KUALA TERENGGANU, 9 Jan: Haji Mohd Abdul Wahid Endut, calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari ini menegaskan beliau sudah bersedia memikul amanah sebagai ahli Parlimen jika diberi mandat oleh rakyat.
“Saya bersedia untuk memikul tanggungjawab ini jika diberi mandat oleh rakyat, tugas saya untuk menyampaikan hasrat rakyat,” ujarnya pada satu majlis ceramah, di sini, baru-baru ini.
Beliau yang juga Bendahari PAS Terengganu berkata kemenangan PAS dalam pilihan raya kecil ini bukan untuk membentuk kerajaan baru tetapi menambahkan suara Pakatan Rakyat di Parlimen.
“Kita masuk pilihan raya kecil ini bukan untuk tubuh kerajaan baru tetapi mahu suara Pakatan Rakyat bertambah jika kita berjaya memenangi kerusi tersebut.
“Sekarang ini, ada tujuh orang Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dari Terengganu tetapi apa yang disuarakan oleh mereka untuk kepentingan rakyat?” soalnya.
Katanya, beliau akan membuat pendedahan penyelewengan kerajaan sebagaimana pada persidangan Dun dan meneruskan khidmat membela rakyat di Dewan Rakyat bagi penduduk di kawasan Parlimen dan negeri ini jika diberi peluang pada 17 Januari ini.
“Jika diberi peluang oleh rakyat terutama pengundi di Kuala Terengganu, saya akan menyambung pula tugas baru di Parlimen pula,” ujarnya.
Ini kerana beliau tidak yakin terhadap ahli-ahli Parlimen BN dari negeri ini seramai tujuh orang untuk membawa suara dan mesej rakyat agar kehidupan mereka lebih terbela.
"Saya tidak yakin dengan tujuh orang Ahli Parlimen dari Terengganu itu mampu dengan lantang bersuara membela untuk membela nasib rakyat. Senyap, sunyi sepi tidak beritahu (bercakap) apa-apa yang boleh membela nasib rakyat Terengganu. Saya buat dan saya dedahkan di Dewan Undangan Negeri (Dun) dan saya akan dedahkan pula perkara yang sama di Parlimen.
"Saya harap rakyat, jika diberi peluang saya akan sambung tugas saya yang baru di Parlimen. Isu royalti, ia berkait dengan pusat dan pengkhianatan yang dilakukan oleh pemimpin Umno di peringkat Pusat. Ini yang saya hendak berdepan dengan dia (pemimpin kerajaan Pusat),” ujarnya.
3 comments:
Belum menang biasalah janji macam-macam...bila dah menang nanti entah-entah tidur di parlimen....
Poooorahhhhh......
Wakil rakyat UMNO pernah menyokong kenaikan harga minyak sebanyak 78 sen satu masa dulu ni nama nya membebankan rakyat bukan membantu rakyat adakah rakyat terengganu nak umdi umno lagi....?
InsyAllah janji dari seorang islam yang mukmin dapat kita pegang aku janji nya, dan sememang nya itulah tanggung jawab mereka,dan ia juga pasti akan menjadi persoalan yang berat pada perkiraan hari akhirat,dan janji yang utama yang pasti akan menjadi persoalan pada hari akhirat,apakah bumi ini(Malaysia) telah ditadbir dengan lunas lunas ugama.
Post a Comment