Wednesday, July 29, 2009

Kit Siang: Adakah blog t4tbh dari SPRM?

KUALA LUMPUR, 30 Julai: Penasihat DAP, Lim Kit Siang hari ini menimbulkan persoalan, apakah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di belakang 'blog hitam' t4tbh.

Ini kerana, blog hitam ini kelihatan sedang membina jalan cerita bagaimana Teoh Beng Hock mati dan tulunjuk kini dihalakan kepada dua Exco kerajaan negeri Selangor dari DAP iaitu Ronie Liu dan Ean Yong Hian Wah.

Kedua-dua Exco itu, kata Lim dalam blognya, didakwa oleh blog hitam itu melakukan kegiatan yang korup berdasarkan penipuan, maklumat separuh benar dan dokumen yang direkacipta.
"Yang disyakki kini adalah SPRM atau pegawainya, yang bertujuan untuk mengalihkan rasa kemarahan rakyat berikutan kematian Teoh Beng Hock di bangunan SPRM 16 Julai lalu," tulis Lim Kit Siang.

Blog t4tbh mula dibuat selepas kematian Teoh. Ia mengandungi tuduhan-tuduhan kepada Ronie Liu dan Ean dengan mendakwa mereka berdua mencuri wang rakyat Selangor dan dimasukkan ke poket DAP.

Teoh dibunuh kononnya untuk menutup rahsia ini. Menurut posting terbaru t4tbh, dua pamimpin DAP (bukan Exco Selangor itu) disyaki sebagai pembunuh Teoh. Kedua-duanya pula, lapor blog itu enggan memberikan sempel DNA mereka kepada polis atas nasihat peguam mereka, Karpal Singh.
Blog itu mendakwa, polis telah memeriksa sampel DNA pada badan Teoh dan menemui berpuluh-puluh sampel.
Namun dua darinya tidak sepadan dengan sample DNA yang diambil dari para pegawai SPRM yang membuat siasatan terhadap Teoh.

Atas dasar itu, blog hitam ini membuat dakwaan, ia milik dua pegawai DAP ini.

Analogi yang blog ini buat adalah, dua pegawai DAP inilah yang memegang Teoh dan mencampaknya keluar dari tingkap.

Namun bagaimana mereka berdua boleh masuk ke bilik soalsiasat SPRM tidak pula dijelaskan blog ini. Ini kerana menurut laporan NST, polis mengesahkan Teoh terjatuh dari tingkap dalam bilik soalsiasat SPRM di tingkat 14 Plaza Masalam.

Pengesahan polis itu diperolehi berdasarkan satu kancing tingkap berada bersama mayat mendiang Teoh yang dipercayai tersangkut padanya semasa beliau jatuh dari situ. Kancing itu kemudiannya disahkan dari tingkap di bilik pada tingkat 14 itu.

28 comments:

PAS-PKR-DAPigs said...

Jelas dan nyata, segala tumpuan dan perhatian orang melayu/Islam sudah dapat dialehkan kearah yang tidak memberi apa2 faedah atau keuntungan. Saban hari kaum melayu/Islam memberikan tumpuan nya kepada insident2 yang tidak ada kaitan langsung kepada bebaikan bangas, agama dan negara.

Sebenarnya perkara yang patut diberi perhatian utama oleh kaum melayu/Islam ialah berkenaan kelemahan kuasa politik melayu/Islam. Sedar atau tidak, sebenarnya kuasa politik melayu/Islam sedang berada ditahap yang paling merbahaya.
Petikan dari: wak-labu.blogspot.com

ngalabu said...

????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????

Naruto Sensei said...

Ini le penyakit nye. Kalau dulu UMNO berubah dan utamakan Melayu tak kira Parti pasti Islam Dan Melayu gemilang. PAS pun begitu jika memberikan nasihat yg baik dan berguna kepada Pemimpin Melayu UMNO yg berkuasa pasti Islam Gemilang.

Masing2 tak mahu berubah. UMNO sayangkan Komponen ye PAS pun begitu. Yg salahnye Melayu termasuk le yg tak mau kembali ke ajaran Islam yg benar iaitu Al-Quran dan Hadis.

Tapi itu dah lari dari topik kite. Cume yg menjadi Lebai teruje ialah siapa kah yg tak mau DNA nye di perikse dalam Ikues smlm. Berani kerana benar tak beri DNA perikse kerana apa.?

Wallahualam

ngalabu said...

ya Allah, ya Tuhanku, ampunkan segala dosa aku, dan dosa para sahabat yang menulis di blog ini.

Limpahkan rahmah dan hidayahMu kepadaku dan kepada para sahabat yang menulis di blog ini.

Aku insan yang hina di sisiMu begitu juga para sahabat yang menulis di blog ini.

Kerdilnya aku disisiMu, begitu juga kerdilnya para sahabat yang menulis di blog ini, disisiMu.

AMIN.

Naruto Sensei said...

Amin.. Begitu le hendaknye..

ngalabu said...

tahniahlah Lebai Loh.

selamat menulis dan selamat datang ke blog ini.

saya suka dengan tulisan lebai, berhemah dan berilmu.

Naruto Sensei said...

[178]Al-Baqarah
Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman “Qisas” (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh iaitu: orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan perempuan dengan perempuan. Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh), maka hendaklah orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta suatu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Lebai Mangkuk said...

Amin, Amin, Amin ya'rabal alamin.

Naruto Sensei said...

Wassalam. Kite ni sesame Islam walaupon lebai Org UMNO tapi Lebai takkan ikut perkara yg membatalkan keislaman Lebai. Berhujah secare baik kan dapat mengukuhkan Iman dan Ilmu didada.

Takkan kerna kite berlainn ideologi patut bermusuh. Lebai berkata apa yg benar saja. Kalu MCA dan DAP berlawan pon boleh baik dan tak tindas bangsa mereka sendri kenapa tidk UMNO dan PAS yg Islam. Islam kan lebih murni dari Agama lain. Tunjukkanle kemurnian itu.

x said...

Pak Lebai,

03317728790241671568

02248562781304470133

buat apa ambik no prifile tu.. nak balas dendam ke?

1.Pakai je SQL injection attack,

2. atau command prompt DOS byte 1000000

3. atau IP hacker.. no problem.. lagi pun yg nak diattack tuh profile kosong.

4. atau asp query.

terima kasih.

Naruto Sensei said...

[176]Al-Baqarah
(Segala balasan yang buruk) itu adalah dengan sebab Allah telah menurunkan Kitab dengan mengandungi kebenaran (tetapi mereka berselisih padanya); dan sesungguhnya orang-orang yang berselisihan mengenai (kebenaran) kitab, itu sebenarnya mereka adalah dalam keadaan berpecah-belah yang jauh (dari mendapat petunjuk hidayah Allah).

ngalabu said...

Alhamdulilah.

Islam agama fitrah, sesuai untuk semua bangsa, keturunan dan sesuai sepanjang zaman.

marilah kita semua bersatu di atas din Allah.

TokBatin X said...

hai silabu!!! mana labu2 mu?

Naruto Sensei said...

02248562781304470133

Lebai ni takde le pandai sangt bab Internet nih. Lg pon orng lama dah banyak lagi kena amalkan. Maklumle Hidup ni ta' Hitung hari.

Buat ape na berdendam. Tau le Nombor tu Lebai pnggil org yg belakng tu. Pasal tak sampai hati nak sebut bile nengokkan gambar yg hina semcm tu.
Lebai tak suke attack ni. Terpulang le kat org tu nak ubah diri ke tak.

Lagi pon tak baik berlagak. Ilmu bkan untuk diperlagakkan tapi untuk membimbing dan mengamalkan.
Terima Kasih le
en 02248562781304470133

Lebai Hargai cara nak buat jahat tu tapi tak payah le bior le Allah saja yg membalas jasa baik tu.

Naruto Sensei said...

02248562781304470133

Lebai bukn nak bergduh tapi cube pikior le bebaik . Cara tu tak kena bukan mendatangkan hormat org pada kite pon, lagi menambah kebencian dan sakit hati. Bukan ke menyebabkan perasaan sakit kepada org juga satu sifat yg tidak baik.?

Tetapi dlm mase yg same kite pula berdegor2 mengutuk org. Itu le penyakit hati. Tak terubat dngn selagi tak mahu dengor Nasihat Al-Quran.

Naruto Sensei said...

Bernas dilacurkan , bukti kegagalan Malaysia Incorporated

Di dalam kesibukan pemimpin negara ini berpolitik mereka ternyata terlepas pandang untuk menghidu periuk nasi rakyat negara ini tergugat@hangit.

Bernas sebuah syarikat strategik di dalam membekalkan beras negara, perlahan-lahan telah dikuasai oleh sebuah firma Hong Kong, Wang Tak Co Ltd. Mereka telah menguasai saham Bernas di pasaran terbuka sebanyak 147.51 juta saham atau 31.36 peratus daripada keseluruhan 470,402 juta saham Bernas.

Wang Tak Co Ltd (WTCL) mula membeli saham Bernas sejak dari 2003 secara berperingkat bermula dari empat ke lima peratus dan kini pada 2009 mereka telah menguasai lebih dari 30 peratus. Ini bermakna WTCL mengambil masa selama 7 tahun untuk menguasai sebuah syarikat strategik negara ini yang memonopoli sepenuhnya pengimportan Beras dan pembekalan Beras untuk rakyat negara ini yang rata-rata makanan ruji mereka adalah beras.

Bernas ditukarkan dari Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) pada tahun 1994 yang kononnya atas dasar Malaysia Incorporated dan di senarai awamkan pada tahun 1997. Apabila Bernas disenarai awamkan di BSKL, saham Bernas diperdagangkan dengan rancak dan kepentingan Bernas telah terdedah kepada sesiapa sahaja untuk membeli dan menjual saham Bernas. Pokoknya sesiapa sahaja yang ada wang khasnya jutawan dan billionwan boleh menguasai Bernas.

Kadangkala aktiviti membeli dan menjual saham-saham Bernas di BSKL itu lebih rancak dari aktiviti-aktiviti teras Bernas itu sendiri iaitu membeli dan menjual Beras untuk kepentingan petani dan rakyat jelata negara ini.

Jika semasa LPN dahulu aktiviti-aktivitinya lebih mesra rakyat khasnya golongan petani dan pesawah tetapi apabila dikorporatkan aktivitinya telah beralih kepada yang lebih mesra golongan elit dan kapitalis. Ini telah mengwujudkan jurang pemisah di antara petani dan kapitalis.

Hakikatnya hari ini jika Bernas gagal dipertahankan dan terlepas ke tangan Cina Hong Kong ternyata dasar-dasar Malaysia Inc yang diagung-agungkan oleh Che Det dan Daim Zainudin selaku penasihat ekonomi dan Menteri kewangan ketika itu telah gagal. Malaysia Inc. hanya memperkayakan yang kaya dan menindas yang miskin.

Dahulu kita bangga hampir setiap bulan Malaysian Business Magazine galak menyenaraikan jutawan-jutawan Melayu seperti Tajudin Ramli, Wan Azmi Wan Hamzah, Amin Shah Omar Shah, Shamsudin Abu Hasan dan ramai lagi tetapi di manakah mereka hari ini? Mereka tenggelam apabila Che Det dan Daim tenggelam dan rupa-rupanya mereka ini hanyalah cerita rekaan semata-mata.

Hari ini Bernas pula telah dilacurkan untuk kepentingan pihak dan kumpulan tertentu, maruah dan hak kita telah tergadai, petani dan pesawah pasti menangis apabila periuk nasi mereka bakal jatuh ke tangan tauke Cina Hong Kong.

"Tuai padi antara masak besok jangan layu-layuan,. Jika beras telah menjadi dedak di masa itu hilang keruan"

Posted by MUMMY ROKIAH sahabat Lebai dalam UMNO.

Naruto Sensei said...

Yg baik jadi tauladan Yg buruk jadi kan le sempadan.

Adi Satria said...

Create la Bernas yg baru.

Suruh kerajaan bagi lesen import beras kepada bernas baru.

Petani semua jual beras kepada Bernas baru.

Salurkan semua bantuan ke Bernas baru.

Ignore bernas lama.

Abis cerita

ngalabu said...

salam tok guru tsb.

dua tiga ari, sibuk cari rezeki.
bekalan labu lebih sikit.

begitulah orang susah kais pagi makan pagi kais petang makan petang

TokBatin X said...

salam silabu,

kire ok gak bersantai kat siasah nih... melihat gelagat2 lucu pengomen2.. ada gak org Islam bertelingakan dan berhidungkan b*b*.

dan kebanyakannye suke2 jd kartoooooooooooon2 jepun.

tbs suka gosok gigi jer

pa' lebai2 kene ler pandai bersilat sikit... silap kene terajang ngan kartun2 dan b*b**** tu.

sabor je ler...

Penumpang said...

Apa2 pun, memang ramai orang telah menjadi cerdik pandai sehingga berupaya membuat pelbagai andaian tentang kematian TBH samada dari pihak PR atau BN atau pihak lain yang cuba ambil kesempatan.

Penumpang said...

Apa2 pun, memang ramai orang telah menjadi cerdik pandai sehingga berupaya membuat pelbagai andaian tentang kematian TBH samada dari pihak PR atau BN atau pihak lain yang cuba ambil kesempatan.

sakariya said...

Salam Tuan Lebai Lah,

Hari ini Bernas pula telah dilacurkan untuk kepentingan pihak dan kumpulan tertentu, maruah dan hak kita telah tergadai, petani dan pesawah pasti menangis apabila periuk nasi mereka bakal jatuh ke tangan tauke Cina Hong Kong.
`````````````````````````````````
Tuan Lebai Lah tak buat laporan SPRM?

keris panjang said...

Banyak dah kelua tajuk ni. Ape ke he nye!! Kalo dah sosek, balik lar kepangkal jalan. Yok Lobai pun sosek juo ko.

Proton Saga said...

Nah ambil simpel dna aku. Buatlah siasatan sampai kemana pun apa aku takut.

Sebab apa aku berani? kau dan saudara pun beranikan jawabnya ialah kita tidak bersalah apa nak ditakutkan ambil''''''''''''lah.

Kita jangan banyak fikir bagi aku senang sahaja siapa yang salah tetap salah tak kira kerjaan atau pun pembangkan.

BERNI KERANA BENAR , BETUL TAK ? kalau dah betul mari kita lupakan kis itu kita buat kerja kita cari rezaki untuk anak anak, jaga kesihatan keluarga kita, sekarang ni penyakit babi telah membunuh 4 orang baik kita jaga jaga , kalau anak kita demam cepat cepat kita hantar kehosipatal, tinggal dulu menulis di belok ini.

Biar polis buat kerja dia kalau kita ada bokti dan fakta kuat nah sekarang bawa fakta itu bersama peguam engkau kepada polis untuk membantu siasatan, semuga cepat selesai kis ini dan yang bertanggong jawab akan didawa tak kira orang spr ke pkrke.

Aku percaya dan sangat yakin bahawa ALLAH akan tunjukan siapa yang benar. Hanya orang dah HITAM HATINYA TAK AKAN MENERIMA KEBENARAN,sebab terlalu terkongkong pemikirannya terhadap sesuatu PUAK.

YANG BENAR TETAP BENAR.

Proton Saga said...

Betul tu keris panjang,

banyak lari dari tajok itu sebab tak dapat kepujian dalam perpeksaan,

lain disoal lain dihuraikan, jawab biar pendik tetapi ikut tajuk.

Apalah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!1.

Muhamad Rizal Hambali said...

Inilah masalah orang Islam baik yang ada dalam UMNO, PAS atau pun PKR. Bukan umat Islam yang ada dekat Malaysia ini sahaja dekat luar negara pun macam itu berpecah belah. Saya harap umat Islam dapat melihat perkara yang realiti bukan fantasi. Bukan cara yang macam ini yang ini cakap yang itu tak betul, yang itu cakap yang ini tidak islamik dan yang ini cakap yang itu sesat dan begitulah sebaliknya. Banyak permasalahan umat Islam tidak dapat diselesaikan. Aku bukannya padai sangat tentang agama tetapi kalau direnungkan banyak sangat perbezaan pendapat dalam umat Islam. Nabi Muhammad S.A.W. menyuruh kita bersatu bukan berpecah yang beza pandangan tidakah boleh berbincang?.Pasal tidak bersatulah pelbagai isu umat Islam di dunia ini tidak selesai, di Plastine, Patani, selatan Filipina dan bermacam. Mari kita mengikut apa yang diajar oleh Nabi Muhammad S.A.W. yang menyuruh kita bersatu. Islam for peace.

mizazim said...

sprm??? mana kewibawaan nyee sbgai suruhanjaya yang bebas...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...