Wednesday, January 14, 2009

Sejak bila Toyota Camry jadi kereta mewah?

SHAH ALAM, 14 Jan: Pelbagai pihak mempersoalkan sejak bila kereta Toyota Camry dikategorikan sebagai kereta mewah sebagaimana yang dinyatakan oleh sebuah stesyen TV dan beberapa media baru ini.

Ini kerana, selama ini tidak pernah ada mana-mana pihak yang telah mengkategorikan kereta ini dalam senarai kereta mewah kerana ia hanya kereta biasa sahaja.

"Yang disenaraikan kereta mewah adalah kereta yang dibeli oleh kerajaan negeri Terengganu pimpinan Datuk Ahmad Said iaitu Mercedes C200 kompresor," kata seorang pembaca kepada Siasah.

Sementara itu, Kerajaan Negeri Selangor Pimpinan Pakatan Rakyat memandang serius isu pembelian kereta Camry untuk kegunaan Exco serta Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Selangor yang dilihat telah diputar belitkan oleh sesetengah pihak.

Keputusan Pembelian Kereta Toyota Camry di buat pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri minggu lalu dan bukan tahun lalu kerana belum ada peruntukan ketika itu, kata Setiausaha Politik MB Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam satu kenyataannya.

19 comments:

tok_gajah said...

Camry bukan kereta mewah?
Fulamak! Hebat betul Pakatan Rakyat.

mat_terab said...

nampak sangat umno sangat-sangat tertekan

anonymous said...

Ape le punya bangsat, sanggup ketepikan kereta buatan negara sendiri(Proton). Tak cukup dgn tu, kutuk pula kereta buatan sendiri(Proton).

Cibai punya Pakatan Rakyat.

Fendy2177 said...

Tok Gajah, salahkah kenyataan tersebut. Sejak bila camry berada dalam kategori kereta mewah? Kereta mewah spt BMW, Mercedes, Brabus dll yang harga 200k hingga juta.

Anon, pernah dengar tak sayang anak tangan-tangankan, sayang bini tinggal-tinggalkan? Ni yang terkini, sayangkan proton, tukar kereta lain. Jika proton positif, mereka kenalah bekerja keras untuk berubah. Jika kualiti boleh dikompromi, alamatnya sampai bilalah proton dok selesa gitu je.

anonymous said...

Pembangkang Terus Bergelut Kepincangan Dalaman Di Kuala Terengganu
Posted on Wednesday, January 14 @ 16:37:18 MYT

Oleh Lukman Abas

Kuala Terengganu -- Usaha Pas dan sekutu pakatan mereka mengalih perhatian rakyat khususnya pengundi di sini daripada isu sebenar kepincangan mereka yang kini dilanda konflik dalaman serta kegagalan memenuhi janji pilihan raya ternyata tidak berjaya.

Ketua Pemuda UMNO Kuala Terengganu, Badrol Hisham Zaki berkata sehingga kini pihaknya mendapati pengundi di kawasan ini tidak terpedaya dengan segala usaha Pas dan rakan pakatan mereka itu.

Ini katanya lagi ditambah pula, Pas yang sedang menghadapi dilema besar apabila berdepan dengan tekanan dan dominasi Dap terhadap isu-isu orang Melayu, tanah dan agama.

Malah Dap jelas beliau terus menerus menyerang Pas berhubung isu hudud dan penubuhan negara Islam.

"Pelbagai janji pakatan pembangkang kepada rakyat pada Pilihan Raya Umum 2008 belum sempurna, namun tekanan dan dominasi Dap mendorong kerajaan-kerajaan negeri pakatan mengutamakan kepentingan sesama mereka.

"Di Selangor janji bantuan RM50 bagi setiap pelajar Tadika dimungkiri atas alasan hendak bersiap sedia dengan menghadapi suasana ekonom. Tetapi kerajaan negeri itu membeli kereta mewah Toyota Camry untuk menggantikan Proton Perdana yang masih boleh digunakan. Demikian juga halnya di Perak", katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini.


Tegasnya lagi tindakan Dap menekan Menteri Besar Selangor dan Perak itu, juga jelas berlaku ke atas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang yang tidak diberi keutamaan di dalam isu-isu Bumiputera dan Islam.

Malah tambah beliau Kerajaan Pulau Pinang lebih sibuk berbelanja memasang nama jalan pelbagai bahasa dan akan membeli kereta mewah Toyota Camry daripada menghulur bantuan kepada ibu bapa membiayai persekolahan.

"Oleh sebab itu, Pas dan sekutunya kini ketandusan isu ketika berkempen di Kuala Terengganu dan mula membuat tuduhan melulu mengkritik pembangunan yang dibawa Kerajaan BN dan tanpa gentar berbuat dosa memfitnah calon BN.

"Kini mereka menyerang dan mengutuk calon BN dan keluarganya pula", ujarnya.

Juraimi Zainal said...

Pada aku memang patut pun Proton tu diajar... Tak berdaya saing... Sepatutnya model V6 tu dah bertukar rekabentuk 4-5 kali dah..

Tengok la kualiti material kereta Proton yang lain (majoriti) teruk.. Kalau komplen marah, dan ada yg kata lagi (biasa technician kat tempat servis) biasa la bang kereta proton. Sakit betul hati..

miekabo said...

mula-mula dulu sapa yang hina proton, bukan ke YB kite dari t'ganu yang buat dakwaan keta proton selalu rosak... servis mahal... gitu gini....
tok gajah, anonymous...
korang cepat betul lupa sejarah....
kena makan byk kismis... baru daya ingatan kuat semula....

fadlah said...

bise la gajah otak die xde space banyak nak ingat time yg ganu ngate kat proton tu asik cari salah pembangkang je dalam otaknyer tu...

unanjaga said...

Itulah pilihan yang masih dikira baik jika dibandingkan membeli kereta BMW, Mercedes, Brabus..dan kereta Proton masih perlu banyak perubahan pada segi kualiti.Baru lah rakyat rasa bangga nak memiliki nya.

rem said...

toyota camry dan honda accord memang dianggap kereta mewah. sejak bila pulak dia diturun pangkat?
takkanlah sebab politik kita menipu diri sendiri.
definisi kereta mewah ialah kenderaan yang TIDAK mampu dibeli oleh ramai orang.
memang merc dan bmw lebih mahal, tapi camry pun memang kereta mewah. paling kurang rm140k (enjin 2liter) atau rm180k (2.4liter yg dibeli pakatan rakyat).
walaupun tinggal di kl, harga sebegitu boleh beli flat di keramat atau shah alam.
hanya orang upper middle class atau orang kaya yang mampu beli kereta camry ini, sebab mesti kena beli rumah dulu. untuk orang biasa, dah beli flat rm140k-rm180k duit yang lebih (kalau ada) hanya mampu beli proton atau perodua biasa.

anonymous said...

Patut le belambak kereta Camry kat KL ni. Che Mat kerani pun ramai yg pakai nye. Maklum le ianye BUKAN kereta mewah.

aisal said...

bombadier pm yg harga 200 juta lagi mewah....200 juta sebuah....diulangi 200 juta sebuah....itu mahal tapi tidak mewah...

Ahmad Fairus Myphotographer said...

anonymous said...
Ape le punya bangsat, sanggup ketepikan kereta buatan negara sendiri(Proton). Tak cukup dgn tu, kutuk pula kereta buatan sendiri(Proton).

Cibai punya Pakatan Rakyat.

CIBAI PUNYA ANONYMOUS, MACAM BAGUS SANGAT, ENGKAU PUN SAMA BANGSAT, INGAT PEMIMPIN BN TU BAGUS SANGAT KE,KONON GUNA KERETA BUATAN SENDIRI, TUNJUK PADA RAKYAT. PADAHAL DI BELAKANG ,DIRI SENDIRI, KAUM KERABAT & KRONI GUNA KERETA IMPORT, SIAP SOROK DALAM GARAJ . CAKAP TAK SERUPA BIKIN.

tekong darat said...

nak tahu camry mewah ker tak, gi labuan...buleh tengok mamat jual nasik lemak pakai...
aku bukan bengang kat proton..
tapi depa ni tak habis lagi nak bodohkan orang...spec basic kereta zaman sekarang pun tak leh sediakan, jgn cerita pasal kualiti...nak air bag tambah duit, nak power window tambah duit...

bila nak hantar oversea pandai pulak taruk semua...ngan rakyat sendiri plak nak berkira...

nak cerita pasal camry, ingat balik cerita maintanance istana puak-puak pemerintah...
baru padan ngan bising...
maintaince istana PM ngan TPM 2 hari dah sama ngan camry sebijik...
jgn lupa...jgn lupa...jgn lupa....

aisal said...

tabik tekong, salute lagi...

lps prk kt, kita lak 19 ni ader lak satu lagi...doa je la moga boleh kekalkan kecemerlangan semalam.

gaza siti said...

anonymous said...
Ape le punya bangsat, sanggup ketepikan kereta buatan negara sendiri(Proton). Tak cukup dgn tu, kutuk pula kereta buatan sendiri(Proton).

Cibai punya Pakatan Rakyat.

CIBAI PUNYA ANONYMOUS, MACAM BAGUS SANGAT, ENGKAU PUN SAMA BANGSAT, INGAT PEMIMPIN BN TU BAGUS SANGAT KE,KONON GUNA KERETA BUATAN SENDIRI, TUNJUK PADA RAKYAT. PADAHAL DI BELAKANG ,DIRI SENDIRI, KAUM KERABAT & KRONI GUNA KERETA IMPORT, SIAP SOROK DALAM GARAJ . CAKAP TAK SERUPA BIKIN.

anon , hang tu tak bangsat ke, pandai maki orang , tak tau diri sendiri tertipu dgn lakunan pemimpin sendiri...konon patriotik tapi guna juga kereta mewah d t'ganu..kan..kan..kan.

Nor Amran Abdullah said...

org SPANCO pun akui bahawa Proton Perdana tak bagus......

eloklah tu pakai camry, senang Exco dan YAB nak menjalankan tugas,kereta bukan isu besar... rasuah yg MB dulu buat , lagi teruk, macam kita taktau

Org UMNO pakai proton, tapi disebaliknya HEHEHHEHEHE..... ?
macam kita taktau

T'ganu pakai Merz, tak kecoh lak,
macam kita tahu

anonymous... takut nak tunjuk muka...

Hamzali said...

Pemimpin UMNO bengong habis habisan. Pak Khir Toyol pun nak bagi komen dalam TV pasal kete ni. Laa lupe TV 3 UMNO punya. Editor dia carma (cari makan) dengan UMNO. Dah tak ade berita lagi. Tu pun suruh TV 1 jangan buat berita jam 8 Shaberi Chik ikut je le sebab UMNO. Tolonggg lah jangan syok sendiri. Guna lah akal yang tuhan beri tuu.

sapphire said...

yang ada bini orang ATAS beli 14 jam tangan berjumlah RM 7 JUTA tu, ada ke penyokong UMNO kat sini yang nak discuss??? 7 juta...7 juta ...jam tangan je... Pas tu shoping sampai tak cukup 8 kereta masa kat Boston...Uuiihhh... itu bukan mewah tu...Dasar UMNO dan penyokong tegarnya yang memang tak takut Tuhan...Aku takkan halalkan walau satu sen pun duit tu andainya duit tu berpunca dari keuntungan diorang merompak hasil bumi Malaysia...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...