Sunday, January 11, 2009

Tangkap anti Israel: Malaysia ada main mata dengan Amerika?

KUALA LUMPUR, 11 Jan: PAS melahirkan kebimbangan kalau-kalau kerajaan Malaysia bermain mata dengan Amerika dan Israel dalam isu serangan ke atas Palestin sehingga menyebabkan polis menangkap 21 penunjuk perasaan anti zionis di Dataran Merdeka.

"Kalau tidak mengapa hingga 21 orang ditangkap kerana berhimpun dan memasang lilin membantah perhimpunan anti Zionis dan anti perang," kata Mahfuz Omar, Ketua Penerangan PAS.

Menurut Mahfuz, perhimpunan itu tidaklah sebesar mana sehingga mengganggu ketenteraman awam dan lalu lintas di kawasan itu.

Sehubungan itu, beliau meminta pengundi Kuala Terengganu menilai kembali keikhlasan kerajaan BN dalam isu yang menimpa rakyat Palestin sekarang.

Sementara itu, tangkapan ke atas aktivis yang menghadiri himpunan aman mengecam tindakan biadap dan ganas zionis Yahudi Israel terhadap umat Islam Palestin menunjukkan seolah-olah pihak polis bersifat `talam dua muka'.

Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Mohd Salleh amat kesal dengan tindakan tidak profesional pihak polis yang tidak memberi kesempatan kepada aktivis untuk menunjukkan protes mereka.

Menurut beliau mereka membuat perhimpuan itu untuk menyatakan rasa protes terhadap keganasan zionis Israel.

"Protes anti Israel itu tindakan menyeluruh dilakukan rakyat seluruh dunia tetapi kenapa pihak polis mengambil tindakan membuat tangkapan terhadap perhimpunan malam itu," tegasnya.

Beliau mempersoalkan adakah disebabkan ramai yang hadir dalam perhimpunan itu ahli Jerit dan jika perkara itu benar ia suatu tindakan yang akan mengundang kesan yang tidak baik terhadap masyarakat bukan Islam.

Ini kerana katanya mereka boleh membuat perbandingan dalam perhimpunan pada setiap hari Jumaat yang dihadiri ramai umat Islam polis tidak mengambil apa-apa tindakan sebaliknya memberi peluang selama satu jam untuk meluahkan bantahan.

Menurut beliau cara tangkapan itu juga menunjukkan pihak polis bertindak tidak profesional kerana ketika Charles Santiago dan Dr Mohd Nasir cuba berbincang dengan pihak polis manakala SB di belakang membuat kepungan.

Beliau mempersoalkan bagaimana sikap polis Malaysia apakah mereka mengikut masa-masa tertentu menyokong perjuangan rakyat Palestin dan dalam masa yang sama mengambil tindakan terhadap penyokong perjuangan tersebut.

"Apakah pihak polis di Malaysia bersifat `talam dua muka'," tegasnya.

Dalam tangkapan itu, polis menahan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad; Penyelaras Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) Arutchelvan Subramaniam; Adun Kota Damansara yang juga Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) Dr Mohd Nasir Hashim, Ahli Parlimen Klang Charles Santiago serta beberapa orang aktivis Suaram.

9 comments:

Ihya said...

Salam ziarah..

Lihatlah video serangan yahudi di palestine sejurus sambutan asyura!! Saya letakkan link video tersebut di bawah bendera panji islam mujahideen.

lawati www.dzulhaqq.blogspot.com

SEBARKAN!!

aisal said...

tq sahabat......amt bermakna & penuh trajis....semoga saudara kita diberi kekuatan dan perlindungan...amean

Muzafar said...

Kerajaan Malaysia nak jaga hati Amerika. Kalau Amerika kecik hati kat Malaysia, Pemimpin Malaysia susah nak tumpang cari makan..

Shakir Md Taha said...

Memang la orang kampung dah tahu yang polis malaysia bertindak tidak profesional.

aisal said...

tu la pasai..kn dh cakap, kena ade permit..permit..permit. kalo x der permit jgn buat walaupun nk tunjuk perasaan pada israel laknatullah tu...kn da kena tangkap tu...

kalo x sabar jugak nk buat pegi sewa tapak kat thailand. sana demokrasi skit...demo la sebulan pun kalo larat...

kalo x sabar jugak..tunggu sikit lagi ..lepas pru 13 nanti...dapat la tu...

* semoga Allah melindungi saudara kita di palestine*

LensaPR said...

Depa mestilah sokong umno palestin oiiii

fadlah said...

hahaha lain kali nak demo kene ade logo umno baru xkene tangkap walapon zder permit ngeh ngeh ngeh...

tekong darat said...

takde ker puak2 yg dibimbangi mahfuz ni nak jawab artikel ni?...
ker memang betul?

meon_peon said...

teruskan perjuangan...

hidup PAleStin!

buangkan kezaliman...

hapuskan ISrAel!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...