Monday, July 20, 2009

PAS sokong penuh tubuh suruhanjaya bebas

ALOR SETAR, 21 Julai - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS menyokong penuh supaya sebuah suruhanjaya bebas ditubuhkan segera bagi menyiasat kematian Teoh Beng Hock, setiausaha politik kepada exco kerajaan negeri Selangor, baru-baru ini.

Menurut beliau lagi PAS juga telah sepakat bersama-sama dengan Pakatan Rakyat supaya suruhanjaya bebas yang ditubuhkan ini akan menjalankan siasatan dengan telus dan berwibawa bagi mencari punca sebenar kematian Teoh.

"Apabila siasatan ini dijalankan kita mahu supaya ia dijalankan dengan teliti dan adil. Keadilan sebenarnya adalah untuk semua rakyat. Kemungkinan dengan penyiasatan bebas oleh suruhanjaya yang dibentuk ini ia akan mencari punca kelemahan-kelemahan dalam jentera kerajaan yang perlu disiasat dengan teliti."

Dalam isu Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA), Abdul Hadi tidak bersetuju dengan pandangan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang mahukan ISA dikaji semula.
"ISA perlu dimansuhkan bukan dikaji semula.Ia adalah undang-undang yang aktanya pada zaman penjajahan Inggeris. Sepatutnya kerajaan perlu memerdekakan undang-undang negara. Ia sepatutnya bersikap bebas dan tidak membelenggu kezaliman serta mengongkong rakyat.
"Kita boleh bertindak untuk keselamatan negara. Cumanya undang-undang ISA ini adalah undang-undang yang sudah lapuk. Yang diperlukan ialah undang-undang yang tidak menzalimi rakyat serta dapat menjaga keamanan dan keselamatan negara.

"Tapi apa yang ada sekarang ialah undang-undang yang menjaga keamanan parti dan pemimpin-pemimpin parti yang memerintah.Ini bukan undang-undang keselamatan negara."
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas program retreat (pemukiman) PAS di sebuah di sebuah hotel dekat sini.

Turut hadir ialah Timbalan Presiden, Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

10 comments:

jaam said...

AAHHH!

TAK PAYAH SIASAT...
SALAHKAN SPRM DAN KERAJAAN JER SENANG...
ABIS CERITA.

AwanMatahari said...

Kami bukan macam orang2 UMNO nak salahkan orang tanpa bukti..

Creedence Clearwater Revival said...

betul tu AwanMatahari, puak2 UBN ni mana reti undang2. kalau law of the jungle tu tau la diorang.

Proton Saga said...

awan Matahari ,

kalau ada bokti silakan kemukan kepada polis.,senang dia buat kerja.

sakariya_akop said...

Itulah cara SPRM bertindak, bila siasat orang-orang PR macam bullet train dia datang, bila kena puak Barisan Najis tak berani pulak.....

hurry said...

JAAM HABIS KALAU TAK SALAHKAN SPRM NAK SALAHKAN SIAPA,MCM ADA SEORANG BUDAK PERGI KE RUMAH MAK CIK DIA,TIBA2 BERLAKU TRAJEDI..KAT RUMAH MAK CIK DIA..SO KITA WAJAR KE TAK WAJAR SALAHKAN MAK CIK DIA...ATAU SALAHKAN SIAPA... KENAPA LAMBAT NAK TUBUHKAN SURUHANJAYA BEBAS...TAPI KALAU NAK SIASAT ADUN DI KATAKAN SELEWENG WANG PERUNTUKKAN BUKAN MAIN LAJU...NAPA TAK SIASAT MICHEAL JACKSON 2 TU(KHIR TOYO) MUKA KHIR TOYO SAMA DGN MICHEAL JAKSON..GUNA TEKNIK PENGGELUPASAN..

unanjaga said...

Adalah menjadi kewajiban bagi kita semua sebagai rakyat Malaysia agar kes ini disiasat secara adil dan tanpa pilih kasih,dan langkah untuk menubuhkan suruhanjaya bebas adalah amat dialukan.

Datin Azura said...

SPRM kenapa lambat siasat bumbung stadium runtuh, dinding bocor berair diTerengganu????. Tangkap JE - Jusoh Enterprise, bapak kpd Deris Jusoh, bekas MB Trg

habibRMC@yahoo.com.my said...

SPRM...adalah tali barut pada umno...mata hati dia orang dah buta la Datin Azura

roh_insan said...

Mudah je,asal yg buat kerje2 tu org umno pasti ok.

Aku lah Raja,Aku lah yg berkuasa.

Itu lah tande2 awal pade satu kemusnahan mereke2 yg angkuh n takabur.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...