Tuesday, January 13, 2009

Wan Farid mudaratkan penduduk Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU, 13 Jan: PAS menyifatkan calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh tidak berjasa kepada rakyat Kuala Terengganu bahkan memudaratkan mereka.

(Gambar: Papan pemidang kempen Wan Farid di Kuala Terengganu: Benarkah dia pembela golongan belia atau merosakkannya dengan menjadikan Kuala Terengganu tempat buangan penjenayah tegar )

Pengarah Operasi pilihan raya kecil Kuala Terengganunya, Datuk Wan Mutalib Embong berkata, kadar jenayah meningkat di Terengganu apabila kerajaan Pusat melalui Kementeri Dalam Negeri menjadikan Kuala Terengganu sebagai tempat buangan penjenayah.

"Saya difahamkan, Kuala Terengganu dijadikan sebagai salah satu lokasi orang buangan untuk pesalah atau penjenayah di bandar-bandar besar terutama di kalangan orang Cina dan India.

"Kementerian Dalam Negeri berharap akan memutuskan hubungan penjenayah ini dengan jaringan mereka di sana tetapi dalam masa yang sama mereka tidak sedar penjenayah ini menjadi guru kepada anak-anak muda di Kuala Terengganu ini.


"Apa peranan Wan Farid selama ini selaku Timbalan Menteri Dalam Negeri dalam hal ini atas dasar beliau orang Kuala Terengganu?" tanya Wan Mutalib Embong dalam sidang medianya hari ini di Markas Besar PAS Kuala Ibai.

Ketika ditanya, berapa bilangan penjenayah yang dibuang daerah ke Kuala Terengganu, Wan Mutalib berkata, beliau pernah bertanyakan hal ini dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu namun Menteri Besar berkata beliau tidak mempunyai angkanya kerana ia di dalam bidang kuasa Kerajaan Pusat.

"Jadi yang saya boleh sahkan Kuala Terengganu memang salah satu tempat orang buangan tetapi bilangannya saya tidak pasti.

"Yang sah juga, kadar jenayah di bandar ini meningkat dan saya katakan ia berpunca dari para penjenayah yang dibuang daerah ini," katanya kepada Siasah.

6 comments:

Juraimi Zainal said...

La ni time belasah membelasah... BN broadband dia besar...

R24 - lepas pilihanraya nampak cam ok, balance berita, la ni hampeh sbb PRK KT... Tunggu la

TV3 - Standard la tak sedar lagi...

RTM - Ubah teknik, pelakon etc... isi sama jer..

tekong darat said...

pimpin ke arah apa?...
apa anak muda nak buat. buat jer?...tu ker cara pimpin?...
eh tu salah mak bapak...lupa lak...

abe MIE 'TERJAH' said...

PAS nak kalah..cakap macam2..jantanMEN lah..ini politik ada persaingan..menang kalah satu adat pertandingan...

isu hudud dah tak makan dah..
isu pahala dosa dah tak makan...
yang nak makan isu kerja...

Pakatan memerintah selangor, kedah, perak, kelantan dan penang...mana kerja dijanjikan melainkan pelaburan dah tarik diri....

MANA JANJI NAK BANTU ITU INI? fikirlah

http://pkrpasdap.blogspot.com

perunding said...

pembetulan
bukan timbalan menteri dalam negeri.

Timbalan Menteri ISA.

mat_terab said...

Bukan orang Pas saja yang kata Wan Farid calon tak baik tapi orang umno sendiri buktinya...

Dato' Che Mat : Apa sudah jadi ?
Dato' Che Mat Jusoh semasa melawati UPU Permint Jaya telah mengaku bahawa beliau adalah pegawai pembangunan DUN Batu Burok.

Katanya beliau dilantik oleh MB dan bukan cadangan umno bahagian.
Apa yang pelik beliau menyatakan kehadiran beliau bukan atas arahan umno bahagian, tetapi atas arahan MB sendiri.

Kenapa jadi begini?
Sekali lagi pula che Mat Jusoh mengulangi kata-kata beliau yang mana Wan Farid ini bukan calon terbaik BN.Katanya Wan Farid ni suka mencantas atau cah keting,beliau memberi contoh macamana beliau dan arwah Dato' Razali dicantas dari umno bahagian kerana Wan farid nak menangkan Md Sabri Alwi dan Wan Hisham.

Kalau betul Che Mat dilantik oleh MB, apa tujuan apa motifnya?
Kenapa pula Che Mat Jusoh berkata demikian dalam keadaan Wan Farid sangat kritikal sekarang?

Apa kah ini Kerja MB Dato' Ahmad Said?

Hantarkan berita PRK Kuala Terengganu

aisal said...

kasihan dato....sampai gitu sekali ker ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...