Saturday, January 17, 2009

Pengundian hingga 90 peratus membimbangkan PAS

KUALA TERENGGANU, 17 Jan: Kira-kira satu jam lebih sahaja lagi dari waktu tamat pengundian, jangkaan SPR untuk mencapai 90 peratus keluar mengundi belum menampakkan hasilnya. Sehingga jam 12 tengahari tadi, peratus mengundi hanya 42 peratus manakala jam 2 petang, peratus mengundi adalah 52 peratus.

Pengerusi SPR dalam sidang media jam 12 tengahari tadi memaklumkan jangkaan untuk mendapatkan peratus keluar mengundi kali ini hingga 90 peratus. Ini berdasarkan 10 peratus mengundi bagi setiap jam.

Ia membimbangkan PAS kerana jumlah itu terlalu tinggi berbanding dengan jumlah ketika jam 12 tengahari hanya 42 peratus sedangkan kebiasaan pengundi keluar pada waktu pagi dan berkurang pada waktu petang.

"65 peratus lebih realistik," kata seorang aktivis politik dari Kelantan. "Jika dia kata akan capai 90 peratus itu, ia satu yang membimbangkan," katanya yang menyokong PAS.

PAS bimbang kalau-kalau peratusan yang tinggi itu akan memungkinkan kemasukan pengundi yang tidak sewajarnya mengundi.

(Gambar: Isteri dan anak-calon calon PAS yang turut mengundi pagi tadi)

"Jika benar peratusan pengundi akan menjadi 90 peratus, ia sangat tidak baik untuk PAS," kata Brigate Walsh, profesor sains politik dari John Hopkin University yang turut membuat liputan pilihan raya ini di sini.

Dari laporan SPR juga, didapati pengundi dewasa lebih ramai mengundi pagi tadi sedangkan pengundi saluran 3 dan 4 (pengundi baru) masih kurang.

Sebelum ini dinyatakan, pengundi muda lebih condong kepada PAS berbanding BN.

Sementara itu Siasah juga mendapat maklumat pengundi Cina banyak menyokong PAS dalam trend pengundian pagi tadi.

Sebuah pusat pengundian mencatatkan 70 peratus sokongan untuk calon PAS.

Sementara itu, kita-kira jam 3.50 petang enam trak FRU berloceng mula meninggalkan kawasan Tanjung selepas pergi ke situ mulai tengahari tadi. Kehadirannya menimbulkan kesesakan teruk di kawasan itu.

Trak-trak itu sekarang menuju ke Pasir Panjang.

10 comments:

TokBatin X said...

Segala puji2an bagi Allah , Pengatur sekelian ALam.

Keputusan akan tetap sampai , tanpa ditunggu2.

zali said...

aduhh...

tak sangka di taman pak wahid ada bunga yang mekar berkembang...

yang baju hijau tu nampak matching la dengan saya...

agak-agak kalau di offer kat pak wahid gelaran pak mertua dari saya nak ke tak?

jatuh cinta...lagi lagi ku jatuh cinta...

zali said...

ehh...baju hijau plak...mintak maaf pak wahid...

yang tudung hijau tu...

lagi-lagi ku jatuh cintaa...

perunding said...

aku sanggup jadi saksi dan pengapit zali.

perunding said...

ya tok,
disisi kita masa berjalan,
disisiNya...

perunding said...

undi telah tamat.
tahniah kepada siasah yang telah memposting banyak2.

anynamous tu nama dia memang anynamous,blog dia pun nama anynamous.
canggih.

bn@umno said...

tahniah kepada pengundi-pengundi BN yg telah menyebabkan pemimpin-pemimpin Pas gerun dgn lautan rakyat KT yg menyokong perjuangan parti BN.

Anonymous said...

sokong je bn, tapi undi pas, huhu

dariana said...

Tahniah kepada petugas2 yang melaksanakan tanggujawab kerana Allah. Semoga anda semua diampuni, dirahmati dan diberi ganjaran baik yang berganda oleh Allah. Takbir!!!

anakkancil said...

pERUNDING..
WAKTU KOME JADI SAKSI DAN PENGAPIT ZALI JGN KOME LUPA SERAH DULU BORANG KEAHLIAN....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...