Wednesday, January 14, 2009

Kuala Terengganu: PAS ucap terima kasih kepada semua terlibat

KUALA TERENGGANU, 21 Jan: Para Pemimpin Pakatan Rakyat, jentera pilihan raya kecil Kuala Terengganu,calon serta keluarga mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu baru-baru ini sehingga memenangkan calon mereka, Mohd Abdul Wahid Endut.

Terima kasih terutamanya diucapkan kepada pengundi,petugas, pegawai keselamatan, petugas SPR, media yang membuat liputan dan lain-lain pihak yang telah membolehkan calon PAS itu terpilih sebagai anggota Parlimen P036 Kuala Terengganu.

"Ucapan terima kasih itu disiarkan dalam akhbar Sinar Harian semalam dan bakal diikuti oleh beberapa akhbar lain selepas ini," kata Muhyidin Abdul Rashid Ketua Penerangan PAS Terengganu kepada Siasah.

1 comment:

TokBatin X said...

untunnn.. untunnn.. untunnn nyerjadi wakil rakyat.. fulus.. fulus.. fulus... jangan lupa, jadilah seorang manusia yang berbakti 'kerana Illahi'.. bukan kerana fulus, kuasa dan nama jer.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...