentiasa berada dalam suasana yang bersih dan sihat. Inilah pemimpin yang perlu dicontohi. Biarpun tindakan DAP itu dilihat akan menggoncang rumahtangga Pakatan Rakyat, demi kesejahteraan rakyat beliau sanggup mempertaruhkannya demi rakyat yang beliau pimpin.

Perkara yang sama gagal ditangani oleh kerajaan negeri Melaka dan Negeri Sembilan. Ini menunjukkan kerajaan-kerajaan negeri tersebut tidak mendahulukan rakyat, sebaliknya mengutamakan tauke-tauke Cina. Ini pun rakyat kedua-dua negeri itu tidak sedar. Tindakan kerajaan negeri Kedah menunjukkan sebenarnya kerajaan negeri pimpinan BN tidak mampu mentadbir untuk kesejahteraan rakyat. Berbagai alasan diberikan untuk memperbodohkan rakyat. Rakyat Malaysia boleh menilai sendiri keupayaan Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional memerintah di dalam memenuhi aspirasi rakyat.

Sekali lagi tahniah Ustaz Azizan dan MBAS. Semoga Allah akan merahmati negeri Kedah Darul Aman.

"

anakkancil said...

zali menbutuhi BN@UMNO

BN@ UMNO menbutuhi zali

zali dan BN@UMNO di butuhi BN....

anakkancil said...

06 July 2009
Cina Pun Sokong tindakan Kedah Roboh Rumah Sembelihan Babi.




"DAP berudur.....bukan keluar!!Hari ini seperti dijangka, banyak akhbar memuatkan berita gempar: DAP keluar PR Kedah. Yang seronoknya ialah kepala berita sesetengah akhbar-akhbar Melayu (tak payah sebut nama, tak perlu publisiti nama depa) yang tajuknya: 'DAP keluar Pakatan'. Sejak bila DAP keluar PR? Yang keluar PR ialah DAP Kedah, bukan DAP Pusat. Tajuk 'keluar' juga mungkin tidak tepat, sebab kenyataan Pengerusi DAP Kedah menyebut partinya 'berundur' dari PR Kedah. Berundur dan keluar ada bezanya. 'Berundur' boleh melangkah ke depan balik, keluar mungkin tak masuk-masuk lagi!Baru sebentar tadi saya mengunjungi kedai runcit di kawasan perumahan saya yang dimiliki oleh seorang anak muda Cina untuk memasukkan kredit telefon bimbit. Si-pekedai itu ketika itu sedang membaca akhbar Cina yang tajuk depannya pasti berita mengenai tindakan DAP Kedah itu. Saya tidak perlu memahami apa yang ditulis dalam akhbar yang dibacanya, melihat gambar Pengerusi DAP Kedah dan Ustaz Azizan di dalamnya sudah cukup menceritakan maksud kandungan akhbar Cina itu."Tak patut betoi kerajaan Kedah ni", saya cuba mencetus provokasi, "Ada ka patut depa pi roboh rumah sembelih babi tu!""I kata patut!!", tiba-tiba kata anak muda yang memang fasih berbahasa Melayu itu. Suaranya yang nyaring mengejutkan saya."Pasai apa hang kata patut, ramai orang Cina marah dengan kerajaan Kedah", kata saya.


"Sapa kata Cina marah. I tak marah, mak I...", katanya sambil menunjuk jari kepada emaknya yang sedang melayan seorang pelanggan lain, "Mak I pun tak marah. Semua 7 adik beradik kami di rumah ni pun tak marah! Kalau you pi tanya orang Cina lain pun, I percaya ramai yang macam I juga, tak marah""Kalau rumah sembelih lembu duduk kat situ, duduk tengah-tengah pekan, duduk dekat tempat kedai makan dan pasar, kemudian kerajaan pi roboh, you marah dak?", tanya pemuda itu."Pasai apa nak marah, saya tak marah", jawab saya."Sebab tu kami juga tak marah. Memang patut rumah sembelih di tempat dekat dengan orang ramai berkumpoi macam tu diroboh, baunya tak elok, macam rumah sembelih lembu juga, baunya mesti tak elok", jelasnya."Tapi DAP marah, depa keluar Pakatan", kata saya."Depa keluar sebab depa tak cerdik. Orang cerdik tak marah benda tak elok ada depan depa!", kata pemuda itu sambil memasukkan nombor kredit ke dalam telefon bimbit saya.ALOR SETAR: Penduduk Kampung Berjaya di sini meminta pihak berkenaan tidak mempolitikkan keputusan menutup tempat penyembelihan babi di situ kerana mereka sememangnya menyokong langkah itu.



Peniaga, Azizan Ahmad, 50, berkata kebanyakan penduduk di sekitar kawasan penyembelihan itu memang mahukan tempat berkenaan ditutup kerana berasa tidak selesa akibat bau busuk dan kotor.Katanya rata-rata penduduk di kawasan berhampiran tidak menunjukkan tanda bantahan dan akur dengan perintah supaya tempat penyembelihan yang beroperasi sejak lebih 30 tahun lalu itu ditutup."Ia tidak harus dipolitikkan atau dijadikan sebagai alasan untuk DAP Kedah keluar daripada pakatan pembangkang di negeri ini," katanya kepada Bernama hari ini.


Basharudin Said, 65, berkata tindakan DAP itu seolah-olah ia tidak memikirkan kehendak penduduk setempat yang mahu tempat penyembelihan berkenaan ditutup."Tanya la siapa pun, semua setuju tempat tu tutup sebab busuk... kedai dekat-dekat sini pun merungut sebab pelanggan kurang makan minum di kedai mereka," katanya.


Seorang mekanik Tan Khien Hin, 48, menyifatkan tindakan DAP itu sia-sia kerana majoriti penduduk bersetuju dengan penutupan tempat penyembelihan berkenaan."Tempat tu memang wajar tutup sebab dah lama ada di situ, tidak sesuai dah dengan keadaan sekarang, lagipun ada tempat lain lagi untuk sembelih (babi)," katanya. Rabu lalu, Pengerusi DAP Kedah, Thomas Su mengumumkan DAP keluar daripada pakatan pembangkang kerana tidak berpuas hati dengan beberapa isu terutama tindakan merobohkan tempat penyembelihan babi di Kampung Berjaya.

uncle nano said...

penipu punya anwar ibrahim..al juburi tul le kamu nih...

masjid tinggi said...

Zali memang BUTUH punya orang. Tak tau sejarah PR. Sejarah UMNO / BN lagi dia tak tau.

So kalau tak tau apa apa sejarah BUTUH OI jangan cakap.

Pi main jauh jauh.

Learn how to communicate.

uncle nano said...

orang-orang pakatan dah kena bg ciom seluar dalam bos die kot..geli aku nak dekat..e...uwekkkkkk

masjid tinggi said...

Uncle Nano, what are you talking about.

I think you are lying to yourself.

What DSDAI sai its true. I agree with DSAI.

uncle nano said...

kah kah kah kah kah..
watak jenaka atau pak lawak yang dicari-cari selama ini akhirnya muncul..
kelakau betul lah aku tgk si DSAI nih.
nak cover apalagi,tak usah nak sorok-sorok apa sebenarnya yang sudah jadi didalam Pakatan Rakyat..
telur kalau dah busuk, busuk juga..
porahhhhhhhh..

dewatawanberapi said...

"Pakatan tetap utuh, kata Anwar"

"Pakatan tetap butuh, kata Anwar"

mail lambong said...

jangan share dosa dengan sekular.. halalkan judi,arak...sebab benda tu menguntungkan konon..padahal merosakkan anak melayu islam tu sendiri..dah islam kata benda tu haram..ada lagi yang dok kata benda tu halal bila ada lesen..memang fasik betul..siap buat bandar lagi.. lahir lah bandar keparat..bukit bintang..bandar yang penuh isi-isi neraka..sampai lalu situ pun rasa meluat sebab negara islam aku ni dah dirompak oleh orang-orang keparat..janji kantung negara penuh..aku tak nak itu semua..buat apa kalau duit haram...yang dok sokong tu mmg penumpang segala benda-benda haram..itu pun dok nafikan lagi..sepatutnya sedar benda tu tak layak kat negara islam tetapi sebab adanya orang melayu islam yang tak berapa nak islam tu lah buat negara islam dinodai dengan arak dan judi..siap bangga lagi..kerana berjaya memajukan negara..hahahahahah... sesiapa yang masih nak share tu sokong laaaa..barisan nasional tu

uncle nano said...

, 2009 3:52 AM

faizal said...
jangan share dosa dengan sekular.. halalkan judi,arak...sebab benda tu menguntungkan konon..padahal merosakkan anak melayu islam tu sendiri..dah islam kata benda tu haram..ada lagi yang dok kata benda tu halal bila ada lesen..memang fasik betul..siap buat bandar lagi.. lahir lah bandar keparat..bukit bintang..bandar yang penuh isi-isi neraka..sampai lalu situ pun rasa meluat sebab negara islam aku ni dah dirompak oleh orang-orang keparat..janji kantung negara penuh..aku tak nak itu semua..buat apa kalau duit haram...yang dok sokong tu mmg penumpang segala benda-benda haram..itu pun dok nafikan lagi..sepatutnya sedar benda tu tak layak kat negara islam tetapi sebab adanya orang melayu islam yang tak berapa nak islam tu lah buat negara islam dinodai dengan arak dan judi..siap bangga lagi..kerana berjaya memajukan negara..hahahahahah... sesiapa yang masih nak share tu sokong laaaa..barisan nasional tu

---------------------------

gunakan otak anda..bukan gunakan kepala lutut anda..

Pakatan Rakyat boleh boleh ke hapuskan benda-benda tu? awak nak campak DAP n PKR kat mana? ada otak pakai ada mulut diam..

lantak pi lar orang-orang kapir yang kat bukit bintang tu..yang hang nak sibuk wat apa? orang-orang islam yang melayan kat BB tu..semuanya orang islam yang tak sedar diri..tapi aku dan kawan-kawan aku tidak termasuk dalam golongan tersebut..tak tahu le kalau saudara ini salah sorang yang suka berbuat onar kat situ..mana le tau..hehe
sembahyang jangan tinggal!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...