Monday, January 5, 2009

Rampas Tadika Kemas: Kerajaan Perak digesa saman pemimpin BN

IPOH, 5 Jan: Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATU PERAK) menggesa pemimpin kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa orang pemimpin UMNO yang melemparkan fitnah dan tuduhan liar terhadap kerajaan negeri berhubung isu penutupan tadika kemas di Perak baru-baru ini.

Presidennya, Mohd Hafez Sabri menjelaskan isu ini sebenarnya tidak berlaku sebaliknya sengaja dicipta dan direka oleh pihak yang terdesak semata-mata mahu meraih undi dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu yang akan menjelang.

"Saya sendiri telah bertanya kepada YAB Menteri Besar dan beliau menjelaskan kerajaan negeri tidak pernah pun menutup atau mengarahkan mana-mana pihak untuk menutup mana-mana premis tadika kemas di negeri ini, sebaliknya mengalu-alukan kewujudan sekolah tersebut sebagai salah satu medium terpenting dalam usaha mendidik anak bangsa kita," katanya.

"Ini merupakan salah satu bukti lagi yang menunjukkan pemimpin BN negeri gemar melakukan fitnah dan tuduhan tidak berasas," katanya lagi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mengatakan kononnya kira-kira 13,000 murid tadika di negeri ini mungkin terjejas pembelajaran mereka ekoran tindakan kerajaan negeri Perak mengarahkan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) mengosongkan 700 premis tadika milik agensi itu.

Dalam pada itu, menurut Ketua Penerangan pertubuhan tersebut, Ahmad Shahir Abdul Aziz ketika menjelaskan isu ini berkata pihak media khususnya media arus perdana sepatutnya meneliti dan menyiasat isu ini terlebih dahulu sebelum dihebahkan kepada umum.

Ini kerana lantaran daripada fitnah dan tuduhan palsu yang dilemparkan membuka ruang kepada kerajaan negeri untuk mengambil tindakan undang-undang.

"Kita berasa cukup terkilan dengan tuduhan berkenaan dan kita minta pihak media khusunya media arus perdana untuk berjumpa sendiri dengan pemimpin kerajaan negeri bagi mendapatkan penjelasan sebenar," jelas beliau.

23 comments:

Hamba Miskin said...

Testing..

Aku kah yang nombor satu hari ini untuk posting ini.??

DongfangWuDi said...

Teringin jugak mamat ni no 1...

mat_terab said...

Aku sokong sangat kerajaan perak saman depa ni baru padan muka tak habis-habis nak wat fitnah awat dah tak dak isu lagi ka.....?

slyderrose said...

Zahid Hamidi baru balik dari menunaikan rukun Islam yg ke lima tetapi masih membuat fitnah.

DMP KEDAH said...

Ya, sama je dengan kes di Kedah lepas BN terkejut anjing kalah besar hari tu, geli hati bila UMNO buat isu ni. Isu ni direka sebab isu hudud tak laku.

mat_terab said...

Yang Aku heran bin Ajaib macam mana Mick Tension Siap ada sekali tempat kejadian di perak yang di siarkan oleh TV3 suku tu........
dia kata secara kebetulan lalu kat situ macam dah di rancang dan hafal skrip ja........
macam mana dia boleh lalu kat situ sedangkan ada lebih kurang 700 tadika kemas di perak yang tutup satu tu ja.....
dan yang aku lagi kompius macam mana boleh pegawai Kemas dan pegawai dearah boleh ikut arahan ahli JKKK sedang kuasa depa lebih besar dari JKKK, Jkkk ni setakat cop borang ja kuasa dia......
Dan lagi satu kenapa TV3 suku ka menteri tak rujuk dulu Daripa yang berkuasa di Perak Spt MB main hentam seberono ja........

Hamba Miskin said...

Sebut pasal tadika..

Teringat UMNO dulu pernah wujudkan TABINO ( taman bimbingan islam umno). Ianya dulu popular sebelah melaka. Penubuhannya kerana ingin bersaing dengan PASTI (pusat asuhan tunas islam). tapi sekarang TABINO hanya tinggal nama...

TEKONG DARAT said...

En mat terab..
Apa yg hairan..bg deme,politik suku,agama suku..jd tkda msalah pun fitnah politik..nanti kalu parti kalah,sapa nk bg cek makan..yg pntg,aku smayang..dh siap g mekah pun..skarang blh bepolitik spenuh ms..tp punca utama ialah, POLITIK SUKU,AGAMA SUKU

Banjar Sungai Tungku said...

PAS - agama 100%? atau politik 100%?
atau ke dua2 nye 100%?

Banjar Sungai Tungku said...

dulu2 PAS kata, bersengkokol dgn kafir jadi kafir,

sekarang PAS dah lebih dari bersengkolol dgn kafir, - apa macam PAS? dah mengafirkan diri sendiri.

sekarang semua pengikut PAS tu dah jadi kafir? - fikir2 kan

fadlah said...

saje la tu xde isu nak cari isu,tak laku lak tu

Hamzali said...

TV3 UMNO punya editor surat khabar banyak orang UMNO sebab UMNO memerintah kalau Yahudi perintah pun dia orang ikut kata Yahudi, nak cari makan le. TV 1 Sabree Chiiiik buat berita China dah. Jadi berita Jam 8.00 malam TV UMNO je le. Yang dok tengok buat apa?

zali said...

balik pada isu tadika kemas ni...
kerajaan perak nak saman pemimpin bn?

tu hanya 'kueh' yang cuba nak disumbat ke mulut rakyat supaya jangan kecoh sangat isu ni.

gmbp hanya rujuk pada mb perak...kenapa tak rujuk pada orang yang bertanggung jawab mengeluarkan notis pengosongan bangunan tu?

tanya la notis tu betul atau tidak dikeluarkan dan siapa yang tandatangan notis tu?

kemudiannya dengan senang hati berkata...'zahid fitnah'

tunggu je la saman kerajaan negeri tu...tapi jangan sampai saman makan tuan...

nak mencacai pr pun agak-agak la en. ahmad shahir...tau la awak baik dengan mb perak tu.

umnodinawan said...

Kami di Kg. Gusi, Kinarut, Papar, Sabah juga terkilan sangat dengan sikap kerajaan pusat yang membiarkan TABIKA KEMAS menggunakan Balairaya kg. kami sejak 12 tahun. Ini menyebabkan aktiviti lain penduduk kg tidak dpt dilaksanakan. Kami berulang kali menyuarakannya tapi tidak diendahkan. Anehnya KEMAS ada duit membina TASKA di kg kami yang siap tapi tiasda penghuni kemudian ada pula peruntukan RM 40 ribu membaik pulih balairaya dan selepas itu balairaya terbut terus dijadikan premis tetap TABIKA KEMAS. Saya pernah ugut untuk MERAMPAS balik Balairaya tu jika kerajaan tidak membina bangunan tetap sehingga tahun 2012. Itulah dilema KEMAS tak pernah KEMAS pun pentadbirannya.

umnodinawan said...

Kami di Sabah dah meluat tengok berita TV 3 n the gang apatah lagi TV 1 n 2. Kalau tak pasal 5 negeri pembangkang tak sah. Sabah, Sarawak dan Johor yang bagi dia orang menang besar kadang ada kadang tiada (mcm biskut). Kalau tak sebut PAS, PKR dan DAP tiap malam macam tak cukup syarat. Percayalah rakan-rakan seUMNOku bahawa untuk menarik kembali hati rakyat yang terluka bukannya dengan membuat liputan meluas terhadap 5 negeri atau mengintai tiap pergerakan Parti Pembangkang tapi cubalah perbaiki mana yang patut khasnya sikap para pemimpin atasan yang rakus, tamak dan haloba. Berlumba-lumba jadi Tim.Presiden, Naib Presiden dan MT tanpa mengukur kemampuan diri masing-masing dan yang sadisnya lagi bukan mereka dicalon tapi diri meeka sendiri minta pencalonan hingga sanggup bagi habuan.

anakkancil said...

Anak aku baru je masuk thn 1.aku ade le dengar 1 hamba allah bagitahu dia menyesal hantar anak dia ke tadika kemas selama 2 thn.Hasilnya anak dia hanya pandai menyanyi tapi tak boleh mengeja.Elok le tadika kemas ditukar ke tadika akademi fantasia junoir.Pasti berbondong-bondong mak bapak ngantar anak ke situ.anak aku hantar ke tadika masjid je dan allhamdulillah setakat doa-doa ringkas tu dah bermain di bibir mereka.membaca wokey le...so bab isu tadika kemas nie biar le org yg mulakan dulu selesaikan...kita nengok je la...dah tau trend depa mcm tu...kalah je ade le projek tak berhati perut ayam they all akan laksanakan..itu lah mulayu (bukan Melayu)

uncle nano said...

ADAKAH PAS BUTA???
Pusat Karaoke Shah Alam..

Aku nak lari tajuk sikit!!
Kat Selangor lar nih terutama kat Ibu Negeri iaitu Shah Alam dah ada disediakan pusat hiburan...jangan tak caya>>>

Sebuah pusat karaoke kat tingkat 25 bangunan Quality Hotel Kumpulan Darul Ehsan Berhad telah menjalankan operasi..berdekatan saje bangunan MBSA..

Apa nak jadi dengan PAS Selangor nih..kata nak menghapuskan gejala-gejala sosial terutama ZINA yang dah melarat kat Selangor..

Hassan Ali...ko nih pegang potfolio apa???ko suka ke adanya karaoke kat shah alam tu???atau ko bangga??PAS..korang ni jangan le jadi hamba PKR dan DAP...jgn le tempat yang boleh menyebatkan berlakunya maksiat wujud korang pejamkan mata sahaja..paria tul le korang nih...

Shah Alam ibu negeri yang cantik dan dihindari dari pusat2 maksiat telah mula dihancurkan oleh Pakatan Rakyat terutama PAS...sedarlah Melayu PAS..
Zaman pemerintahan BN telah mempertahankan satu2nya kawasan di Selangor yang boleh dikatakan bersih dan makmur...pemerintahan PR hancossss!!!!!

mat_terab said...

Uncle nano hang ni memang la bangang orang cakap bab lain hang cakap bab lain.....
Tunggu la sikit masa lagi sabar la sikit.....
bukan senang nak menghapuskan maksiat sekali gus dah tentu ambik masa sikit kerana ia dah jadi darah daging dah....ni semua kerana UMNo jugan yang mengasas semua benda-benda maksiat ni dah lebih 50 tahun.....
nak menbenteras dia dah tentulah memekan masa........

fadlah said...

Blogger uncle nano said...

ADAKAH PAS BUTA???
Pusat Karaoke Shah Alam..

Aku nak lari tajuk sikit!!
Kat Selangor lar nih terutama kat Ibu Negeri iaitu Shah Alam dah ada disediakan pusat hiburan...jangan tak caya>>>

Sebuah pusat karaoke kat tingkat 25 bangunan Quality Hotel Kumpulan Darul Ehsan Berhad telah menjalankan operasi..berdekatan saje bangunan MBSA..

Apa nak jadi dengan PAS Selangor nih..kata nak menghapuskan gejala-gejala sosial terutama ZINA yang dah melarat kat Selangor..

Hassan Ali...ko nih pegang potfolio apa???ko suka ke adanya karaoke kat shah alam tu???atau ko bangga??PAS..korang ni jangan le jadi hamba PKR dan DAP...jgn le tempat yang boleh menyebatkan berlakunya maksiat wujud korang pejamkan mata sahaja..paria tul le korang nih...

Shah Alam ibu negeri yang cantik dan dihindari dari pusat2 maksiat telah mula dihancurkan oleh Pakatan Rakyat terutama PAS...sedarlah Melayu PAS..
Zaman pemerintahan BN telah mempertahankan satu2nya kawasan di Selangor yang boleh dikatakan bersih dan makmur...pemerintahan PR hancossss!!!!!

-------------------
mase pemerentahan umno dlu cam ner seme bende tu xde ke?bagus sangat ke umno dulu memerintah? x sampai 2 tahun pr memerintah nak beruhah sekelip mate,jgn la wat magang sangat...

Azizahns said...

ASSALAMUALAIKUM...

NAK TANYA SIKIT ... NOTIS SURUH SERAHKAN KUNCI DAN KOSONGKAN DEWAN TU ARAHAN SIAPA. TAKKAN ARAHAN ISRAEL PULAK.

MUNGKIN JUGAK...

sebab ketua pembangkang dia agen us. mungkin....

perunding said...

relax.
dijamin sebarang isu dibawa utk mengenakan pr hanya bertahan 3 hari.

lepas tu isu tu akan diri mereka.

Muzafar said...

slyderrose said...
Zahid Hamidi baru balik dari menunaikan rukun Islam yg ke lima tetapi masih membuat fitnah.

January 5, 2009 5:09 AM

*****
Janganlah heran sangat kalau setakat pergi Mekah zaman ni, ABU JAHAL tinggal kat Mekah,lahir kat Mekah, zaman Nabi pulak tu.

Jangan rasa peliklah...

anakkancil said...

AKU IKUTI KULIAH USTAZ HALIM NASIR DIA BARU BALIK DARI MEMBAWA ROMBONGAN BUAT UMRAH...DIA KATA TAPAK RUMAH ABU JAHAL KERAJAAN BUAT TANDAS AWAM...TGK LE...SAMPAI MCM TU SEKALI ALLAH TUNJOK KEPADA KITA AKIBAT ORG YG MENENTANG ISLAM...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...