Monday, July 13, 2009

Anwar bidas Muhyiddin 'ugut' pembangunan

KUALA KRAI: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin yang membuat janji berbentuk ugutan kepada pengundi Manik Urai sebagai menyalahi undang-undang.

Tegas beliau, wang kerajaan untuk membuat pembangunan adalah hak rakyat sebagai pembayar cukai dan perlu disalurkan berasaskan keperluan semasa rakyat, bukannya dijadikan modal untuk memancing undi.

"Saya minta SPRM menyiasat perkara ini," kata beliau dihadapan lebih lima ribu yang mendengar pidatonya di Sungai peria dekat sini.

Anwar turut menambah, cara Muhyiddin menabur janji itu menggambarkan beliau memperlekeh rakyat Manik Urai.

"Beliau membuat ugutan seolah-olah pengundi bodoh dan tidak mempunyai harga diri," katanya.

Muhyiddin dalam satu program kempennya dekat sini menabur janji untuk membina jambatan baru menghubungkan Manik Urai lama dan Manik Urai baru dengan syarat pengundi mesti memilih calon Umno sebagai wakil rakyat mereka.

Selain jambatan Muhyiddin juga menyebut dua lagi janjinya dengan nada sama (sekiranya calon Umno menang) iaitu membina sekolah di Chuchoh Puteri dan membina masjid di Temalir - kedua-duanya dalam kawasan Manik Urai.

"Tujuan pembinaan masjid itu juga salah. Asas membina masjid bukan untuk menang pilihan raya," bidas Anwar lagi.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berucap dalam majlis itu turut membidas secara sinis janji yang ditabur Timbalan Perdana Menteri.

"Janji kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk membina jambatan merentasi sungai Kelantan ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri lalu masih belum tertunai sehingga sekarang, hari ini tabur lagi janji baru," kata beliau.

Malahan kata Nik Aziz pengundi diminta tidak mudah terpengaruh dengan janji manis waktu pilihan raya keraja janji Abdullah yang dilancar projeknya secara rasmipun masih gagal untuk ditunaikan.

"Lagipun tidak perlu mengundi Umno untuk dapat projek kerana BN sebagai kerajaan tetap akan membawa projek juga ke negeri ini. Undi PAS projek PAS pun dapat projek BN pun dapat," katanya merujuk beberapa projek kerajaan pusat yang telah ada di Kelantan.

Isu pembangunan dilihat menjadi modal utama kempen Umno di Manik Urai selain isu taraf pendidikan calon PAS yang dikatakan hanyalah seorang peraih ikan.

Justeru, disaat-saat akhir sebelum hari membuang undi kempen PAS dilihat menangkis propoganda tersebut habis-habisan termasuk mendatangkan nama-nama besar seperti Anwar dan Penasihat DAP Lim Kit Siang memberi penerangan kepada pengundi Manik Urai.

Jumaat lalu, PAS menganjurkan himpunan para peniaga ikan seluruh negeri Kelantan dengan menaikkan sepanduk 'jangan hina pekerjaan kami' - dlihat sebagai usaha menangkis satu lagi myang dikatakan mampu mempengaruhi pengundi.

Himpunan yang turut dihadiri oleh Menteri Besar Kelantan di Laloh itu disifatkan pemerhati berjaya mempengaruhi pengundi khususnya meraih undi simpati. tetapi sumber-sumber PAS menyebut isu menyerang peribadi calon tidak akan berhenti di mana risalah-risalah memburukkan calon PAS dipercayai akan digunakan pada saat-saat akhir.

Berhubung isu pembangunan, kata Anwar, ia bukan lagi menjadi isu utama dalam negara ini kerana yang lebih penting dan diberi perhatian oleh rakyat adalah soal kepimpinan.

Beliau menjelaskan kepimpinan yang berakhlak dalam menjalankan amanah mereka menguruskan negara gagal diwujudkan oleh Umno sehingga berlakunya penyelewengan demi penyelewengan.

"Adakah ada pemimpin Umno sanggup bersumpah di Manik Urai ini untuk menguruskan wang rakyat dengan baik, tidak...mereka hanya berani menabur janji-janji manis sahaja," bidas Anwar lagi.

Beliau juga mencabar Umno mengembalikan wang royalti petroleum kepada Kelantan jika serius bercakap tentang pembangunan.

Katanya, rakyat perlu menilai sebelum membuat pilihan antara komitmen PAS dan Umno dalam menyediakan kepimpinan yang benar-benar amanah dari segi mengurus dan mentadbir.

"Soal ini yang lebih penting. Sebab itu perlunya memilih calon PAS untuk mempertahankan kepimpinan yang baik, yang menjadi prinsip kepimpinan PAS khususnya dalam mentadbir Kelantan, katanya.

Beliau juga menambah: "Masalah dunia hari ini bukan lagi kerana wang tetapi ketandusan pemimpin yang amanah."

13 comments:

Dan said...

Najib kata nak dengar suara Rakyat...

tapi Anak Perak kata nak bubar DUN dia dengar tak?

atau pura-pura buat tak dengar?

http://gomalaysian.blogspot.com/2009/07/rakyat-perak-kata-nak-bubar-dun-perak.html

Unknown said...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya agak sedih apabila isu pembangunan dijadikan modal untuk 'mengugut' pengundi dalam setiap pilihan raya. Pembangunan merupakan kewajipan yang perlu dilaksanakan oleh setiap pemerintah di seluruh dunia, sama ada ia bersifat negara demokrasi, sosialis, komunis, beraja atau sebagainya. Pembangunan merupakan hak rakyat yang perlu diberikan kepada rakyat. Saya harap pihak UBN tidak menjadikannya suatu modal pilihan raya demi memulihkan prestasi UBN di mata rakyat. Laksanakan pembangunan itu dengan jujur dan ikhlas serta penuh tanggungjawab. Tidak perlu diwar-warkan dengan megah atau bermusim. Dengan cara ini saya percaya setiap pemerintah akan dihormati oleh rakyatnya sendiri. Saya harap UBN sedar akan keadaan sekarang. Tersilap langkah ia akan memakan diri. Berkempenlah secara matang dan berhemah. Begitu juga di kalangan pihak pembangkang. Memang tugas anda untuk mencari kepincangan di sebelah pihak lawan agar wujudnya 'keseimbangan' dalam urus tadbir negara ini. Anggaplah pembongkaran daripada pihak pembangkang sebagai 'teguran/nasihat' politik untuk lebih berhati-hati dalam setiap langkah. Apa-apa pun, menjelang pilihan raya di Manik Urai semua pihak berkempenlah secara matang dan profesional. Jika ini mampu dibuat tidak mustahil negara akan mampu melahirkan kuasa pengundi yang bijak, matang dan 'kelas pertama' di dunia ini. Wallahualam.

Atuk Banjar Masin said...

Jasa BN/UMNO kepada rakyat sangat banyak.

Cuba anda sebutkan 5 jasa Pakatan Rakyat terhadap orang melayu.

Unknown said...

Betul Tok Gajah, jasa BN/UMNO memang banyak kepada rakyat. Tapi jangan gunakan isu pembangunan untuk mengugut undi. Seperti yang saya katakan tadi, mana-mana kerajaan di dunia ini WAJIB membuat pembangunan kepada semua rakyat, malah kat Arab Saudi yang tiada sistem pilihan raya macam kita ni pun dia orang buat pembangunan. Jadi, fikirlah dengan mendalam perkara ini. Maaflah, kalau Tok Gajah tersinggung dengan kenyataan saya. Wallahualam.

keris panjang said...

Salam semua,
Apa-apa pun, jangan perjudikan agama islam dan bangsa melayu.

Creedence Clearwater Revival said...
This comment has been removed by the author.
Creedence Clearwater Revival said...

Blogger tok_gajah said...

Jasa BN/UMNO kepada rakyat sangat banyak.

Cuba anda sebutkan 5 jasa Pakatan Rakyat terhadap orang melayu.

-------------------------------------

tok gajah,

selama kelantan diperintah Pas, ada pernah Pas mengungkit?

x perlu mengungkit sbb itu dah jd tanggungjwb yg wajib dilunaskan(walaupun masih banyak lg tjwb UBN x selesaikn).

ya, rakyat ttp kenang jugak jasa UBN tetapi nak pangkah lagi lain kali... sorrylah... sorry banyak2!!!

ccr: budi UBN rakyat dah balas dah sejak 50 tahun lepas.

Atuk Banjar Masin said...

Tok bukan ape, cume nak tahu selama ni apa ada yang PR sumbang kepada rakyat. Itu aje. Tolong senaraikan supaya rakyat boleh bamdingkan siapa yang telah lebih berjasa kepada rakyat.

Unknown said...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Adalah tidak adil untuk menilai prestasi PR dalam masa 1 tahun setengah ini dengan melihat dari segi pembangunan yang dijalankan dengan membandingkannya dengan apa yang telah BN buat selama lebih 50 tahun. Secara logik memang tidak patut perbandingan itu dibuat. Kita yang matang fikiran perlu melihat aspek pemangunan ini merupakan suatu tanggungjawab yang wajib sama bagi setiap pemerintah/kerajaan (tak kiralah kerajaan yang dipimpin oleh BN atau PR). Kedua-duanya tidak perlu menjadikannya sesuatu yang perlu diungkit-ungkitkan kepada rakyat untuk dikenangkan. Jika budaya mengungkit ini berlaku, kita bimbang akan lahir pula pemimpin yang tidak ikhlas bekerja dan lahir pula golongan rakyat yang tidak mahu bersyukur dengan nikmat yang ada, kerana masing-masing akan mengungkit. Kerajaan mengungkit pembangunan yang diberikannya, manakala rakyat pula nanti mengungkit kalau tidak kerana mereka mengundi kerajaan, kerajaan yang dipimpim sesuatu parti itu tak akan menang untuk memerintah. Jadi suasana begini akan menimbulkan keadaan yang 'huru-hara' dan tidak elok dari segi 'akhlaknya'. Ini pandangan peribadi saya. Jujur saya katakan saya tidak suka budaya politik ungkit-mengunkit ini. Jangan jadikan ia suatu trend untuk sikap pemimpin yang akan datang. Harap Tok Gajah atau sesiapa saja yang lain dapat menilai pokok persoalan ini dengan lebih teliti dan cermat. Maaflah jika pandangan ini menyinggung sekali lagi hati Tok Gajah. Wallahualam.

Mohamed Ali said...

umnomemang macam tu perangai nya sama juga macam yahudi,ugut mengugut memang tabiatnya,macamlah harta rakyat seperti harta bapaknya.

roh_insan said...

Tok Gajah.bkn ke jase bn/umno yg banyak tu TERJADI dr HASIL ALLAH yg berjase kpd bn/umno...?

Ade ke bn/umno tu mengenang segale JASE ALLAH? klu bn/umno tu benar2 mengenang jase ALLAH kenape msh dok kate agame lain politik lain,dan kenape msh nak menyebut-nyebut yg segale hasil yg di beri adelah milik bn/umno...?

Lupe ke yg segale hasil itu dr Allah jue? n bkn ke segale yg da diberi oleh bn/umno tu telah menjadi ketentuan atas tiap2 sesuatu?

Agak2 klu Allah tak berjase kpd bn/umno ade ke mampu bn/umno berjase kpd melayu.."?

Biarlah tak mengenang jase bn/umno asalkn melayu/islam tetap mengenang kpd jasa PEMBERI sebenar,kat ctu lah ddk nye akidah./" beriktikad sifat kaenat memberi bekas hukum nye kafir"

sliey said...

Kepala je besar tok gajah ni tapi fikiran kecik.Memang macamtu lah modal umno setiap kali pilihanraya.Merayu kat rakyat suruh kenang jasa.BN yg memberi rakyat rezeki..hehe..kat negara luar tak pernah ada parti yg berkempen sebegitu.George Bush kempen takde pun cakap rakyat mesti memilihnya kerana dia telah berjasa membawa pembangunan.Takde pun dia tanya apa yg telah obama sumbangkan.Rakyat Amerika tetap memilih obama sbg presiden kerana mereka tahu pembangunan adalah tanggungjawab setiap kerajaan pemerintah.Tapi rakyat kat sini ada lagi yang masih tak faham terutama puak puak umno ni.

PeRWiRa_aDiL said...

Tok Gajah tu otak kecik betol Tontoya,
Apakah jasa PR? Bodoh ape takleh pikir, tabung kewangan & sume duit harta Malaysia ni sape yg pegang?? Sape? Haaa taupun... Kerajaan Pusat Kerajaan BN tu la yg pegang ngok... Mane le nak nampak lagi sumbangan PR yg baru berkuasa 5 kerajaan negeri setahun setengah, tak adil nak compare BN dah 50 tahunnnn...

Weiiiii baaaangaaangggggg la ko Tok Gajah.....!!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...