Tuesday, January 27, 2009

50.6% peserta poll Utusan kata tindakan Nasarudin wajar

KUALA LUMPUR, 27 Jan: Hari pertama poll yang dibuat oleh media milik Umno, Utusan.com.my mendapati, 50.6 peratus pesertanya menyifatkan langkah Datuk Nasarudin Hashim melompat parti adalah wajar.

Keputusan itu diperolehi dari 1708 peserta yang memberikan pandangan mereka pada hari pertama poll itu dibuat.

Berikut adalah keputusan sehingga jam 6.35 petang tadi.

Bancian 27 Januari 2009

Wajarkah ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim melompat parti hanya kerana masalah peribadi?

Wajar 50.6% (865)
Tidak wajar 36.8% (628)
Tidak kisah 12.6% (215)
Jumlah Undi: 1708

Sementara itu, akhbar MCA, Mstar.com.my pula memberikan keputusan lebih tinggi iaitu 83 peratus menyokong langkah Nasarudin itu.

Hanya 17 peratus sahaja menyifatkan tindakan itu tidak wajar.

Berikut adalah keputusan penuh jam 7 petang tadi.

Tinjauan Mstar.com.my
Wajarkah ADUN Bota yang menang kerusi atas tiket Umno dan BN sertai PKR?

Ya 83%
Tidak 17%

42 comments:

bn@umno said...

mana tidaknya 50.6% yg undi menyokong tindakkan Nasarudin keluar parti BN tu semuanya adalah orang PR.lainlah kalau orang BN yg undi pasti 100% tidak setuju tindakkan Nasaruddin tu.

Mohamadazhan.com said...

bukan masalah org umno atau pr...yg menjadi penilai untuk peratusan itu adalah media kera..jaan sendiri. utusan dan mic media.

Mohamadazhan.com said...

umno dah tak relevan la

semoga ramai lagi ADUN dan Ahli Parlimen masuk PR untuk menyelamatkan kembali kehidupan masyrat Malaysia yang semakin tersepit

Mohamadazhan.com said...

pembetulan. bukan media mic, media mca.

baca elok2 ya org umno

pemimpin dah masuk pr...

org bawah tunggu apa lagi?
dok dalam umno pun bukan korang dapat apa?

ada ka pak lah bg projek?
hahaha..

insaflah...berjuangla di jalan yg benar

bn@umno said...

berikut adalah hasil undian yg dijalankan :-

Wajar 50.6% (865)-puak-puak yg mengundi 'wajar' ni semuanya terdiri drpd puak-puak yg suka tegok orang melayu kena potong tangan dan potong kaki.

Tidak wajar 36.8% (628)-puak-puak yg mengundi 'tidak wajar' ni semestinya terdiri drpd orang BN.

Tidak kisah 12.6% (215)-puak-puak yg mengundi 'tidak kisah' ni terdiri drpd puak-puak yg tidak mahu ambil tahu hal politik negara.

TokBatin X said...

Ahlaaaaaaa... Kesian nyer orang kita 'Islam' bercakar sesama sendiri, dibumi sendiri cuma kerana nak tegakkan benang basah. oh silabu.. oh siluncai.. oh sipandir.. oh simat jenin... oh.. oh.. oh... oh

jit_tontoya said...

bukan yb aku sorang saja keluar daripada jamban, tapi yang ikut bini-bini dia,anak-anak dia,ibu-bapa dia, ibu-bapa bini dia, bapa-bapa saudara dia, ibu-ibu saudara dia, bapa-bapa saudara bini dia, ibu-ibu sedara bini dia, sepupu-sepu bini dia, sepupu-sepupu dia, waris-waris dia, kawan-kawan dia, kawan kepada kawan-kawan dia, penyokong-penyokong dia, kawan kepada penyokong-penyokong dia, muslimin-muslimin, muslimat dan muslimat,cina lelaki dan cina perempuan, india lelaki dan india perempuan, asli-asli, batin-batin kecuali tok batin senoi saja dan seluruh masyarakat bota yang tidak biol.
mari-mari yb, kita ketaman bunga. harumkan nafas dengan wangian pula.

takbir !!!!!

Kapak Batu said...
This comment has been removed by the author.
Kapak Batu said...

kedudukan dah rapat 45 peratus dan 42 peratus

Kapak Batu said...

dah sama 44 peratus

TEKONG DARAT said...

bersungguh mangkuk@ayun ni pertahankan hujah dia pasal hudud..
maklumlaa, kali ni ada penyokong...
cara ngko cakap tu macam mengiakan melayu ni kaki mencuri, kaki cipap, kaki tonggang jer...
kalau benar laa begitu, mari laa sama2 menghapuskan...aku risaukan generasi aku...sungguh aku risau...
kalau yg tak risau tak tau laa...
tok batin lak nak bersatu...
ntah kat mana penyatuan yg dikehendaki...cuba laa jelaskan...
kalau ilmu byk didada, tapi tujuannya utk menafikan benda yg sepatutnya, dah ramai orang macam tu...maaf kerana cakap lepas...
memang betul kita berperang ngan skrin komp...tapi apa yg tertera kat skrin mencerminkan kita...
apa kita nak...

jit_tontoya said...

tekong...tekong...

dia itu abdullah bin ubai dizaman moden. itulah terlebih tinggi ilmunya susah jugak. dia tidak lebih daripada 'gulai tanpa kuah'.

jit_tontoya said...

.....apa, yang dok heboh pasal nabi melayu itu. ha itulah orangnya. sewel lagi mengewelkan.

slyderrose said...

AKu dulu ahli umno dan penyokong kuat TDM. Kini masih ahli umno kot sebab tidak declared keluar TAPI dah tak pangkah umno (baru)/BN sejak 1999. Tak ada yg istimewa pasal umno(baru)ini. Duit yg umno/ BN gunakan untuk pembangunan bukan duit umno, ialah duit rakyat. Adalah tanggungjawab sesiapa yg memerintah untuk membantu rakyat dan membuat pembangunan. Apa yg specialnya?. Tapi malangnya amanah yg diberi banyak disalahgunakan dan wang kerajaan (bukan wang umno) banyak kebocoran di sana sini. Sepatutnya projek bernilai RM100 juta, sudah jadi RM150 juta. Masing-masing nak makan. Macam-macam lagilah kemungkaran yg dibuat umno. Paling nyata dalam pemilihan parti pun ada korupsi. Politik wang. Kan nampak sangat, money is everything in umno. Mana mereka ini dapat wang sebegitu banyak?. Boringlah umno ini...orang kampung bolih temberanglah. Pada puak umno di sini janganlah nak mempertahankan umno(baru), rakyat ramai sudah tahu!!. kalian saja masih ditakuk lama.

ummufawwaz said...
This comment has been removed by the author.
Azizahns said...

slyderrose cakap...
Boringlah umno ini...orang kampung bolih temberanglah. Pada puak umno di sini janganlah nak mempertahankan umno(baru), rakyat ramai sudah tahu!!. kalian saja masih ditakuk lama.


woii.. KAU CAKAP NI MACAMLAH ORANG KAMPUNG TU BODOH ORANG BANDAR PANDAI.
PLEASELAH... tok batin senoi tu jauh lagi pandai pada kau. heee itupun kalau betul tuk batin tu orang senoi dan tinggal kat pedalaman...

Unknown said...

aku dulu adalah penyokong umno dan be end tetapi .........aku sediah dan kecewa melihat parti umno dan be end ......ini menunjukkan um....no dan be end sudah ilang sebagai peranannya sebagai sebuah parti yang membela rakyat .....rakyat sudah hilang keyakinan untuk mengundi calon dari umno dan be end ....renung2kan dan selamat berhijrah

Azizahns said...

KUALA LUMPUR, 25 Jan (Hrkh) - Setiap kali membaca laporan yang mendakwa pihak polis menyiksa orang kena tahan (OKT) sehingga terbunuh, ahli-ahli PAS semakin teringat peristiwa Memali, kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Umpamanya bila kita mendengat kes kematian Kugan Ananthan di Balai Polis Taipan, Subang Jaya, kita semakin teringat bagaimana Asy-Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan para pengikutnya yang tidak dibuktikan kesalahan mereka diserang dan dibunuh oleh pihak polis atas arahan para pemimpin Umno.

PELIK BETUL AKU. KUGAN TU BOLEH DISAMAKAN DENGAN IBRAHIM LIBYA.
TAPI UMNO DISAMAKAN DENGAN ISRAEL.

itulah politik namanya. suka hati makbapak dia je cakap.

TAPI PADA PANDANGAN SAYA KALAU PENJAHAT YANG BUNUH ADIK KECIL NURIN JAZLIN TU... MEMANG LAYAK KENA BELASAH SAMPAI MATI WALAUPUN TAK DIBACARAKAN DIMAHKAMAH. mahkamahpun belum tentu adil....

Unknown said...

kapal yang sudah hilang tujuan dan hampir karam memang memang patut ditinggalkn pun.tahniah yb bota kerana membuat pilihan yang tepat...

zali said...

mohon laluan paste cerita si kancil :

Jangan sekali mengikut politik si kancil dengan tujuan menipu binatang-binatang banyak itu bagi mendapatkan kepentingan dirinya sendiri.

Yang mana si kancil tersebut telah menjadikan Nabi Sulaiman dan sabdanya yang diada-adakan oleh si kancil dengan tujuan untuk menundukkan serta menguasai dan menjajah binatang-binatang tersebut. Sedangkan si kancil itu tidak pernah berjumpa dengan Nabi Sulaiman. Ia hanya menjual nama Nabi Sulaiman kepada binatang-binatang tersebut.

Yang mana binatang-binatang itu pula tidak ada mempunyai daya berfikir dan tidak menggunakan akal. Maka mudahlah si kancil menipu mereka.

Si kancil hanya bermodalkan Nabi Sulaiman. Dia menakut-nakutkan binatang-binatang itu dengan mengatakan barangsiapa yang tidak percaya dengan Nabi Sulaiman dan perintahnya adalah kafir. Maka binatang-binatang yang banyak itu tanpa berfikir panjang menuruti perintah si kancil tersebut.

Begitulah kisah politik si kancil.

Walaupun gergasi yang begitu besar dan kuat sekali pun, dapat ditipu oleh si kancil. Kononnya si kancil ada memiliki ubat bagi menyembuhkan sakit-sakit badan.

Maka si kancil dapat menyimpai gergasi tersebut dengan rotan sehingga gergasi itu tidak dapat berbuat apa-apa terhadap si kancil. Di dalam masa yang sama, dapatlah si kancil memakan hasil usaha gergasi tersebut.

Hanya si kancil sahaja yang bebas berbuat sesuka hatinya. Sedangkan binatang-binatang lain itu telah disumbatkannya di dalam suatu lubang yang besar.

Sesungguhnya si kancil itu amat pandai menipu binatang-binatang yang banyak itu.


kancil = pemimpin pas
binatang-binatang = ahli pas
gergasi = umno

ada bantahan?

Unknown said...

baguslah ada tukang penglipur lara yang cuba menghiburkan dan menyedapkan hati-hati yang semakin takut dan cemas di atas kapal yang hampir karam...

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Eisya said...

Gempak!!!!!!

Blogger Angin Perubahan GAY!!!

Aku dpt maklumat dari sumber yang boleh dipercayai!!!!

Tunggu ...........................

Berita ini akan tersebar sedikit masa lagi!!!

ALI MAIDIN said...

Kini nak berarak menentang PPSMI. 31 Januuari jam 3 di SOGO KL, 1 Februari jam 9 malam di Taman Melewar dan 7 Mac jam 2 petang ke Istana Negara.

ngalabu said...

Tahniah Bn@Umno teruskan komen berapi anda tentang potong tangan, ianya menyerlahkan lagi siapa anda.

Kempen menakutkan orang bukan Islam dengan cerita potong tangan tidak laku lagi.

Orang bukan Islam mulai faham dan boleh menerima hukum potong tangan. Nilai diri kita. Kalau orang bukan Islam boleh terima, kita ........?

Mengikut perkiraan kawan-kawan yang lain Bn@Umno ini adalah pengikut pr yang totok. Dia sengaja
lakukan provok di sini, dengan harapan semakin ramai rakyat meluat dengan bn, dan ternyata apa yang dilakukan oleh Bn@umno berjaya
kerana rakyat semakin membenci bn, bukti terserlah undian yang dilakukan oleh akhbar rasmi umno pun menyebelahi pembangkang. Kalu undian itu dilakukan oleh harakah agaknya berapa undi yang orang bn dapat. Tahniah bn@umno teruskan usaha anda.

unanjaga said...

50.6% itu hanya lah perangkaan dari pihak pembaca yang memberi pendapat,yang pasti nya orang BN(adun) sendiri tidak lagi ingin berteduh dalam payung BN,dan itu lah tahap keyakinan rakyat Malaysia kini...BN semakin terpinggir dan tidak dapat diharapkan lagi.

anakkancil said...

bn@umno said...
berikut adalah hasil undian yg dijalankan :-

Wajar 50.6% (865)-puak-puak yg mengundi 'wajar' ni semuanya terdiri drpd puak-puak yg suka tegok orang melayu kena potong tangan dan potong kaki.

Tidak wajar 36.8% (628)-puak-puak yg mengundi 'tidak wajar' ni semestinya terdiri drpd orang BN.

Tidak kisah 12.6% (215)-puak-puak yg mengundi 'tidak kisah' ni terdiri drpd puak-puak yg tidak mahu ambil tahu hal politik negara.

January 27, 2009 3:21 AM

Hujah yg atas tu ialah golongan intifada (sayang pada agamanya)
Hujah yg tengah pulak ialah golongan ahli maksiat,geng perompak harta kerajaan
Hujah ketiga ialah golongan tua (tunggul reput) yg ada dlm UMNO

DongfangWuDi said...

balaci Pas ni bercerita macam mereka dah laksanakan hudud....rupa2nya habuk pun tarak....

Bila lagi Pas nak jalankan undang2 hudud ni...???????????????????????

Kan dah dapat 3 buah negeri...apa lagi alasan wahai Nik Aziz & Hadi Awang....

Nampaknya balaci2 pas dah kena kencing oleh dua manusia ni...

Kat blok siasah ni beria2 benar balaci2 pas ni ceritakan ttg hudud...

Rupa2nya belum jalan lagi......

sewei punya orang...hidup2 kena tipu.....

bn@umno said...

ngalabu,

mmglah orang bukan melayu sokong cerita potong tangan dan potong kaki ni kerana yg kena potong bukannya dorang tapi orang melayu yg beragama islam.jadi orang bukan islam boleh ketawa terbahak-bahak melihat kaki ataupun tangan orang melayu ni kudung.

TokBatin X said...

bn@umno said...

ngalabu,

mmglah orang bukan melayu sokong cerita potong tangan dan potong kaki ni kerana yg kena potong bukannya dorang tapi orang melayu yg beragama islam.jadi orang bukan islam boleh ketawa terbahak-bahak melihat kaki ataupun tangan orang melayu ni kudung.

QQQQQQQQQQ>>>>>

Hai sdr silabu,

Bayangkan lah ketika PAS memerintah nanti, orang melayu kita, banyak yang pakai tongkat sakti...

zali said...

kalau pas memerintah dengan hudud :

pada awalnya memang ramai yang kudung tangan mahupun kudung anunya

dan itu semua sebagai contoh pada yang masih cukup lengkap anggota supaya tidak buat perkara yang sama...

untuk jangkamasa panjang memang akan kurang masalah sosial dan maksiat.

hudud itu hukum pencegahan yang paling berkesan.

saya sokong umno dan hudud!

Muzafar said...

TokBatinSenoi said...
bn@umno said...

ngalabu,

mmglah orang bukan melayu sokong cerita potong tangan dan potong kaki ni kerana yg kena potong bukannya dorang tapi orang melayu yg beragama islam.jadi orang bukan islam boleh ketawa terbahak-bahak melihat kaki ataupun tangan orang melayu ni kudung.

QQQQQQQQQQ>>>>>

Hai sdr silabu,

Bayangkan lah ketika PAS memerintah nanti, orang melayu kita, banyak yang pakai tongkat sakti...

January 27, 2009 8:04 PM

**************************

Kalau kerajaan jalankan hukum HUDUD, maka akan berlumba-lumbalah orang pergi mencuri dan merompak gamaknya, tok batin ye?

Hukuman tu dah jai macam reward pulak ye??

Unknown said...

zali si penglipur lara kata,
saya sokong umno dan hudud.

kenyataannya umno memang dah sah-sah tolak hudud, jadi mcm mana ni???

dari si penglipur lara jadi si tukang lawak pulak???

Unknown said...

muzafar,
biasalah sesetengah orang rasa mereka lebih maha mengetahui daripada Dia(Allah swt) yang mencipta hudud.
ada yang kata hudud tak sesuai la zaman sekarang, tak relevenlah tapi mengaku Islam.ia ibarat mengaku Islam tapi tak percaya Al-quran...

ngalabu said...

Aku tak sokong mana-mana pas atau umno. Yang pasti aku sokong hudud.

Kalu umno sokong hudud aku pangkah umno, kalu pas kata sokong hudud aku pangkah pas, kalu umno dan pas kata sokong hudud aku pangkah umno.

Kenapa takut sangat dengan hudud, zaman Rasululah melaksanakan hukum hudud adakah kebanyakkan orang arab kudung tangan?

Bn@Umno, tahupun orang bukan Islam di Malaysia tiada kaitan dengan perlaksanaan hukum hudud, tapi semasa kempen kenapa takutkan mereka dengan hudud untuk meraih undi.

Tahniah Zali kerana sokong hudud tapi masalahnya umno tak sokong hudud.

Tok batin tak perlu risau masih ada sumpit buat tongkat.

Muzafar said...

KALAU BERHUJAH, BIARLAH LOGIK !!!

Tak kan lah orang akan berlumba-lumba atau berebut-rebut untuk merompak atau mencuri jika diketahui hukuman yang bakal diterima (kalau didakwa dan disabitkan bersalah) adalah potong tangan atau potong kaki.

TokBatin X said...

Muzafar said...

QQQQQQQQQQ>>>>>

Hai sdr silabu,

Bayangkan lah ketika PAS memerintah nanti, orang melayu kita, banyak yang pakai tongkat sakti...

January 27, 2009 8:04 PM

**************************

Kalau kerajaan jalankan hukum HUDUD, maka akan berlumba-lumbalah orang pergi mencuri dan merompak gamaknya, tok batin ye?

Hukuman tu dah jai macam reward pulak ye??

@@@@@@...

Mengkin bertambah2 lagi penyamun dan pencuri kot? kerana banyak 'bread winner' dah kena potong kaki dan tangan..

Ha.. ha.. apa komen tok2 Hudud PAS nih..?

TokBatin X said...

Lihat balasan sdr zali tentang hukum hudud U-TUBE

http://tokbatinsenoi.forumotion.net/your-first-forum-f1/hukum-hudud-t96.htm#1576

anakkancil said...

Sayang seribu kali sayang org Islam yg menentang Hudud....rupa-rupanya mereka ini belum penuh mengenali agama yg mereka anuti....alangkah malangnya di akhirat kelak mereka mereka ini tidak di akui umat oleh nabi mereka...kemanakah hala tuju umat ini...hendak mengaku umat nabi musa a.s kah,hendak mengaku umat nabi Isa a.s kah...istifar lah banyak-banyak..sesungguhnya apa yg kita luahkan dlm blog ini sedar tak sedar kita telah syirik pada Allah...kerana mempersendakan hukumnya.Kalau tak mahu di hati diam jgn memperlekeh.sedar lah kawan-kawan ku yg seagama dgn ku...istifarlah...

Firdaus AMK PKR said...

pencacai ..
berkata lah kau apa2 pun..
xsedarkah ..pekung umNO n Be End semakin lama semakin terbongkar,terdedah,..kelemahan dan permasalahan semakin jelas ketara..
senakin jelas,,
semakin jelas..
berkatalah,menulislah,berhujahlah..
Kapal anda (umNo) semakin hampir karam..
Sedar dan renungkan..
salam perjuangan..

perunding said...

saya hairan hujah orang yg pandai,tentang hudud.
macamana ilmu sufi tinggi,tapi ilmu logik zero.

dianawijdan said...

Daripada bertelagah isu hudud ada baiknya kaji ayat 44,45 dan 47 surat al-Maidah. Kalau bn@umno dan seangkatan dengannya berani sila komen la ayat tu, kalau tidak baik bertaubat nasuha saja. Nauzubillah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...